• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog



Kalau orang cakap Superman hanya wujud kat filem,nah, 12 Julai lepas dah terbukti salah! Tahniah AEON Mall sebab berjaya catat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai Largest Gathering in Superman Attire , seramai 1,007 orang penuh mall dengan baju Superman, cape merah berkibar meriah di AEON Mall Bukit Indah, Johor. Memang rare,mall terus rasa macam Metropolis sehari! 

Paling syok, himpunan ni bukan setakat posing saja,siap ada group photo, costume showcase, mini catwalk dan semua Superman besar kecik tunjuk gaya hero masing-masing. 500 orang pertama yang datang pun bawa balik cape Superman PERCUMA. Power

SUPERMAN Pop-UP Store Roadshow

Lepas pecah rekod, vibe Superman belum habis lagi,AEON tengah all out dengan Superman Pop-Up Store Roadshow. Kalau rasa terlepas Bukit Indah,korang yang ada kuasa Superman ni jangan risau sebab roadshow ni tengah pusing Malaysia sampai 17 Ogos di lokasi berikut :

  • AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan(Selangor)  1-13 Julai
  • AEON Mall Nilai (N. Sembilan) & Kulaijaya (Johor) : 15-27 Julai
  • AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) : 29 Julai – 10 Ogos
  • AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City(Johor) : 29 Julai – 17 Julai


SUPERMAN PARADE - HEROES ON THE MOVE!

Kalau datang time weekend, jangan pelik nampak orang berarak dalam kostum itu lah Superman Parade Heroes On The Move! Ada flash mob, muzik live, vibe family-friendly. Tarikh parade pun berbeza ikut mall:

  • AEON MALL Bukit Indah: 12 Julai
  • AEON MALL Kulaijaya: 19 Julai
  • AEON MALL Cheras Selatan: 27 Julai
  • AEON MALL Tebrau City: 2 Ogos
  • AEON MALL Taman Maluri: 17

SHOP & REDEEM.Dapatkan Merchandise Ekslusif Superman dengan Pembelian di AEON Mall

Sambil layan event, boleh ushar merchandise Superman eksklusif. Kalau kaki shopping, confirm suka:

  • Superman Blind Box Flask*(kecuali AEON MALL Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.)Belanja minimum RM800* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabunganTIGA (3) resit pada hari yang sama daripadamana-mana penyewa di AEON MALL termasukpembelian dari AEON Retail.
  • Superman Pet Cape. Belanja minimum RM600* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabungan TIGA (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL termasuk pembelian dari AEON Retail.



KIRA dan MENANG - The Superman Challenge

Kalau suka game cabaran, try join KIRA & MENANG -The Superman Challenge. Sambil jalan kira logo Superman, kalau tepat boleh menang barangan Ekslusif Superman Edisi Terhad. Total hadiah cecah RM5,000 dan hanya 10 orang je pemenang , jangan lupa cuba!

Aktiviti Lain Yang Ada  

Nak OOTD cantik? Ada Superman Photo Zones. Kalau datang bawa budak, diorang pun tak boring sebab ada ruang aktiviti kanak-kanak khas. Nak tambah thrill, AEON siap kolaborasi dengan Samsung,beli mana-mana TV Samsung di AEON Mall, upload gaya Superman paling padu dan super power korang dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup, boleh menang Samsung Music Frames bernilai RM1,999 untuk 6 pemenang yang bertuah, haaa siapa tahu rezeki korang?

AEON Mall memang betul-betul unleash hero vibes tahun ni. Bukan setakat shopping, siap bawa pulang pengalaman rare, posing hero landing sambil pegang merch limited. Kalau nak join, cepat-cepat plan,tengok tarikh, ajak geng dan menang! Yang pasti sangat menyeronokkan, Superman sebenar pun shaking tengok semangat korang hehehe

Info lanjut :

🌐 www.aeonmallmy.com

📸 Instagram: @aeonmallmalaysia

Atau tanya Kaunter Khidmat Pelanggan kat mana-mana AEON Mall.


Jom beraya bersama Tom & Jerry di Aeon Mall | Tom & Jerry ni memang kartun kegemaran qaseh waktu kanak-kanak hingga lah sekarang, i think semua orang memang suka dan layan je Tom & Jerry ni, walaupun asyik bergaduh je tapi memang betul-betul menghiburkan dan kelakar.Kalau tengok tahun 2025 ni pun still syok layan. Betul tak ?

Raya Penuh Kemeriahan dengan Tom dan Jerry di AEON MALL!

Disebabkan itu qaseh nak ajak korang ramai-ramai ke Aeon Mall untuk merasai pengalaman raya yang penuh warna warni dan nostalgia. AEON MALL membawa kegembiraan Tom & Jerry secara ekslusif ke 28 lokasi AEON MALL di seluruh negara. Sambutan SELOKA RAYA kali ni menjanjikan pengalaman interaktif yang akan mengimbau zaman kanak-kanak dengan dekorasi khas bertemakan Tom & Jerry

Korang boleh lah datang ambil gambar dengan dekorasi yang cantik dan momen indah bersama Tom & Jerry, anak-anak pasti akan gembira! Semestinya ada aktiviti yang menarik dan hadiah best untuk korang tebus bila shopping di AEON MALL





Hadiah Menarik Menanti Anda!

Korang mesti la banyak shopping raya nanti kan tapi jangan terus balik tau sebab AEON MALL menawarkan penebusan edisi terhad yang eksklusif :

1. AEON MALL x TRACEY Micro Bag

  • Diperbuat dari bahan lestari,beg mikro ekslusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum
  • RM1000 untuk bukan ahli AEON
  • RM800 untuk ahli AEON
  • Pembelian perlu dalam tiga resit pada hari sama 



2. Koleksi Edisi Khas – Mug & Sampul Duit Raya Tom dan Jerry

Mug Tom dan Jerry: Tebus dengan perbelanjaan:

  • RM680 untuk bukan ahli AEON
  • RM580 untuk ahli AEON
  • Dalam tiga resit pada hari yang sama 
Sampul Duit Raya: Tebus dengan perbelanjaan:
  • RM280 untuk bukan ahli AEON
  • RM180 untuk ahli AEON
  • Dalam dua resit pada hari yang sama.

Perarakan Seloka RAYA Pertama di Malaysia!


Buat julung kalinya, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan ramai, Mochi & Orange dalam busana tradisional! Perarakan meriah ini akan diadakan di kesemua 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan dengan keceriaan dan semangat Raya.

Bertemu & Bergambar Bersama Tom dan Jerry!


Peluang keemasan buat semua peminat Tom dan Jerry! Jangan lepaskan peluang bertemu secara langsung dan bergambar dengan duo kartun legenda ini di lokasi-lokasi AEON MALL terpilih.

Jangan Lepaskan Keseronokan Seloka RAYA!

Korang jangan lupa datang pada 8 Mac - 21 April dan shopping di AEON MALL dan tebus hadiah yang menarik. Jom merasai keajaiban Seloka Raya bersama Tom & Jerry. Boleh bawa anak-anak, keluarga dan jiran-jiran untuk memeriahkan lagi suasana di AEON MALL.








Bulan Ramadan semakin tiba, sekejap je masa berlalu kan tapi qaseh eksited untuk bertemu kembali bulan yang mulia ini, selain untuk beribadah, tidak sabar juga untuk berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang. Disebabkan itu, qaseh ingin kongsikan bahawa Klana Beach Resort Port Dickson kembali lagi dengan Bufet Ramadan 2025 yang menghidangkan pelbagai menu tradisi dari setiap negeri.

Tema Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025

Qaseh suka dengan tema yang dibawa tahun ini iaitu “Merentasi Tradisi” , sejauh mana kita belayar pasti kita akan rindu makanan-makanan tradisi melayu lebih-lebih lagi melibatkan semua negeri. Jadi ini peluang terbaik untuk kita cuba makanan tradisi dari setiap negeri yang kita tak pernah cuba. Semestinya semua kena dengan selera dan sedap belaka! Dan pertama kalinya qaseh cuba daging Kibas dan Ambuyat kat sini tau ~

Sebelum qaseh kongsikan menu yang ada di sini, qaseh suka sangat dengan pemandangan pantai, yes! Kalau korang datang berbuka puasa di sini, bolehla menikmati pemandangan pantai juga dan lagi best jika korang menginap disini. Boleh berbuka puasa dan bersahur juga.

Chef-chef berbakat di Klana Beach Resort Port Dickson telah menyediakan menu istimewa yang memenuhi setiap selera dan membawa anda mengembara ke seluruh Malaysia.

Tarikh dan Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025

  • Bermula : 3 Mac - 29 Mac 2025 (3 Ramadan - 29 Ramadan , 1446H
  • Masa : 7 Malam  
  • Pembelian awal : RM60.00 
  • Dewasa : RM69.00
  • Kanak-kanak (5-12  tahun) : RM35.00

Nikmati Hidangan Istimewa Kibas Golek dan Hidangan Tradisi Setiap Negeri





Siapa pernah tak makan daging Kibas? Haa unik betul kan.Sebenarnya ini memang pertama kali qaseh cuba daging kibas. Kibas ni kategori kambing berbulu tapi bukannya biri-biri. Unik ya, walaupun spesies kambing ia tak bau hamis macam kambing dan lemak kibas golek ni tak berminyak dan melekat di lelangit, lebih pada crunchy gitu. Fuhhh bagi qaseh ianya sedap juga di makan bersama sos mint dan black pepper. 



Menampilkan hidangan kegemaran ramai dan istimewa, dari Kibas Golek, Sup Kibas, Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Ambuyat, Mee Kolok dan di samping masakan warisan Negeri Sembilan antaranya Rendang Pucuk Maman, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak







14 Gerai Tradisi Se-Malaysia | Live Station 

Korang boleh menikmati pelbagai menu dari setiap negeri. Qaseh juga pertama kali merasa Ambuyat, medti korang tahu kan ianya hidangan tradisi nun jauh dari Sabah. Ia dimakan bersama ikan singgang dan sos istimewa serta sayuran. Sangat menarik !













Para tetamu juga boleh menikmati aneka kerabu, ulam-ulaman dan kurma diikuti dengan pelbagai hidangan utama serta 14 gerai pilihan dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat

Ulam-ulaman dan Kerabu Wajib Ada 


Lagi menambah selera mestilah kena ada ulam-ulaman, sambal belacan, budu, cencaluk dan banyak lagi. Siapa tak boleh makan nasi tanpa ulam haaa jangan risau tau, pilih je nak apa, ikan masin pun ada ye. 








Semua hidangan disediakan menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi, menjanjikan pengalaman berbuka puasa dengan penuh kenikmatan di tepi pantai

4 Putaran Menu yang Menyelerakan


Selain itu juga, ada hidangan lain yang pasti menyelerakan dan ia akan selalu di tukar, bagus kan macam ni so boleh rasa lain-lain hidangan. 





Aneka Jenis Pencuci Mulut dan Pilihan Kurma 

Semestinya bulan puasa tidak sah lah jika tiada pencuci mulut, bubur dan juga kurma. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata untuk memilih, semestinya pencuci mulut yang disediakan sedap dan menggamit kenangan waktu kecil-kecil dahulu. 









Sebenarnya banyak lagi menu menarik yang disediakan, ianya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tema dan konsep juga sangat menarik bagi qaseh, kita akan jumpa hidangan-hidangan rare yang sebenarnya susah juga untuk di cari di bulan Ramadan, jika pergi bazar Ramadan sekalipun tidak akan jumpa hidangan dari setiap negeri, betul tak? 

Jadi jangan lupa tempah tau! Untuk tempahan awal lagi berbaloi sebab ada diskaun dan jika korang ingin menginap di Klana Beach Resort Port Dickson, ada pakej menarik yang ditawarkan. Qaseh pun sempat menginap di sini hari tu, paling suka boleh bawa anak-anak mandi di kolam dan turun ke pantai. Sangat tenang dan mendamaikan

Pakej Penginapan Ramadan Bufet Klana Beach Resort PD


Lagi menarik dengan pakej penginapan beserta berbuka puasa, bersahur dan juga ada pakej seminar yang ditawarkan. Harga pun sangat berbaloi dan berpatutan, bolehla bawa keluarga bercuti pakej bufet ramadan di sini










Semua kemudahan cukup lengkap, aircond betul-betul minta maaf cakap memang function teruk, anak-anak boleh layan youtube di tv, dan qaseh jarang tengok hotel memyediakan telekung juga tapi Klana Beach Resort PD ada menyediakan. Swimming pool juga tidak mengecewakan, anak-anak happy ! 


Cara Booking Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 



Siapa yang nak buat tempahan awal, tempahan untuk bufet ramadan atau pakej penginapan boleh contact maklumat yang qaseh sediakan di bawah ya. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas peluang ini ! 

Klana Beach Resort Port Dickson
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk tempahan boleh hubungi
06-648 7888 / 016-661 9030 (Alin ) / 016-661 9050 (Mike)/ 016-661 6089 (Ayu)

info@klanabeachresortpd.com.my / sales@klanabeachresortpd.com.my










Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates