• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~ Holla guys ! 


Siapa kata orang kurus tak perlu bersenam ? itu kesalahan besar pada orang kurus yang merasakan dia tidak perlu bersenam sedangkan orang kuruslah berisiko besar untuk mendapat penyakit kolestrol yang tinggi , sebab apa ? sebab selalunya orang kurus macam aku ni pemakanan tak berapa nak jaga , mentang-mentang tak naik berat badan kan , dan paling utama malas bersenam ! 

Jadi untuk mengelakkan dari terkena kolestrol tinggi , selalunya memang aku akan ke padang sekali seminggu sebab selalunya teman anak main bola , berlari keliling padang bola dengan dia haha cumanya sebelum ni aku tak pernah menggunakan pakaian senam yang sesuai dan selesa , kebiasaannya aku hanya memakai track suit bersama T-shirt lengan panjang .. bila berpeluh of course baju lencun dan tak selesa ~ 

Ada ke Pakaian Bersukan Yang Selesa dan Bergaya ?

Korang yang aktif bersukan , jogging , gym , bersenam dan sebagainya mesti pening kan nak pilih pakaian sukan yang selesa tapi dalam masa yang sama nampak bergaya gitu haaa , eh mesti lah bergaya baru lah level confident tu lagi tinggi dan tambah semangat untuk mengurangkan berat badan .. tapi ada ke ? uols jangan risau sebab JONLIVIA ada semua yang korang tercari-cari selama ni .. 

Jadi hari ni aku nak kongsikan kepada korang pengalaman aku dengan Women Avtive Tee Plus dari Jonlivia ni .. ia bukan sekadar baju sukan / senam yang biasa tau .. ia sangat-sangat berkualiti dan seriously sangat selesa ! omaigad peluh hilang ke mana pun tak tau sebab dah di serap habis oleh baju ni haaa  tapi masih lagi tak rasa melekit ! 


NEOHEAT TECHNOLOGY  

Yeah yang aku pakai ni saiz S tau , kenapa aku kata ia sangat berkualiti dan berbaloi sangat bila bersenam dengan Jonlivia Active Tee Plus ni ? sebab utama ia di perbuat dari Teknologi NeoHeat yang mana mampu membakar kalori kita 3 kali ganda lebih cepat dari pakaian sukan yang lain , fuh first time pulak dengar teknologi NeoHeat ni , so korang yang nak membakar kalori dengan cepat tu memang sesuai sangat lah. Material pula dari Neoprene dan Nylon.

ARM POCKET 


Yang bestnya ada ruangan poket di bahagian lengan baju ni , walaupun tengah bersenam tetap nak bawak fon kan , nak letak dalam poket seluar nanti berlari risau jatuh dan tak selesa pulak .. haa letak je kat situ lagi mudah , lagi pun ia takkan jatuh punya .. lagi lah nampak bergaya gitu , if fon korang besar pun muat je sebab aku punya fon ni pun 5.5 inci helok je duduk dalam tu :p 


COOLVENTI TECHNOLOGY 


Bila kita bersukan / bersenam dan pakaian yang tak sesuai akan menyebabkan kita cepat merasa panas dan berpeluh walhal baru je warm up kan so rutin bersenam kita akan terganggu , dengan Coolventi Technology yang terdapat pada baju ni ia akan membuat kan kita cool dan fresh 

NEO ABS TECHNOLOGY 

Yang mana menginginkan 6 packs tu haaaa boleh lah bersenam dengan Active Tee Plus ni , dengan teknologi-teknologi yang terdapat pada baju ni , lagi cepat dapat merealisasikan impian korang , eh eh bukan lelaki je tau inginkan 6 packs haaa jangan memain .. so apa tunggu lagi ! cepat-cepat dapatkan pakaian sukan dari Jonlivia ! 


Jonlivia tercipta bila mana Jon dan Olivia dua individu yang berkongsi minat yang sama dalam menjalani gaya hidup aktif , keseluruhan konsep Jonlivia adalah mengenai ''Gaya , Prestasi & Anda'' Misi Jonlivia bukan sekadar untuk ke arah gaya hidup yang sihat tapi pada masa yang sama akan membuat kan terasa hebat dan bergaya!

Ikhlas dari aku bila memakai ActiveTee Plus ni memang sangat selesa and stay cool walaupun tengah panas , sebab ia meresap peluh dan haba dengan cepat , jadi aku tetap rasa kering walaupun badan tak berhenti keluarkan peluh .. cuma mungkin nanti Jonlivia boleh reka bentuk pakaian untuk muslimah sebab muslimah lebih suka baju yang boleh menutup punggung hehehe , but its okay still dapat cover dengan sweater or jacket .. oh ya baju ni sangat strechable .

Mana Nak Dapatkan Jonlivia ActivTee PLus - Pakaian Sukan Yang Selesa dan Bergaya Ni ?

Web : https://jonlivia.com/
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia


Holla ! 

Tak lama dah tahun 2017 akan pergi meninggalkan kita so korang tak bercadang ke nak pergi melancong ? Sebab ada berita hangat yang aku nak kongsikan kepada korang hari ni , lebih-lebih lagi kepada korang yang suka melancong dan of course kepada yang suka naik flight haaaa , sebenarnya aku pun tertanya-tanya apa kejutan yang bakal berlaku , apa promosi hebat yang akan di tawarkan dan apa kelebihan yang kita akan dapat 



Eh jap ! apa yang aku cuba bagitahu ni ? promosi apakah ? kelebihan apa ? dan kejutan apa ? haaaaa sebenarnya semua nya adalah dari TRAVELOKA yang akan menghantui hidup korang hi hi hi .. rata-rata semua dah memang sinonim dan suka sangat dengan Traveloka sebab banyak promosi yang hebat - hebat dari hotel dan juga flight yang di tawarkan oleh Traveloka ni

Aku kadang-kadang kalau tak bercadang untuk melancong pun selalu jugak bukak app / web Traveloka sebab nak tengok promosi-promosi yang ada , lebih-lebih lagi untuk hotel .. entah kenapa best woo tido hotel , mungkin nanti aku kena ubah rumah aku sebijik macam hotel haha , ok merepek je kan, tapi siapa macam aku memang kita geng ..

Berbalik kepada kejutan nanti , yaaaa Traveloka akan mengadakan satu kempen bagus punya ! Ini memang sesuai sangat kat korang yang jenis tak reti duduk diam kat rumah tu kan , kalau tak dapat pergi luar negara pun ada sesetengah suka tido hotel dan tak suka naik kenderaan awam atau pun malas nak drive haa booking je flight kat Traveloka .. lagi best bila rate harga macam tak masuk akal woi !

Yang tak bercadang nak travel pun boleh tetiba ubah fikiran bila tengok rate-rate hotel dan flight di Traveloka ni ..



Dari tadi lagi duk kempen-kempen je kan ! aduhai sabar sat sebab nak bagi keadaan macam suspen-suspen sikit haha ok ok lah aku bagitau , sebenarnya Traveloka akan mengadakan satu kempen penerbangan nanti , iaitu make 11.11 fly atau pun Traveloka Flight Campaign .. Bila ayat 'fly' tu maknanya mestilah dengan kapal terbang kan ,

Haaa ni memang peluang baik lah korang , mana tahu nak bercuti ke Sabah ke , Langkawi ke , Indon ke or memana tempat yang korang nak pergi , peluang macam ni lah kena gunakan sebaik mungkin .. Jangan sampai terlepas pulak sebab ianya tak lama , hanya beberapa hari sahaja guys ! Harap nanti tak tebako web Traveloka sebab ramai yang nak booking haha .



Seperti yang kita sedia maklum bermula nya tarikh 11/11 akan berlaku sale besar-besaran secara online yang melibatkan jenama dan syarikat yang  hebat-hebat , memang ramai yang tunggu tarikh cantik ni kan ? aku pun ternanti-nanti tarikh ni dan tak terkecuali juga buat Traveloka - web / applikasi tempahan perjalanan utama untuk destinasi domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara ..

Dari korang menghabiskan ribuan ringgit untuk shopping yang tak tahu bila nak habis tu , baikla korang spend untuk melancong pulak , orang kata jauh perjalanan lagi banyak pengalaman yang kita dapat ~ kadang-kadang aku cemburu jugak dengan orang yang selalu melancong ni sebab ada pengajaran pada setiap langkah kaki kita , haa mula lah nak bermadah ni .. ok teeeettt !

Fuh tak sabar pulak ~ 


Apakah Traveloka Flight Campaign ni , korang kena tunggu nanti tapi kat sini aku bagi lah sedikit detail supaya korang alert dan save the date ! tahulah korang tu kan kadang pelupa hehe so bila ingat tarikh 11.11 ingatlah Traveloka ~

Nah tengok kat sini promosi-promosi best yang ada
 https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111

Bila kah Traveloka Flight Campaign akan berlangsung ?

Yang kita tahu semua sale besar-besaran akan berlangsung pada 11.11.2017 pada tahun ni , tapi yang bestnya Traveloka Flight Campaign  ni akan bermula dari 10 November lagi tau sehingga 12 November .. jadi akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut .. Ini lah masanya untuk korang rebut peluang dapatkan promosi hebat lebih-lebih lagi dah hujung tahun ni , sememangnya waktu yang sangat sesuai untuk ber cuti .. 

eh dah nak masuk 2018 so why not haaa booking flight bawak family bercuti sebelum masuk tahun baru ! 

Ada Apa Dengan Traveloka Flight Campaign ?

Kempen ini akan menawarkan 2 minimum pax include return dan melancong ke mana-mana tempat yang korang ingin pergi , banyak lagi yang korang akan dapat bila booking flight di Traveloka nanti haaa yang tu kena lah tunggu 10 November nanti , sila simpan 2 tarikh penting ni tau .. mana lah tahu kot-kot tak teringat , so jangan lupa checkout dan serbu Traveloka Flight Campaign ni nanti okeh !

Kalau korang nak mudah , download je applikasi Traveloka tu dalam handfon masing-masing .. aku lebih suka guna applikasi sebab laju dan cepat je nak cari apa-apa info berkaitan .. haa amacam ? ada teruja tak , dah bagitahu ni jangan lupa bagitahu kat kawan-kawan , keluarga mahupun orang kampung semua , kongsi berita baik ni kepada orang-orang tersayang ~ boleh lah melancong bersama-sama lagi meriah gitu ~


Naik Kereta Atau Kapal Terbang ?

Tahun depan ingat nak pergi Langkawi menghiburkan hati anak , tapi tu lah tengah keliru sama ada nak pergi naik kereta atau pun booking awal flight ..dah alang-alang tahu pasal kempen yang bakal berlaku ni , memang peluang tepat pada masanya ni , lagi pun Traveloka tak hadkan mana-mana tempat untuk melancong , so korang nak pergi mana pun tak kisah ..

Kalau naik kereta macam penat pulak badan nak drive jauh-jauh kan ?  eh tak sabarnya nak tunggu 10 , 11 dan 12 Nov .. tadi pun dah check hotel sekali , dah alang-alang nak booking flight di Traveloka wajiblah booking hotel jugak ! nanti dah sampai sana senang dan ada penginapan .. tak perlu nak pening kepala mana nak tidoq ~

Aku pun macam dah lama tak naik kapal terbang , selalunya melancong dekat-dekat so naik kereta je .. nanti nak try tengok apa yang best dengan kempen ni , mana lah tahu harga dia tak masuk akal .. fuhhh rugi kalau tak join kan .. korang pun jangan lupa tau serbu Traveloka nanti ..


Selalunya bila aku bukak Traveloka ni yang bestnya siap ada info tempat makan yang best , tempat-tempat menarik , pengangkutan yang ada , tips melancong dan banyak lagi yang di sertakan untuk kita , tadi aku search Langkawi  tu diaa banyak tips di beri lagi mudah untuk aku untuk mengetahui tempat-tempat best kat situ .. so tak perlu dah nak google lagi .. 

Sekarang pun ada promosi Malaysia Airlines Special Fare yang sedang berlangsung , nak tahu kena lah pergi ke  https://www.traveloka.com/ sekarang ~

INFO LANJUT 

Website : https://www.traveloka.com/en-my/ 

Assalamualaikum 

29 Oktober 2017 , tempoh hari  telah berlangsungnya Nivea Care Run 2017 , walaupun aku tak dapat join sebab hal-hal tertentu tapi seriously jeles dengan kawan-kawan lain yang telah menyertainya , so di kesempatan ini aku pun nak share jugak kat korang semua ~ hope akan ada lagi program-program macam ni sebab aku pun nak join jugak ! 


Nivea Care Run kali ni bertemakan ''Protects What You Care'' yang bertempat di Kompleks Sukan Air Putrajaya , penyertaan pun sangat-sangat meriah yang bersama-sama memeriahkan adalah artis terkenal Siti Saleha 

Acara larian ini juga telah mendapat sambutan hampir 2,500 rakyat Malaysia. Memandangkan konsep temanya itu juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti secara tidak langsung. Kutipan sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian ini telah disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) iaitu merupakan sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

NIVEA Protect & Care deodoran menawarkan perlindungan tahan lama sehingga 48 jam sambil perlahan-lahan memelihara kulit anda. October ini, deodoran Perlindungan & Penjagaan NIVEA menyokong untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan bawah lengan melalui 5km NIVEA Care Run.



TERBARU dari NIVEA ; Deodoran NIVEA Protect & Care Roll-On 50ml dan NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing - masing sudahpun berada dijual di pasaran pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk - produk NIVEA , dapatkan di Facebook Page :www.facebook.com/mynivea .
Assalamualaikum 

Kanser ... hurmm takut sangat bila cerita tentang kanser ni kan , tapi adakah kita ambil cakna tentang isu ini yang mana kita boleh mencegah dari merawat .. mungkin dulu ramai yang tidak peka dengan kesedaran diri terhadap kanser ni yang mana paling tinggi di hidapai sekitar tahun 2007-2011 tapi sekarang ramai dah timbul kesedaran dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan buat kesihatan diri supaya tidak terlewat , orang kata biar mencegah dari merawat 


Jadi tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan  kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara. 


Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup kita je tau , namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi kita berada pada tahap yang sebaik mungkin.  

Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 


Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat  dalam persekitaran mikro kawasan intim,  dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.

Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.


Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. 

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti:


Immortelle – bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit



Deoplex – ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 



Syricalm – bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.


Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.

Jom ! sertai Betadine untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara 


Macamana nak sertai ? mudah je .. korang boleh menyertai Betadian Feminine Care dalam usaha untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA dengan pembelian 2 botol Betadina Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons , RM1 akan di sumbangkan kepada MAKNA ! 

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/. 

#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs 
Assalamualaikum , 27 Okt 2017 .. hari last checkup Rayyan sebelum umur dia 2 tahun , macam biasa check di klinik gov cuma bila chekup biasa ni tak perlu pergi ke klinik kesihatan dah sebab setiap jumaat nurse dari KK akan datang di Klinik Malaysia so tertumpu kat situ .. nasib baik lah dekat gila dengan rumah , jalan kaki pun sampai hohoho 

Sebelum tu nurse ada bagitau chekup kali ni kena makan ubat cacing , aku pun iye kan je lah .. macam biasa setiap kali checkup Rayyan , takde masalah atau pun bebelan dari nurse , semua ok alhamdulillah dari zaman bayi lagi cuma kali ni berat badan Rayyan statik je , tak naik dan tak turun .. eh ! tak pernah - pernah tau berat badan dia tak naik ! benda gitu pun dah buat aku risau . adoha ! 


Tapi memang patut la tak naik sebab sebulan ni dia selsema so agak kurang makan .. mungkin tak selesa tekak sebab kadang-kadang ada macam nak muntah , selagi tak buang kahak selagi tu lah dia tak berapa selesa tapi alhamdulillah sekarang dah makin ok , hope selera makan kembali normal dan yaaa ! aktif bermain pun salah satu punca dia lupakan makanan .. kalau perempuan tidak mungkin lupakan makanan hahah nanti moody , eh  ! tu Umi dia .. huh

Bila fikir tentang ubat cacing ni kan , aku mula lah terbayang nanti keluar cacing besar hoiii dalam pampers dia , aduh aku ni dah lah penggeli nak mampoih .. haha tapi nasib baik update status kat fb , so ada kawan-kawan komen cacing tu akan mampus dan hancur dalam najis bila makan ubat, waaaaaa happy me ! terus hilang bayangan cacing bergerak-gerak dalam pampers ! uwerkk nak muntah pulak haha 

Penting Ke Ubat Cacing Untuk Anak-Anak ?

Yes sangat penting supaya tidak terkena jangkitan cacing , sebenarnya kita-kita yang dewasa ni patut ambil jugak tau sekurangnya sekali setahun ! tapi tu lah macam masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan .. bila sakit baru menggelabah kan .. tapi untuk anak-anak ni better lah bagi kerana jangkitan cacing pun sangat bahaya juga kalau tidak di rawat .

Tanda-Tanda Anak Terkena Penyakit Kecacingan 
  • Kurang selera makan 
  • Perut buncit 
  • Pucat lesi 
  • Cepat keletihan , lemah dan tidak aktif 
  • Demam berpanjangan 
  • Mengalami ruam dan gatal 
  • Keluar cacing pada najis 
  • Gatal lubang dubur terutama pada waktu malam 
  • Masalah pernafasan 
  • Kurang tidur 
  • Sakit perut dan cirit birit 
Macamana nak elakkan anak terkena penyakit ni , sebagai ibu bapa kita wajib amalkan aspek kebersihan , always basuh tangan anak sebelum makan , selalu memakai selipar bila bermain , bila memasak kena betul-betul bersihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan kerana ada telur cacing yang kita tak nampak .. so elakkan pemakanan dan persekitaran yang tidak bersih . Tandas juga perlu sentiasa bersih lebih-lebih lagi tandas duduk ..

Hati Berbicara :


Semoga kesihatan yang baik selalu ada bersamamu sayang , kerana melihat mu sakit membuat ku juga lebih sakit .. membesar lah dalam kegembiraan dan kebahagiaan , semoga kasih sayang tak pernah terkurang wlau sebesar zarah .. jadi anak yang berguna di dunia dan juga akhirat .. ❤❤❤




Assalamualaikum 

Masih teringat waktu sekolah dulu , bila ada peperiksaan berdebar tunggu buku rekod dari guru kelas .. yang paling tak best bila dapat keputusan peperiksaan yang tak berapa gemilang dan mula lah takut nak bagitahu ibu bapa kan ~ yang lucu nya ada kawan-kawan tiru tandatangan ibu bapa sebab takut .. haha nakal kan .. tapi tu zaman aku dulu , sekarang sistem pendidikan makin maju dan canggih !


Kalau korang nak tahu apa-apa tentang sistem pendidikan masa kini boleh rujuk web http://sistemkpm.com , berbalik pada cerita di atas sekarang murid-murid dah tak boleh sorok apa pun keputusan dari ibu bapa sebab adanya SAPS Ibu Bapa .. 

Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?

Walaupun anak aku masih lagi tak bersekolah tapi kena jugak tahu untuk persediaan nanti , SAPS atau nama kata lain Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem online yang di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan , menganalisis, dan mengumpul data keputusan murid di sekolah . 

Dengan bahasa mudahnya , ibu bapa sekarang walaupun dah takde buku rekod atau pun anak-anak sorok keputusan peperiksaan mereka , ibu bapa boleh check semua keputusan tu secara online je di SAPS , so everything tentang akademik anak-anak boleh di pantau dari jarak jauh gitu .. sistem SAPS ni boleh di akses oleh semua pihak termasuk KPM , JPN , PPD dan sekolah.

Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah. 

Bagaimana Cara Menggunakan SAPS ?

Alright , semua ibu bapa wajib tahu bagaimana cara nak guna SAPS ni , caranya sangat mudah hanya ikut step-step yang aku berikan di bawah ni okay ..

  1. Bukak laman web SAPS -------> DI SINI 

2. Bila klik laman web SAPS tu akan keluar paparan seperti di atas , dan klik di semakan ibu bapa atau ---> DI SINI .. tak perlu login sebab itu  untuk guru .. kemudian akan keluar paparan seperti di bawah 


3. Seterusnya ibu bapa boleh masukkan detail yang di minta ---> Ic Pelajar ---> Negeri ---> Nama Sekolah 
4. Tekan di pautan ''semak''
5. Seterusnya akan keluar paparan Slip Keputusan Pelajar 

Kelebihan sistem SAPS 

Dengan adanya sistem SAPS ni memang sangat membantu ibu bapa dan juga dalam memantau prestasi akademik pelajar tanpa mengira kawasan sekolah  , secara tak langsung dapat menganalisa kelemahan pelajar kerana SAPS dapat mengeluarkan data yang telah di analisis , dan guru kelas juga tidak perlu menganalisis semua data secara manual 

Sistem SAPS ni boleh menyemak keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Semua keputusan boleh di semak melalui SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM ..

Jika ibu bapa tidak dapat menyemak keputusan anak - anak sila refer cikgu kelas kemungkinan tersalah mengisi NO i/c dan sebagainya :) nah ! bagus kan sistem SAPS ni . Untuk guru - guru pula boleh ikuti step-step DI SINI

For more info tentang SAPS / Sistem pendidikan masa kini boleh layari web di bawah 

↬ http://sistemkpm.com
↬ http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27

Boleh download applikasi SAPS 



Holla Neutrogena Lover ❤ , siapa je tak kenal Neutrogena ni ? nah hari ni aku nak kongsikan produk baru  Neutrogena tapi belum pasaran lagi tau , produk ni akan ada di pasaran pada minggu pertama dalam bulan NOVEMBER ! so jangan lupa grab it alright .. aku pun dah cuba sendiri dan sangat suka dengan tekstur dan kesan lepas pakai fuhhhh freshhh oih muka ! 


Neutrogena Capsule Sleeping Mask & Neutrogena Hydrogel Mask  | Tadaaa ini lah produk baru Neutrogena yang akan berada di pasaran tak lama je lagi , 2 hari lagi dan masuk November so sabar okay sabar .. aku memang suka pakai mask tau sambil menyusu anak haha , last-last tertido oik 



Neutrogena Capsule Sleeping Mask 

Packaging produk ni adalah dalam bentuk capsule , so far aku takde masalah dalam packaging jenis macam ni sebab senang bukak dan bentuk yang saiz kecil (10 ml ) sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana , travel ke balik kg ke haaa masuk poket pun boleh .. Capsule Sleeping Mask ni ada 2 jenis yang satunya untuk Fine Fairness dan satu lagi Hydro Boost .. 



Hydro Boost 

Tips untuk lebih kesegaran , korang boleh letak dalam peti ais semalaman dan apply di wajah , fuh segar sangat .. Hydro Boost Capsule ni mengandungi 100% Asid Hyaluronik yang semulajadi yang berfungsi sebagai penghidaratan , bila pakai Hydro Boost ni aku dapat rasa kulit lebih lembab , lembut dan berseri .. memang sesuai sangat dengan aku yang punya kulit kering .. suggest sangat pada korang yang selalu terkena penghawa dingin .. 

Tekstur nya sangat wangi macam bau buah-buahan yang segar , dan sangat mudah di apply , walaupun warna agak kebiruan dalam gambar ni tapi bila apply di wajah muka takde warna-warna biru tau , warna transparent gitu dan sangat mudah meresap dalam kulit .. 

Tekstur yang tak melekit , bila apply di muka cepat je meresap dan kering , warna agak kebiruan 

Fine Fairness 

Yang ni pulak mengandungi Niacinamade yang mana dapat membuatkan kulit wajah kita lebih bercahaya , kalau nak kesan lebih , boleh pakai dua kali so nampak muka korang ada perubahan .. yang bestnya ia tidak merengsakan kulit wajah kita dan sangat menyerap dengan cepat , bila pakai ni sangat tenang dan sejuk je .. yang best nya untuk kulit korang yang sensitif ia tidak membawa kesan negatif pada kulit uols tau .. 

Tekstur sama macam Hydro Boost cuma warna agak kekuningan .. 

Cara Penggunaan : Sehari untuk 1 mask , hanya apply di muka dan tunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan semua manfaat yang ada , boleh campur dengan oil booster dan di letakkan dalam peti sejuk untuk lebih kesegaran :)

Neutrogena Hydrogel Mask 


For me , aku lebih suka Hydrogel Mask berbanding capsule sebab lagi mudah haha (nampak sangat pemalas) tapi yeah aku suka gila dengan produk ni sebab tekstur / material adalah GEL dan bukan seperti yang aku guna sebelum ni yang mana selalunya macam kapas or kertas dan sememangnya Hydrogel 100% tanpa kertas.

Lagi satu aku suka Hydrogel Mask ni sebab ia nya asing antara bahagian mulut dan jugak mata , so lagi senang nak ejas kedudukan mask di muka .. bila mask ni dari gel faham-faham la kan bila pakai di muka ia lebih rasa sejuk dan menyegarkan dan dalam Hydrogel Mask ni sama dengan satu botols serum penghidratan untuk 15 minit .


Kenapa gel lagi elok dari kertas sebab ia lebih banyak nutrien penting dan akan di serap oleh kulit wajah kita , selalunya bila menggunakan mask kapas ia akan merumitkan keadaan bila mana cecair yang ada akan berciciran di bantal weh , so serabut amat tapi dengan hydrogel mask ni tak perlu risau sebab cecair telah di serap sepenuhnya .. Teknologi penyejukan Hydrogel ni 100% di buat dari serum aktif.

Sama juga seperti Capsule , ia mempunyai dua fungsi yang sama iaitu FAIR FAIRNESS dan HYDRO BOOST dan memberi kesan yang sama .. Bagi aku , aku lebih sukakan Hydrogel Mask ! yeah vote for 10 star .. heheheh opss terlebih excited sudahh ..

Cara penggunaan : Apply Hydrogel Mask selama 15 minit , boleh di letakkan di dalam peti ais untuk lebih kesegaran .

More Info :
Hanya di dapati di WATSON ! 
Capsule Sleeping Mask : RM12.90
Hydrogel Mask : RM13.90
Assalamualaikum , macam lama tak tulis tentang personal life .. bukan bujet diva or hot stuff babe , tapi masa sekarang pack betul bila ada anak kecik ni , yaAllah memang berperang lah bila nak menulis blog .. tapi dont worry paid review or any review memang aku berdisiplin try hard gitu untuk siapkan sebelum klien komplen heheh .. 



Aku terfikir jugak bila mana mummy yang ada anak yang 24 jam nak menempek je kan , bila sentuh handfon or laptop dia punya clingy lagi teruk , weh anak aku la tu haha tapi sekarang bila dah Rayyan makin ke arah dewasa ni (2 tahun) ada part dia macam boleh faham tapi ko tau tak sampai setengah jam dia punya faham tu ..anak Umi sangat 

Jadi camane aku bahagikan masa untuk berblog lagi-lagi bila kena buat kerja ikut masa tertentu supaya hasil kerja kita pun nampak helok .. ini cara aku mengikut keadaan anak aku .. lain orang lain cara 

Bila Waktu Aku Dapat Berblog 

Rindunya saat ni yaAllah , hehe always kena gomol dengan Umi now dan debab bab bab makin banyak akal !


  • Malam Hari - Bila Anak Tidur Malam 

Aku akan berblog ketika dia tidur , lebih-lebih lagi bila malam hari tidur dia lebih lena berbanding siang .. walaupun kadang-kadang Rayyan ni macam kuat mengigau , erm padahal sebenarnya  dia boleh rasa tangan aku tak pelok dia , tak tepuk-tepuk atau berhimpit dengan dia , weh ! aura apakah adududu .. so malam hari ni memang aku karang ayat dan draft sebanyak mungkin yang boleh tapi tak banyak pun sebab ngantok ! huh

  • Siang Hari - Bila Anak Tidur Siang 
Jarang-jarang aku boleh berblog siang hari , kalau Rayyan tido lama tu macam wow awesomenya anak aku hari ni , haha tapi aku amik kesempatan masa dia tidur siang untuk snap gambar untuk di review , untuk edit gambar dan juga upload gambar dan juga cari info sepantas kilat .. then ayat-ayat akan di karang di malam hari .. lebih tenang dan banyak idea untuk di perah

  • Bila Abah Rayyan Cuti 
Bila berblog ni memang need support lah dari laki , so untuk mengelakkan di kacau oleh Rayyan so part jaga anak di serahkan lah kepada dia .. u know what support dari laki ni memainkan peranan penting , so wahai lelaki tolong support bini kau demi minat dia , menulis ni adakala boleh menghilangkan tension tapi inshaaAlalh semoga tulisan yang kita tulis itu ke arah kebaikan .



Tu je lah masa yang aku sempat curi-curi untuk bukak laptop , dan aku tak suka buat entry guna fon .. tak tahu lah kenapa tapi memang tak suka , perasaan tu lain , aku kena tengok gambar sebesar skrin laptop baru puas hati , and then sometimes kena dengar lagu untuk idea tertentu .. 

Sebenarnya banyak benda nak di tulis , nak di ceritakan .. tentang personal life , tentang Rayyan , tentang motivasi , jiwang macam dulu-dulu tapi tu lah zaman makin berubah , zaman bujang dah berlalu ~ ada benda lagi penting yang sangat memerlukan kita .. anak .. yess anak yang dulu di saat kita kawen doa itu yang tak pernag lekang dari mulut .. yang sukar di cari ganti 

Ikutkan boleh je bangun pagi bukak laptop berblog tapi bila pulak masa untuk diri sendiri ? yang pasti jangan sampai sakit , kena jaga juga kesihatan ... bila jadi mak ni , memang tak boleh sakit .. kalau tak , anak terabai rumah pun berkecah .. nak tak nak kena gagahkan diri untuk semua tu .. enjoy lah masa bujang korang sebab semua tu takkan dapat ada di kala anak masih kecik hahah sedey ~ 

Hati Berbicara :

Takpelah sayang , Umi seboleh mungkin cari waktu di kala Rayyan tidur supaya anak Umi ni tak terabai .. tak boleh berblog bila Rayyan tak tidur , Umi pun tak tenang .. walapun kadang ada termarah dia sebab menguji kesabaran Umi , im sorry sayang ... jangan cepat sangat membesar nanti Umi rindu nak peluk cium gomol awak sampai nangis 

So mummy - mummy macamana korang manage jadual korang , feel free to share :)







Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates