• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Pertama kali tengok AF secara live , teringin jugak nak tengok secara live ni kan , jadi nak thanx so much kepada Ben Ashaari yang tawarkan tiket free ke konsert AF10 minggu pertama , yang penaja utama nya D'HERBS terlajak laris gitu . Pengetua Af10 kali ni ialah Dato Hattan , intro tadi pun lagu rock kapak tu dari beliau ... memang terbaik , otai tuuuuuu dan tenaga pengajar yang lain untuk musim ini Fatimah Abu Bakar (guru komunikasi dan bahasa Inggeris) , Linda  Jasmine (guru tarian dan koreografi) , Marlia Marlia Musa (guru seni persembahan) dan Siti Hajar (guru vokal) 



Rakan blogger KelabBloggerBenAshaari yang lain , havoc betul depa ni , sebab tu qaseh sayang lebih
Persembahan oleh Nuha , dengan lagu pilihan nya tunggu sekejap ~ di iringi orkestra .. terbaik persembahan Nuha malam ni . Oh ye minggu pertama pelajar2 AF memilih lagu2 pilihan masing2 .

Seramai 12 pelajar Akademi Fantasia , juri pada malam tadi Tam Spider , Raja Azura , dan Ramli MS , dan pengara yang sememangnya gila-gila , Zizan Razak dan Jihan Muse , adoihhh dah macam tengok maharaja lawak pulak , memang tak salah pilih pengacara , konsert kali ni sangat meriah ..

Pelajar - pelajar kali ni ialah AZWAN SATAR , NUHA , MUNA , FIRMAN , EWAL , WAWA , FAREZ , ZAIF , ZIHA , AMAN , NINA dan ADEL , ehem yang sangat menarik perhatian qaseh jeng jeng jeng , aduh hensem sungguh beliau iaitu Azwan Satar , sebelum Azwan masuk Af2014 ni memang dah follow instagram dia , tu pun sebab tengok si faiz #villagepeople duk up pasal dia , so stalk la .. galeri dia kebanyakannya video dia menyanyi , dan lagu2 yang dia nyanyi tu atas permintaan peminat dia kat instagram , wah qaseh pun pernah req lagu ok :p pastu terkejut jugak la Azwan masuk Af2014 .. tadi dengar suara dia nyanyi live memang merdu je dan hensem sungguh .. ops tak kurang hebat si Nuha dan Ewal !

Konsert minggu pertama tiada penyingkiran , gimik terbaik lah tadi haaa siap ada beg hello kitty haha comel , syabas lah mampu menggimikkan dan mendebarkan penonton , drama sangat , part Faizal tetiba hadir tu sangat kelakar .. haishh nanti nak kena tengok live lagi ni , baru best .. last thanx again buat Ben Ashaari dan penerbit Af2014 kali ini .

AFUNDI AZWAN SATAR :p










Assalamualaikum ..

BROGA HILL | AKTIVITI RIADAH | SEMENYIH .. kali ni nak cerita tentang aktiviti 1 September 2014 aku tempoh hari , kat mana Broga Hill ni ? Mula-mula aku tak tahu jugak kat mana la Broga Hill ni , rupanya dekat Semenyih , berdekatan dengan Nottingham University , alahai rupanya dekat je dengan Putrajaya ni , aku ni ada penyakit tak boleh tengok orang buat aktiviti best2 , mula lah rasa dengki , tapi dengki secara sihat ye , tamo dengki2 tak sihat ni .. jadi akhirnya dapat jugak aku menawan puncak Broga Hill .. bila nak mendaki ni ada benda-benda penting yang korang kena bawak .. haaa


Suasana pagi yang best ! Pemandangan atas ni , kitorang berhenti rehat jap solat subuh .. cantik gilaaa , terjojol biji mata .. dan sangat damai .. subhanallah ..



Kitorang gerak pukul 4 pagi , aku dengan 4 kawan yang lain , so bila nak mendaki
1. Kena ada lampu suluh , tu pun kalau korang gerak awal pagi macam ni sebab suasana gelap gelita.Karang tak pasal - pasal jadi aktiviti cari orang hilang pulak

2. Harus lah berpakaian sukan , tracksuit dan kasut . Haram pakai selipar , kalau korang dah memang otai , kaki ayam pun xpe . No hal , ayam pun bagi free je kaki dia

3. Ambil sarapan dulu dan bawak air masak atau pun makanan kot2 lapar , aku silap hari tu tak bawak makanan dan tak sarapan dulu , so rasa nak muntah dan berpeluh2 dan ada la pengunjung lain muntah , yeckss nasib baik tak terpijak

4. Bawak la beg galas , senang untuk isi apa2 pun .. sebab nanti turun Broga Hill agak cerun so tangan harus kosong dari memegang apa2 ye anak2ku.


 


 Broga Hill berketinggian lebih kurang 400 m , nampak macam biasa-biasa je kan ? Tapi bagi aku yang pertama kali pergi ni agak semput jugaklah , tapi aku jenis lasak . Mana boleh mengalah , alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke puncak .

Broga Hill ada 4 puncak , jarak antara satu puncak ke puncak lain tu mengambil masa lebih kurang 25 minit macam tu la , alhamdulillah masa pergi haritu tak hujan tapi jalan untuk naik ke puncak agak berdebu so jaga-jaga , agak licin .. jalan pun dah macam ular , kena relax and cool je , jangan paksa diri sangat , kalau penat sila berehat dulu ye .. yang lead aku hari tu kemain laju , geram pulak kitee

Bagi aku yang ketinggalan zaman ni , memang seronok buat aktiviti macam ni , orang lain dah berkurun pergi Broga Hill kan haha tapi takpe Alhamdulillah sampai jugak kat sini ! Rasa nak jerit kuat2 je bila sampai kat puncak sana , tapi takut jugak karang tak sempat jerit , kena tolak jatuh gaung .. memekak je haha .. akhirnyaaaaaaa qaseh dalia tinggal kenangan indah kat sini wehuuuu kalau ada peluang lagi , nak datang lagi ! Jom korang !

Baca juga : Mendaki Gunung Banang {alertInfo}




Alhamdulillah sempat tengok SUNRISE dari PUNCAK BROGA HILL , subhanallah memang cantik , indahnya alamMu .. indah ciptaanMU .. sempat berkhayal sekejap sambil menikmati SUNRISE



Aktiviti penting haruslah berselfie , tq Edd , nasib baik hilang merajuk dia , jenuh nak pujuk dia ni .. mentang2 dia selalu pergi Broga Hill kan , so wajib ada nanti takde sape nak lead kitorang , tq Hazilah , sudi juga mengikut n teman kaksue .. u are rock girl ! Tq jugak syakir dan pali .. berlima cukup .. ramai2 karang pening pulak hehehe .. mereka2 ni la merealisasikan impian dakuuu ..

So qaseh syorkan , pada yang tak pegi lagi , sila lah pegi , aish eksyen pulak haha .. bye Broga Hill nanti kita ketemu lagi .. maaf gambar tak cantik .. update guna handphone je , maklumlah handphone cikai ..






Assalamualaikum ,
Cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari untuk task ke 6 , apa yang anda makan hari ni .. haaa kita makan hati haha  ok taddaaaaaaaaa , tengok ke tauuu !!! 




Qaseh Dalia makan ini , tapi qaseh dalia lupa nama apa , yang ingat hanya 'Fish' haha kat Secret Resipi .. yummmiiiiiiii
Assalamualaikum , cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari , task ke 5 .. hurm dlm byk2 task .. task ni yang paling susah , debor angat kite haha .. 3 benda yang ingin diluahkan pada bekas kekasih

So tukar kpd nama panggilan 'SUE` utk task kali ni sebab dia panggil gitu .

First thing sue nak ucapkan tahniah atas kebahagiaan awk sekarang , sweet gitu . untuk benda2 yg dah lepas , tq sebab pernah simpan sue dalam hati awak even sekejap .. best kan masa kita hanya sebagai kawan .. rindu nak jadi hanya sebagai kawan .. taknak lebih dari tu .. sumpah xnak lebih , tp adakala terbuai oleh perasaan ingin di syg dan di cintai ,.. tq caring psl sue dulu .. sue hargai semua .. lebih2 lg bila sue pengsan di tempat awam .. tq bawak g hospital even awak tgh makan nasi masa tu , dgn tgn yg tak trbasuh haha . Ingat balik rasa kelakar pulak . Auchh ni mls nak ingat benda2 lepas ni !

Kedua , of course perasaan sakit tu ada bila dapat tahu awak curang , sakit sgt ... gila tak sakit ! haishh tetiba rasa mcm bodoh pulak .. haha apsal la aku terkapel dengan hang . Bengong! Eh terkasar pulak . Maafkan saya haha .. tapi sue dah lupa pun sebab nak marah ke nak sakit hati ke , xde kuasa .. hanya mampu serahkan segalanya pada yang maha kuasa .. bukan di tgn sue utk menghukum sesiapa wpun hati berdarah .. tetap bukan di tangan sue.. sebab sue percaya Allah tu maha adil .. Dia buat yg terbaik buat hamba2Nya .. yang tercantik aturan untuk hambaNya .. kan ?? Kita pun dah makin dewasa .. walaupun awk tak sesal dgn apa yg awk buat . Sue tetap brterima kasih .. mesti saat ini andai awk baca .. mesti awak ketawa trbahak2 sebab brjaya main kan hati sue .. nk tumpang ketawa trbahak2 gak haha

The last one , saat ini hati sue dah lupakan segala2nya , betapa cinta beruk makyeh ini akan di buat koleksi lawak pada masa tua .. haha .. dan ini lah luahan yg plg ikhlas sue nak bgtau .. sekarang lebih baik dr dulu awak , dlm kesakitan tu awak ajar sue untuk bangun , walaupun makan masa tapi berbaloi dengan apa yg sue rasa skrg , brbaloi dengan apa yg sue dpt skrg .. betul org kata , bila kita kehilangan sesuatu Allah gantikan sesuatu itu dengan lebih baik .. sue nak je share psl benda ni mcm kita jd kawan dlu .. tanpa perasaan apa2 pun .. borak sbagai kawan .. bertanya ttg kbhagiaan msg2 .. doakan sue ye :') .. sue dah lama maafkan awak .. dah lama lupa , skrg perasaan sue pd awak kosong .. Allah dah bagi msg2 apa yg trbaik .. jangan risau dia jaga sue dengan baik :') tak pernah sue rasa di layan bak seorg puteri keh keh keh .

Buat hencik tunang , kisah2 lama ni taw jangan fikir bukan2 pulak . Taulah tgh stalk haha
Terpaksa buat ni haha .. and you are always in my heart .. walaupun awak bukan cinta pertama .. tp awak cinta terakhir saya hgga hjg nyawa . InshaaAllah :') . Sweet plak dahku kahkah .. bye !!!!! Sape nak muntah , angkat tangan .



sentimental ni ada masanya bagus , ada masanya tak .. bila kita trlalu brpegang pd masa lampau kita lupa yg sbnrnya kita boleh bergerak ke hdpn .. kita lupa yg msh blum trlmbt utk kita plih jln yang lain ..
its not about second chances but this is about choosing a totally different road ..  and u will get ur happiness ..

Assalamualaikum , cabaran 30 KelabBloggerBenAshaari dah masuk hari ke empat , tiba masanya untuk task ke 4 .. task kali ni bertajuk BUKU , bagus bagus ! Saya suka baca buku , hari2 saya baca buku .. so task hari ini ..  BUKU KEGEMARAN ANDA .. lets go !



Buku PUISI TEPI JALAN DARI PENULIS FYNN JAMAL (RABAK LIK)
Puisi adalah eskapisme aku. Dunia dimana aku boleh lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada . Frasa2 tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua

Kita semua ada rahsia . Dan puisi adalah peti besi aku *diam*



Buku DESATURASI MERAH JAMBU dari penulis LADYONE MOHAMED (DUBOOK PINK)
Warna yang perlahan-lahan memudar menjadi kelabu dan akhirnya hitam menggelapkan seluruh cerita kita


Buku DIMANA DIA DI HATIKU penulis oleh PAHROL MOHD JUOI (KARYA BESTARI)
ALLAH itu amat hampir , tapi kenapa aku masoh meminggir ? Akalku alpa berfikir , hatiku lupa berzikir


Buku KELABU penulis NADIA KHAN (FIXI)
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih , baik buruk , betul salah , cinta benci , lelaki perempuan
Cabaran 30 hari KelabBloggerBenAshaari untuk hari ketiga .. agak sentimental task ke tiga bagi aku ,  hari ke tiga untuk cabaran 30 hari | SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA | KELABBLOGGERBENASHAARI

Setiap orang ada waktu - waktu jatuh tersungkur dari setiap sudut pelosok , kadang-kadang oleh skeliling , kawan2 , cinta , kerjaya .. ada waktu walaupun nampak remeh di mata orang lain tapi kita yang merasa sangat pedih ..



Aku juga tak ketinggalan untuk merasa sebahagian dari kehidupan dunia , apa yang menguatkan aku hingga aku gembira dan bahagia seperti sekarang ? Selain Tuhan dan keluarga serta kawan2 , sebenarnya pengalaman aku yang lampau menguatkan diri sendiri .. orang kata pengalaman tu mendewasakan kita .. menjadi cikgu kehidupan yang sementara .. pengalaman walaupun pahit hingga memberi kesan ke lubuk hati tapi boleh jadi satu hari , ia lah yang menjadi penunjuk arah dan penawar untuk terus kuat dan menjadi sado girl .

Banyak benda aku belajar dari pengalaman , aku belajar jadi matang , ermm boleh lah tahap matang aku melebihi tahap kematangan ujang gilo. Kenal ? Xyah kenal la blogger tu mmg gila sikit. Mabuk ketum hahah


Satu lagi yg menguatkan aku ialah SPINACH ! sebab sebenarnga aku keturunan POPEYE , bila makang je jadi kuat asal kuat makan je .. popeye the .... PUUUU PUUUU PUUUU haha
Cabaran 30 hari untuk hari ke dua adalah berbunyi seperti ini | 5 CARA MEMENANGI HATI ANDA | #KelabBloggerBenAshaari #EntriKelabBloggerBenAshaari

Amboiii cabaran untuk hari ke dua ni agak seronok sikit , macamana la nak tekel hati aku ni ye , aiseh senang je sebenarnya nak tekel hati seorang perempuan yang bernama Qaseh Dalia ni .. nasib baik nak 5 cara je , kalau tak tak tahu hati ni nak pilih sape nanti haha ok jom baca 

1. MATANG
Pertama sekali nak memenangi hati aku , aku suka tengok seorang yang matang , bukan pada ke poyo an nya tapi dari nasihat nya .. tak kisah lelaki or perempuan .. nasihat ni kadang org suka bagi dlm sindiran . Sila terasa sila terasa ? Haaa get lost . Mmg cari pnyakit . Sebab aku suka nasihat yg lembut tapi meresap .. sardin girl kata kan 


2. MINAT SAMA
 Cerita psl buku .Sebab aku minat buku-buku genre puisi keras , novel , buku motivasi .. yang pasti suka share2 tentang buku .. bawak pergi ke kedai buku lagi bagus ..haha orang2  macam ni memang aku suka senangi .. sebab rasa macam ada keserasian kat situ



3. BERSENI
aku seorang yang suka bergambar .. suka kan gambar yang cantik.. lebih2 lagi bila org yang ambil gambar tu pndai ambil gambar .. jadi koleksi gitu .. share gambar2 cantik pun dah buat aku tersuka dan rasa macam nak stalk hari2 je gambar2 dia .. bergaul dengan orang berseni kita pun rasa macam acah2 kreatif jugak .. banyak idea , lebih terbuka ..



4. POSITIF
Berkawan dengan orang positif buat diri kita rasa positif jugak .. rasa mcm ada semangat dalam diri .. so kalau kita rasa serabut ke tension ke ade org2 positif di sekeliling .. nak stress pun tak jadi kan .. org2 yg always positif nun dpt memenangi hati iols ni haaaa .. 

5. GILA-GILA
Yang terakhir sekali , aku cepat masuk dengan orang yang perangai nya gila2 . Sebab aku agak gila bila kenal lama .. bila berada dalam lingkungan orang mcm ni , dia akan terima kita seadanya , xmalu nak kawan dengan kita . Tak payah nak behave bagai . Dan yang buat aku senang dengan orang macam ni .. tak perlu serius sangat ..boring ! dalam lawak pun boleh nasihat .

Hati berbicara :
Hihihi seronok leh luahkan perasaan melalui task .. kita tunggu hari ke tiga pulak ok ! 
Assalamualaikum , 30 hari mencari cinta eh eh bukan haa qaseh menjoinkan diri dalam cabaran 30 hari .. so hari pertama apa yg kena buat , tuuuu haa macam tajuk kat atas .. lets begin !

First tq kak sue izza dari #kelabbloggerbenashaari yang menganjurkan task2 cabaran 30 hari .. haha excited

Hari pertama : Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda

Jadi 5 fakta tentang aku .. jeng jeng jeng jemput kenali diri aku okeyh


1. Sebenarnya aku seorang yang pendiam tapi boleh jadi seorang yang gila2 .. dalam waktu yang sama aku boleh berubah jadi gila2 tapi jangan terkejut bila tiba2 aku diamkan diri .. ayat macam sama tp dah putar jadi mcm hape lak . Ops

2.Seorang yang lebih rapat dengan kawan2 berbanding keluarga sendiri , entahlah mungkin malu nak cerita soal hati dengan family takut diorang menangis pulak karang haaaa

3.Mudah menangis walaupun tengok cerita kartun di penghujungnya mereka trpaksa berpisah .. tengah cuba untuk jadi sado girl tapi asyik jadi sardin girl . Lembut sampai ke tulang .

4.Suka berada di luar rumah berbanding berada di rumah , kaki jalan ..

5.Suka tidorrrr dan tidorrrrr

Haaaa percaya tak dengan 5 fakta ni , cengginilah aku sebenarnya . Selamat berkenalan .. tunggu esok untuk task hari ke dua ! 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates