• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ....

Waktu ni aku termenung sendirian di depan laptop bertemankan lagu-lagu dari suria fm , berfikir tentang sesebuah hubungan , hubungan yang separuh jalan , putus di tengah jalan , putus yang bersambung atau mungkin kekal abadi hingga ke akhir hayat .. 

takdir bukan ? semua tu bukan dalam tangan kita , kita pegang erat , kita gapai kita belai seperti tiada langsung kesakitan yang akan menjalar ..tapi ~ tanpa sedar dalam genggaman yang cukup kuat benda tu hilang !! hilang tanpa alasan , tanpa tikaman mahupun gurisan .. tapi ...... tapi selepas tu baru terasa sakitnya Allah ... ~ sakitnya .. apa yang bergelodak dalam hati aku , apa yang sedang menikam-nikam hati aku hingga air mata ini tak henti mengalir .. apa yang berada dalam akal fikiran hingga seakan langkah terhenti .. apa yaAllah ..~
sumber
masa itu bukan boneka , masa itu sesuatu yang kita jalani , ia ikut kita dan kita kejar ia .. masa kadang merubah cerita , masa merubah segala peristiwa dan masa jugak kadang-kadang merubah diri kita sendiri apatah lagi dia .. so biarlah masa jua yang menentukan..
jgn takut dan jangan gusar , Allah rancang yg trbaik buat kita =)

sayang ..... kadang-kadang kita terlalu yakin , terlalu berharap dengan manusia , kita letakkan pergantungan kita hanya pada manusia tapi kita lupa ~ kita lupa yang Allah tu lah sepatutnya kita genggam erat , belai selembutnya .. tapi! apa yang kita buat ? trlalu berharap hingga Allah tarik balik apa yang ada dalam jiwa kau , jiwa aku , jiwa kamu ? Allah nak kau ..aku , kita kembali pada dia .... insyaAllah sakit sedikit pun takkan rasa melainkan keindahan atas sakit yang sekejap cuma .. 

dan sayang ~ 
mungkin kita lupa manusia pasti akan berubah , mungkin dahulu dia sygkan kita tak mustahil hari ni dia dah berubah , usahkau persoalkan apa kekurangan mu .. usah kau soalkan apa salah diri mu , antara rela dan redha lepaskan dia , bebaskan hati mu dari dibelenggu sesuatu yang sememangnya kamu tak dapat .. redha menerima segala2nya ... =) 

hati berbicara :

antara rela dan redha , aku memilih redha , rela kadang-kadang buat kan kita terpaksa , kita paksa hati ~ kita paksa jiwa ~ paksa untuk menerima segala yang terjadi tapi kita masih belum mampu membebaskan ia dari hidup .. redha itu pasrah , pasrah itu menyerah (ombak rindu) bila kita redha sesuatu yang ada dalam hati kita bebaskan .. bebas berterbangan tanpa rasa ingin dapatkannya balik ..

assalamualaikum ?

Assalamualaikum...
akhirnya jumpa jugak tetikus , merata cari tadi rupanya duk belakang laptop je ! so hari ni aku nak cerita satu kisah perang yang dasyat .. alkisahnya ..

sebenarnya aku tak pernah main PAINTBALL ini .. so ini kalilah aku join atas desakan  ajakan kawan-kawan blog , dalam hati ni toksah dok kata la gemuruh jiwa betul , ketaq lutut semua ada , almaklumlah orang kata main ni sakit .. erk ! so try test buat alasan sakit gigi tapi nak jadi pompom girl dari tepi , sekali ko amek otai BEN ASHAARI bagi ayat sedas .. kalau pergi tak main baik tak payah ! main paintball bukan guna gigi pon! haha so menjoin kan diri la ...(panjang pulak mukadimah) ..

peta lokasi ..

kami berkumpul kat sana dalam pukul 11 lebih kot , tunggu semua turun lepak-lepak dulu .. hati ni duk menyanyi lagu gemuruh jiwa bye faizal tahir .. pastu sorang-sorang dah tunjuk muka , sorang-sorang pulak badan tegap-tegap kalah malik noor lagi lah rasa macam nak terkucil .. mula lah cakap dengan yanty : apakata kita menyorok je bawah kon kat padang tu ! muka sorang-sorang da macam gengster ni woiiiii kahkah ..
   


segala kelengkapan untuk berperang .. woooo hebat tak 

then dah dengar segala taklimat , masa untuk berperang , sebelum tu kena la pakai baju kalis peluru supaya tak lebam-lebam badan dik non yang cantek ini .. 


 






lu langsi lu mai la .. 

 

mereka yang turut serta hari tu , kak ayu , bro framestone , bro keluangman , abg ben , bro lan careno , mk syahir , mawardi , ammar yasir , kak hidayah with husband ,matyie kaki sembang , his friend , tinta asyraff dan ramai lagi maaf yg tersebut nama .. semuanya dalam 22 orang blogger yang menjoinkan diri ..

lupa pulak , game yang kami ambil ni just yang basic RM40 satu kepala with 180 pallets , so dapat 3 game , 3 tempat yang berlainan .. dalam hutan tu aku kureng sikit sebab tak nampak haha main tembak je , nampak semak samun je kikiki so memang fail kalau nak pergi berperang hohoho tapi sgt enjoy la korang .. mula-mula je takut sbb tak pernah berpaintball kan ... tengoklah aksi-aksi diorang semua ni ..








thanx pada semua yang menjoinkan diri , hari tu aku kena tembak kat kepala , bahu , muka , tangan .. woahhhh first2 dah kena headshot wakaka .. nasib baik tak nangis , wuwuwuwu apa-apa pun dapat la jugak tembak satu kepala kikiki ..

oh ye hari sabtu nanti diorang ajak berpaintball lagi , jomla woii turun ramai-ramai .. semua dah macam gian nak main lagi tambah Ben Ashaari tu siap cari tips dalam youtube .. nampak tak permainan beliau ?? so jangan lupa kalau nak turut serta ROGER2 la .. jemputan adalah TERBUKA .... 

hati berbicara :
jom luaskan kuasamu , malam ni bermain badminton pulak dengan geng blogger , sape-sape nak join pun boleh , tiap minggu kami berbadminton .. masa 10-12 malam , bertempat di court presint 9 berdepan dengan food court teja tu .. moh la kita beSENAM !!!

thanx again pada semua ..sorry yang xde dlm gambor ..
k bye ,,jgn lupa sabtu nanti !!!

setepek kena muka .. ni bukan taik ya ,, jgn nak geli2 sangat hahaha 

opss larikkk






















Assalamualaikum ..

pernah tak dalam hidup korang , tiba-tiba kamu rasa seakan ingin bersendiri tanpa apa-apa gangguan , rasa nak bercuti jauh-jauh dari semua .. bukan bermaksud lari dari masalah cuma ingin mencari ketenangan sekejap , berfikir apa salah kita, berfikir apa ketidakmatangan kita dan berfikir macamana kita nak pulihkan hati kita kembali ..

Allah ..
terlupa kita sebentar hidup ni sentiasa berpusing , sekejap kita gembira sekejap kita bersedih ..terpaku aku seketika bila baca ayat di bawah ni ,



Kadang - kadang, 
Bila kecewa dan terluka,
Kita rasa lebih baik kalau sesuatu benda tu tak pernah terjadi,
tak pernah ada, 

dan tak pernah kita alami. 



Padahal kita tak tahu, semuanya ada sebab,
Ada hikmah dan ada manfaatnya.
Dulu masa kita gembira dan bahagia, 
Tak pernah kita tertanya, 
Apa yang membuat aku berhak memiliki semua ini.
Tapi, saat kita terluka dan kecewa,
Kita kerap pula bertanya mengapa ini terjadi.

Saat kini ada air mata, jangan pernah lupa, dulu pernah ada senyum dan tawa bahagia.



kata-kata ni aku copy paste dari group usrah kat whatsapp , terkesima sekejap , seakan kena dengan situasi , mungkin Allah ingin memberi didikan melalui orang lain .. inilah yang dikatakan mehnah , didikan dari Allah ujian kehidupan .. kdg aku fikir aku sebenarnya masih belum kuat , belum kuat untuk menangani masalah sendiri .. terlalu over , terlalu berlebih dalam meluahkan segala-galanya .. hingga terleka pandangan orang lain trhadap aku .. 

Allahurabbi 
malu aku padaMu ya Rabb 

hati berbicara :
Takdir sentiasa mengatasi tadbir ..takdir dari Allah ,sdgkan tadbir hanya drp kita hambaNya .. kekadang takdir dan tadbir selari ,maka terjadilah apa yg kita inginkan terjadi .
KUNFAYAKUN 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates