• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ...
ambil masa sekejap , merenung diri sendiri , kehidupan sekeliling .. masih ada tempat berteduh , masih boleh makan makanan yang sedap hingga terkadang membazir .. lihat lagi di sekeliling , masih boleh enjoy bersama kawan-kawan .. bergelak ketawa , bebas berjalan sana sini ... masih lagi ~ masih lagi punya waktu untuk melakukan ibadah dengan tenang ... tanpa kegusaran , tanpa rasa takut .. tanpa rasa apa-apa yang menyebabkan kita menggigil mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t

tapi ....

di sana ....

terasa ingin menangis melihat kekejaman-kekejaman mereka , terasa yaAllah kegilaan apa yang berlaku kepada saudara kita di sana .. kita disini bergelak ketawa , mereka dalam ketakutan , dalam keberanian mempertahankan haq mereka ..

kita ...
tak mampu ~ memang tak mampu untuk berbuat apa-apa , tapi kita still dapat berdoa kan , boleh kan kita sama-sama berdoa untuk mereka .. bila melihat jasad mereka yang dah tak bernyawa dengan keadaan yang menyayat hati pasti terdetik di hati kita , ter menyumpah dengan apa yang di lakukan oleh mereka .. kita berdoa ya .. berdoa atas nama Allah dengan apa yang mereka lakukan ! dengan kekejaman gila yang mereka buat atas saudara kita kat sana ... kita doa agar mereka yang bangsat tu takkan terlepas sedikit pun , setiap saat ! doakan mereka takkan tenang , dilaknat Allah dunia dan akhirat !!

Bersama kita membaca Doa oleh Al-Imam Al-'Allamah As-Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Hafizahullah :

اللهم إنى استودعتك مصر . . رجالها و شبابها . . نساءها و فتياتها . . أطفالها و شيوخها . . اللهم إنىاستودعتك ممتلكاتها و مبانيها و منشآتها . . اللهم إنى استودعتك أمنها و أمانها و أرزاق أهلها . . اللهم نجمصر من المهالك , و اجعل كل من أرادها بسوء هالك


"Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Mesir.Lelakinya dan Pemudanya.Wanitanya dan Gadisnya.Anak-anak kecilnya dan warga tuanya...

Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara hartamiliknya, binaan-binaan dan bangunannya...

Ya Allah.aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Keamanan Mesir dan keselamatannya,dan juga rezeki rakyat-rakyatnya.


Ya Allah, selamatkanlah Mesir dari kebinasaan, dan jadikanlah siapa sahaja yang menginginkan keburukan bagi Mesir dari golongan yang binasa!"
yaAllah ya tuhanku .. 
berikanlah mereka kekuatan , berikanlah mereka kesabaran yang tinggi untuk menghadapai kegilaan yang sedang berlaku ni yaAllah 
aku mohon padaMu dengan sepenuh hati , tolonglah mereka yaAllah , 
tolonglah mereka ...berikan mereka kemenangan ~ 

Assalamualaikum ~

10 Ogos 2013  

hari raya ke tiga ~ akhirnya hari yang kami tunggu telah tiba , kenapa ye ? ntahla ~ saje -saje nak tunggu , tema raya ke tiga warna hijau turqoies , punyala susah nak cari baju semua nya tak berkenan .. tapi baju ni di taja oleh hencik kyle ~ hadiah besday yang tertunggak katanya .. so raya kali ni dengan warna hijau .. baju melayu dia alhamdulillah senang je cari .. kihkihkih ...

raya ke tiga ade sedikit majlis kat rumah , biasa-biasa n sederhana saja , dan raya ketiga jugak my bff midah bertunang dan sepupu yang sama umur juga bertunang , hadoiii semua nya bertembung so semua nya aku tak dapat pergi , so sad ~ tapi nak buat macamana perancangan Allah tu lagi hebat , kita hanya mampu merancang .. doakan yang terbaik saja ... aku cebiskan sedikit foto .. dan majlis apa kah biar ia jadi rahsia antara kami .. cuma doakan kami .. yang terbaik ...



 kesian ~ xsenang duduk sebab panas huhu sory la wak , rumah kite xde econ hehe .. brpeluh suda~
my fruitchild , syifa n my mother ~ 

then semuanya berjalan lancar , semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ni , doakan kami ye .. lepas tu aku dah kena gerak , raya ketiga last kat kg .. hurmm terpaksa ikut si dia lagi , alamak ~ mungkin entry ni membongkar satu rahsia .. heeee ampun ye ... terpaksa hohoho larikkkkkkk !!!!!!! 

kitorang pun g lepak kat pizza cari udara econ , fuh panas baq ang ~ lepas tu lepak pantai jap n then gerak ke terengganu tido rumah kaklong dia semalaman n then gerak ke pahang .. hokhokhok ... layan gambar jom ~ 
















gambar credit to adik dia ~ tq for this pixchaaa ada jugak kenangan tahun ni ~ hehehe then ~ kitorang gerak balik ke kuala terengganu .. here we gooooo zaasssss ... 

sambungan dari entry 

http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013.html
http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013_13.html
Assalamualaikum.. yeyyy raya jatuh pada hari khamis , 8 Ogos 2013 ..

first day aku kat rumah je , tak pergi mana-mana sebab xde kenderaan nak pergi beraya , so aku kat rumah tengok tv , makan kueh , layan bebudak datang beraya .. dan leburkan duit kepada mereka , sory la tak dapat banyak .. budak-budak mana boleh dapat duit banyak2 .. lalalala ~

8 Ogos 2013 









ni semua anak2 buah aku , muka seposen je semua .. yang paling besar form 5 , paling kecik setahun la kot .. semua 11 orang .. dalia , wafa n shifa je takde ~ 

itu je aktiviti di hari raya pertama ... jom tengok aktiviti hari raya ke dua pulak ~

9 ogos 2013

hari raya ke dua , setiap tahun pasti ada family day ~ means semua adik beradik ayah brkumpul di sebuah rumah mengikut giliran .. semuanya 9 beradik , so dah ada giliran masing-masing .. tahun ni kami berkumpul di rumah ayah chik bertempat di kuala besut .. antara aktiviti , memohon maaf , makan-makan sememangnya ada , cabutan bertuah , sukaneka ,hadiah2 kepada tuan rumah n ibu tunggal .. layan je ~ tapi mesti akan perasan satu benda aku pakai baju sama haha basuh tau !! xde baju la sobssss ~










sedikit sebanyak gambar sepanjang di hari keluarga .. itu je yang dpt di snap , aku ni kan pemalas sikit bab-bab nak ambil gambar di tengah2 kepanasan .. so hari raya pertama dan kedua tamat ~ sudah ...

to be continue ~ untuk special day , raya ke tiga ~ click link bawah ~

http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-raya.html

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates