Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts
Assalamualaikm
Holla gais , macam dah lama je peram gambar-gambar bercuti dalam laptop , so marilah kita cipta kenangan dalam blog . Hari tu aku pergi ke Ipoh sempena birthday Rayyan , kitorang menggembirakan dia di Lost World Of Tambun (nanti aku blog) ! Kecik-kecik dah masuk waterpark , dulu aku berkubang dalam parit je k ! Tangkap ikan puyu haha
Then , dah alang-alang sampai Ipoh , search la tempat-tempat menarik sebelum pergi LWOT , jadi ~ ramai pulak yang review tempat ini iaitu di Gunung Lang , salah satu tempat menarik di Ipoh yang agak femes jugak lah , best ke tak best ? Hurmm nak kata best sangat tu takde lah kot , tapi sekadar melarikan diri dari kota raya , bolehlah
Maybe kena datang weekend , mungkin meriah sikit .. kihkih #sukaberjalanweekdays #taknaksemakdenganorangramai
Bagi korang yang sukakan alam hijau , tempat ni cantik , sejuk je mata memandang cuma aktiviti mungkin hari minggu meriah , di sebabkan aku pergi weekdays so agak sunyi . Walaupun begitu , tetap ada pelawat , so boleh lah menikmati dan menghirup udara dengan tenang .
Nak pergi ke Gunung Lang ni kena naik bot , sila pakai life jacket . Yang bestnya nak pergi Gunung Lang ni murah je tiketnya , boleh lah bawak segorombolan family mencipta kenangan di sini , nak ootd dan bergambar pun cantik ~ ramai igfemes katakan.
Harga Tiket ke Gunung Lang
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.50
Haaa murah gilos kan , lagipun dari jeti nak ke Gunung Lang ni takdela jauh sangat , seberang je tapi kena la naik bot takkan nak berenang pulak yee , then sambil-sambil menunggu bot , korang boleh beli makanan ikan sebab ikan kat sini banyak gila , tak tau lah ikan apa ~ talapia kot . Makanan ikan ni RM1.00 je tak silap , alamak dah lupa
Ikan lagi banyak di Jeti , kalau di seberang sana memang takde sangat , so habiskan aje di jeti okayh.
Ada Apa di Gunung Lang
Sebelum korang pergi sini , korang boleh lah beli apa-apa makanan dan juga minuman . Di jeti , ada je kedai-kedai makanan . So beli siap-siap sebab korang boleh lepak selama mana korang nak , kiranya kalau datang pagi boleh lah sampai petang . Dalam ni ada tandas dan juga surau , so dont worry k .
Masa bot hantar dan ambil korang setiap setengah jam macam tu la , kalau nak balik just tunggu je di jeti then nanti bot akan datang ambil . Jadi , ada apa je di Gunung Lang ni ? Kalau korang pergi ramai-ramai boleh lah berpicnic , aku ada nampak basikal untuk di sewa juga , jadi boleh lah buat aktiviti berbasikal
So kat sini ada haiwan-haiwan juga, ada ayam, burung, kuda kecik tu, tapi tak banyak sangat pun, macam mini zoo laa gitu, hehe tapi spesies yang jarang jumpa.Lain-lain takde apa sangat, lepak-lepak okayla. Weekend mungkin banyak aktiviti menarik.
Itu je lah yang ada di sini, nice place untuk cari ketenangan diri acewah~ tapi jangan leka dan lalai pulak, karan bot last sampai korang tak naik, haaa bermalam lah di situ jadi peneman haiwan-haiwan comel kikiki. Okaylah setakat ini sahaja coretanku. Tq sudi membaca. Adios.
Assalamualaikum
Tempat menarik di Tanjung Malim | Felda Residence Hot Springs Sg Klah Sungkai , seingat aku dah lama rasanya tak rendamkan kaki dalam kolam air panas , masa kecik-kecik dulu je rasanya , sebab Malaysia sangat hot , selalu rendam kaki dalam air sejuk je .. hihi so bila husband cuti kerja , tetiba dia ngajak nya kita ''sayangku yg cantik , esok jom g sungkai'' (jangan percaya dgn ayat manis itu semua dusta :p) so bila vini dengar suami ajak berjalan , laju je angguk kepala haha
By the way , kami tak tido kat sana pun even ada resort beshh beshh aumm , sebab esoknya dah kerja , so pergi pagi pulang petang , dari rumah aku ni just sejam lebih kurang macam tu je la , so kami pun bertolak awal pagi sesudah mengerjakan solat subuh .. haha bapak awal !
Bila masuk hutan or tempat baru , niat kena elok , jangan nak berseronok sangat lebih-lebih lagi ada anak kecik hehe , sebelum pergi mana-mana survey dulu .. feedback semua macam best ..so jadi pilihan kami kali ni , lagi pun husban kerja besoknya.
Alalala macam faham je anak Umi ni dok membaca ... haa ce kabo dia bagitau apa .. Umi dapat info dari pembacaan Rayyan
- Masuk sini kena bayar RM15 untuk dewasa
- Beroperasi 8.00 pagi-10 malam
- Tak boleh bawak makanan dari luar(dalam ni ada restoran/kedai makan) , haiwan pliharaan , telur (nanti tak laku telur kat sini)
Bila dah daftar dan bayar , korang kena pakai gelang biru , eceh pelekat sebagai tanda korang dah bayar .. korang kena parking kat area daftar , nak masuk ke area kolam air panas dan sejuk , ada tram yang akan bawa korang ke sana , by the way takdela jauh sangat , kalau rasa nak berjalan pun boleh .. kot la nak exercise sambil menghirup udara segar , sememangnya di kelilingi dengan hutan rimba .. tapi tempat ni so far bersih dan cantik.

Penakut amat budak kecik ni , haha mungkin sebab bergegar-gegar .. nangis-nangis naik tram , adoha !awal-awal je ok .. sabar je la mokmung!
PERASMIAN PROGRAM PELANCONGAN - ‘VICTORIA BRIDGE GREEN DAY’ – 1MALAYSIA GREEN, 1MALAYSIA CLEAN’SEBAGAI TAPAK WARISAN NEGARA
''VICTORIA BRIDGE GREEN DAY'' yang di cadangkan oleh RTAM ,tujuan sebenarnya bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mewujudkan‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.
Bagi yang tak tahu apa ''VICTORIA BRIDGE'' atau di kenali sebagai ''JAMBATAN VICTORIA'' dlm bahasa melayu ,meh aku cerita sedikit asal usulnya ;

- Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak
- sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia
- terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar.
- dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.
Victoria Bridge yang tidak terurus suatu ketika dahulu
sambutan yang sangat meriah , semua menunggu ketibaan kami ,
''i love Victoria Bridge''
tempat ni memang tempat yang terbaik untuk photoshoot , lebih-lebih lagi wedding , tapi aku yang gayat ni tak boleh photoshoot kat sini , hilang seri pengantin nanti last-last semua mimik muka takut je haha
sambutan kami di sambut meriah seperti VIP , sampai je di sana kami semua di selimpangkan kain batik dan kain pelikat , rupanya macam lelaki dan perempuan melayu terakhir pulak
sempat lagi selfie kan diri bersama penari VMY2014 , sporting semuanya hehe nasib baik nampak , biasanya bila selfie muka aku sorang je ada .. haha
part paling best mestilah 'makan' , masih lagi masakan tradisional , tetiba aku rindu dengan suasana makan berhidang , perghhh makan cara ni memang rare , duk bersila ramai2 , tiada sudu mahupun garfu , semua TRADISIONAL .. kenangan indah di Victoria Bridge
acara perasmian ni di meriahkan dengan dendangan lagu dari kumpulan penyanyi ni , alamak tak tahu pulak kumpulan apa , yang pasti best prsembahan mereka
gadis-gadis melayu terakhir pun nak ambil kesempatan bergambar kenangan di sini , haaaa memang nampak ayu dan sopan je kan .. terlebih sudah , nampak kami sangat tradisional di sini ..
meriam buatan
memang lemah jantung dengar bunyi dari meriam ni
Jika Pulau Pinang dan Melaka dapat memulihara struktur bangunan bersejarah sehingga mendapat pengiktirafan ‘Tapak Bersejarah UNESCO’ tapak ‘Victoria Bridge’ ini juga tidak harus dilupakan begitu sahaja dan ianya harus dipulihara dan dijaga supaya tidak luput ditelan zaman
syabas buat RTAM yang mencadangkan acara sebegini bagi melindungi khazanah negara , RTAM juga berniat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan jambatan ini sebagai salah satu Warisan Negara.Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dapat menyokong usaha ini bagi mengembalikan zaman kegemilangan jambatan ini sebagai penghubung utama merentasi Sungai Perak.
akhir sekali kami juga menyokong sepenuhnya cadangan RTAM dalam memulihara dan memelihara khazanah-khazanah yang makin di lupa , ye lah kan , andai kata khazanah ni dah tiada , anak-anak muda zaman moden tak dapat merasa dan melihat sendiri satu2nya jambatan tertua di Malaysia .. semoga usaha ini berjaya .. terima kasih sekali lagi buat RAIL TOUR ASSOSIATION MALAYSIA (RTAM)
entry berkaitan Railway Tourism
Railway Tourism Malaysia | Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 , acara yang sememangnya dapat menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara , mana nak cari makanan - makanan tradisional yang jarang ada mahupun di jual di tempat lain kan ? Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai pelbagai jenis makanan tradisional , yang uniknya semua makanan tradisional ni dari 19 buah kampung yang berlainan , dan berbeza juga masakannya , memang aku bertuah kerana dapat hadirkan diri di Pesta Makanan Lenggong kali ni , merasai suasana dan juga kemeriahan pesta ini .
Sebenarnya Pesta Makanan Lenggong ni merupakan acara tahunan sejak tahun 2010 lagi , yang di adakan oleh masyarakat Parlimen Lenggong yang di ketuai oleh YB Dato' Syamsul Anuar B. Haji Nasarah , katanya beliau akan menetapkan satu tarikh khusus khas buat Pesta Makanan ni , jadi senang pengunjung dalam negeri mahupun luar berkunjung ke Perak dan sekaligus menarik lebih ramai pelancong
semestinya Pesta Makanan Tradisional Lenggong di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia YAB Dato' Sri Mohamed Nazri B. Abdul Aziz di samping pelancaran buku ALAM BUDAYA , WARISAN MASAKAN LENGGONG , tq turut memberi kami senaskah buku buat cenderahati
Pesta Makanan Tradisional memang mendapat sambutan meriah dari penduduk kg tempatan , sahabat-sahabat media , pelancong dan ramai lagi , siapa yang tak nak merasa kan ? memang rugi la , aku pun turut sama menyibukkan diri untuk merasa segala jenis makanan tradisional di sini tapi tak larat untuk merasa semua ..
deretan cucur-cucur yang ada , contoh nya cucur jawa , cucur berlauk dan banyak lagi , nak merasa semua tapi simpan untuk makanan tradisional yang lain juga , kalau makan cucur je , tak mustahil muka pun jadi macam cucur .
tak lupa juga , banyak pertandingan-pertandingan yang di adakan di sini , salah satu acara yang menarik perhatian aku di sini , Pertandingan Kukur Kelapa semestinya secara tradisional ,bagi aku acara - acara sebegini membuka peluang pada penduduk kg tempatan , meriah dan seronok dengan gelak tawa dan kesungguhan mereka ..
makcik-makcik tanpa penat lelah turut padang menjamu pengunjung-pengunjung dengan masakan tradisional mereka
memang menjadi persoalan buat aku di sini , apalah yang makcik ni tumbuk , nak kata sambal belacan tapi bahan-bahannya dari buah-buahan .. rupa-rupanya ni adalah proses pembuatan KEBEBE haa mesti tak tahu kan apa itu KEBEBE yang pasti bukan GEDEBE , cara-cara buat KEBEBE ni senang je
fakta : KEBEBE ni asalnya makanan tradisi masyarakat PATANI di LENGGONG , lebih kurang rojak atau somtam di Thailand tu haaa mesti pernah makan somtam kan ? bahan-bahan nya buah-buah muda ( putik ) cth nangka , pisang , jambu batu dan nenas dan juga menggunakan buahan yang masam spt cermai , cedung, belimbing buluh dan kelempung , aisyy semua buah-buahan ni aku pun tau macamana lah rupanyee , jadi putik-putik tadi di cincang halus , dan buah-buahan yg masam di tumbuk brsama cili dan juga belacan . Jantung pisang dan kelapa muda yg belum berisi di masukkan juga dlm KEBEBE , dan di gaul semuanya , dan masukkan gula .. memang sedap rasanya
masyarakat di LENGGONG sememangnya mengamalkan cara hidup yg bergantung kpda bahan makanan dari hutan , tengoklah bahan-bahan masakan tradisional di sini , memang buah-buahan yang tak pernah aku kenal .. penuh dengan warisan budaya .
sepanjang mencekik di sini , aku tertarik dengan masakan IKAN PINDANG , rasa dia memang sedap , cara penyediaan pun agak unik bila bersalut dengan daun , kalau nak tahu , masakan ikan pindang ni memakan masa 2 hari , katanya untuk melembutkan tulang , memang tulang dia hancur macam ikan sardin
fakta : Pindang ni sejenis makanan drpada ikan yg bersalut perencah , di balut dengan Daun Seniah (spesies pokok ara ) kemudian direbus , kenapa guna daun ni ? untuk memberikan rasa yg berlainan , dan mghilangkan rasa hanyir ikan , daun ni boleh di makan bersama ikan , baru lah rasa dia UMMPHHH
NASI DAUN LEREK cara pembuatannya seakan - akan lemang
antara pertandingan lain , Pertandingan Makan Durian terbanyak , perghhh agak-agak selepas pesta ni , kedai yang menjual air badak cap kaki tiga mesti laku , hehe mana taknya mau panas badan bila makan durian ni , aku terperosok agak jauh sedikit sebabnya kurang makan durian ..bukan demand ye cuma badan cepat panas , lain - lain pertandingan yang di adakan Pertandingan Nasyid , Pertandingan tumbuk sambal belacan dan banyak lagi ,
Juga terdapat deretan kedai-kedai di buka di sini , antaranya KARIKATUR ,ROADTOMALAYSIA , dll
kalau datang ke PERAK memang tak sah jika tak merasa Ikan Pekasam , sempat juga aku membeli beberapa paket Ikan Pekasam yang siap yang di jual di kedai yang ada di sini, terbaik ikan pekasam nya !
kesimpulannya Pesta sebegini memang memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai makanan-makanan tradisional yang tak pernah pengunjung rasai , aku memang bersetuju sepenuhnya dengan pesta makanan tradisional sebegini , dan sememangnya dapat menarik pelancong dari luar negara juga , sekaligus dapat memartabatkan sektor pelancongan di negara kita , terima kasih buat RAILWAY TOURISM (RTAM) dan KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN , lain kali boleh datang lagi , rasa menyesal pulak tak makan semua , amboiii perut saiz triple XL agaknya .. jom ikuti cerita tentang VICTORIA BRIDGE pula .. jom !
entry berkaitan RAILWAY TOURISM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons