• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Umi .. Nak susu Omar Hana , Umi... Nak susu Omar Hana ! Sejak dah pandai cakap ni , pantang nampak Umi ke dapur , dan bila masa pulak Omar Hana keluarkan susu ?


Penangan kartun animasi Omar Hana dalam dunia kanak-kanak memang betul-betul mempengaruhi , pantang nampak kartun Omar Hana di TV , terus Umi tak boleh tengok siaran kegemaran ,( berebut TV dengan anak kekdahnya haha ) , tapi tak di nafikan Omar Hana ni salah satu kartun animasi yang bagus untuk anak-anak sebab ia lebih kepada islamik , boleh belajar doa-doa dan adab.

Selain TV , sekarang ada satu benda yang buatkan Rayyan sangat-sangat tertarik , Rayyan ni memilih jugak lah bab makan dan minum , bak kata abahnya , Mr Perfect katakan lebih-lebih lagi susu , tapi satu susu ni di sebabkan di kotaknya ada tertera kartun animasi Omar Hana , terus eksited dan always nak dan suka-suka je tukar nama susu Omar Hana haha 

Susu Kambing Lazz Kolaborasi Bersama Omar Hana 


Untuk pengetahuan korang , susu Omar Hana yang Rayyan panggil tu  adalah Lazz Susu Kambing . Rasanya semua dah tahu tentang Lazz Susu Kambing kan , cuma sekarang  Lazz telah mengeluarkan packaging baru , kolaborasi bersama Omar Hana , ia lebih menarik minat anak-anak yang tidak sukakan susu kambing , tapi serious lah ia memang menarik minat Rayyan , asyik nak susu Omar Hana je

Dulu waktu aku mengandung pun , aku minum susu Lazz juga , rasa nya memang lazat dan berkrim , tak hamis langsung , dan ada 3 perisa , original , kurma dan coklat . Untuk Rayyan , aku cuba Kurma dan Coklat , sebab ia ada rasa manis-manis kurma dan coklat kan sememangnya kegemaran kanak-kanak hehe 

Kelebihan Lazz Susu Kambing Kepada Anak-Anak 

Yang masih tercari-cari susu tambahan untuk anak-anak , boleh lah cuba Lazz Susu Kambing . Lagi pula susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan ianya orgamilk iaitu 100% oranik , susu premium tanpa GMO , tanpa gula dan mendapat kelulusan nutrisi dari makmal Unipeq UKM


Kelebihan Lazz Susu Kambing Pada Kanak - Kanak 
  • Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas 
  • Lazz susu kambing mudah di hadam 
  • Meningkatkan imunisasi 
  • Naturalnya Lazz susu kambing rendah laktosa dan gula dari susu lain yang mana ia nya sangat bagus untuk kanak-kanak
  • Mengandungi kalsium  yang mudah di serap oleh kanak-kanak 
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yag kuat 
  • Mengandungi vitamin B12 yang di perlukan untuk penghasilan sel darah merah 
  • Mengandungi Magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium 
  • Sesuai untuk anak ekzema 
Bila Lazz Susu Kambing berkolaborasi dengan Omar Hana ni , ia adalah idea yang sangat bijak untuk menarik anak-anak sukakan susu , yelah dalam usia perkembangan anak-anak ni memang sangat perlukan kalsium , bila kalsium tak cukup , mulalah gigi cepat rosak dalam usia yang awal 

One more thing , sambil-sambil bagi minum susu , kita boleh cerita tentang apa yang di tunjuk oleh Omar Hana yang mana selalu beradab baik dengan ibu - bapa , dalam pergaulan , dan juga ajar doa-doa kepada anak.. Orang kata sambil menyelam minum air gituh. Budak-budak biasalah kan , belajar sambil berseronok itu satu kewajiban , mak-mak pun dah hafal lagu Omar Hana kan




Mula-mula agak risau juga tapi selepas tengok Rayyan minum hingga habis , Umi kena repeat order lah macam ni , sambil-sambil tu dah boleh slowly tak bagi susu dalam botol dah . 

Cara Order Lazz Susu Kambing 

Sekarang mudah , nak beli online hanya di hujung jari je kan , if nak cepat boleh COD dengan agent-agent Lazz Susu Kambing area kawasan rumah korang

Susu Kambing Lazz versi Omar Hana Terbaru

Jadi korang boleh dapatkan susu kambing coklat dan kurma Lazz versi Omar dan Hana , yang pasti anak-anak korang juga akan menyukai Lazz Susu Kambing ni hingga korang terpaksa menyembunyikannya haha kalau tak setiap sejam sekali nak , huhuh sabo je la ! 

Untuk tempahan :

Whatsapp je ke www.wasap.my/600182777290

Atau boleh layari www.lazzdelivery.com 


More Info :

Website : http://lazz.my/
Facebook : Lazz Susu Kambing 
Instagram : @Lazzsusukambinghq

Assalamualaikum 

Holla girls ~ penting tak penjagaan dalaman bagi korang ? Bagi yang masih belum berkahwin atau bersalin jangan pernah rasa penjagaan dalaman tak penting , sebab aku ada baca , sesetengah wanita beranggapan tak perlu pun basuh / jaga dalaman terutama part V kerana katanya lagi memudaratkan , hurm are you sure girls ? 

For me , bila makin meningkat dewasa ni , penjagaan dalaman sangat-sangat penting dan orang dulu-dulu pun sangat menjaga kebersihan kelamin / dalaman sewaktu anak dara lagi dengan mengamalkan amalan tradisional seperti basuhan dengan sireh atau manjakani untuk penjagaan dalaman mereka , 

Di zaman teknologi canggih ni , mana nak cari bahan-bahan tradisional tu ? Lagipun aku ni sejenis pemalas haha so jalan terbaik adalah cari produk pencuci berasaskan bahan organik dan pilihan aku semestinya dari Cosmoderm iaitu Manjakani Hygiene Wash , sebab aku memang nak bahan kandungannya berasaskan Manjakani dan juga herba tradisional.


Bagi yang kata pencuci bahagian intim memudaratkan , sebenarnya atas pilihan produk , sebab ada sesetengah wanita hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci bahagian intim ~ what !! Tahukah korang , sabun mandi mempunyai PH yang berbeza dengan PH yang di perlukan di bahagian intim , thats why ia akan menyebabkan jangkitan kuman , keputihan teruk dan sebagainya ~ 

Manjakani Hygeine Wash Jadi Pilihan 


Bila korang nak pilih sesuatu produk untuk penjagaan dalaman / bahagian intim firstly check bahan kandungan , untuk Manjakani Hygeine Wash dari Cosmoderm ni , 99% adalah Manjakani dan ekstrak herba tradisional , Oak Gall , Aloe Barbadensif Leaf , Labisia Pamila , dan Piper Betle (Kacip Fatimah dan Sireh ) , Zero Paraben , SLS dan SLES . Setiap bahan kandungan memberi khasiat tersendiri untuk kesihatan bahagian intim wanita.

So jangan pernah meremehkan penjagaan di bahagian intim ni , kerana faktor perubahan hormon dan peningkatan usia akan menyebabkan keseimbangan PH berubah. Oh ye , banyak juga faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan PH di bahagian intim seperti pemakanan yang tidak seimbang ~ haaa , adakah korang suka mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ? Gocthaaa !! 

Kelebihan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm 


Aku dah cuba sendiri dah Manjakani Hygiene Wash ni , ya ampun nyaman dan rasa segar je , macam bernafas gituh haha sebab ia rasa macam sejuk-sejuk gituh . Jadi , apa kelebihan Manjakani Hygiene Wash ni ? :

Kelebihan Manjakani Hygiene Wash :
  • Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim 
  • Haruman yang lembut dan eksotik 
  • Menyeimbangkan PH di bahagian intim 
  • Membantu melegakan iritasi pada kulit 
  • Rasa harum dan nyaman sepanjang hari \
  • Cerahkan kulit di celah peha bila di gunakan secara berterusan 
  • Zero Paraben , Sls dan Sles 

Cara Penggunaan Manjakani Hygiene Wash 


Nak guna pun senang je korang , sambil-sambil mandi tu , tak ambil masa yang lama pun aihh ~

  • Hanya picit sedikit pencuci Manjakani ni di atas tangan yang lembab , bersihkan bahagian intim dan sapu lembut sahaja beberapa saat kemudian bilas dengan air , siap ! Bersih dan wangi ! Husband pun happy auch ~ 


Teksturnya pun likat macam ni , tak perlu nak ambil banyak-banyak ~ satu picit pun dah cukup . Baunya wangi tapi tak terlalu menusuk hidung , wangi yang macam tenang-tenang gitu . Bila aku pakai pencuci Manjakani ni memang rasa lebih bersih dan segar daripada pencucian hanya menggunakan air biasa . Nak solat pun rasa lebih bersih.

Jadi ugais yang rasa benda-benda macam ni remeh temeh , sebenarnya setiap inci kulit kita perlu di jaga dan di bersihkan , dari rambut sampai ke kaki tiada satu pun korang perlu ambil remeh , lagi-lagi bahagian intim , selepas period bagai haruslah di cuci dengan bersih tau ! Jangan malu-malu untuk membicarakan hal sebegini kerana malu boleh membawa kepada masalah yang besar 

If ada masalah keputihan teruk , maknanya keseimbangan PH di bahagian intim sudah tidak normal dan penggunaan produk pencuci bahagian intim pun menjadi salah satu faktor kepada masalah itu :) Baik mencegah daripada merawat ya ! Nak mula kan bukan selepas berkahwin , tapi sewaktu anak dara lagi . Jangan sampai husband tak de selera gara-gara habit kita yang anggap bende ni remeh temeh heheh 

Harga Mampu Milik ! 


Produk dari Cosmoderm ni rata-rata semua mampu milik , jangan la cari sembarangan produk yang kita tak tahu di uji kaji dengan betul atau pun tak , Cosmoderm pun dah lama bertapak so ia memang memberi kepercayaan penuh pada aku . Harganya pun murah je , untuk 150ml hanya RM12.90 , dan 375ml hanya RM18.90 , boleh pakai berbulan-bulan . 

Jangan PM TEPI pulak , sebab aku tak jual tau , aku dapat kan di web Cosmoderm , so if korang nak jangan lupa dapatkan Manjakani dan Soothing Hygiene Wash Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di outlet Aeon Wellness , Caring , Watsons dan farmasi yang terdekat 

For More Info :

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Jangan lupa usha dan follow page Cosmoderm di

Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/






Assalamualaikum .. 

Kenapa azam orang yang ingin kurus asyik gagal ? dari tahun ke tahun hingga lah tahun 2018 azam sama je kan .. haha macamana nak kurus asyik tak tahan lapar je , bersenam pun malas , pantang nampak makanan pulak tu, kan ? Bila nampak makanan sedap sikit terus cakap kat diri sendiri ''alaa cheat day lah hari ni'' padahal dalam seminggu 4 hari dah cheatday hihi jangan terasa sebab kebanyakan macam tu lah .. 

Kita manusia memang normal kan pantang nampak makanan , walaupun baru lepas bedal makanan, ya ampun macam bela saka gitu tapi bila nafsu makan korang di kawal , automatik korang tengok makanan pun dengan pandangan kosong je. Pandang pun sebelah mata je uols juai mahai tau ! Cuma jangan pulak tak makan langsung nanti tak pasal masuk hospital pulak .. 

Tips nya adalah dengan pengambilan C-Trimax , tak tahu lagi apa benda C-trimax ni ? Ramai dah bagi feedback positif dan memang repeat order je bila dah berkesan dengan mereka .. so hari ni korang dah tahu pasal ni jangan lupa cuba dan kongsikan pada kawan-kawan yang nak sangat kurus ni.


C-trimax adalah satu produk kurus tanpa rasa lapar , mungkin korang pernah cuba produk lain tapi still rasa lapar dan kecundang akhirnya kan , ianya boleh membuang segala toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak , korang akan nampak kesan yang lebih ketara bila di selang selikan juga dengan senaman .. Yang penting kena minum banyak air sebab C-Trimax ni akan membuatkan rasa haus .. jangan malas sangat nak minum air k :p 

Kelebihan C-Trimax

  • Menghalang pembentukan lemak 
  • Mengawal berat badan 
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan 
  • Menambah tenaga 
  • Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah 
  • Membuang toksin dalam badan 
  • Mengawal kolesterol


Yang paling best , C-trimax ni tak membuatkan aku cirit - birit , sebab sesetengah produk kurus memang toilet tempat pertama pergi selepas minum , nampak tak kelebihan C-trimax lain dari lain kan ? Aku dah memang kurus tapi bila aku baca ada part mampu membuang selulit dan cuci sisa lama dalam usus tu , terus rasa wow itu pun boleh so aiols cuba jugak sambil membuat misi untuk menguruskan suami juga .. !





Cara pengambilan C-trimax :

→ Sekotak ada 15 Sachet
→ Bancuhkan 1 Sachet bersama 150ml air biasa
→ 1 Sachet sehari, minum selepas sarapan 
→ Bagi berat 100kg = 3 sachet sehari pada waktu pagi , petang dan malam 
→ Bagi berat 70kg = 2 sachet sehari



Apa rasa C-trimax ni ?

Rasa nya sedap sangat , masam-masam manis buah tau sebab semua kandungan nya dari ektrak buah - passion fruit powder , mix fruits powder , Roselle powder , Guarana extract , Grape fruit exctract , Citric Asid dan Fructose .

Sebab tak lama lagi bulan puasa akan tiba , aku rasa memang wajib ada produk C-trimax ni untuk bulan puasa nanti , amalkan lepas makan di waktu sahur  dan minum air secukupnya sebab C-trimax ni memang kurangkan nafsu makan , lepas tu beri tenaga lebih-lebih lagi yang sibuk bekerja .. Jika sebelum ni kita makan nasi siap bertambah , tapi dengan pengambilan C-trimax ni jumlah makanan yang di suap akan berkurang jadi korang takkan terpedaya lagi dengan nafsu makan yang membuak-buak tu ..

Jadi korang yang mana sibuk bekerja , azam kurus belum lagi tercapai tu boleh cuba tau .. Nanti kena bawak ke tahun hadapan pulak azam tuh hihihi .. nakkan sesuatu tu kena la usaha ye dak , kalau duk goyang kaki tanpa buat apa - apa makin berlemak pulak hehehehe .. nak tahu lebih lanjut , follow facebook / instagram C-trimax di info bawah ni okay :)


More Info :
FB : www.facebook.com/ctrimaxmalaysia 
IG : www.instagram.com/ctrimaxhq
Contact No : 010-3300886

Take note : tidak sesuai untuk wanita mengandung  

Assalamualaikum , sepatutnya lama dah aku consume Fib're Rose ni cuma pos laju buat hal , geram kita wak tapi takpelah walau bagaimanapun aku tetap akn kongsikan minuman botani ni kat korang semua walaupun ujian banyak , haa giteww hehe 


Fib're Rose Sista Stardust | Korang tahu tak apakah itu Sista Stardust ? Mungkin ramai yang belum tahu kan , jadi hari ni aku akan kongsikan pada korang semua .. jemput sekali akak , abang , adik , mak baca ye sebab boleh jadi ia sesuatu yang korang cari selama ini tau .. Sista Stardust sebenarnya telah mengeluarkan produk minuman botani iaitu Berries Rose , Fib're Rose dan Colla Rose yang mana menggunakan ramuan Ekstrak Kelopak Rose yang merupakan simbol kecantikan semulajadi dan aku telah mencuba sendiri Fib're Rose.

Sebelum aku consume mana-mana minuman kesihatan atau supplement , wajib tahu apa kandungan , apa khasiat dan yang pasti bebas dari bahan kimia .. take note ye semua , dan pastikan banyak minum air kosong . Alhamdulillah Fib're Rose ni mempunyai ciri-ciri yang selamat , 100% botani , halal dan lulus KKM.

Mengapa harus memilih Sista Stardust ?
♥  Ramuan Botani ♥ Ekstrak Kelopak Ros Berpaten ♥ Mempunyai Kilang Tersendiri ♥ Kilang Bertaraf GMP ♥ Kelulusan KKM ♥ Super Health Brand 


Kenapa ektraks ros (bahan paten pemutih dari Jepun No 3818483 ) jadi pilihan utama Sista Stardust ? Haaa kalau korang nak tahu rupanya banyak kelebihan ektrak ros ni kepada kesihatan dan juga kecantikan , ia di rumuskan untuk berfungsi sebagai agen kecantikan yang mempunyai 100% nutrien kecantikan kulit  semulajadi dari Jepun . Ia akan di serap melalui darah mencapai sehingga 60 trilion sel 

Bahan aktif yang terdapat dalam ektrak kelopak ros terbukti secara klinikal di Jepun untuk menunjukkan kesan anti-penuaan yang kuat , ianya banyak menarik perhatian industri komestik kerana kesan astringen (sembuh dari luka) yang mampu mengekalkan kulit putih jernih.

Fib'Re Rose 

Sila ambil perhatian pada korang yang tengah berusaha menurunkan berat badan sebab Fib're Rose memang fokus untuk korang yang alami masalah susah nak lawas , susah nak kawal selera makan dan memang azam 2018 ingin kuruskan badan haha .. bagi aku pulak azam nak ramping macam dulu oik , nampak je kurus tapi bila berjalan kena tarik nafas jugak sebab buncit tak hilang lagi ahahah syhhh :p yang paling best ia membuatkan sistem pencernaan senang gila lawas .. 


Selepas bersalin kan , sampai sekarang bila nak membuang air besar aku masih lagi bergantung pada ubat klinik , sebab dah macam tak teratur .. kadang-kadang seminggu dua tak dapat membuang air besar huhu anggaplah pengorbanan seorang ibu huwahuwahuwa tapi sampai bila nak kena bergantung dengan ubat kan ? ? jenuh mak oii ! Oh ye Fib'Re Rose ni ada 9 kelebihan yang sangat bagus 

9 Kebaikan Fib're Rose 

➸ Meningkatkan metabolisme tubuh badan 
➸ Membantu proses pencernaan dan sembelit 
➸ Membuang toksin dari badan 
➸ Mengawal selera makan 
➸ Badan akan lebih ringan dan bertenaga 
➸ Membakar lemak dan melangsingkan badan 
➸ Membantu menyihatkan badan 
➸ Mengandungi antioksida yang tinggi 
➸ Mengempiskan perut 

Cara Pengambilan    (Sesuai Untuk Semua)

1 kotak ni ada 60 paket yang mana setiap paket (10gram) untuk 60 hari - Harga (RM150)
Korang hanya perlu mengambil 1 paket sehari dan minum sebelum tidur !




Hanya goncang-goncang dan minum !!
(Takde alasan susah nak sukat atau bancuh sebab tersedia shaker bila korang beli Fib're Rose ni ha)


Bahan Kandungan Fib're Rose 
Fruktosa , Serbuk Jus Oren , Maltodekstrin , Asid Citrid , Gum Akasia , Trikalsium Fosfat , Serbuk Campuran Buah dan Sayuran (Nenas , Epal , Kiwi , Markisa , Lemon , Pir , Bayam , Timun , Saderi) Serbuk Nenas , Pewarna Epal Hijau , Serbuk Buah Delima , Serbuk Lidah Buaya , Sekam Pysllium , Serbuk Jus Epal , Serbuk Senna , Ekstrak Kelopak Bunga Ros 
Apa Rasa Fib'Re Rose ?

Rasa dia sedap sangat , walaupun ada campuran sayur-sayur semua takdela rasa sayur pun , cuma warna dia je hijau macam tu kan tapi sodap banget rasa masam-masam manis , kadang rasa macam buah kiwi , buah epal haa dah campur-campur sedap pulak ! hihi seteguk minum tak sedar dah habis oik .. nasib baik sehari hanya sepaket kalau tak haaa faham-faham lah tak sompat 60 hari hihih 

Take Note : Jika anda hamil , menyusu , atau mengambil sebarang ubat sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan .

More Info :
Web : www.sistastardust.com
Facebook : https://www.facebook.com/sistastardust
Instagram : https://www.instagram.com/sistastardust/

Assalamualaikum ..

Susu kambing ke susu lembu ? haruslah susu kambing sebab korang pun tahu kan susu kambing lebih banyak khasiat dan ia adalah makanan sunnah.. Tapi yang paling payah nak buat pilihan ialah nak minum susu kambing yang mana kan ? , ori ? aigooo memang takboleh telan la , dari jauh bau kambing haha 

Jadi kali ni aku cuba susu kambing LAZZ dan aku ada jugak tanya di FB kebanyakan memang dah amalkan susu kambing LAZZ ni dan semua suka , lebih-lebih lagi sewaktu preggy .. yang paling banyak sambutan adalah susu kambing LAZZ KURMA .. hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku pulak .. aku tahu ramai yang takut nak cuba susu kambing sebab rasa dia kan ?? iskk
Orgamilk ni bermaksud organik + milk kerana sumber bahan mentah dari Holland susu kambing di hasilkan secara organik , ia memang mudah di hadam dan di perkaya dengan sumber kalsium , mineral , protein , serta Vit C .. korang jangan risau sebab penghasilan Lazz menggunakan bahan yang tidak di ubah secara genetik atau di campur kimia (non-GMO)

Perlu ke aku minum susu ? lately ni memang kesihatan aku tak berapa ok sebab cepat pening macam nak pitam gituu bila bangun berdiri (tapi tak boleh pitam hero takde nak sambutkan :p ) , lepas tu penat dan mengah padahal buat kerja sikit je pun ! sental bilik air dah macam berlari dari kl ke teganu ahaks perumpaan over sangat tau tapi jawapannya yes sangat perlu lebih-lebih lagi aku masih menyusu badan ..

Yang best nya Lazz susu kambing ni tersedia dengan 'set' yang mana mengikut keadaan pengguna , seperti Set Mak Buyung , Set Sejoli , Set Ibu Gembira , dan banyak lagi lah .. nanti kalau korang nak cuba dan beli secara set korang boleh je mintak nasihat dan pandangan yang mana terbaik buat diri korang k .. dan aku cuba Set Ibu Gembira  (Lazz Kurma + Lazz Choco + Lazz Cafe)

Lazz Ori 

Aku cuba juga Lazz Ori ,yang ni aku boleh kongsi dengan Rayyan sebab sesuai untuk peringkat umur bermula dari 1 tahun ,dah suruh dah dia cuba minum tapi dia tolak sebab Rayyan ni susah sikit nak terima susu baru bila dah biasa dengan sesuatu tu .. ambil masa sikit , nanti Umi try lagi takpun paksa dia hahaha (gelak jahat) , kena start sekarang sebab nak mulakan misi ''putuskan susu badan'' dah nak masuk 2 tahun kan ..

Antara khasiat susu kambing untuk anak , memang banyak kelebihan berbanding susu lembu :
  • Protein susu kambing lebih rendah risiko untuk alahan 
  • Elakkan alah pada laktosa yang mana bila minum susu lembu , anak akan mengalami cirit birit so susu kambing boleh mengelakkan ia dari berlaku
  • Kandungan Vit C yang menyihatkan kulit lebih-lebih lagi yang mengalami ekzema
  • Membantu kanak-kanak yang kerap mengalami asma / lelah 
  • Sesuai untuk anak yang memilih makan atau cerewet sebab ia dapat menambahkan selera makan 
  • Bagi anak yang selalu mengalami sembelit boleh cuba Lazz kurma sebab ia membantu untuk melawaskan.


Jika korang dah pernah minum susu kambing yang ori fresh dari ladang yang bau super hamis tu memang terbaik lah aku ucapkan haha sebab aku tak boleh telan yang pure tu weh , konfem muntah ! syukur bila rasa susu kambing Lazz ori ni takde langsung bau hamis dan rasa dia  tawar dan creamy tapi sedap sangat sebab dah hilang bau hamis , lagipun  tiada gula tambahan mahupun bahan pewarna dan perisa.. ! ni sesuai untuk korang yang tak suka sajat eh ! yang sukakan ori je ahaha
*aku minum Lazz Ori pada waktu pagi 

Lazz Susu Kambing + Pracampuran Kurma 

Antara Lazz Ori , Kurma dan Choco aku lebih suka rasa Lazz Kurma ni sebab ia ada rasa manis-manis (bukan gula ye ! ) dah biasa minum manis susah jugak ye nak tinggalkan kemanisan itu sobsss nasib baik manis kurma dan susu kambing ni beri khasiat so harap lepas ni memang aku tinggalkan lah gula tu semua .. ameen !

Lazz kurma ni aku amalkan sebelum tidur atau pun petang , sebab malam gilir-gilir jugak minum Lazz Choco 

Lazz kurma ni sesuai dengan peringkat umur juga bermula seusia 2 tahun , jadi tahun depan baru boleh kongsi dengan Rayyan eheh ! nanti semua benda nak kongsi-kongsi kan .. Kurma ni bagus sangat tau sebab antara ikhtiar untuk hamil adalah blend buah kurma dengan susu kambing , tapi tak ramai yang rajin nak buat dan amalkan setiap hari .. kan ?

Bila ada Lazz Kurma ni lagi senang , tunggu bancuh je dan minum .. tak payah nak cari kurma nak blend dengan susu kambing bagai dan semoleknya suami juga amalkanlah sama-sama sebab dua-dua buat barulah relationship goals :p always sweet semanis kurma :')




Lazz Choco 

Yang ni gabungan Goat + Malt , susu kambing pertama di Malaysia yang di gabungkan dengan Malt dan di tambah dengan ektrak kurma .. rasa dia macam milo sikit , manis lemak berkrim camtu .. yang ni sesuai untuk semua bermula dari 2 tahun ke atas .. suami aku suka perisa yang ni , baru je sampai kat rumah tak menyabo nak rasa .. iskkk sabar je lah tapi bagus jugak mungkin boleh gantikan dengan air manis yang dia pun susah nak tinggalkan ! -_- tamo beli gula kat rumah boleh tak huh..


Sebelum tidur aku minum Lazz Choco sebab ia memberi tenaga dan di perkaya dengan serat dan ianya bersifat alkali untuk kesihatan dan kecerdasan seisi keluarga .. bagi anak korang yang kurang berat badan boleh beri mereka minum Lazz Choco ni sebab ia lebih tinggi kalori , lebih bagus lagi jika di campurkan dengan Lazz Kurma untuk kesan yang lebih baik.. 


Kelebihan Set Ibu Gembira Untuk Ibu Menyusu 
  • Membekal kalsium untuk ibu , menambah susu badan dan kandungan iron semulajadi untuk kurangkan keguguran rambut 
  • Melawaskan sistem pencernaan untuk ibu dan juga bayi 
  • Susu Ibu banyak , anak pun kenyang 



Lazz Cafe 

Lazz Cafe ni sumpah buat aku ketagih wei , aku penggemar kopi pekat yang memang pahit + susu pekat kaw punya .. tak helok kan untuk kesihatan ? gilehh boleh kencing manis kalau hari-hari amalkan tapi bila rasa Lazz Cafe ni siyes sedap amat cuma jangan la bancuh banyak sangat air nanti hilang rasa dia , jadi aku bancuh dengan air sikit je heheh , ada tu pernah guna dua paket sekali sebab macam tak cukoppp je sepaket huwaa huwaaa huwaaaa 

Bagi korang yang addicted  sangat dengan kafein , marilah bertukar ke Lazz Cafe (kopi latte) nak lagi best korang boleh blend dengan Lazz Choco so jadi lah mocha tapi dalam masa yang sama berkhasiat !

Bagi korang yang dah mula rasa kesihatan tak stabil dan merudum tu tapi tak minum susu atau ambil vitamin apa-apa , boleh start amalkan susu kambing .. kadang-kadang kita tahu badan kita ada masalah , tapi buat tak tahu sebab yakin sihat sentiasa sedangkan macam-macam makan , penat bekerja dan tak senam semua .. lebih-lebih lagi buat ibu-ibu 

Sekarang baru aku rasa sakit-sakit badan bila anak dah makin besar ni , sakit ? tak boleh ! kalau ibu sakit semua kerja tak jalan oiii , suami sakit ada isteri jagakan huhuhu ~ sebab tu kena kuat sokmo - sokmo untuk keluarga :') yang tak best bila badan penat dan kurang kalsium ni dia ganggu emosi juga hurmm bila tak boleh control kadang anak buat salah sikit pun nak di marah .. hihi mari lah jadi sihat okey ! 

Baru perasan kat atas kotak ni ada kod , kumpul 18 keratan ni akan dapat hadiah istimewa , jangan buang terus tau kotak tu k 

So jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama badan yang merana ~ ehehe mana nak dapatkan LAZZ ni ? 


Web : www.lazzsusukambing.com
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LAZZ Susu Kambing HQ
Tel : 013-3083354 | 018-2777290

Assalamualaikum ~ Holla guys ! 


Siapa kata orang kurus tak perlu bersenam ? itu kesalahan besar pada orang kurus yang merasakan dia tidak perlu bersenam sedangkan orang kuruslah berisiko besar untuk mendapat penyakit kolestrol yang tinggi , sebab apa ? sebab selalunya orang kurus macam aku ni pemakanan tak berapa nak jaga , mentang-mentang tak naik berat badan kan , dan paling utama malas bersenam ! 

Jadi untuk mengelakkan dari terkena kolestrol tinggi , selalunya memang aku akan ke padang sekali seminggu sebab selalunya teman anak main bola , berlari keliling padang bola dengan dia haha cumanya sebelum ni aku tak pernah menggunakan pakaian senam yang sesuai dan selesa , kebiasaannya aku hanya memakai track suit bersama T-shirt lengan panjang .. bila berpeluh of course baju lencun dan tak selesa ~ 

Ada ke Pakaian Bersukan Yang Selesa dan Bergaya ?

Korang yang aktif bersukan , jogging , gym , bersenam dan sebagainya mesti pening kan nak pilih pakaian sukan yang selesa tapi dalam masa yang sama nampak bergaya gitu haaa , eh mesti lah bergaya baru lah level confident tu lagi tinggi dan tambah semangat untuk mengurangkan berat badan .. tapi ada ke ? uols jangan risau sebab JONLIVIA ada semua yang korang tercari-cari selama ni .. 

Jadi hari ni aku nak kongsikan kepada korang pengalaman aku dengan Women Avtive Tee Plus dari Jonlivia ni .. ia bukan sekadar baju sukan / senam yang biasa tau .. ia sangat-sangat berkualiti dan seriously sangat selesa ! omaigad peluh hilang ke mana pun tak tau sebab dah di serap habis oleh baju ni haaa  tapi masih lagi tak rasa melekit ! 


NEOHEAT TECHNOLOGY  

Yeah yang aku pakai ni saiz S tau , kenapa aku kata ia sangat berkualiti dan berbaloi sangat bila bersenam dengan Jonlivia Active Tee Plus ni ? sebab utama ia di perbuat dari Teknologi NeoHeat yang mana mampu membakar kalori kita 3 kali ganda lebih cepat dari pakaian sukan yang lain , fuh first time pulak dengar teknologi NeoHeat ni , so korang yang nak membakar kalori dengan cepat tu memang sesuai sangat lah. Material pula dari Neoprene dan Nylon.

ARM POCKET 


Yang bestnya ada ruangan poket di bahagian lengan baju ni , walaupun tengah bersenam tetap nak bawak fon kan , nak letak dalam poket seluar nanti berlari risau jatuh dan tak selesa pulak .. haa letak je kat situ lagi mudah , lagi pun ia takkan jatuh punya .. lagi lah nampak bergaya gitu , if fon korang besar pun muat je sebab aku punya fon ni pun 5.5 inci helok je duduk dalam tu :p 


COOLVENTI TECHNOLOGY 


Bila kita bersukan / bersenam dan pakaian yang tak sesuai akan menyebabkan kita cepat merasa panas dan berpeluh walhal baru je warm up kan so rutin bersenam kita akan terganggu , dengan Coolventi Technology yang terdapat pada baju ni ia akan membuat kan kita cool dan fresh 

NEO ABS TECHNOLOGY 

Yang mana menginginkan 6 packs tu haaaa boleh lah bersenam dengan Active Tee Plus ni , dengan teknologi-teknologi yang terdapat pada baju ni , lagi cepat dapat merealisasikan impian korang , eh eh bukan lelaki je tau inginkan 6 packs haaa jangan memain .. so apa tunggu lagi ! cepat-cepat dapatkan pakaian sukan dari Jonlivia ! 


Jonlivia tercipta bila mana Jon dan Olivia dua individu yang berkongsi minat yang sama dalam menjalani gaya hidup aktif , keseluruhan konsep Jonlivia adalah mengenai ''Gaya , Prestasi & Anda'' Misi Jonlivia bukan sekadar untuk ke arah gaya hidup yang sihat tapi pada masa yang sama akan membuat kan terasa hebat dan bergaya!

Ikhlas dari aku bila memakai ActiveTee Plus ni memang sangat selesa and stay cool walaupun tengah panas , sebab ia meresap peluh dan haba dengan cepat , jadi aku tetap rasa kering walaupun badan tak berhenti keluarkan peluh .. cuma mungkin nanti Jonlivia boleh reka bentuk pakaian untuk muslimah sebab muslimah lebih suka baju yang boleh menutup punggung hehehe , but its okay still dapat cover dengan sweater or jacket .. oh ya baju ni sangat strechable .

Mana Nak Dapatkan Jonlivia ActivTee PLus - Pakaian Sukan Yang Selesa dan Bergaya Ni ?

Web : https://jonlivia.com/
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia


Assalamualaikum , holla sayang-sayang ~ i am me !


Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) , pernah tak rasa air kunyit yang sedap ? nope right ! tapi kali ni aku cabar diri jugak minum minuman yang betul-betul asli cuma ada tambahan lain yang menyedapkan , betul ke sedap ? eh takkanlah tak rasa kunyit langsung kot ? eh takkan lah boleh telan walaupun ada campuran lain tetap akan rasa kunyit tu melebihi rasa manis madu .. 

Bila tengok kawan-kawan minum Jus Asam Kunyit ni , macam tu lah aku dok fikir , entah-entah propa je nak suruh aku minum jugak haha , tapi bila try sekali sedap weh! serius tak meloyakan apatah lagi muntah .. rasa kunyit tu ada tapi rasa manis-manis madu dan juga gula melaka buatkan rasa tu sangat sedap .. awal-awal lagi dah habis 2 botol , sebenarnya aku try 5 botol tapi 2 botol lagi tak dan nak amik gambar haha 

Ketagih ke ! mau tak ketagih kalau dah rasa sedap macam ni , lagi nikmat bila letak dalam peti ais dan minum sejuk-sejuk .. fuh ! cuaca panas gini memang syok wooo ..  ok dah terliur belum ? kalau dah , sabar sat aku nak kongsikan khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni pulak dan bahan-bahan yang ada dalam ramuan tradisional ni ~


Jika korang yang tak pernah tahu pasal JAKM ni , sebenarnya ia adalah jus "homemade'' , yess ianya homemade tau yang di masak dari bahan-bahan dan persediaan secara tradisional dan of course lah tiada langsung bahan pengawet . Bahan-bahan yang ada dalam ramuan ni pulak memang kita sedia maklum banyak manfaat tersendiri yang sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan kita ! 

Bahan Kandungan / Ramuan Jus Asam Kunyit

  • Ibu Kunyit - Bahan utama of course lah ibu kunyit yang mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit , dan juga bertindak sebagai anti bakteria 
  • Halia - Mengeluarkan angin di dalam badan 
  • Temukunci - Untuk memberi kesegaran badan dan menambahkan tenaga , menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan .
  • Saffron - Bagus dalam mencantikkan kulit 
  • Habbatussauda - Mampu menstabilkan gula dalam darah dan  meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Madu - Untuk meningkatkan daya ingatan , anti kanser , meningkatkan kesuburan suami isteri dan sebagai pegganti gula
  • Gula Melaka - Pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.


Bila tahu ramuan Jus Asam Kunyit ni , wah memang ramuan semua yang betul-betul memberi manfaat kepada tubuh badan kita , helok sangat untuk perempuan yang lepas bersalin / dalam pantang atau yang tengah ikhtiar untuk hamil , kita merancang mana tahu di makbulkan Dia kan :) , jus ni boleh di minum oleh lelaki juga tau .. 

Apa Khasiat Jus Asam Kunyit Untuk Lelaki dan Perempuan ?


  1. Membantu menurunkan berat badan 
  2. Membantu merawat masalah kulit 
  3. Membantu proses pencerahan kulit secara alami 
  4. Membantu menaikkan aura seri wajah 
  5. Membantu merawat haid yang tidak teratur dan darah kotor
  6. Membantu menstabilkan kolesterol dalam darah
  7. Membantu membuang angin dalam badan 
  8. Membantu merawat ibu-ibu dalam pantang dan lepas bersalin 
  9. Membantu melambatkan proses penuaan  
  10. Membantu merawat luka jahitan selepas bersalin 
  11. Membantu merawat masalah rahim /peranakan 
  12. Membantu mengurangkan masalah gastrik
  13. Membantu atasi migrain dan kerap sakit kepala
  14. Menstabilkan gula dalam darah 
  15. Meningkatkan kesuburan suami isteri 
  16. Mencegah batuk/selsema/asma
  17. Melancarkan sistem pencernaan
  18. Menurunkan paras kolesterol

Banyak gila khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni kan , kalau korang rasa banyak simptom-simptom yang ada pada diri korang dan masih lagi tak helok-helok , apa kata try ni pulak .. mana tahu kan kan kan segala masalah tu dapat di selesaikan .. 

Testimoni Aku Selepas Minum Jus Asam Kunyit Madu 

Rasa yang masam-masam manis dan segar ni sedap dan dalam masa yang sama sangat berkhasiat , reaksi positif pada diri aku lepas minum ni , angin dalam badan selalu keluar dan tak terkumpul dah , u know what bila angin tak dapat keluar dari badan , aku biasanya akan jadi sakit perut mencucuk-cucuk so minum je las jus ni bagi ok balik .. mula-mula memang akan rasa panas dalam perut sebab ada bahan halia sekali kan , but its okay tau itu reaksi positif .. 

Time period sangat best minum jus ni sebab selain hilangkan senggugut , dah tak keluar darah yang berketul-ketul tu , haa u know kan girls .. best ooo darah keluar lancar je , so time period korang boleh minum ni if selalu ada problem , kalau period korang lancar its okay xperlu minum pun takpe , anak dara pun boleh minum jus ni tau .. lagi bagus jaga dalaman korang masa muda-muda ni .. aummm 

Cara Penggunaan 
Minum setengah gelas (-/+ 60ml) sebelum sarapan / malam .. boleh di minum sejuk dan juga suam 

Mana Nak Dapatkan Jus Asam Kunyit Madu 

Fb : Puan Azrina
Fb Page : jusasamkunyitmadu
Ig : https://www.instagram.com/i.am.anirza/
Whatsapp : 010 818 1796
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates