Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort | Family Day KBBA 2018

14 ulasan:
Assalamualaikum , 


Alhamdulillah , dapat lagi jejakkan kaki ke sini untuk ke dua kalinya atas tiket blogger , tq so much buat Ben Ashaari founder KelabbloggerBenAshaari , AJK yang terlibat dan semua fam of KBBA , tak lupa buat pihak Legoland yang menaja family day pertama kami untuk tahun 2018 ni , pertama kali qaseh datang sini boleh baca di entry Pertama Kali Datang ke Legoland 



Mengikut pengalaman dulu memang aku tak sempat nak jelajah habis Theme Park sebab kena bahagikan masa dengan Water Park dalam satu hari , sumpah tak cukup masa . Jadi , kali ni sangat bertuah sebab satu hari dalam theme park so dapat lah bayar balik rasa kempunan dulu heheh , family day kali ni pun free and easy jadi tak perlu rushing . Tapi korang kena plan masa betul-betul mana korang nak pergi supaya nanti keluar tak rasa menyesal sebab tak dapat masuk semua game hihi 


Tiket dah ada di tangan , jom kita masuk ! 

Kali ni aku nak bagi fokus beberapa tarikan terbaru yang ada di Legoland Theme Park , haaa dulu datang takde tau , so this is new for me tapi masih lagi aku tak berapa mendapat keberanian bila melibatkan roller coaster , OMG ! Bukan salah roller coaster tapi salah sendiri sebab terlebih risau , haha dush diri sendiri ! Padahal tengok budak-budak watlek watpis lagi hohoho ciskek betul ~ Apa tarikan terbaru di sini ? Lets cekidaut ~ 

  • LEGO NINJAGO The Ride 



Tarikan kali ni betul-betul menarik minat aku dan juga Rayyan , biasanya tempat gelap dan ada aksi-aksi mengejut mesti dah melalak nak keluar , relax je dia kali ni maknanya ngam la tuh dengan jiwa kanak-kanak . Di sekitar sini kawasan sebelum masuk , ada lego watak-watak dalam Ninja Show , so korang boleh lah bergambar kenangan di sini sebelum masuk .. 


Di sebabkan Rayyan dah tak sabar-sabar nak masuk , jom kita pergi ! (Umi nak bergambar pun tak boleh iskk) Apa yang best tentang Lego NinjaGo The Ride ni , korang sendiri yang akan jadi Ninja dengan bantuan Master Wu untuk mengalahkan ''Great Devourer'' , tak sabar hoih nak berlawan dengan musuh-musuh jahat ! Macamana nak lawan Great Devourer ni ? Kena berlari ke , kena menembak ke haaa korang rasa ? Sebelum tu meninjau sikit persekitaran di dalam nya pula ..

Takkan guna ni untuk berlawan ? oh tak pandai pakai pedang :p

Ini semua senjata-senjata Ninja 

Jeng-jeng-jeng , jom siap sedia ! Sebelum memulakan aksi , kena pakai spek mata 4d ni untuk lebih real . Jadi game ni , aku kena naik satu kereta dan di bawa perlahan-lahan ke alam ninja , dengan suasana gelap dalam perjalanan 4D mendebarkan jugaklah , haha kotlah terkejut .. NinjaGo Ride ni menggunakan teknologi ''Cutting-Edge Hand Gesture'' dengan bahasa mudahnya sensor melalui pergerakan tangan , jadi tak perlu pegang apa-apa peranti 



Di kereta tu ada kuasa-kuasa yang dah tersedia so aku hanya perlu gerak kan tangan macam gambar 'gif' di bawah ni , bila buat pergerakan tangan tu akan keluar lah kuasa dari tangan , fuh real beb ! Lagi real bila terasa kesan haba panas dan berangin di muka .. terkejut jugaklah haha .. 


Seriously , tarikan kali ni sangat best ! Rasa macam nak repeat banyak kali , tapi game lain pun nak masuk jugak , huwaaaa nak je tido dalam game-game ni semua haha . Oh ye , korang jugak sebenarnya dapat point bila kuasa dari tangan korang tu terkena pihak musuh , 0 point kat bawah ni sebab aku tak baca arahan , orang suruh buat pergerakan tangan , pegi bantai tekan ! Memang tak bergerak lah diknon hahah .. 


  • WORLD'S FIRST LEGO VR - THE GREAT LEGO RACE COASTER 
Dah selesai berlawan , satu lagi tarikan terbaru tadaaaaaa Lego VR Coaster ! Fuhh yang ni ngeri lah bagi aku , maafkan daku cuba jugak cabar diri tapi dasar penakut lagipun Rayyan kecik lagi jadi tak boleh nak naik bersama-sama suami dan anak , eceh ~ okay tak alasan tu haaaa . Sebelum ni tempat ni di namakan sebagai Projek X , jadi telah di ubah kepada Lego VR Coaster , bezanya dengan Projek X , lagi syok lah sebab boleh pakai VR ni haaa 




Apa yang best bila memakai VR ni ? Biasanya bila tak pakai VR ni korang akan nampak benda yang ada di depan mata kita , bila menjunam makanya korang akan menjerit takut tapi dengan VR ni , korang akan masuk dalam dunia LEGO , senang cerita dunia khayalan jadi korang akan nampak alam lego lah .. rasanya lagi okay dari tengok benda depan mata kan hahah  , nak bagi korang paham haa tengok gambar kat bawah ni , macam ni lah gambaran bila cuba The Great Lego Race Coaster ni , dan ini adalah yang pertama di dunia ~ 


Ready ! 1 2 3 GO !! Eh tetiba nyesal pulak tak naik , bila dekat ketar lutut hahah okaylah tunggu Rayyan besar sikit , kalau terkucil pun , boleh sama-sama terkucil :p

BERITA BAIK - BERPELUANG MEMENANGI SEBUAH KERETA NISSAN ALMERA DENGAN PEMBELIAN PAS TAHUNAN 



Best gila kalau dapat kereta free ni kan , bagi korang yang selalu bertuah tu ni berita baik buat korang tau ! Jadi jangan lepaskan peluang ni lagi pula banyak faedah / hadiah  yang korang akan dapat bila membeli , memperbaharui atau menaiktaraf pas tahunan dengan hanya harga RM199 bermula 1 Feb 2018 . 

Dengan pas tahunan , korang akan dapat melawat resort Legoland secara percuma . Semua aktiviti yag menarik di Legoland korang boleh kunjungi seberapa banyak yang korang inginkan , selain tu korang dan juga keluarga di jemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang tahun di Legoland , fuh syokk woooo so apa tunggu lagi , jom beli sekarang ! Mungkin anda orang bertuah yang akan memenangi kereta ni weh .. 

Cara untuk pembelian - DISINI

Next story inshaaAllah aku kongsikan aktiviti-aktiviti yang korang patut terjah di Legoland ni , yang pasti semua aktiviti tak memboringkan , walaupun sehari suntuk berada di sini sampai kaki lenguh bagai macam tak cukup je nak explore semua hehe .. stay tune ~ 

More Info :
Contact : 07-5978888

14 ulasan:

Akif Imtiyaz berkata...

Bukan anak jer seronok main2 kat dalam sana.. mak pak pon dua kali.ganda duk berseronok layan main hahahaa

Salina Johari berkata...

best kan gi LEGOLAND..sempat tukar baju tu Qaseh...basah kena air eh...heheheh

azni berkata...

qaseh ni fotogenik laaa.. suka tgk hahhaha (komen lain plak yer) tp nak ckp jugak..

Sis Lin berkata...

Waaa bestkann..Sis sendiri pun masa pergi haritu tak habis jelajah, sebab takut nak naik segala rollercoaster hahahaha ...

mas saari berkata...

Tempat impian anak² ni nak pergi, moga dapat bawak diaorang nanti.

Dkna Abza berkata...

Alaaa.. tak jumpa lak qaseh kat sana

Cerita Huda berkata...

Sempat tukar baju model Legoland ni. Hehe. Best yer qaseh dah sampai sini 2x. Nak dtg lagi sini. Xpuas main

Sue Izza berkata...

seronoknyaaaaa moga ada lagi peluang lepas ni nak bawa humaira heheheh

Lynda Che Lah berkata...

Nak try VR coaster tu la. Sebab tak takut kan.hehe

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata...

Kena beli Annual pass la baru puas main kan.. Bukan budak-budak je excited.. mak paknya pun terlebih excited main macam-macma dalam Legoland tu..

fizafantagirO berkata...

Seronoknyaaa. doakan kakfiza ada jodoh jugak dgn legoland nanti eh.hikhik

ina berkata...

syoknyer dapat main kat sini.. harap ada jug arezeki ina kat sini nanti..hehehe.Apapun,akan ina jadikan panduan ke legoland ni

Lisa Nurulain berkata...

bestnya jenjalan kt sini. kalau lisa kaler kulit dah putih mesti join sekali. hahaha ni sunburn cekelat gmbr aritu baru nk pulih 70% tu tkut kena panas hahahaahaha ( puteri lilin )

Lan Careno berkata...

Wpun fokus themepark jer tp tetap jugak x puas main sbb x dpt cover smua. Kena beli annual pass ni br dpt main sepuasnya...

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com