Sekinchan Selangor |Lokasi Photoshoot di Dalam Sawah Padi

Assalamualaikum 


Sebenarnya dah lama aku nak datang ke sini , Sekinchan Selangor sebab nak bergambar dalam sawah padi je hahah macam lah orang KL yang tak pernah tengok sawah padi kan , tapi tu lah aku ni orang kampung yang dah lama tak merasa nikmat berada dalam sawah padi , cari siput , memancing ikan di tali air , mandi dalam tali air dan banyak lagi .. 

Bila datang kat Sekinchan ni , tengok pemandangan indah sawah padi , tetiba terimbau balik kenangan masa budak-budak , walaupun sebenarnya aku dah tak berapa ingat tapi paling aku suka adalah kutip siput sawah then mak aku buat masak lamak daun kaduk , OMG rindu gila masakan tu , sedap woih ! Dulu masa aku budak-budak suka lepak rumah mok (nenek aku) kawan dengan sepupu2 laki , ikut depa mandi tali air lepas tu balik kena marah hahah padan muka ~ 

Tapi bila dah makin meningkat dewasa , masing-masing pun dah makin segan nak rapat-rapat macam dulu .. yeahhh sebab tu rindu zaman budak-budak .. pedulik apa kau laki ke apa kan haha 


Aktiviti aku dengan husband dan Rayyan macam ni la , bila husband cuti dan rasa boring gila duk kat rumah (kalau takde aktiviti masak-masak bersama buat kek ke apa ke ) , mesti search tempat-tempat menarik kat google (tapi yang dekat2 je la) plan last minute pastu keluar lah , ikut lah pegi mana pun asalkan keluar haha hirup udara segar pun jadilah ..Husband aku ada jugak tanya ''takpe ke kita selalu keluar dekat-dekat kadang balik hari je'' , jenis aku senang je , bawak keluar jalan-jalan , ada makanan , amik gambar aku cantik-cantik (nak letak kat ig haha ) mood ok ai is happy haha .. 

Kadang-kadang dalam hidup ni , perbuatan yang simple pun sangat sweet dah sebenarnya , tak perlu nak tunggu jadi kaya baru rasa nak hiburkan hati isteri dan anak .. kadang-kadang bawak pergi tempat jauh sikit je dari rumah , happy-happy , gurau senda gelak ketawa pun dah ok dari tak buat apa-apa kan ... Sekurangnya ada kenangan tercipta antara kita sekeluarga .. Lebih-lebih lagi si kecik tu haaa haha inshaaAllah ada rezeki kita p lah mana nak p pun , asalkan perut kenyang suka hati hahah


So apa yang best di Sekinchan ni ? Banyak jugak tempat menarik di Sekinchan ni cuma tak sempat nak pergi semua .. Kat sini ada Padi Box if korang nak bermalam di kawasan sawah padi ni , mana tahu acah-acah membawa diri hehe , lepak petang kat sini sangat best , sebab tenang je dengan angin sepoi-sepoi bahasa , pemandangan semua hijau then banyak burung-burung bangau duk terbang sana sini  .. Bila perhatikan semua jadi macam ralit tau hihi rasa selesa dan tenang je..

Jika nak bergambar / photoshoot kahwin atau pape je lah , cantik sangat kat sini , masa aku pergi hari tu padi tak berapa panjang lagi (haa camne nak cakap ek ) kira masih baru lagi laaa tapi dah cukup cantik dah untuk bergambar dan menyaksikan pemandangan indah ni .. Lagipun takde orang nak marah atau kacau melainkan kau pergi berenang dalam padi-padi ni haha keje gila tu 



For the first time lah Rayyan tengok padi kan .. excited ? Nampak muka blur je mula-mula tapi aku tahu dia geram je nak masuk dalam parit tu hoi .. Umi nak bergambar duk risau dia p terjun dalam parit tu huh then lama-lama mula lah tak nak naik kereta , duk berlari-lari atas jalan raya , sebab sini memang jalan kosong lah tak banyak kereta lalu lalang .. 

Lepast tu kami pergi ke Pantai Redang , dekat - dekat je la dengan kawasan sini .. tapi kami tak berapa nak suka sangat lepak situ sebab banyak betul anjing duk berkeliaran huhuhu (penakut) walaupun mungkin lah anjing tu tak kacau orang tapi still rasa macam tak berapa selesa .. :p peaceee 

Mentarang Bakar di Sekinchan 

Sepanjang jalan kat sini kan , rata-rata banyak kedai / pondok yang jual sejenis haiwan bernama Mentarang ni .. Aku rasa macam pernah dengar sebab tak silap pernah masuk dalam Majalah 3.. Alang-alang dah lapar , husband ajak cuba Mentarang Bakar dengan satu kedai ni , macam-macam masakan yang boleh di buat , cuma kami nak rasa yang di bakar .. Agak-agak sedap tak ? hahah 
Ni lah rupa Mentarang yang sudah di bakar , macam kerang rupanya cuma agak panjang sikit .. So ni first time aku cuba okay , sedap ? Hahah tengok reaksi husband macam muka toyaaa je (macam nak muntah) rasa dia dengan aku tak berapa ON , dia ada rasa macam etok sikit tapi etok tu kan kecik , bila makan takdela rasa pelik or hanyir sangat .. tapi Mentarang ni rasa dia agak hanyir , uwerkk lepas tu isi dia macam geli sikit hahahaha ~ so i reject dan makan dengan penuh paksaan ! Tapi mungkin bila di buat masakan atau celup tepung rasa tu sedap la kot .. heheh


Hati Berbicara :

Itu sahaja cerita yang dapat aku coretkan , kalau nak tahu tempat-tempat menarik di Sekinchan ni sila lah google ya .. so next aku nak cerita naik kabel car ke Genting .. Dapatkah si gayat ini menaiki kabel car ? haha stay tune ! tq husband menggembirakan hati isteri dan anak hehehe lebiyu always auch !
 

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. memang cantik kalau bergambar dekat sawah padi sekinchan nih

    BalasPadam
  2. Lawa! Nak pi gak lah ambik gambaq pastu balik hahaha

    BalasPadam
  3. Haritu husband pun ada ajak..tapi tak pergi2 pun

    BalasPadam
  4. mentarang tu buat goreng kunyit sedapla hehe...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama