Ais Kepal Milo Viral | Sedap ke Tak Sedap?

7 ulasan:
Assalamualaikum , 

Tiba-tiba macam trending pulak ais kepal milo ni kan ? Aku tahu kewujudan ais kepal milo ni melalui siaran Majalah 3 yang bertempat di Kuala Kangsar , Perak , Kedai Ais Kepal Milo Tok Abah .. Bila tengok tu memang teringin pulak nak cuba tapi Kuala Kangsar jauh jugak lah kalau nak pergi semata-mata untuk ais kepal milo tu kan .. 

Kedai Milo Kepal Tok Abah Kuala Kangsar 
Alamat: Jalan Kangsar (berhadapan Farmasi Epal Jaya, Bangunan MARA), Kuala Kangsar, Perak

Memang ramai gila yang beratur sebab nak beli milo kepal tok abah ni , bayangkanlah kedai belum buka lagi dah panjang gila beratur , siap ada yang bawak mangkuk sendiri sebab boleh isi banyak-banyak .. wow penangan betul sampai dah trending dan viral .. Bahan-bahan ais yang di kisar halus macam ABC tu , milo dan susu .. Nampak macam biasa je kan ?

Dan baru-baru ni aku pergi ke Sekinchan saja lepak tengok pemandangan sawah padi , tenang je rasa dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa , kemudian dah lama lepak kat situ , masa dalam perjalanan pulang aku nampak ada satu kedai jual ais kepal milo viral ni , jadi apa lagi wajib lah cuba , nak tahu apa yang sedap nya ais kepal milo ni haaa sampai viral serata negeri ..

Ais Kepal Milo -RM4.00
-
Ais kisar halus di campur dengan pekatan milo dan susu , ni aku req yang biasa je , topping lagi milo dan kacang

Tapi makanan manis ni haa kena jugak jaga - jaga lah ye , makan hari-hari nanti kang kena potong kaki , boleh lihat piramid pengambilan makanan secara seimbang di sini https://www.eratuku.com/piramid-makanan-malaysia-makanan-berkhasiat-dan-seimbang/

Sedap ke Tak Ais Kepal Milo ?

sumber : google 

Sebab aku dah rasa sendiri ais kepal milo ni so boleh lah aku share pengalaman sendiri ye , ermm rasa nya not bad sebab ais kisar ni lambat cair , kemudian milo dan susu memang pekat kaw-kaw punya , pastu topping lagi dengan milo dan kacang . Bila tambah kacang-kacang tu lagi rasa sedap dan bila makan tu rasa kruk krak tapi bila cair takde beza bila buat milo ais yang pekat hehehe cuma aku boleh cakap berbaloi jugak la beli , lagi-lagi cuaca sangat hot sekarang .

Jadi korang bila lagi nak cuba ????

7 ulasan:

Atiah berkata...

tak cuba lagi. cepatnya kan ais kepal milo ni viral. panas2 ni lagi lah ramai yang nak beli

Sofinah Lamudin berkata...

Makan sebelum cari la ni baru best. macam makan aiskrim hehehe.

adianiez AIDA berkata...

zaman skang, kalu ada idea yg lain dari yg lain, memang boleh menjadik viral.
viral yg sihat la...
so far tak pernah lagi aida ternampak jual ni kat melaka.
if yes, definitely nak cuba. nak ke k.kangsar.... hmmm, jauh!

Julia Johari berkata...

rasa mcm nak buat sendiri je qaseh sbb ritu keluar kt tv jelas2 resepi dia senang je...

Miss tins berkata...

alamak nya, macam sedap jaa ...Saya pernah try ais kepal di Penang tapi versi milo ni belum lagi...Bila turun perak nanti nak cari :)

Minionlicious Enterprise berkata...

ok nnt try sebab mmg suka milo pun hahaha

Nadia Johari berkata...

Dekat kanpung pun ade jual..tapi takleh makan sejuk2 lagi

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com