Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

7 ulasan:
Assalamualaikum 

Korang okay ke masuk tahun baru ni ? aku okay lagi tapi ada lah beberapa ujian yang hadir menjengah dah tapi kecik sangat nak di bandingkan dengan orang lain yang di uji bertimpa di awal tahun .. ujian tu tanda sayang , semoga di beri ketabahan yang sangat kuat untuk terus melangkah .. orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .. semoga nanti ada hikmah yang besar hadir 

Okey , hari ni aku rajin sikit nak up tentang masak memasak ni ~ so hari tu aku ada bereksperimen di dapur cuba membuat tortilla wrap yang paling simple dan mudah dengan menggunakan daging kisar .. kalau tak suka makan daging boleh gantikan dengan ayam , ikut suka tekak asalkan halal heheh 

Lupa masukkan daging kisar dalam gambar hihi, aku guna mission wraps garlic .. sedap jugaa

Bahan - bahan yang di perlukan :

↪  Tortilla   
↪ Daging kisar 
↪ Bawang Besar  (hiris nipis) 
↪ Bawang putih  (cincang halus)
↪ Lobak Merah  (potong dadu)
↪ Tomato (potong dadu)
↪ Mozarella Cheese 
↪ Garam 
↪ Sos Lada Hitam 
↪ Sos cili

Cara - cara 
  1. Mula - mula  panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau 
  2. Masukkan daging kisar , kacau bersama bawang tumis tadi sehingga air kering 
  3. Kemudian bila daging dah mula nampak kering masukkan sos lada hitam dan garam secukup rasa 
  4. Masukkan lobak dan tomato yang telah di potong dadu tadi , kacau sehingga masak 
  5. Bila dah masak , sejukkan sebentar 
  6. Sediakan tortilla , sapukan sedikit sos cili di atas tortilla , jika ada mayonis boleh campur dengan sos cili dan sapukan rata 
  7. Kemudian letakkan daging kisar yang dah di masak tadi 
  8. Tabur cheese dan gulung tortilla
  9. Panaskan ke dalam oven selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celcius atau agak-agak cheese mencair haaaa 
  10. Baca bismillah dan makan ! mudah kan hihihi 
Setiap chef ada pembantu nya okey .. 

Tadaaa ni lah hasilnya .. maaflah rupa tak berapa cun sebab first time buat haha tapi rasa dia sedap wooo , puji diri sendiri 

Pembantu cilik ni yang rasa dulu haha sabo je laaa .. Rayyan makan tu kira yaayyy la masakan Umi  
Hati Berbicara :
Jangan lupa tau korang cuba , Rayyan susah makan nasi so kena cuba makanan yang lain untuk dia tertarik dan makan .. dia memang kurang sikit nasi , tapi mee , roti macam ni dia makan pulak .. so Umi kena lebih kreatif sobssss :p 

7 ulasan:

  1. Nampak sedap...macam nak try buat jer..
    Salam tahun baru dari bunda.

    BalasPadam
  2. wah sedapnya. menu sihat pula tu

    BalasPadam
  3. ermm sedapnya..nak try la xpernah lagi buat tortila selalu bat kebab jer hihi

    BalasPadam
  4. Macam senang nak buat tortilla ni.boleh try buatlah

    BalasPadam
  5. Anyoyoyooo...!! Nampak sedap tuh... Nanti kak nina singgah rumah Qaseh bikinkan tuk kak Nina ehh

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com