Pameran Kahwin Jom Rewang 2018 | Berita Baik Buat Bakal Pengantin & Vendor

13 ulasan:
Assalamualaikum ~ 


Mengimbau kenangan betul gambar atas ni hehe , zaman baru-baru kahwin tapi masa tu agak kelam - kabut sebab semua benda nak kena setel di Terengganu sedangkan barang-barang hantaran semua dah beli di Putrajaya dan KL .. masa tu tak terfikir pulak tentang pameran kahwin , padahal boleh je buat dari jarak jauh atas talian je .. ingat balik memang jenuh ulang alik .. adohaaa jadi korang yang bakal kahwin jangan tiru macam Qaseh tau ! 

Sebab ada berita baik yang Qaseh nak kongsikan kepada bakal pengantin dan jugak vendor ! Apakah ? haaaa sekarang ni syarikat Puspawangi Event Management sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menganjurkan event JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 hb - 28 hb Januari 2018 .



Apakah itu JOM REWANG 2018

Dengar je pasal rewang terbayang makcik-makcik bawang sedang merewang haha tapi sebenarnya ia adalah pameran pengantin yang menyediakan servis / perkhidmatan perkahwinan kepada semua bakal pengantin yang tengah susah hati nak cari pakej-pakej terbaik , terutamanya yang nak kahwin pada tahun 2018 .. memang tepat pada masanya tau korang datang je kat sini sebab banyak gila servis yang korang akan dapat dan berpuas hati 
Tarikan Utama Event Jom Rewang 2018 Untuk Bakal Pengantin

Nak kahwin ni bukan sesuatu yang mudah , lebih-lebih lagi ia nya sekali seumur hidup kan ? kadang-kadang risau bila apa yang kita pilih tak memenuhi kehendak hati kita ~ yelah kadang banyak kes kena tipu , mintak lain dapat lain , semua terbalik dari apa yang kita rancang .. Sebab tu kita kena buat pilihan yang terbaik dan survey betul-betul .. jadi di Jom Rewang 2018 ni korang boleh buat pilihan yang terbaik sebab

  • Lebih 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir membuat pameran di Plaza Alam Sentral nanti seperti perkhidmatan melukis henna , perkhidmatan andaman , butik pakaian pengantin , fotografi , katering , persiapan pelamin dan banyak lagi .. 

  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelosok negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di Jom Rewang 2018 melalui penggunaan montaj .
  • Yang bestnya bagi pengunjung yang bekerja di Shah Alam dan kawasan sekitar yang jauh dari negeri masing-masing boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana yang pengunjung ingin berkahwin , jadi tak perlulah susah-susah ambil cuti pulang ke kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri masing-masing sebab boleh di lakukan secara atas talian dengan syarikan perkhidmatan perkahwinan yang ada di sana . 
  • Risau tentang tempat letak kendearaan ? Jangan risau tau sebab kemudahan tempat parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah di Plaza Alam Sentral .
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018.

Berita Baik Buat Vendor 

Berita baik buat vendor-vendor yang berkaitan dalam perkhidmatan perkahwinan korang boleh sewa tapak booth di event Jom Rewang ni tau , event-event macam ni sangat meriah dan memang menarik ramai bakal-bakal pengantin untuk berkunjung dan mendapatkan servis / pakej perkahwinan .. so jangan lepaskan peluang ni untuk sertai sekali , masa ni lah waktu sesuai untuk mengiklankan servis perkhidmatan korang ~ 

P/S : nak tahu lebih lanjung tentang sewa tapak di event Jom Rewang ni boleh email dalia_adelia@yahoo.com okay 



Lagi sekali jangan lupa tau !!!!! Jangan lupa datang di Jom Rewang 2018 untuk melihat segala servis / perkhidmatan perkahwinan ni nanti , biasanya event macamni banyak promosi-promosi yang murah boleh korang rembat .. rugi kalau tak datang nanti sebab ia hanya selama 3 hari sahaja ! Nasib baik iols dah kahwin kalau tak nak jugak pergi lagi heheh .

More Info :



Email: puspawangieventmanagement@gmail.com



13 ulasan:

  1. Bestnya.. tp sayang jauh huhuhu tidak boleh pi sana .

    BalasPadam
  2. Sib baik dah kawin hhhaahaha..

    BalasPadam
  3. alalla mengimbau kembali la gini.

    BalasPadam
  4. Senang je nak kahwin sekarang.. Semua boleh diatur di satu tempat..

    BalasPadam
  5. Bagus event gini tuk bakal pengantin. Kena survey betul... Senang bakal pengantin buat budget dengan ada nya karnival gini.

    BalasPadam
  6. wahhh..menarik untuk bakal penganting pergi...hihihi

    BalasPadam
  7. Alaaaa, pengantin lelaki takdeeeeee

    BalasPadam
  8. Wewuuu sungguh mengenang hihihi

    BalasPadam
  9. Sekarang dah menarik pakej² kahwin yang ada, tak macam akak kahwin 15 tahun dulu. Bila tengok rasa nak bersanding lagi sekali, hehehee!

    BalasPadam
  10. Tu la..taknak kelam kabut..pergi tempat macam ni..semua ada

    BalasPadam
  11. boleh bagitahu mama ni..ambil booth..

    BalasPadam
  12. Ramai rakan blogger nak kawen tahun depan.

    BalasPadam
  13. Bagus event event macam ni diadakan , untuk bakal pengantin mungkin wajib terjah

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com