Betadine® Feminine Wash | Kempen Kesedaran Kanser

11 ulasan:
Assalamualaikum 

Kanser ... hurmm takut sangat bila cerita tentang kanser ni kan , tapi adakah kita ambil cakna tentang isu ini yang mana kita boleh mencegah dari merawat .. mungkin dulu ramai yang tidak peka dengan kesedaran diri terhadap kanser ni yang mana paling tinggi di hidapai sekitar tahun 2007-2011 tapi sekarang ramai dah timbul kesedaran dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan buat kesihatan diri supaya tidak terlewat , orang kata biar mencegah dari merawat 


Jadi tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan  kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara. 


Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup kita je tau , namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi kita berada pada tahap yang sebaik mungkin.  

Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 


Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat  dalam persekitaran mikro kawasan intim,  dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.

Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.


Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. 

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti:


Immortelle – bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit



Deoplex – ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 



Syricalm – bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.


Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.

Jom ! sertai Betadine untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara 


Macamana nak sertai ? mudah je .. korang boleh menyertai Betadian Feminine Care dalam usaha untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA dengan pembelian 2 botol Betadina Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons , RM1 akan di sumbangkan kepada MAKNA ! 

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/. 

#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs 

11 ulasan:

  1. Wahhh dalam format buih, menarik ni. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  2. harga berbaloi...packaging menarik...kat watsons pun ada...nanti k.sal carik

    BalasPadam
  3. kadang confuse jugak nk guna pencuci gini. bukan apa, confuse dgn jenis pilihan yg ada

    BalasPadam
  4. bebaloii harga diaa tak mahal. sambil mencuci sambil menderma

    BalasPadam
  5. jangan lupa wat ujian pap smear..

    BalasPadam
  6. hargailah kesihatan dalaman seorang wanita..lebih-lebih lagi di kawasan yang sulit.

    BalasPadam
  7. oo sng cari. ada kat watsons..

    BalasPadam
  8. elok ni..membeli sambil menderma... tq utk infonya yer sis.. :)

    BalasPadam
  9. Nanti boleh beli dekat Watsons

    BalasPadam
  10. Kak juju sensitif nak guna pencuci kawasan intim...tp tgk yg ini mcm nak mencuba plak...nak wangi2 kan hahaha

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com