Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui Saps | Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?

Assalamualaikum 

Masih teringat waktu sekolah dulu , bila ada peperiksaan berdebar tunggu buku rekod dari guru kelas .. yang paling tak best bila dapat keputusan peperiksaan yang tak berapa gemilang dan mula lah takut nak bagitahu ibu bapa kan ~ yang lucu nya ada kawan-kawan tiru tandatangan ibu bapa sebab takut .. haha nakal kan .. tapi tu zaman aku dulu , sekarang sistem pendidikan makin maju dan canggih !


Kalau korang nak tahu apa-apa tentang sistem pendidikan masa kini boleh rujuk web http://sistemkpm.com , berbalik pada cerita di atas sekarang murid-murid dah tak boleh sorok apa pun keputusan dari ibu bapa sebab adanya SAPS Ibu Bapa .. 

Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?

Walaupun anak aku masih lagi tak bersekolah tapi kena jugak tahu untuk persediaan nanti , SAPS atau nama kata lain Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem online yang di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan , menganalisis, dan mengumpul data keputusan murid di sekolah . 

Dengan bahasa mudahnya , ibu bapa sekarang walaupun dah takde buku rekod atau pun anak-anak sorok keputusan peperiksaan mereka , ibu bapa boleh check semua keputusan tu secara online je di SAPS , so everything tentang akademik anak-anak boleh di pantau dari jarak jauh gitu .. sistem SAPS ni boleh di akses oleh semua pihak termasuk KPM , JPN , PPD dan sekolah.

Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah. 

Bagaimana Cara Menggunakan SAPS ?

Alright , semua ibu bapa wajib tahu bagaimana cara nak guna SAPS ni , caranya sangat mudah hanya ikut step-step yang aku berikan di bawah ni okay ..

  1. Bukak laman web SAPS -------> DI SINI 

2. Bila klik laman web SAPS tu akan keluar paparan seperti di atas , dan klik di semakan ibu bapa atau ---> DI SINI .. tak perlu login sebab itu  untuk guru .. kemudian akan keluar paparan seperti di bawah 


3. Seterusnya ibu bapa boleh masukkan detail yang di minta ---> Ic Pelajar ---> Negeri ---> Nama Sekolah 
4. Tekan di pautan ''semak''
5. Seterusnya akan keluar paparan Slip Keputusan Pelajar 

Kelebihan sistem SAPS 

Dengan adanya sistem SAPS ni memang sangat membantu ibu bapa dan juga dalam memantau prestasi akademik pelajar tanpa mengira kawasan sekolah  , secara tak langsung dapat menganalisa kelemahan pelajar kerana SAPS dapat mengeluarkan data yang telah di analisis , dan guru kelas juga tidak perlu menganalisis semua data secara manual 

Sistem SAPS ni boleh menyemak keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Semua keputusan boleh di semak melalui SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM ..

Jika ibu bapa tidak dapat menyemak keputusan anak - anak sila refer cikgu kelas kemungkinan tersalah mengisi NO i/c dan sebagainya :) nah ! bagus kan sistem SAPS ni . Untuk guru - guru pula boleh ikuti step-step DI SINI

For more info tentang SAPS / Sistem pendidikan masa kini boleh layari web di bawah 

↬ http://sistemkpm.com
↬ http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27

Boleh download applikasi SAPS 


23 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Kakfiza pengguna setiap sistem ni.hahaha check result adik2 :p pastu report kat umi. Memang sangat memudahkan!

    BalasPadam
  2. senang guna sistem ni....memang biasa guna ....tapi pasal dah ada apps tu memang baru tahu ...

    BalasPadam
  3. bagus sistem ni sebab senang mak ayah nak tahu result walaupun anak2 sorokkan. hehe

    BalasPadam
  4. Wah baru tahu, makin mudah sistem pendidikan sekarang. Senang nak pantau pencapaian anak di sekolah.

    BalasPadam
  5. wah..mudah nya sekarang..semua dihujung jari..

    BalasPadam
  6. Memang sekarang semak result exam anak online jer... Mudah!
    Setahun sekali jer jumpa cikgu tanya perkembangan anak kat sekolah

    BalasPadam
  7. Senang guna SAPS ni, akak suka. Senang nak pantau keputusan periksa anak².

    BalasPadam
  8. Mmg selalu guna sistem ni ja utk check result anak anak, senang

    BalasPadam
  9. Sejak anak sekolah ni.. baru lah tahu benda2 ni..canggih.. sng ibu bapa nk tahu result

    BalasPadam
  10. Satu sistem yang dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa, pelajar dan guru. Mudah dan pantas

    BalasPadam
  11. Memang mudah. Lepas exam boleh tgk result anak.

    BalasPadam
  12. Senang nak pantau result anak-anak bila ada SAPS Ni kan

    BalasPadam
  13. Pergh zaman semakin canggih ya. Pendekatan buat parents yg sibuk untuk pantau akademik anak2 mereka. Bagus2.

    BalasPadam
  14. hhaha zaman serba canggih. tk takleh klentong la markah hasil peperiksaan

    BalasPadam
  15. Sekarang mmg dah senang sebab semua di hujung jari jer.. klik2 dah dapat keputusan peperiksaan anak2.. mudah dan pantas .. cara nak buat semakan pon senang jer ..

    BalasPadam
  16. zaman serba canggih ni semuanya dihujung jari jek.. hee~

    BalasPadam
  17. bagus la memudahkan ibu bapa ,anak2 pun tak boleh tipu,cuma cikgu banyak kerja skit la.

    BalasPadam
  18. K.Sal dah siap bookmark . senang bila dah ada sistem gini nak pantau result anak

    BalasPadam
  19. senang dan mudah sekarang..dekat rumah kena ada internet la nak cek ni semua

    BalasPadam
  20. Bagus sistem ni. Mudah nak pantau result anak-anak

    BalasPadam
  21. menarik ni.... mesti tak sabar nak cek result anak2 nanti

    BalasPadam
  22. Haaa.. bagus ada sistem macam ni... Memudahkan parents untuk check result anak2..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama