Penting Ke Ubat Cacing Untuk Anak ? | Last Checkup Rayyan sebelum Umur 2 Tahun

Assalamualaikum , 27 Okt 2017 .. hari last checkup Rayyan sebelum umur dia 2 tahun , macam biasa check di klinik gov cuma bila chekup biasa ni tak perlu pergi ke klinik kesihatan dah sebab setiap jumaat nurse dari KK akan datang di Klinik Malaysia so tertumpu kat situ .. nasib baik lah dekat gila dengan rumah , jalan kaki pun sampai hohoho 

Sebelum tu nurse ada bagitau chekup kali ni kena makan ubat cacing , aku pun iye kan je lah .. macam biasa setiap kali checkup Rayyan , takde masalah atau pun bebelan dari nurse , semua ok alhamdulillah dari zaman bayi lagi cuma kali ni berat badan Rayyan statik je , tak naik dan tak turun .. eh ! tak pernah - pernah tau berat badan dia tak naik ! benda gitu pun dah buat aku risau . adoha ! 


Tapi memang patut la tak naik sebab sebulan ni dia selsema so agak kurang makan .. mungkin tak selesa tekak sebab kadang-kadang ada macam nak muntah , selagi tak buang kahak selagi tu lah dia tak berapa selesa tapi alhamdulillah sekarang dah makin ok , hope selera makan kembali normal dan yaaa ! aktif bermain pun salah satu punca dia lupakan makanan .. kalau perempuan tidak mungkin lupakan makanan hahah nanti moody , eh  ! tu Umi dia .. huh

Bila fikir tentang ubat cacing ni kan , aku mula lah terbayang nanti keluar cacing besar hoiii dalam pampers dia , aduh aku ni dah lah penggeli nak mampoih .. haha tapi nasib baik update status kat fb , so ada kawan-kawan komen cacing tu akan mampus dan hancur dalam najis bila makan ubat, waaaaaa happy me ! terus hilang bayangan cacing bergerak-gerak dalam pampers ! uwerkk nak muntah pulak haha 

Penting Ke Ubat Cacing Untuk Anak-Anak ?

Yes sangat penting supaya tidak terkena jangkitan cacing , sebenarnya kita-kita yang dewasa ni patut ambil jugak tau sekurangnya sekali setahun ! tapi tu lah macam masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan .. bila sakit baru menggelabah kan .. tapi untuk anak-anak ni better lah bagi kerana jangkitan cacing pun sangat bahaya juga kalau tidak di rawat .

Tanda-Tanda Anak Terkena Penyakit Kecacingan 
  • Kurang selera makan 
  • Perut buncit 
  • Pucat lesi 
  • Cepat keletihan , lemah dan tidak aktif 
  • Demam berpanjangan 
  • Mengalami ruam dan gatal 
  • Keluar cacing pada najis 
  • Gatal lubang dubur terutama pada waktu malam 
  • Masalah pernafasan 
  • Kurang tidur 
  • Sakit perut dan cirit birit 
Macamana nak elakkan anak terkena penyakit ni , sebagai ibu bapa kita wajib amalkan aspek kebersihan , always basuh tangan anak sebelum makan , selalu memakai selipar bila bermain , bila memasak kena betul-betul bersihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan kerana ada telur cacing yang kita tak nampak .. so elakkan pemakanan dan persekitaran yang tidak bersih . Tandas juga perlu sentiasa bersih lebih-lebih lagi tandas duduk ..

Hati Berbicara :


Semoga kesihatan yang baik selalu ada bersamamu sayang , kerana melihat mu sakit membuat ku juga lebih sakit .. membesar lah dalam kegembiraan dan kebahagiaan , semoga kasih sayang tak pernah terkurang wlau sebesar zarah .. jadi anak yang berguna di dunia dan juga akhirat .. ❤❤❤




10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. ubat cacing memang penting...areez pun makan ubat cacing juga...hihiih

    BalasPadam
  2. aaa Ubat Cacing ni memang penting.. Tapi waktu dia yak tu takde lah besar2 sangat kluaq..haluih2 ja cacing warna putih tu..

    BalasPadam
  3. Mummy dulu bila detact hero2 perut kembung selalu barulah bagi ubat cacing.. Lepas dah bagi tu terus dia okay..

    BalasPadam
  4. penting ubat cacing ni.. anak saya pun ada ambik ubat cacing yang jenis minum, beli kat farmasi

    BalasPadam
  5. kejap je dah 2 tahun..
    ubat cacing kena bg berkala gak. ada kes, bila byk sgt cacing, budak mkn byk gila pun berat bdn tak naik2..

    BalasPadam
  6. Salam, org dewasa perlu ke makan ubat cacing

    BalasPadam
  7. Mmg penting. Cukup je 2tahun kena bagi.. sebelum bg ubat cacing dlm sminggu tu anak mlm mengamuk je menonggeng sakit perut . Asik garu punggung..then kurang selera makan. Lepas bg ubt cacing dah xde meragam waktu malam.

    BalasPadam
  8. Ya.

    memang penting gak benda nih.

    BalasPadam
  9. sangat penting kak, pergi kasi rayyan ubat cacing nnti. kihkihkih

    BalasPadam
  10. haritu baru mintak ubat cacing untuk fariza

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama