Half Moon Eyes Pink Fruity Review

8 ulasan:

Half Moon Eyes ReviewHolla guys , lama dah Half Moon Eyes ni terperap dalam laci , so hari ni terajin sikit nak bermasker muka , so dalam banyak-banyak mask aku nak try Half Moon Eyes ni , by the way sayang nak guna sebab packaging yang sangat cute haha , so cute right ? like me ~ eh !

 
Apa yang best tentang produk ni ? overall untuk aku yang sangat 'rajin' ni ia sangat mudah di cuci dan bau yang sangat wangi ! bau sangat penting bagi aku bila pakai masker sebab apa ? weh pakai mask ni nak tenang-tenang , nak bagi kesegaran untuk kulit muka , if bau tu menjengkelkan rasanya tak tenang kan .. so bauan sangat segar dan wangi juga mempengaruhi si pemakai yang cerewet like me :p

Packaging pulak dalam bentuk capsule , so nice dan mudah untuk di gunakan , bahan utama nya adalah ekstrak buah naga tau korang , selain tu ada ekstra buah-buahan dan tumbuhan botani yang natural , tekstur dia pun ada biji-biji buah naga lagi , boleh lah di jadikan as scrub gitu .. kan ~ 

Packaging yang sangat cute ! harganya only RM7.00 gais .. sangat murah !
Dan teksturnya macam tanah liat tapi tak melekit - lekit , see ! masih ada biji buah naga dalam tekstur mask ni , alahai tengok pun macam aiskrim buah naga je haha , kalau aku letak dalam peti ais ni mungkin ada orang akan makan , can i prank like that ? haha :p 

8 IN 1 MASK PACK 

Yang bestnya mask ni 8 dalam 1 untuk kulit muka uols .. apakah 8 kesan baik untuk kulit muka tu haa

  • Pore Tightening
  • Cooling Effect 
  • Hydration
  • Moisturization
  • Sebum Removal 
  • Exfoliation
  • Nourishment
  • Texture Care 


Rasa apa bila apply di muka ? sejuk ke panas ke berangin ? for the first time aku rasa muka aku agak panas , eh agak cuak jugak lah babe kang naik ruam or jerawat pulak kan .. tapi positif dulu sebab mungkin bahan kandungan tengah memberi reaksi yang positif untuk kulit muka aku .. so just enjoy it hingga ia kering .. bila mask ni dah kering macam pakai bedak sejuk yang berwarna pink ! hahah so comel perasaan ini .. lepas tu boleh cuci dengan air suam .. fuh segar ! 

Lepas dah cuci terasa la kulit lebih licin dan hilang segala whitehead , kesan lepas cuci pun takde apa-apa yang negatif berlaku .. kesan panas tadi pun dah hilang serta merta .. not bad ! Mask ni juga mampu mengecilkan liang-liang pori dengan segera tau sebab kesan dari penyerapan minyak yang kuat dari ekstrak buah naga , selain tu dapat menyubur dan menghidratkan kulit wajah aku kerana ada ekstrak madu Canola yang di tanam di Jeju. 


Yang bestnya mask ni bukan boleh apply di muka je tapi seluruh badan uols , berbaloi kan ..

Mana Nak Dapatkan Half Moon Eyes ni ? Klik Link kat bawah k ❤
http://my.althea.kr/

8 ulasan:

  1. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

    BalasPadam
  2. pernah masukkan benda ni dalam cart hahahaha nanti nak kena beli jugaklah!

    BalasPadam
  3. oh, masker ke rupanya .. menarik jugak ni

    BalasPadam
  4. tak sempat lagi nak try huhuuuu

    BalasPadam
  5. banyak lagi prpduk althea tak cuba..

    BalasPadam
  6. masih trperap dalam kotak, tak guna pun lagi. hehe

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com