Rayyan makin kurus ? Umi tak bagi makan ke !

9 ulasan:
Assalamualaikum , rasa macam dah lama Umi tak cerita pasal awak , Rayyan dalam blog Umi , hehe maafkan Umi sebab agak pemalas untuk bercerita .. now anak Umi dah 1 Tahun 7 Bulan , fuh lagi 5 bulan dah nak masuk 2 tahun .. kenapa cepat sangat mendewasakan diri ! sobs sobs sobs , Umi tak puas lagi nak peluk cium gomol awak sampai menangis dan merajuk menyorok belakang langsir ! haha ganas sangat ke Umi awak ni .. :p


Rayyan makin kurus ? eh Umi tak bagi makan ke .. aah memang Umi tak bagi makan pun , sampai kejar-kejar ke bawah meja , sampai Umi sendiri paksa awak makan , Umi sendiri tak cukup makan .. huh biasa dia ni ! by the way Rayyan ni takdelah gemok sangat , cuma badan dia agak ganteng ikut bapak dia yang sado , orang tua kata tulang kasar ~ sebab tu Rayyan nampak macam dewasa dari umur tambah-tambah dia tinggi ..

Nak kata dia makin kurus , setiap kali checkup mesti berat badan naik , paling latest timbang tak silap 12kg lebih macam tu , kalau checkup kali ni turun berat maknanya betullah makin kurus .. kadang-kadang Umi tengok kurus , kadang-kadang Umi tengok gemuk .. haha padahal memang surrender lah nak dukung dia .. abah dia macam dah malas nak layan Umi tau Rayyan bila Umi asyik tanya Rayyan makin kurus ke :p mungkin udah serabut mungkin tentang hal yang sama aja dongg !


Rayyan Tak Makan Vitamin Tambahan ke ?

Hari tu ada la jugak Umi bagi Scott Emosion kat Rayyan , tapi kan setiap kali bagi mesti lepas tu demam , dont know sebab Vitamin tu atau pun sekadar kebetulan , haha u know lah i ni selalu fikir bukan-bukan bab anak ni haaa , paranoid mungkin ? dush ! so lepas tu Umi pun tak bagi apa-apa vitamin .. nak bagi tapi risau demam lagi .. patut ke tidak Umi bagi ek ?????????

Rayyan Kurang Makan ?

Hurmm kadang-kadang dia suka makan , tapi kadang-kadang tamo makan wei , makin besar ni mungkin makin aktif dan kuat nooo bermain .. dia akan makan bila fokus kat sesuatu so bila Umi suap haaa laju lah dia makan , tak sedar agaknya dia tengah makan grrrr ! kadang tu nak kena kejar sana - sini , arghhh sabo je lah , so bila abah dia makan , abah dia suap , lepas tu Umi plak makan , Umi akan suap sekali lagi .. so even makan sikit-sikit banyak kali la dia akan makan haa gituh lah ceritanya .. 

Asalkan Sihat Sudah ~

Sebenarnya benda ni normal asalkan dia makan dan sihat , biasalah budak-budak ni makin besar makin lincah , Umi dia pun makin kurus kejar anak apatah anak duk berkejar-kejar sana sini hahah , bab anak ni kadang ada ibu ibu sensitif , kadang kita nak komen anak orang kurus ke badan kecik ke haluihhh ke kena jaga jugak .. haha bukan apa takut ibuk-ibuk terasa weii .. nak tanya boleh tapi beradab gituh , 

mak pak dah struggle gila nak bagi anak depa makan bagi gemok2 dan sihat tapi ada sesetengah budak even makan banyak dah , badan dia jenis haluih tu haluih lah jugak , macam aku ! haa dari kecik sampai besar lagu ni lah , haluih keding nak mampuih hahah .. tapi alhamdulillah lah bukan tahap anoreksia lagi , betul taktau eja lagu tu .. kihkih hentam je lah ..

Hati Berbicara :
Ni perut macam kek lapis ni tang mana kuruih nya haha , dan macam kek lapis betoi .. ni mangsa gigit Umi kikikiki , tak kisah lah janji anak Umi sihat-sihat sudah ..






9 ulasan:

  1. budak2 mmg macam tu . dlu little boy bukan main gemuk debab time baby .. skrg kurus , lelaki mmg gitu kot. lagipun bnyak berlari kan

    BalasPadam
  2. dah start berjalan, berlari, aktif sana sini nampak berat makin kurang tapi asalkan graf pertumbuhan maintain ok, tak perlu risau pun..

    BalasPadam
  3. kurus pun muka mantain comel..hehe

    BalasPadam
  4. Dia ikut Ummi kurus cantik tu. Insha Allah Qaseh, nanti makin meningkat usia dia akan mula ada selera yang berlainan. Tak larat wei masa tu tetiba minta kek Secret Recipe pukul 10mlm..hahaha. Janji sihat.

    BalasPadam
  5. Tgk Rayyan semangat jer...perut berlapis lapis

    BalasPadam
  6. Ummi bui buku kecik srh rayyan nulis..rayyan nyo blogger xckup buku pah tubuh pun dia tulis..kaloh ummi dia������

    BalasPadam
  7. Rayyan makin membesar laaa tuu.. dia lebih ke arah nak bermain pada masa ni. Makaban kurang sikit laaa kot sebab banyak nak.main sekarang ni kan.. takpe qaseh takyah risau janji perkembangan tumbesarqn dia OK kita ok ok jer laaa .. takde masalah punya.. tu tgk peyutt ketak2 tuuu makan banyak laaa tu hahaha..Rayyan debok kan ssh plak nak dukung kan terbalik qaseh kang dukung dia.. hahhaa

    BalasPadam
  8. haha perut berlapis.. makin membesar , tak makan sebab makin lasak nak main aje tu.

    BalasPadam
  9. Hihihihi perut berlapis tu kurus apa pulak..

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com