The Legend Resort Cherating Best ! | Bercuti Bersama Keluarga KBBA

22 ulasan:
Assalamualaikum semua , bila blog tak berupdate maknanya tuan blog sangat sibuk haha dan kali ni qaseh sibuk bercuti di Cherating bersama keluarga besar kami KBBA , tq so much buat Ben Ashaari , pihak Legend Resort Cherating dan sponsor yang terlibat ..

Hurmm kalau pergi sendiri ni ntah bila akan sampai agaknya sebab qaseh tak pernah datang ke Cherating , lalu lalang je banyak kali ~ sedih kan haha ? tapi bila peluang ni datang terus rasa teruja dan sangat bertuah berada dalam keluarga KBBA (tetiba rasa nak menangis) over tau .. bukan apa banyak dah dapat trip percuma bila berada dalam KBBA sambil-sambil tu dapat happy kan anak juga.
Kami bercuti di Cherating selama 3 hari 2 malam dan kali ni lebih kurang 30 blogger yang join bersama family masing-masing , aktiviti semua sangat-sangat padat dan best , takdelah melangut je kan bilik tu oik , ini baru holiday ! dan semua aktiviti ini adalah dari pihak Legend Resort Cherating , tq so much En Meor .. 

18 Ogos 2017 

Qaseh sampai kat sini dah petang dalam pukul 4 lebih kot, tapi alhamdulillah tak terlepas segala program sebab malam hari baru start aktiviti kitorang (tengok kelip-kelip uols , tak sabar bila dapat tahu ada aktiviti ni ~ ).. tanpa membuang masa qaseh terus ke kaunter untuk ambil kunci bilik. Tapi sebelum tu sempat jumpa ahli kbba yang lain , ada yang dah syok mandi dalam kolam dah pun haaa !! Amboi-amboi mereka ni pantas tau , so takmau ketinggalan jugak cepat-cepat check in hahah  

Qaseh dapat bilik di tingkat paling atas iaitu tingkat 5 wow best gila , bilik pun sangat luas dan selesa.. yang bestnya pemandangan bilik kami mengadap laut yang sangat cantik .. dan semestinya Rayyan makhluk  paling excited bila masuk bilik , semua benda dia nak explore terutamanya telefon , terpaksa simpan telefon tu kang dia pergi call bilik sebelah naya jee ahaks -_-  (simpan sikit jakun tu nakkkk)

Kalau ada katil kecil untuk Rayyan ni okey jugak , eh eh eh gurau je , tamo fikir lain haha :p

Alhamdulillah bilik qaseh semua cukup lengkap , no problem at all .. ada seterika , penunjuk kiblat , peti ais kecik , peti besi , hair dryer , heater pun berfungsi dengan baik , haaa semuanya memang ok lah dari setiap sudut .. 


Kalau dah empuk cenggini , sejuk pulak tu ~ macamana nak bangun ? hiks
Sebenarnya dah lama jugak qaseh tak menjoinkan diri mengikuti family day KBBA , bukan sombong ke apa tapi masa selalu tak kena , tak silap last sekali qaseh join di sebuah resort di Hulu Langat heh heh boleh baca cerita-cerita kbba dalam blog qaseh ni by page ''kbba'' kat atas sekali .. dan kali ni ramai orang-orang baru yang sangat peramah sebenarnya .. 

Lebih tahu pasal korang pada malam sesi pengenalan di sini .. sorry tau kalau kita tak tertegur ke apa tapi rasa tegur dah semua ahaks ~ kak Tati , kak Ema , Iq , Huda , Kak Min , Pakya , Cikza , Ayah Aji , Lynda ,Kakdy haa antara orang yang qaseh baru jumpa .. lawak-lawak depa ni :p kan dah cakap saya ni pemalu orangnya , hihi sekali lagi selamat berkenalan semuanya ~ 

Mandi Kolam di Legend Resort Cherating

Yang menarik kat sini mestilah kolam renang , kegembiraan kanak-kanak dan mak pak yang macam kanak-kanak hahah

Di sebabkan hari pertama tiada lagi aktiviti , dah setel check in semua apa lagi wei mailah kita terjun kolam ! kat Legend Resort ni ada 3 buah kolam , kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa , kolam biru adalah untuk guest yang berpakaian bebas , so kalau korang takde baju renang boleh lah mandi dalam kolam biru ni  kolam ke 3 pulak kolam hijau yang khas untuk guest yang memakai baju renang sahaja.

Dah lama nak selam Rayyan dalam kolam renang ni haaa so ini lah masa yang sesuai , esok hari Umi dah sibuk dengan aktiviti so sementara free and easy ni , marilah menggembirakan anak jap. Bagi upah lah sikit sebab malam hari nak kena tinggal dengan abah je .. kikiki , nasib baik lah dia tak meragam so lulus untuk Umi pergi berjimba lagi .. kan kan kan ~  







Mandi manda di Pantai Cherating 

Alhamdulillah dapat lagi menikmati angin pantai , memang berbaloi kalau korang bercuti kat sini , selain dari aktitiviti yang super power oleh pihak hotel , kat sini memang dapat cari ketenangan lah bagi qaseh , bersebelahan dengan pantai je then kalau dah puas hati mandi kolam boleh lepak-lepak santai kat pantai pulak .. bagi qaseh pantai Cherating ni bersih dan cantik sangat , pasir pun halus memutih , ada lubang-lubang ketam yang banyak ,aku suka sangat kacau ketam haha taktau lah kenapa .. So memang best lah kalau bawak family datang bercuti kat sini tau korang .. nak bawa diri pun boleh ahaks

Tak sabar-sabar budak kecik ni haa .. Umi perhati je budak kecik ni suka sangat tengok ombak 
Rayyan suka sangat tengok ombak ,ralit dia tunggu ombak datang kat kaki dia , lepas tu gelak-gelak .. happynya tengok anak gembira haha aku pun turut sama tunggu ombak datang .. rindunyaaa ermm nanti kita datang lagi ye sayang ~ 

''Masa terlau cepat membawa pergi waktu , mengait setiap ruang waktu , mengabdikan segala yang indah dan duka , kenangan yang mampu membuat manusia keliru , dan bila kenangan itu menyapa , semua rindu merasuk masuk .. will miss u Cherating''
Dah selesai semua aktiviti , qaseh naik ke bilik untuk mandi , rehat sekejap dan buat apa yang patut lepas tu siap-siap untuk dinner di Coffee House , ya Allah semua makanan sedap-sedap , sehingga lupa nak snap pic .. adohaaa dasar gelojoh haha .. siap dinner hantar Rayyan kat bilik jap dan tidurkan dia..
Mudah je tido kat sini , sebab sejuk-sejuk nyaman je , katil pulak empuk .. good boy ! 

Bermula lah aktiviti pertama qaseh berada di sini , malam yang cukup indah untuk di kenang , malam yang menakjubkan melihat indahnya ciptaan Tuhan iaitu melihat kelip-kelip sepanjang sungai Cherating dalam kepekatan malam , dan ini adalah pengalaman pertama qaseh menaiki bot melihat kelip-kelip yang sangat banyak , dulu waktu kecik je qaseh tengok kelip-kelip , tu pun mungkin dia tersesat masuk dalam rumah .. dah namanya budak-budak kan dulu , terus tangkap masuk botol lepas tu sian kelip-kelip tu mati .. huwaaaa maafin daku ! 


Untuk aktiviti kelip-kelip @ fireflies watch kena tunggu next entry okay ! sebab banyak info yang qaseh nak bagitahu korang , banyak benda qaseh nak share pengalaman melihat kelip-kelip di Cherating ni haa .. so stay tune ! tq Hafiz's Cherating Activities yang menaja aktiviti kami .. :)

Untuk segala info :




22 ulasan:

  1. Tengok swimming pool dia rasa nak terjun jugak..cntik tempat dia..tepi pantai pulak tu

    BalasPadam
  2. Cantik gambar... ruginya den tak join... huhu

    BalasPadam
  3. Nice entry. Rasa nak pergi..

    BalasPadam
  4. Betul ka Rayyan makhluk paling excited? Rasanya ummi dia yg lebih excited kot hehehe

    BalasPadam
  5. Cantiknya gambar qaseh. Serius cantik!

    BalasPadam
  6. Bagusnya Rayyan tak meragam..suka tengok dia

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat jumpa dan beraktiviti dengan sebahagian keluarga besar KBBA9.. Legend cherating beach resort ni memang terbaik kan.. ehh btw.. Kak Ti pun sebenarnya pemalu orangnya sama macam qaseh.. hehehe

    BalasPadam
  8. Fuyooo bestnya g sana kan qaseh.. rasa nak g lagi hehehe.. seronok sangat dapat buat macam2 aktiviti kat sana.. Dapat jumpa Rayyan comel .. Dapat plak naii bot ngan qaseh..pengalaman yang tak dapat dilupakan pastinya ..

    BalasPadam
  9. Cantik The Legend ni..nice to meet u juga qaseh..memang sama-sama pemalu kita ni 😜

    BalasPadam
  10. Mandi pool memang aktiviti wajib anak² akak, pagi petang terjun pool. Pastu 2 jam berendam, letih nak ajak naik.

    BalasPadam
  11. lawanya bilik diaaaa kak ! jeles pulak tak dapat join T.T aktiviti pun best

    BalasPadam
  12. syioknyee.. dari bilik nampak pantaiii

    BalasPadam
  13. Cantiknyaa bilik dia qaseh. Aktiviti pun best-best.wuwuwu

    BalasPadam
  14. kita beruntungkan dapat bilik paling atas.

    BalasPadam
  15. jalan-jalan kat pantai tu yang best...pasir halus jer

    BalasPadam
  16. Bestnya. Too bad dah ada urusan lain di Penang. Next year punya family pula la klu berkesempatan.

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com