Aidilfitri 2017 | Ayah Kemalangan

2 ulasan:
Assalamualaikum semua , harap belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya buat semua , sudah-sudah lah beraya tu (jeles hokay ! ) Nah baru dapat mood nak update blog sebab jari - jari tersumbat lemak rendang hahah .. raya tahun ni #teamrayaterengganu tapi ada kisah tragis berlaku tahun ni .. nak tau ? baca di perenggan berikut dengan nada yang suspen , dup dup ~

Baca tajuk pun dah tahu kan apa yang kisah tragis , qaseh balik kampung 21 hb lagi sebenarnyajadi sempat lah sambut bulan Ramadhan dengan mak ayah .. syok wehhh ! aura dia lain macem .. ok masa dalam perjalanan pulang tu , akak call bagitau ayah kemalangan ~ lepas tu baca group whatsapp family nak dapat kan info semua , semua pun tak tahu apa yang jadi .. huh ! nasib baik dah dalam perjalanan tapi masa tu hujan lebat tak boleh nak drive laju-laju .. hanya doa supaya kemalangan tu tak teruk and nothing serious !

Then , baru dapat tahu ayah kena langgar dari belakang tapi yang langgar tu tak tolong pun .. sebelum ni pun pernah jadi kes yang sama , so qaseh sampai tu tau lah kisahnya jiran dekat yang langgar dan tak berhenti tolong sebab gemuruh , tapi lepas tu dia cari di balai polis dan hospital so agak terkejut jugak lah hurmm .. agak teruk jugaklah keadaan ayah sebab tulang gagah patah , luka-luka belakang , kepala kena jahit (terkoyak dan lebam teruk) , kaki keras kejung nasib baik tak patah 

Hari raya pertama be like ~ kenapa orang sebelah sana nun macam nak bernasyid gayanya ~ goshhh ! laki siapakah itu hahah 

Setel semua doktor cakap boleh balik rumah , kalau kena masuk wad memang beraya kat hospital lah kita ~ huhuhu now dah makin sihat dan okay , alhamdulillah tapi tu lah tak dapat beraya ke mana .. biasa naik motor prung preng .. ujian :')

Raya Pertama 

Raya aku pun tak pergi ke mana jugak lah , jadi tukang buat air kat dapur dengan baju cantik persis cindrella ! yelah orang tak putus datang sebab datang melawat ayah .. sempat lah pergi rumah tok , satu2nya nenek yang masih ada , mak sedara belah mak dan petang tu beraya di Kg Atas Tol (rumah kakak ipar) balik pun dah sampai lewat malam .. 

Dengan Wafa , lama jugak tak jumpa anak buah sorang ni , kakaknya si Dalia susah nak bergambar macam Rayyan , tapi Wafa ni suka betul bermekap haha sabo je la nak , nanti selalu2 lah bukak youtube tengok tutorial mekap :p
Rayyan dengan awek kemahen suka naww , dengan Umi keras kejongg masam mencuka ... ngada sangat !



Raya Ke Dua
Seriously tahun ni memang tak banyak gambar raya , panas gila cuaca nak ber ootd pun takde mood , mekap pun cair lebur gitu je .. adohaaa , Umi pun lupa nak snap gambar Rayyan bebanyak so takde sangat gambar tapi takpe lah first raya dah bergambar jadi lah .. raya ke dua pergi kenduri kahwin sepupu jap then terserempat pulak dengan blogger Shalimar , kecik doniaaaaaa ~ 


Raya ke Tiga 
Langsung tak snap gambar hahah , beraya rumah mak sedara , kak ipar lepas tu boleh plak pergi lepak pantai kejap sebab tak tahan panas upsss , tetiba hilang dari radar .. 

Raya Ke Empat 
Hurmm back to normal ~ balik ke Rawang dah .. tapi pakai baju raya semulaaa ~ sebab nak ber ootd kat pantai hahah , kesian hencik suami kena layan isteri mung ini .. oh kesian Rayyan jugak sebab kena paksa bergambar , tapi haku je lah yang banyak gambarnya , dua orang ni bukannya suka brgambar sangat .. erghhh !



Sebelum balik ke ganggang sempat lagi makan ikang celup tepung , sata semua .. lepas tu masa dalam perjalanan tayar pulak pecah , tq kat sorang brader yang berhenti tanya dan tolong apa yang patut .. tak ramai orang akan bantu kita dalam kesusahan .. semoga di lindungi Allah selalu .. 


Hati Berbicara :
Tq Allah beri lagi peluang merasai nikmat berpuasa dan berhari raya .. inshaAllah jumpa raya tahun depan , raya rumah mertua pulak ... hihi eh raya haji kan hado :) lastly qaseh minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai banyak salah dan silap even dalam penulisan di blog ni , kosong-kosong k .. qaseh pun maafkan semua ~

2 ulasan:

  1. Takziah..lor kesian ayah tuu..raya beranduh..moga sekarg mkin sihat..

    BalasPadam
  2. cantiknya gambar OOTD tepi pantai

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com