Ramadhan 7 | Teringin Nak Makan Sambal Belimbing Hitam Pahang

4 ulasan:
Assalamualaikum , kesibukan dunia sungguh qaseh dalia ni kan .. bila dalam bulan ramadhan mesti ada makanan-makanan favourite yang aku nak makan , orang kata kalau makan dengan nasi bertambah-tambah .. walaupun takde yang tanya apa favourite aku , aku nak jugak bagitau haha aku paling suka singgang tulang , yang pasti singgang tulang masakan mak sendiri :p kalau aku buat rasa dia mesti tak sama .. bakpe tak tau lah, ce pikir

Tapi lagi sedap kalau pekena singgang tulang tu dengan sambal pahang , fuh meletup-letup dalam mulut kesedapan dia , lagi-lagi dapat yang pedas .. tapi kalau pedas sangat kurang nikmat nak makan sebab aku sekarang sejenis yang tak tahan pedas .. lepas bersalin segala benda yang aku suka dan tak suka jadi terbalik , haha perubahan hormon mungkin , yang sukakan pedas memang wajib beli ..


 


Kadang-kadang nak jugak kan try buat sendiri sambal pahang tu , tapi macam leceh je nak buat weh , kalau aku buat tak tahu jadi sambal Pahang ke sambal berat nanang hahah so di dunia yang serba moden ni baik aku beli je .. pertama kali aku try yang pedas hari tu ayoyo sedap weh , tapi kali ni aku repeat order beli yang biasa-biasa pedasnya bagi nikmat lebih haaa gitu ..


Seriosly sedap jugak sebenarnya sambal belimbing pahang ni , sebab sebelum ni kalau tak budu memang budu je lah aku makan untuk tambah selera , lagi-lagi makan dengan ikan singgang fuh menitik ailio , cencaluk pun aku suka makan dan yang paling latest ini lah dia sambal belimbing hitam pahang .. 

Yang tak kenal tu , gini lah teksturnya .. apa yang ada dalam ni yang betul-betul aku dapat rasa adalah belimbing dan ikan bilis dia , pastu macam-macam rasa yang memang ngam betul masakan depa ni , makan dengan roti pun sedap namati ! haha kalau aku tak kawal nafsu besar ni , satu paket habis kot untuk aku sekali makan .. tapi nak makan semua sekali sayang pulak , so makan je sikit-sikit buat penambah rasa hehek .. ni  bukan review ok , ni aku beli sendiri .. 

So di sebabkan Sambal Belimbing Pahang ni sedap dan murah gila , hanya Rm10 je , korang boleh beli dengan Kak Sue Izza - 0179397536 ada yang pedas , yang biasa dan ada juga pes-pes tempoyak untuk masak di bulan Ramadhan yang mulia ni


4 ulasan:

  1. Comey seller sambal tu dih hehehehh tqqq

    BalasPadam
  2. Ok nanti akak nak order dgn Sue...x leh tahan macam ni

    BalasPadam
  3. thanks for sharing leh try ada contact tu

    BalasPadam
  4. hahah tgk packaging tau dah.. sue yang jual kan

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com