Ramadhan 6 | Cara Solat Terawih di Rumah

5 ulasan:
Assalamualaikum , hurm di sebabkan internet baru ada , tertangguh sekejap diari ramadhan ku , tensen tau .. tapi takpe , hari ni aku nak kongsikan cara solat teraweh di rumah , hurm Ramadhan ni tak dapat nak bertaraweh di masjid sebab ada anak kecik , orang kata boleh je bawak anak pergi masjid ajar mereka dari awal .. tapi Rayyan ni aku risau sebab dia tengah membesar , even aku solat kat rumah pun dia tarik telekung waktu sujud , bayangkan dia pergi tarik semua makcik-makcik kat surau sana :) haha takpelah .. Allah lebih mengetahui

SOLAT SUNAT TERAWIH


● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

Hati Berbicara :
Semoga bermanfaat dan jangan sedih-sedih kalau tak dapat bertarawih di masjid , walaupun feel tu lain tapi niat lillahitaala :) mana-mana pun inshaAllah Allah terima .. ameen 
kredit : page fb Malaysia Network


5 ulasan:

  1. Bagus info ini.. Semoga bermanfaat untuk semua.

    BalasPadam
  2. Akak sejak ada anak memang terawih kat rumah je, senang! Nak ke masjid kang susah nak kawal anak².

    BalasPadam
  3. Slalu buat kat rumah je kalau cubaan ke masjid gagal... huuhuhuh ~

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah perkongsian yang baik bg yang tak berkesempatan ke masjid

    BalasPadam
  5. tu la, sejak ada anak, solat dekat rumah je sennag

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com