Buffet Ramadhan PICC 2017 | Berkonsepkan International Iftar

Buffet Ramadhan PICC 2017 | Assalamualaikum semua , jaga-jaga perut , haha kali ni nak cerita tentang buffet ramadhan di PICC , kalau nak di  ikutkan dah tak lama ye kita menghampiri bulan ramadhan bulan yang sangat mulia , 11 hari lagi .. semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya .. so sempena ramadhan ni nak share sikit tentang buffet ramadhan lah of course kan , kali ni qaseh di PICC Putrajaya.

Konsep International Iftar 

Apa yang best kali ni ? sama ke macam sebelum-sebelum ni yang qaseh share .. haa kalau sama tak best lah kan , so kali ni PICC membuat kelainan dengan konsep INTERNATIONAL IFTAR , haaa gituh , konsep pun dah menarik uols belum tengok makanan-makanan lagi 

Antara menu baru yang menarik minat qaseh adalah Nasi Briyani Buloh , sebelum ni pernah jugak try nasi buluh , tapi kali ni try Nasi Briyani buluh pulak .. bila masak dalam buluh ni , masakan ni lebih sedap dan beraroma .. selain tu menu baru di sini Kaki Lembu Panggang dan juga Ikan Bakar Istimewa.. pasai apa istimewa sangat ? ikan di dibakar dan di salut dengan garam bukit.




Menu Warisan Melayu 

Walaupun berkonsepkan International Iftar , PICC tak pernah mengecewakan qaseh dengan menu warisan melayu yang sedap , my favourite Daging Hitam Manis , yaAllah sedap sangat masakan ni .. memang terasa-rasa lagi , dan sekarang pun rasa lapar balik haaa , eh mengundang lapar betul bila tulis tentang makanan ni haha , sabo je la .. 

Antara menu yang ada Kari Kambing Rusuk Nangka , Rendang Tok , Daging Hitam Manis , Nasi Dagang , Nasi Kerabu , Aneka Masakan Arab , Aneka Mee , Solok Lada , Daging Bakar ,Ayam percik dan banyak lagi aneka hidangan yang sedap sangat.









Pencuci Mulut : Pelbagai Aneka Dessert dan Buah-Buahan 

Dah kenyang makan makanan berat , wajib cuba segala pencuci mulut yang sangat-sangat sedap kat sini tau korang ! tengok gambar pun dah menggiurkan haa tu belum masuk mulut lagi .. antara pencuci mulut yang menggiurkan tuh seperti Pengat Nangka,Pengat Pisang,Bubur Kacang Hijau Durian,Kuih Talam,Wajik Durian dan pelbagai kuih-muih tradisional.






Salah seorang Chef ensem , eh ! Chef Profesional yang bertungkus lumus memberi masakan yang terbaik. 



Sambil korang makan , korang akan di hiburkan dengan persembahan dari Artis Rosma yang akan memberi kemeriahan suasana di buffet ramadhan nanti .. so jangan lupa tempah awal-awal ye , nanti full booking kang menangis tak berlagu pulak .. segala info qaseh dan listkan kat bawah ni .. segala dan akhir sekali selamat menyambut bulan ramadhan semua ! 

Harga Buffet Ramadhan Picc 2017 


Harga :
Dewasa RM98
Kanak-kanak 6-12 tahun RM49

Untuk tempahan :
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Telefon : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Email : enquiry@pcs.my
Web www.picc.com.my
FB www.facebook.com/piccmalaysia

Diskaun 
13 April sehingga 15 Mei 2017 - Diskaun 15%

Tempahan di Ticket Online
21 April sehingga 15 Mei 2017
www.ticketonline.com/picc - Diskaun 20%


Bubur Lambuk Percuma 
Pihak pengurusan PICC akan mengagihkan 1000 bungkusan bubur lambuk percuma dari pukul 4pm - 5pm pada 29 May 2017 di pintu masuk PICC 



4 comments

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..