Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017

Assalamualaikum 

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 29 Mei-23 Jun 2017 | Bila ada jemputan buffet ramadhan maknanya Ramadhan bakal datang dan macam tahun sebelumnya aku tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort sebab makanan kat sini tak pernah mengecewakan .. yang pasti tahun ni ada kelainan sikit berbanding tahun lepas bila mana kali ni ada pesta durian ! walaweh suka la tu peminat-peminat durian kan .. 

Apa yang bestnya kat sini , korang boleh menikmati juadah istimewa sehingga 200 jenis yang bercirikan makanan melayu , barat dan timur .. agak-agak berapa harga buffet ramadhan kat sini ? terkejut tengok harga sebab murah sangat .. nak tahu ? kena la baca sampai habis yeee .. lagi pun banyak makanan best yang aku nak kongsikan kat korang semua 

Tarikan Utama Nasi Lemak Istimewa 

Kali ni BGR menampilkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama di sini , apa yang istimewanya ? korang boleh makan bersama Rendang daging Taik Minyak , Sambal Sotong Kembang , Ayam Bercili Masak Ketumbar , Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato .. Fuhhh maveles  !






Western Appertizer 

Walaupun tekak melayu tapi nak juga merasa makanan barat tau uols , dan mungkin la sesetengah korang sukakan makanan ala barat , jangan risau BGR ada mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma , jangan lupa cuba Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara .. sedap sangat ! rugi kalau korang tak cuba makanan ni .. 




Menu terbaru tahun ni Peri-Peri Chicken Drumlets yang mempunyai rasa yang luar biasa 

Cooking Showcase 

Siapa peminat kambing bakar ! yeyyy boleh geng , yang ni kalau takde terus tak berseri .. nikmat weh makan kambing bakar ni .. sambil-sambil makan tu kan korang boleh la tengok chef-chef hebat menyajikan Kambing Bakar  dan Sup Kambing Mamak siap hidangkan untuk korang lagi .. selain tu ada kuew teaw goreng dan Mee Mamak yang di hidangkan panas-panas dari kuali gituu haaa 




Selain tu ada juga Sate Ayam dan Daging yang di bakar setiap hari ..





Pencuci Mulut

Bila makanan berat ada , tak sah lah kalau tiada pencuci mulut .. orang kata kalau takde pencuci mulut rasa tak lengkap gitu haaa .. pelbagai pencuci mulut yang di hidangkan untuk korang di sini seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat , selain tu juga ada kuih muih tradisi , puding , agar2 , dan buahan tropika .. haaa untuk tahun ni ada penambahan yang memang korang suka punyalah iaitu Serawa Durian , Assorted Swiss Roll , Lychee Rose Cake , dan banyak lagi lah .. 




Promosi Durian Runtuh ! 
Kali ni berlainan sedikit bila mana sambil korang makan-makan tu kan , ada booth jualan khas , kot la nak membeli kan ,,dan yang bestnya ada Promosi Durian Runtuh yang mana korang boleh membeli durian yang di bawa khas dari ladang di Raub , Pahang .. selain buah - buahan tempatan ada  Gelato (aiskrim) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz yang terkenal dengan Gelato Musang King ... fuhh bunyi macam besstt je .. jangan risau naa korang akan dapat diskaun ekslusif punya lah 

Selain tu ada live band yang akan menghiburkan korang dari jam 6.30 pm - 9.30pm setiap hari .. 

Thanx a lot Bangi Golf Resort kerana menyajikan makanan yang sangat sedap dan berbaloi-baloi , will repeat again nanti bulan Raamdhan .. yeahhh !

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 
RM58 Nett Dewasa
RM28 Nett Kanak-kanak 

More Info :
Alamat ; No 1 , Persiaran Bandar , Bandar Baru Bangi , Selangor 43650 Malaysia 
Gps ; 2.95716N, 101.76518E
Tempahan ; 1-700-81-8557
Email ; sales@bgrrest.com
Website ; www.bgrrest.com
Instagram ; @bangigolfresortofficial 



2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama