Mandi Manda di Felda Residence Hot Springs Sungkai

Assalamualaikum 

Tempat menarik di Tanjung Malim | Felda Residence Hot Springs Sg Klah Sungkai , seingat aku dah lama rasanya tak rendamkan kaki dalam kolam air panas , masa kecik-kecik dulu je rasanya , sebab Malaysia sangat hot , selalu rendam kaki dalam air sejuk je .. hihi so bila husband cuti kerja , tetiba dia ngajak nya kita ''sayangku yg cantik , esok jom g sungkai'' (jangan percaya dgn ayat manis itu semua dusta :p) so bila vini dengar suami ajak berjalan , laju je angguk kepala haha

By the way , kami tak tido kat sana pun even ada resort beshh beshh aumm , sebab esoknya dah kerja , so pergi pagi pulang petang , dari rumah aku ni just sejam lebih kurang macam tu je la , so kami pun bertolak awal pagi sesudah mengerjakan solat subuh .. haha bapak awal ! 

Bila masuk hutan or tempat baru , niat kena elok , jangan nak berseronok sangat lebih-lebih lagi ada anak kecik hehe , sebelum pergi mana-mana survey dulu .. feedback semua macam best ..so jadi pilihan kami kali ni , lagi pun husban kerja besoknya.

Alalala macam faham je anak Umi ni dok membaca ... haa ce kabo dia bagitau apa .. Umi dapat info dari pembacaan Rayyan 

  • Masuk sini kena bayar RM15 untuk dewasa
  • Beroperasi 8.00 pagi-10 malam
  • Tak boleh bawak makanan dari luar(dalam ni ada restoran/kedai makan) , haiwan pliharaan , telur (nanti tak laku telur kat sini)
 

Bila dah daftar dan bayar , korang kena pakai gelang biru , eceh pelekat sebagai tanda korang dah bayar .. korang kena parking kat area daftar , nak masuk ke area kolam air panas dan sejuk , ada tram yang akan bawa korang ke sana , by the way takdela jauh sangat , kalau rasa nak berjalan pun boleh .. kot la nak exercise sambil menghirup udara segar , sememangnya di kelilingi dengan hutan rimba .. tapi tempat ni so far bersih dan cantik.

 
Penakut amat budak kecik ni , haha mungkin sebab bergegar-gegar .. nangis-nangis naik tram , adoha !awal-awal je ok .. sabar je la mokmung!



Masuk-masuk je jumpa cafe , tapi aku tak tahu rate harga makanan kat sini , sebab tak makan pun kat dalam , dah makan siap-siap kat luar .. rasanya harga standard je takde lah mahal sangat , 




Yang bestnya kat sini , ada dua bahagian .. satu kolam air panas dan satu lagi kolam air sejuk , kolam air panas semulajadi tau bukannya buatan .. orang kata air panas semulajadi ni banyak jugak khasiatnya . wallahualam , sebab dulu kat kg aku ada satu tempat reakreasi kolam air panas jugak , ramai yag datang even dari luar yang segelintirnya niat nak berubat .. inshaaAllah berusaha kan selebihnya Allah yang menyembuhkan. 

So mula-mula tuju kat kolam air panas dulu , sebab pagi-pagi Rayyan mesti sejuk .. dia tu kat rumah pun mandi air panas, huh ! ada dua tempat , satu kolam besar dan lagi satu kolam kecik , dan ada tempat untuk rebus telur , korang kena beli lah telur tu kat sini , 5 biji RM6.00 , aku beli ke ? tak pun sebab bukan peminat telur.. one more dia akan bagi sekali kicap dan lada sulah , boleh lah makan terus , dah rebus takkan takmo makan , tetiba rasa macam sedap pulak huuu

Tempat Merebus Telur





Sini paling panas , jangan sampai kena tangan pulak yee , nanti melecur tak tau , kat bawah bekas-bekas tu lah punca mata air panas .. subhanallah 

Taman Terapi 

Kat sini juga ada taman terapi , refleksologi la ni haa , korang boleh pijak-pijak atas tu , kalau berat badan berlebihan agak sakit sikit sebab batu-batu dia agak tajam , tapi best je sebenarnya jalan atas batu-batu terapi ni , husband surrender adohaaa buat malu Rayyan je haha





dah lepas jalani terapi , jumpa kolam kecil pulak .. kolam ni untuk rendam-rendam kaki , celup-celup tangan , eh nak mandi pun boleh .. takdela panas sangat .. untuk relaks-relaks dulu sebelum terjun ke dalam kolam besar .. boleh lepak sini sat ..


Kolam Air Panas Besar 

Yang ni kolam air panas yang besar dah luas , yang tadi kecik tak puas hati nak mandi manda kan , haa ni luas gila ~ agak panas jugak air kat sini , kat sini ada tulis berendam tak boleh melebihi 30 minit , kenapa ntah .. hurmm mungkin tak elok jugak berendam lama-lama dalam air panas nanti masak daging korang haha .. relak-relak jap lepas tu berendam la balik ..puas hati sebab luas dan bersih 







suka sangat budak kecik ni 


Kolam Air Sejuk 

Yihaaa yang ni favourite ! baru lah boleh kuak lentang , air sejuk .. ada dua bahagian dah di pisahkan , sebelah kanan sana untuk air dalam dan kiri ni sedang-sedang je .. memang best bawak anak-anak mandi kat sini  , lama dah tak mandi kolam seingat aku .. hihi 

Keselamatan ? ok bab keselamatan pandai-pandai la jaga diri eh eh btw ada je life guard jaga kawasan ni , so ada apa-apa masalah just roger je beliau .. 









acah-acah Krabi , acewah 

penat dah umi haaa , Rayyan je tak reti penat 


ada dua slide kat sini , main gelongsor sampai puas 





Best je dapat menggembirakan anak .. cipta satu kenangan kat sini , InshaaAllah nanti kita datang lagi kat sini ye .

So far , nak kata sangat seronok tempat ni tu takdelah , tapi tempat ni tenang .. yang best nya datang weekdays ni heaven gila sebab takde orang haha  , datang pulak awal pagi .. ada la dua tiga orang hari tu .. untuk menggembirakan anak-anak , tempat santai mandi manda tempat ni best  .. cuma tu lah tak boleh nak berbakeu bagai , sebab tu tempat ni bersih .. btw kalau kotor nanti takut mengundang tikus pulak haa kang bahaya .. 

Selain dari tu , kat sini ada private jakuzzi n then ada spa , aku tak tahu berapa rate harga untuk kedua ni , korang boleh google hehehe .. dan ada resort jugak area-area sini , kalau datang dari jauh boleh la menginap , mana tahu sehari tak cukup nak bermandi manda , so itu  je lah cerita aku kat sini .. lepas tu kitorang pergi makan 
tengok lah budak kecik tu meraung , takut naik tram .. huh


Tahap kebulur sangat , search kat google tempat menarik , so kami cuba makan kat sini 

Sedap ? biasa-biasa je .. uniknya sebab nasi semuanya dalam buluh :) 

Hati berbicara :
Next , nak pergi mana pulak yeee .. lambat nya hujung tahun ! eh ..
ok bye .. 





2 comments

  1. bestnya! echa pun penah mandi hot spring. first time pegi masa cuti di bandung dulu. pegi pukul 12 pagi okay. ingatkan takdak orang. rupanya penuhhh even tengah malam buta! seronok hihihi. blh baca entri sini http://www.eecashyaa.com/2015/11/trip-to-bandung-part-5-gedung-sate.html :D

    ReplyDelete
  2. pernah pergi dulu, tpi sulu takdelah selawa sekrg tempat dia..boleh repeat ni

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..