Resepi Bubur Kacang Hijau | Bila Suami Mengidam ~

1 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla ~ hari ni aku jadi chef , eh jarang sebenarnya aku update pasal masak-masak dalam blog ni apatah lagi nak kongsikan apa yang aku masak , tapi mungkin syndrom mak mak datang merasuk hari ni , dengan mood rajin nak tangkap gambar , nah ! resipi bubur kacang hijau buat tatapan kalian .. tq kaksueizza share resipi , antara chef yang akan aku tanya bila nak masak sesuatu .. haha takpela kan asalkan nak belajar .. kikiki

Hurm rupanya takdela susah sangat nak buat bubur kacang hijau ni weh ! memang semudah ABC lah , ingatkan leceh la jugak nak buat bubur-bubur bagai ni .. so suami rasa nak makan , sebagai isteri yang penyayang meh la kita buatkan alolo peyot dah makin kedepan haha .. dan resipi nya sangat lah simple , beberapa bahan je .. 

Resepi Bubur Kacang Hijau 
  • Kacang Hijau
  • Santan
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan 
Cara-cara 
  • Rebus kacang hijau hingga empuk (orang kata rendam dulu ) pun boleh
  • Bila dah empuk , tapis dan ketepikan dahulu
  • Masukkan santan dalam periuk , masukkan gula melaka , daun pandan dan secubit garam
  • Biarkan ia mendidih tapi jangan lupa untuk selalu kacau , mengelakkan santan berketul
  • Bila dah mendidih , masukkan kacang hijau yang dah di rebus tadi 
  • Rasa , kalau kurang manis tambah lagi gula melaka biar ia semanis senyumanmu chia chia chia
Nilah kacang hijau ,bagi anak dara yang tidak mengenali kacang hijau ni haa ~ ade ke yang tak kenal ??  
Terpaksa la guna santan kotak sebab susah nak cari santan segar kat sini , tapi santan kotak pun sedap juga okay 

Daun pandan dan gula melaka ..
Haaa tak sampai 5 bahan la uols nak buat bubur kacang hijau ni , ada sesetengah orang suka letak sagu , tapi qaseh nak rasa keaslian kacang hijau tu , qaseh tak cmpur apa-apa pun .. dan dulu kan masa kecik-kecik ada makcik-makcik buat aiskrim bubur kacang hijau ni , macam aiskrim malaysia gitu .. sedap weh ! ni kalau tak habis makan simpan dalam peti sejuk pun sedap .. biasanya orang makan bubur ni dengan roti .. dan mungkin juga trend sekarang kat kenduri kahwin banyak orang hidangkan bubur ni , lepas melantak nasi kenduri bagai , nak menambah rasa malu .. boleh la topup dengan bubur kacang hijau ni , heh heh macam biasa buat je kan ! so nah siap dah bubur qaseh untuk suami tercinta ... 




tapi hencik suami suka makan cenggini haaa , aku lebih suka makan bubur tanpa roti , dia pulak carik2 kan roti letak dalam bubur .. pelik nya , laki aku spesies mende eyy haha , apapun tq sudi makan ! 

Hati Berbicara :
So uols semua bolehlah mencuba di waktu lapang mahupun lapar ~ orang kata nak memikat hati seseorang, bagi la perut nya kedepan dan kekenyangan :p

1 ulasan:

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com