Bila Rayyan Pecahkan Screen Fon Umi !

Assalamualaikum

FUH ! tarik nafas panjang nak taip entry kali ni , alkisahnya nasi sudah menjadi bubur , kalaupun bubur tu di jadikan nasi kembali keringkan balik memang tak sedap jugak ye dak maka marilah berhuhu .. btw kejadian semalam meruntun jiwa jugak sebab baru jugak la tukar screen fon selepas kena hempap dengan iron board masa ke Melaka hari tu , yang tu teruk sebab memang tak boleh tekan langsung ..

Mek nye idung yeee , haha selalu kena tarik hidung ngan Umi , balas dendam sebab dedi selalu tarik hidung Umi ! 
Alkisahnya Umi tengah masak , Umi pun pelupa yang anaknya ni dah tinggi , tangan plak memang menggapai apa aje asalkan nampak haaa , letak lah fon tu atas meja makan .. ketung ketang ketung ketang masak kat dapur ~ lepas tu bunyi pang ! benda jatuh .. dah agak dah ni mesti fon .. 

Terus berlari pecut ke ruang tamu dengan debaran mcm malam pertama (over sangat umi mung) haha , memang dah hancus ! aih geram sungguh la ~ so dah pecah kat bawah tepi .. nasib baik boleh tekan-tekan lagi screen tu , so tak effect sangat , tapi ! nak tak nak kena repair jugak nanti .. sikit lagi nak hancur .. so apa reaksi Umi mung ? haaa geram sungguh ..

Dengan caption : Umi tu letak merata lepas tu salahkan Rayyan , Rayyan ingatkan toys Rayyan tadi .. sambil menangis dan merajuk selepas di marah haha
Nasib baik Dedi menyelamatkan keadaan .. selamat peha gebu ku dari cubitan Umi , bluwerkk buat2 tak tahu je la apa yang terjadi ! 
Mula-mula nak marah dan termarah jugak kat Rayyan , means tinggikan suara , masa tu dedi Rayyan tengah mentido , lepas tu dia bangun , tengok Umi macam singa lapar sebab masak pun tak siap lagi haha , Dedi cakap Rayyan xtahu apa-apa jangan marah dia .. huh yela , takdela nak marah sangat , geram je ciked .. anak tengah membesar , cengginilah .. dan Rayyan ? sengih-sengih dia dan teruskan bermain seperti tiada apa yang telah terjadi .. adohaaa .. sambung menangis di bawah tiak dedi .. strootss tapi dedi dah janji nanti repair , hati pun kembali ceria .

Still tak puas hati , lalu mengadu kat patung-patung beliau sebelum menggigit hingga hilang mata patung tu sebelah .. grrrr , kuat sungguh menggigit budak ni ,adohaaa !
 memang macam tu ek ? pantang nampak benda pasti masukkan dalam mulut .. 
Btw Umi takdela marah sangat cuma terkejut je .. dah mintak maaf kat Rayyan sebab tertinggi suara dengan dia , kena belajar kawal emosi lagi .. budak tengah meneroka dunia , walaupun hari-hari berperang dengan Umi haha , kadang kan dia sengaja je buat lagi benda yang Umi larang , macam sengaja buat sebab nak Umi kejar , bila orang acah-acah kejar , gelak-gelak pastu lari .. hihi mengada sungguh budak cerdik ni .. papepun i love u so much ! 

hati berbicara :
Takde amek gambar screen fon , sebab takde mud haha mood redha weh!

6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Huhuhu biasalah anak tgh membesar... Esok bila dh besar buat kisah ngn kita, kita lak yg rindu 'nakal' dia... Eh cm ada anak dh aku ni... K bye

    BalasPadam
  2. bertabahlah umi oii...nak marah kang,kena pujuk pulak..hahaha....

    BalasPadam
  3. mcm mana la gamaknya suara umi nya tinggi suara marah rayyan tu..hahaha....

    BalasPadam
  4. aduh.duh.duh
    xlist awak punya hp blh gak tekan tekan. sy punya hp..aduh langsung xblh dah
    try nk transfer gambar pon dah tak lepas sbb skrin dh tak blh nk touch.
    berhuhuhu lah juga

    BalasPadam
  5. Takpeee, dedi ada boleh repair kan phone! Comel gitu rasa tak jadi nak marah hahaa.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama