Spesifikasi Gt Mobile | Review Telefon Pintar GT888

Assalamualaikum ..

Hai guys . seperti yang di janjikan haritu qaseh ada beritahu bahawa qaseh akan review Gt Mobile yang baru-baru ni di lancarkan di Malaysia , iaitu telefon pintar yang di datangkan khas dari Singapore , jadi telefon pintar Gt Mobile ni sangat baru dan hangat di pasaran .. kalau di Singapore harganya 400 dolar sg , tapi di Malaysia belum di keluarkan lagi , jangan lupa layari web  gtmobile.sg , so model yang qaseh nak review ni ialah model GT888 , unboxing time ! 


Dalam box ni haruslah ada bateri  2550maH , free screen protector , silicon casing , charger + cable USB , earfon dan manual book Gt 888
Btw qaseh dah lama tak pakai fon screen besar , bila dah guna balik GT888 dengan screen yang besar rasa macam kerdil je pakai fon screen kecik , haha so qaseh dapat GT888 berwarna metal grey , lawa kan warna dia .. GT888 ni di datangkan dengan dua warna , satu warna lagi silk white ~ jom lihat spesifikasi telefon pintar GT888 ni , macam best je kelebihan yang ada .. haa 

Spesifikasi Gt  Mobile - GT888

  • 64 Bit Quad Core 1.0 GHz 
  • Metal Frame
  • Camera depan with flash (5 M.P) , camera belakang 8 M.P (dengan tetapan hingga 13 M.P )
  • 2GB Ram + 16GB Rom ( expandable up to 64 GB)
  • Skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels)
  •  Skrin  dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tahan lasak)
  • Quick charge
  • Android 5.1 - Lolipop
  • Dual sim 

Metal Fame , lawa kan haa dah tercop kat situ designed by Singapore .. kamera belakang 8mp , yang menariknya dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan mampu mengambil video pada resolusi 4K
Bateri yang tahan lama , setakat ni dalam sehari hanya charge sekali je .. kalau korang tak on data dalam dua hari pun still ada bateri 

Gt 888 ni best bila di datangkan dengan fungsi Dual Sim , qaseh tahu blogger or sesape mesti ada simkad personal dan juga kerja .. kadang takmo campur adukkan , so ni salah satu kelebihan best bagi korang , 2 simkad dalam satu fon , dan simkad yang di gunakan untuk sim1 , standard simcard xperlu potong , sim2 untuk Micro Sim .. kat tepi sim 1 tu untuk memory card ..
nampak huruf G ingat Gt Mobile ! hehe ,, Gt 888 ni memang quick charge , paling cepat 20 minit macamtu .. sekejap je dah penuh so kadang yang tak ingat nak charge fon ataupun jenis pemalas nak charge fon macam qaseh ni haaa berita baik sangat ! tak perlu tunggu lama-lama bateri penuh .

android 5.1 , bila update wireless tu semua sistem makin laju dan smooth ! mula-mula je slow so jangan lupa update yang latest ok , dan tak ambil masa yang lama pun 

Ingat Mark Adam je mampu selfie kingkong dengan GT MOBILE ? eh qaseh pun boleh ok ! nampak tak satu muka penuh screen , bila selfie terus flawless sebab camera ni ada fungsi Beauty Face gitu , tak perlu aplikasi 360 dah haha , dan boleh lah selfie dalam gelap lepas ni sebab ada flash camera depan .. gituh ! 

Spesifikasi lain 


  • HotKnot– Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.
  • Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.
  • Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.
  • Off-Screen Gesture (Fungsi ketika skrin terpadam)
Dah beberapa minggu qaseh guna Gt Mobile ni , so far sangat berpuas hati , setakat ni masih takde problem yang menyakitkan hati hehe dan yang paling best dapat update blog guna fon je lepas ni , screen pun dah besar gedabak ko , boleh edit tanpa ada masalah dan masukkan gambar dengan senang .. yeahh tq Gt Mobile menyenangkan kerja blogger macam iols ni haaa .. lepastu Rayyan lagi la suka tengok didi and friends dengan Gt Mobile ni , gambar cantik dan clear .. sound pun ok ! 

Korang kalau nak survey or apa-apa details lagi yang nak cari korang pergi je laman web yang qaseh berikan kat bawah ni ok !!!

INFO LANJUT 

4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama