Taman Metropolitan Kepong | Jom Main Layang-layang !

Assalamualaikum ~ holla dan happy new year everyone , harap belum terlambat lagi untuk aku wish new year kat korang semua .. azam ? aku tak pernah letakkan azam yang tinggi bila tiba tahun baru cumanya aku harap aku jadi hamba yang lebih baik kepada yang maha Pencipta , isteri yang lebih baik kepada suami , anak yang lebih baik kepada ibu bapa dan seorang ibu yang super power kepada Rayyan ~ selebihnya just follow the flow .. yang pasti harap segala aturan Allah dapat aku tempuhi dengan penuh hikmah dan sabar dalam segala ujian .. semoga azam korang tercapai orait ! 

So new year memang dah tak sambut la , tengok bunga api depan tv dengan anak dan memadai haha .. cuma awal tahun baru saje lepak di Taman Metropolitan Kepong ambil angin dan tengok orang main layang-layang .. bawak Rayyan jenjalan gitu kat padang , dia dah start boleh berjalan tu haaa sikit lagi tunggu berlari je .. jenuh nak kena kejar nanti oik .. so yang berfamily ada masa santai-santai walaupun just lepak santai tu dah cukup memadai nak menggembirakan hati anak .. sekurangnya dapat la dia lihat dunia luar ye dak .. dont forget to spend time with your family okay ?


Disebabkan datang weekdays so tak berapa nak meriah sangat , orang tak ramai main layang-layang .. aku ? teringin jugak nak main tapi nanti la bila Rayyan dah besar sikit boleh lah dia tlg main sekali hikhik .. main kejar-kejar gitu .. tapi tempat ni memang luas gila jugak la , aktiviti yang aku tengok kat sini semestinya main layang-layang , jogging , ada basikal couple dan biasa untuk di sewa , roller blade , lepak tengok tasik (boleh bagi makanan kat burung dan ikan) haa tapi kena beli lah makanan tuh .. tak mahal pon , then haruslah ada peniaga-peniaga makanan .. 

Mek ni macam biasalah dia , harus ada sesi bergambar dua tiga round , kikiki suami sila la melayan tuan puteri anda ni yee .. :p
 Budak kenit ni muka nak serious je sokmo , btw dia kalau nampak je orang nak snap gambar dia terus pusing ke lain.. maybe dah rimas sebab umi dia asyik selfie je haha sabarlah anak ku 






 Muka tak puas hati , btw dah lamam tak duduk dalam stroller ni , tapi kena paksa jugak sebab lenguh eh nak dukung .. padahal best kot orang tolak je , duk je dalam ni macam bos .. ishhh ishhh

Then ni la suasana di Taman Metropolitan , ok la untuk lepak santai-santai petang ... datang weekdays takdela meriah sangat so tak serabut sangat kan .. weekends mesti penuh kot .. layang-layang pun comel-comel je uols , ada saiz besar n kecik .. so yang area dekat-dekat dah kebosanan tak tahu apa , datang je main layang-layang kat sini dari dok hadap henfon 24 jam .. haha kalau kat kg masa kecik-kecik dulu ni la antara permainan budak kg walaupun di tengah padang terik .. itu semua kenangan yang sangat enjoy ! 












 TQ kerana sudi membaca ! harap terhibur haha tak tahu nak tulis apa .. layan gambar je lah ye .. sebab time menaip ni tengah lenguh tangan .. hurmm tak tahu kenapa .. ok adios ! 

2 comments

  1. Dulu masa kecik2, main layang-layang kat tengah sawah padi. :D

    ReplyDelete
  2. Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik ...

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..