MAHA 2016 BOOTH D18 , HALL C | JUS QALBI AL-EHSAN

Assalamualaikum dan holla buat semua .. sihat ke ? harusla sihat dan bersemangat nanti boleh pergi ke MAHA 2016 .. kalau tak pergi rugila uols , sebab apa ? haaa banyak tawaran hebat di sana lebih-lebih lagi tawaran hebat dari Jus Qalbi Al-Ehsan ! Tahu tak Jus Qalbi ni banyak sangat kelebihan dan kebaikan nya .. tak tahu ? haa ni qaseh nak bagitahu hangpa semua yee .. so nanti pergi ke MAHA booth pertama korang kena singgah semestinya booth Jus Qalbi Al-Ehsan ni.


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.


SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

  • Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
  • Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
  • Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

 FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala.
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 
Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.




Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421


Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

Murahnya Travel Dengan TouristGuide.Com.My

Assalamualaikum ~ holla semua , bila cerita tentang travel ni , ada ke orang yang tak sukakan travel ? Fuhh sangat rugi jika ada antara korang tak sukakan travel ,pergi  bercuti melihat sesuatu yang baru , keindahan yang memang takde di tempat korang .. belajar dari setiap perjalanan omg travel adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan ..so macam agak pelik di situ jika korang tak gemarkan percutian .. ohhh yaaa  mungkin korang sebenarnya sangat minat travel ! tapi kekurangan wang / bujet macam qaseh haha .. tapi jangan risau setiap masalah ada jalan penyelesaiannya ~ malah dapat travel free lagi uols~



So semalam qaseh berkesempatan menghadiri Grand Launching Tourist Guide di Westin Hotel yang buat pertama kali nya www.touristguide.com.my di rasmikan yang di hadiri oleh tetamu kehormat ,Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY) , Mr. Mohd Akbal Setia (Director , Tourism Malaysia) , Mr. Azlan Hussain (Presiden of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA) dan Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)


Apa itu TouristGuide??

Yang pasti TouristGuide bukanlah satu rangkaian MLM kerana pendaftaran di laman web touristguide.com.my adalah FREE , so cepat-cepat register okay, dan ia sebenarnya satu platform yang sangat bagus kepada traveler kat luar sana yang mempunyai impian untuk travel di tempat-tempat idaman dengan bujet yang sangat rendah , maknanya di sini traveler takde masalah dari segi bujet yang tak mencukupi .. dengan touristguide ni korang mampu menarik nafas lega dari segi penginapan di hotel ,tempahan penerbangan , pakej pelancongan dan banyak lagi lah dengan Diskaun yang sangat berbaloi wa cakap lu .. haa 

Mungkin korang ada yang pernah dengan tentang TouristGuide ni dan juga baru pertama kali tahu tentang web ni , yang sebenarnya TouristGuide sudah 5 tahun berada dalam dunia pelancongan dalam talian dengan misinya ''Build The World’s Largest Travel Network'' memang banyak memberi kemudahan traveler di luar sana mendapat diskaun yang super hebat , so bila korang mendaftar di web touristguide.com.my korang akan mendapat mata yang tidak terhad ,, dengan mata tu semua korang akan dapat lebih diskaun malahan travel free dari TouristGuide ! wahhh best kannn ..tapi kalau tak daftar sekarang tak guna jugak kan... haha dan sekarang jugak sale telah berlangsung di web touristguide.com.my

Promosi Hebat sehingga 30 November

Travel Period : 1st April 2017 - 31 March 2018 (except public holiday)





Kesemua kat atas ni promosi /sale yang tengah HOT di web touristguide.com.my TAPI untuk dapatkan pakej-pakej yang ada ni haruslah korang REGISTER dulu , FREE je uols register sahaja .. semudah ABC dapat mata .. nah link untuk korang daftar →→→  http://touristguide.com.my/register

Haaa amacam korang ? teruja tak nak travel lepas ni dengan kemudahan yang sedia ada .. dalam masa yang sama korang dapat jimat masa mencari pakej-pakej murah , jimat duit dari segi tiket penerbangan , tempahan hotel dan sebagainya .. dan dengan mata yang korang ada nanti korang boleh redeem untuk travel FREE dengan touristguide .. !! oyeahhh thanx to TravelGuide untuk peluang berbaloi ni .. pertama di dunia .. 

INFO LANJUT

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)

Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
 Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my






Pretz N' Beanz Solaris Mont Kiara | Promosi Hebat Sempena Krismas

Assalamualaikum ~ Holla korang semua ! Kali ni aku berkesempatan food review di  Pretz n' Beanz Cafe bersama beberapa blogger lain yang terletak di Solaris Mont Kiara .. by the way , jika korang tetiba rasa nak makan sesuatu yang santai-santai , relax , dah jemu makan nasi dan makanan berat .. Cafe Pretz n Beanz adalah pilihan yang terbaik , kerana kebanyakan makanan kat sini walaupun ringkas tapi sangat mengenyangkan dan berasaskan roti sebagaimana nama nya Pretz yang bermaksud produk roti yang di bakar dari adunan doh , yang berasal dari Eropah ~

Selain dari makanan , dekorasi dalam cafe sangat memainkan peranan penting bagi aku , tu antara benda ke dua yang aku tengok , yelah kan kalau nak makan , haruslah suasananya tenang , tak panas dan yang pasti tak terlalu sarat dengan dekorasi , so far deko dalam cafe ni sangat menarik , simple but nice.. so relax ~ mau berjam jugak lepak kat sini kan .. haha 

 When you need a break, come on over to Pretz n' Beanz, and let the warm, sweet aroma of love and passion wafting out from kitchen revitalize your senses and soothe your soul. Rekindle old friendships and make new ones over a cuppa gourmet coffee and delicious pretzels. Find the inspiration you need at Pretz n' Beanz.
 meja kayu dia klasik je .. 
 Antara deko dalaman cafe Pretz n Beanz , kalau tak suka makan kat dalam , boleh juga makan di luar cafe ..
Sekarang , menu dah ada di depan mata so apa lagi tunggu ~ kita tengok apa menu utama dan special nya kat sini .. dan yang bestnya ada promosi hebat untuk korang semua .. baca lagi tau ~ konfirm menggiurkan punyalah heheh

Menu Utama 


  •  Anything Pretzel - Pretzel Tower (Mini / Regular Tower)
So nah ! Menu utama kat sini haruslah Pretzel , a lot of pretzel here sampaikan korang akan pening nak makan mana satu , dalam banyak-banyak pilihan yang mana terdiri dari Original , Plain , Cinnamon Sugar , Sesame Sugar , Seawed , Poppy seeds , Basil Cheese , Parmesan Cheese ,Choc Cookie Crunch dalam tiga size iaitu  Mini Pretzel , Pretzel Tower and Giant Pretzel .. banyak kan pilihan yang ada kat sini , dan hari tu kami memilih Pretzel Tower

Pretzel Tower ni ada dua pilihan sama ada korang nak MINI TOWER ataupun REGULAR TOWER, apa pulak perbezaan nya ? Ok kalau korang pilih mini , korang akan dapat 6 mini plain pretzel bersama 4 dipping sos(RM19)  dan untuk regular tower terdapat 12 mini plain pretzel bersama 9 dipping sos(RM35).. aku rasa satu tu pun dah cukup mengenyangkan weh dengan sos-sos yang di sediakan memang sedap ! lagi-lagi cheese sos .. uihh memang lazat dan berkrim gitu haa


 


 9 sos ni terdiri dari kuah kacang , Coklat , Caramel , Cheddar Cheese , Cream Cheese , Passion Jam , Tomato Salsa , Nutella dan Sour Cream Onion.

  • Filled Pretzel - Cheesy Chili Chicken
Menu kedua yang kitorang rasa adalah Cheesy Chili Chicken , kat dalam ni ada ayam dan rasa la pedas-pedas gitu , not bad .. dan harganya hanya RM11.50 , selain dari tu terdapat pilihan lain iaitu BBQ Frankfuter , Sweet Potato , Pepperoni Beef , Apple Cinnamon ,Jumbo Chicken Hot Dog dan Jumbo Cheesy Chicken Hot Dog.



  • Pretzel Pizza - Smoked Salmon
Menu ketiga kami adalah PIZZA , yuhuuu kat sini pun ada pizza tau korang , dan lagi banyak pilihan pizza yang ada kat sini , tak tahu nak pilih apa akhirnya kami pilih Smoked Salmon Pizza (RM16.50) , fuhh merecik dia punya kesedapan tu .. selain tu antara yang sedap kat sini adalah Tomyam Seafood Pizza .. next time aku nak try sebab ada kawan cakap pizza tomyam kat sini lagi sedap .. size pula terdapat dua pilihan iaitu personal size , 7 inchi , dan regular size 10 inchi .. nanti jangan lupa ketiga-tiga menu yang ada kat sini tau ,, pilihan di tangan anda .. hihi


 
Warghhhhh tak tahu nak makan yang mana satu weh , semua sedap - sedap .. nanti jangan lupa order Christmas Turkey Set kerana ia adalah promosi hebat !! 

Promosi Hebat Sempena Christmas - Christmas Turkey Set

Yang di tunggu-tunggu telah pun tiba , acewah so ini dia promosi hebat sempena Krismas yang bakal tiba .. berbaloi-baloi .. so dalam promosi ni ada 3 main course yang korang boleh pilih iaitu Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty , Turkey Slice Pizza dan Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce ..Nama kemain panjang kan ~ kat bawah ni aku dah letak setiap gambar yang ada dalam Christmas Turkey Set ni .. 


Promosi sempena Christmas - Christmas Turkey Set at RM46 per person (24 NOV-30 DIS 2016)
  • Mushroom Soup with Christmas Stollen 
  • Caesar Salad with Turkey Slice 
  • One Main Course from Christmas ala carte items
  • Christmas GingerBread
  • Coffee / Tea 
Ala Carte Items (Main Course)
  • Aglio Olio Turkey Slice Spaghetti at  RM15
  • Turkey Slice Pizza at RM27
  • Chicken Breast stuffed with Turkey Slice, Spinach and Cheese with Brown Sauce at RM27
Pastry Items
  • Christmas Gingerbread Christmas Tree / Angel / Gingerbread Man at RM6.50
  • Christmas Almond Stollen (350gm) at RM12.50
  • Christmas Caramel Dundee Fruit Cake (500gm) at RM48
  • Christmas Black Forest Yule Log (500gm) at RM65
  • Christmas Gingerbread House 8 inchi at RM98

Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty

Turkey Slice Pizza

 Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce 

 Mushroom Soup with Christmas Almond Stollen 

 Caesar Salad with Fried Turkey Slice 

 Christmas GingerBread 

Christmas Gingerbread 

 Christmas Gingerbread House 8 inchi 

 So amacam korang takkan terliur je kot  , takkan tengok je ? hehe nanti jangan lupa singgah Cafe Pretz n Beanz okay .. oh ye untuk pastry tu semua , korang kena preorder dulu .. selewat-lewatnya 5 hari ..



Info lanjut :

Alamat: Cawangan Solaris Mont Kiara No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 50480 Kuala Lumpur
No. tel : +603 6204 97 33
E-mail : ipc@pretznbeanz.com
Facebook: Pretz n’ Beanz
Instagram: @pretznbeanz



Lazada Online Revolution | Rugi Tak Shopping !

Assalamualaikum uols ! Berita baik buat korang semua terutamanya kaki shopping online dan yang pasti peminat LAZADA kerana Lazada telah menglaunchingkan satu acara "Lazada Online Revolution'' !! yang mana ianya bermula dari 11.11.2016 hinggalah 14.12.2016 ~ apa istimewanya ? memang sale besar-besaran la uols .. so kalau nak shopping ini lah masa yang sangat sesuai sementara sale tengah menari-nari di hadapan mata haaa ..


 “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

“Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”. 

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016. 

Haa kat atas ni siap ada tarikh untuk korang shopping tau , so di tarikh atas ni ada sale setiap ketegori .. dan jangan lupa 12.12-14.12 , iaitu 3 hari mega sale nanti , bagi yang terlepas pada 11.11 tempoh hari .. so save the date yaww !!

Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Parcel Of Joy 

Find Joy In Every Parcel 
Thanx to Lazada untuk semua hadiah best ni , memang sangat-sangat joy bila tengok semua parcel ni haaa , so korang tak rasa nak pergi shopping sekarang ke ? takkan tengok je kot haha .. so kalau boleh tengok dalam box of joy ni memang macam - macam jenama ada .. sempena tema Online Revolution iaitu all brands .. memang terbaik la Lazada ni .. dan yang paling qaseh suka Tefal Manual Chopping yang sangat menyenangkan aku kat dapur lepas ni ! biasanya hiris bawang guna pisau je .. sekarang guna chopping ni lagi jimat masa .. so korang boleh terjah semua barang2 ni kat www.lazada.com okeyh ! 

Apa tunggu lagi ???



Edit Gambar Guna Smartfon Je ? | My Favourite App


Assalamualaikum 

Applikasi edit gambar yang wajib ada dalam telefon pintar | Lama sangat dah entry ni terbenam dalam draft , so hari ni aku nak kongsikan applikasi edit gambar yang memang my favourite forever and after , aku bukan seorang yang pro sangat bab mengedit gambar ni , untuk letak dekat instagram boleh lah hihi , by the way jangan kecam aku yang tak pro ni , hanya share cara aku edit gambar .. hehe , ada la jugak tanya biasa aku edit gambar guna app apa .. haa so cekidaut ! 

Dalam banyak-banyak applikasi yang ada , ini untuk mobile photoghraphy sahaja ye .. aku minat sangat edit dengan dua app ni je .. kalau guna yang lain macam tak berapa nak serasi dengan jiwa , lepas tu gambar semua edit pun ke laut .. iaitu applikasi SNAPSEED dan juga VSCO 

SNAPSEED

Kenapa aku suka dua app ni ? Fisrt SNAPSEED sebab ianya sangat lah mudah .. kalau kau rasa nak cantikkan lagi gambar yang ada , guna snapseed je pun dah lawa tapi kena pandai guna la .. kadang main hentam je pun dah lawa ~ asalkan editing tu tak terlalu over ! snapseed ni ada fungsi HDR , apply sikit pun naik seri gambar tu tapi kalau terlebih apply akan nampak comot .. biasa snapseed aku guna untuk gambar pemandangan mcm tu la .. 

Gambar lama dah masa berjinak-jinak dengan snapseed , edit ala-ala macam lukisan , agak comot sikit tapi nampak macam lukisan kan , gambar ni kat Umbai Melaka ..

Tool dan filter yang ada di Snapseed , biasa aku akan guna tune image je , ambiance (betul tak eja taktau haha) , brightness kalaunak cerahkan lagi , adjust temperature , yang ni paling penting sebab nak sekatakan tona warna , kalau macam warna kuning sangat boleh la adjust bagi warna biru-biru gitu , haa tengok sesuai dak dengan gambar korang ..
Filter biasa guna HDR , dia akan pantulkan lagi gambar korang , dan boleh adjust kekuatan HDR tu , kalau over sangat kurangkanla orait ! 

VSCO

VSCO pulak , banyak filter-filter yang mempunyai tone yang sangat menarik dan lawa , apa beza nya dengan snapseed , snapseed takde filter , vsco banyak filter yang korang boleh pilih , dan boleh adjust lagi filter tu nak strong ke week , sado ke tak sado semua boleh , tapi ada yang berbayar dan jugak free , dulu biasanya aku guna yang free je , selalu guna filter HB1 dan HB2 , lepas tu beli semua filter haha , A6 , A8 , A10 tu kebanyakan aku guna , campur-campur tengok keadaan gambar jugak 



Untuk kaki selfie boleh apply segala filter ni haaa , kalau gambar original sendu je , lepas filter kemahen ko .. haha fake sangat !

Hati Berbicara :

So selamat mencuba uolsss , tapi aku tahu ramai je dah guna snapseed ni kan , ce share korang edit gambar dengan smartfon guna applikasi apa ? sharing is caring right ?
Btw kalau korang suka edit gambar dengan tulisan , korang boleh cuba applikasi STUDIO , banyak tesxt yang menarik dan sharing dari orang lain , kalau nak yang simple guna PHONTO , semua applikasi ni hanya guna smartfon je .. okey
adios ~ 


Jom Bercuti dengan Promosi Menggila Hujung Tahun di Traveloka

Assalamualaikum ~ 

Holla semua ~ aku rasa dah lama tak bercuti sejak Rayyan lahir ni , dah besar pun dia .. so aku betul-betul perlukan ketenangan , minda yang relax , bebas dengan kerja - kerja rumah yang melambak , erghhh stress sangat dan rasa macam jarang luangkan masa dengan suami dan anak , suami pun kerja je .. hari minggu pun kadang kerja .. kesian Rayyan kan , sejak dia lahir tak pernah bawak dia bercuti .. jadi sekarang dah nak masuk hujung tahun , memang sesuai sangat untuk bercuti ! orang kata sebelum masuk tahun baru meh la kita cipta kenangan di tahun 2016 ni .. yahoooo ~ mood holiday ON

Tapi sebelum bercuti banyak jugak benda nak kena fikir , nak kena fikir mana nak pergi , nak kena fikir nak tido kat mana ,lebih-lebih lagi penginapan bila dah ada anak ni harusla selesa macam hotel lima bintang gitu haa , baru lah bercuti namanya haha .. so aku rasa macam nak pergi holiday ke Melaka je , macam best je bawak Rayyan naik beca lampu kelip-kelip , sambil pusing negeri bersejarah tu .. dan satu lagi nak kena fikir adalah BUJET .. kalau boleh jimat kita jimatkan lagi ..

So tips nak pergi bercuti ni haruslah SURVEY promosi-promosi yang ada , memandangkan aku nak tido kat hotel , harusla cari hotel yang selesa , bersih , cantik dan yang paling penting semua kemudahan ada ~jadi web yang aku sangat suka survey adalah TRAVELOKA , memang tepat pada masa , traveloka tengah buat promosi hujung tahun , dan omaigod !! memang banyak diskaun untuk hotel-hotel yang keseluruhannya hampir 100 hotel yang terdapat di Malaysia , Indonesia dan juga Singapore..wow ~ memang teruja sangat nak tido hotel mewah tapi dapat murah dengan diskaun hebat yang ada phewww ~  .. bagi korang yang tak tahu , sila register sekarang juga di https://www.traveloka.com/en-my ,rugi tau lepaskan peluang ni ..


Bila bukak web Traveloka ni terus klik kat promotion , https://www.traveloka.com/en-my/promotion  memandangkan nak cari hotel , tick je kat hotel-related sebelah kiri tu ha .. aku memang suka web ni sebab memudahkan segala carian yang aku nak cari .. 

Traveloka menawarkan pelbagai diskaun hebat

Wow promosi untuk semua hotel tau korang , bukan hotel-hotel mewah je , jadi korang akan dapat diskaun dan boleh berjimat dekat penginapan, dan boleh lebihkan budget ke makanan atau shopping…. senang je korang hanya pilih hotel yang korang nak .. tak kisah pun korang nak stay bila .. book je dulu okeyh ! korang boleh book online dekat website Traveloka atau untuk mudah korang download applikasi Traveloka di Apple Store / Play Store.. aku dah book dah hotel kat Melaka nanti kat applikasi Traveloka .. kalau korang nak tengok terma dan syarat bukak je link kat atas , semua ada tertulis kat situ .. )

ni aku bagi contoh aku book hotel tadi , kot la ada yang tak faham .. korang search tempat yang korang nak g bercuti , lepastu akan keluar semua hotel-hotel untuk korang pilih yang terbaik la kan .. siap ada rating dah .. memang mudah sangat .. pastu korang pilih la bilik , setel semua masa untuk bayar ~

Part bayaran ,semua total akan di berikan untuk korang, harga tanpa caj terlindung ~ tapi
sebelum tu jangan lupa masukkan KUPON PROMO dari TRAVELOKA kalau ada ..haa bila dah
guna kupon nampak tak diskaun lagi banyak yang korang akan dapat .. jangan lepaskan peluang
ni .. sesekali bercuti rehatkan minda dan tenangkan fikiran bersama keluarga ye dak ?


Kalau tengok semua promosi-promosi yang ada di Traveloka web ni memang rugi sangat kalau lepaskan peluang ! lebih-lebih lagi hujung tahun ni memang masa yang terbaik untuk korang pergi bercuti ... lagi pun dah nak cuti sekolah ni kan .. bawak anak-anak jenjalan memang seronok kan , tapi dalam masa yang sama kita dapat berjimat banyak sangat dengan promosi diskaun yang memang susah nak dapat ni .. so jangan lupa cepat-cepat register di https://www.traveloka.com/en-my/ dan klik je di https://www.traveloka.com/en-my/promotion   .. 

p/s : Jangan lupa download aplikasi Traveloka di app store dan play store korang semua, its free ! untuk terma dan syarat dan cara untuk dapatkan semua promosi ni sudah tersedia untuk korang .. sangat mudah semudah ABC korang , hehe so happy holiday !!!!

INFO LANJUT 

Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Jalan-jalan di Ikea Cheras | Niat nak survey tapi terbeli..

Assalamualaikum , holla ! lama gila tak menapak kat ikea ni , last sebelum kawen kot tu pun kat ikea damansara ~ masa belom kawen tak berapa eksited sangat tengok deko dan perabot yang ada kat situ tapi dah jadi mak ni yaAllah geramnya nak beli semua tapi rakyat marhaen macam aiols ni tak mampu haha tapi ada berkenan dengan satu benda ni .. ops ! 

tq hencik somi , mana Rayyan ? Rayyan di jaga oleh maid haha takdelah , datang dengan adik ipar sekali so sempat la umi Rayyan bergambar sat 

Datang weekend memang agak bersesak jugakla , lagi bersesak bila nak makan .. huh ! jenuh oikk tunggu sorang-sorang habis makan .. bercinta sangat makan , walaupun ramai yang sedang menunggu tempat duduk .. ada tu yang dah siap lama tapi duk berborak .. adoha memang tak kesian langsung kat orang yang sedang berdiri ngan anak lagi haa eh terbebel pulak ! sape suruh pergi time weekend kan .. padan muka diri sendiri

masuk-masuk je terus nampak sofa-sofa bergelimpangan ~ haaa lepas tu dah terkenan dengan salah satu sofa kat sini, aiyokk tapi walaupun nampak simple , bila duduk sangat la best , aku dah berkenan dengan sofa Klippan ni haa .. walaupun two seat , tapi sebenarnya 3 org boleh duduk .. 


ni haa sofa klippan yang dah terkenan , harga dia rm649 , sabar ye sayang akan ku sunting mu , tengok dalam group dekorasi ikea kat fb ramai jugak pakai sofa ni , baca-baca komen semua brpuas hati dengan sofa ni .. boleh pakai bertahun2 lamanya ..dan yang penting safety untuk Rayyan , takde bucu-bucu yang tajam .. budak tu makin melasak dah sekarang

lepastu aktiviti seterusnya meronda sampai penat sambil pejam mata haha , dan bergambar je la kerja nya si Umi rayyan ni kan .. hajat nak survey-survey je dulu tapi ada jugak terbeli dua tiga barang .. nak tau aku beli apa ? last sekali aku bagitau .. yang penting jangan membazir , ikut keperluan bukan kehendak ... tapi macam kehendak je .. eh ! 

 Rayyan anak umi baik orangnya , tak meragam sangat kecuali bila dah terlampau boring , haha jalan ngan budak ni sekejap aje dah mengantok .. sampai kan terlentok-lentok walaupun dalam troli .. sabar je la 

ikea ni memang konsep dia putih , cantik memang cantik tapi betul-betul nak kena jaga bagi tak kotor , fuh jenuh gak tu .. aku takboleh guna konsep putih ni .. sangat tidak sesuai haha 
 cantik je deko meja mekap ni , simple tapi nampak macam elegant je, meja , cermin , lampu .. done ! nak buat macam ni jugak lah ..

Rayyan pun nak bergambar jugak Umi ! masa Rayyan baby takdenya dia nak duduk dalam baby coat ni haa , asal letak je nangis so memang aku tak beli pun . masa kat kg guna yang abg punya memang nngis dia haa

Dah kepenatan amat berjalan , masa untuk makan ! yeyyy lama nya tak makan meatball ikea ~ makin sedap .. tapi kongsi dengan hencik somi , 15 ketul memang tak larat nak makan sorang haha.. isi dia betul-betul padat tu yang jadi kegilaan ramai ..


Siap makan , pergi cari Kaison pulak cari walpapepr seketul dua , mood nak deco-deco rumah memberontak .. walaupun rumah sendiri takde lagi sobss nak jugak deco -deco sebab sakit naw mata memandang .. hari-hari duk sini so apa salah buat kan hati tenang bila duk di rumah kan .. hihi so apa yang dah terbeli kat ikea ? aku just beli langsiri lenda , lennart dan tempat letak plastik je haaa .. niat nak survey je tapi hampeh ada jugak terbeli :p

lama dah cari langsir panjang .. pilih warna grey sebab senang nak masuk dengan warna nanti 

saje beli wat letak barang mekap haha :p