First Time Tinggal Rayyan dengan Dedinya ~

Assalamualaikum ..

Hohoho btw Rayyan tak pernah berenggang dengan Umi , almaklumlah 24 jam dengan Umi je kan .. so hari tu Umi terpaksa meninggalkan Rayyan buat seketika .. kebiasaannya mana-mana Umi pergi mesti bawak dia , pergi event pun bawak jugak dia tapi stay dengan dedi kejap la .. so dedi bawak jenjalan untuk menghilangkan boring .. takdela Rayyan menangis ke merengek ke kan ..

Di jadikan cerita , hari tu Rayyan stay dengan dedi kat rumah sebab Umi keluar pergi jumpa hadik kesayangan yang dah lama tak jumpa .. hukhuk rinduss katakan .. huh ! kenapa tak bawak Rayyan ? kebetulan dedi dia cuti so nak jugak tengok reaksi Rayyan tanpa Umi kejap .. dedi pun takmo ikut , Umi tak berani nak bawak dia tanpa pengawalan abe sado haha lagi pun biasanya dedi je dukung , Umi tak larat !  

Misi ''me time'' pertama dan terkahir kali

So Umi pun keluar lah dengan gembiranya .. dapat jugak ''me time'' sebab dah lama tak berjimba ibarat orang muda mudi remaja belia haha .. tapi kegembiraan yang Umi kecapi tidaklah seperti yang di rasakan sebabnya ~ haaa awal-awal Rayyan ok je dengan dedi lepas tu dia start meraung , pujuk tak jalan , cari Umi sampai ke toilet .. huh ! keluar pun memang tak senang duduk .. nak patah balik masa tu dah nak sampai 

Lepastu dedi dukungla bawak dia masuk kereta , ok senyap la sekejap boleh duduk dalam kereta kan tapi kegembiraan dedi juga tak lama sebab naik atas rumah Rayyan start meraung balik .. Umi dah tak ketahuan hala dah dalam shopping mall oikk .. dedi call hurmm memang kuat  gila la tangisan Rayyan tu , luluh hati seorang ibu .. strootsssss nak nangis jugak rasa ! haha adoha ..Rayyan oh rayyan .. so misi dedi lah pujuk anak kesayangan tu ..

Akhirnya dalam tangisan tu dia terlelap , dedi cakap dalam tidur pun tersedu sedan , saki baki tangisan tu ada .. alahai kesian anak Umi , so dedi pun tenang sekejap lah Rayyan dan tido kan .. Umi pun lega sikit , cepat-cepat setelkan apa yang patut di setelkan .. kemain sambung bergumbira haha kejam ohh ! tapi kegembiraan dedi hancur berkecai bila Rayyan terjaga dari tidur dan sambung meraung haha aduhh tak tahu nak nangis ke nak gelak .. 

Siap bervoice note lagi ha dengar Rayyan , bagi dia dengan suara Umi yang merdu ni .. bila Umi panggil nama dia ,senyap sekejap .. pastu sambung nangis plak .. hukhukhuk sabar je la , then misi dedi pujuk memujuk je la yang di harapkan waktu itu .. 

 adik-adik kesayangan ~ lepas ni nak pergi memana kena bawak Rayyan haha
Long time no see , sebelum kaksue kahwin lagi kan ..hinggalah kaksue bersalin , tadaaa akhirnya jumpa jugak .. ! inshaAllah lepas ni jumpa lagi .. sory sebab hati ku tak tenang kikiki

So pengajaran buat Umi , ini lah kali pertama dan terakhir tinggal Rayyan .. maafkan Umi ya lil prince .. lepas ni Umi tak tinggal dah .. kena tunggu dia besar sikit baru boleh ber ''me time'' gitu .. oh terasa diri begitu di hargai .. hikhikhik so dedi amacam jaga anak sehari ? alaa sikit je tu kan .. haha

sorry my lil prince buatkan Rayyan menangis , Umi balik pun dia still nangis lepas tu dia macam merajuk dengan UMI huwaaaa that time Umi terasa jauh hati sekejap dan nak nangis jugak tapi tahan , control cun depan anak haha .. apapun Umi takkan pernah tinggal Rayyan .. sebab Rayyan nyawa Umi selamanya .. love u so much ! 



2 comments

  1. ala... comeynye rayyan... jgn nangis2 tau, rayyan anak bijak.... :)

    ReplyDelete
  2. nak dengan umi jgk baru tak nangis.hehe..

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..