Pretz N' Beanz Solaris Mont Kiara | Promosi Hebat Sempena Krismas

6 ulasan:
Assalamualaikum ~ Holla korang semua ! Kali ni aku berkesempatan food review di  Pretz n' Beanz Cafe bersama beberapa blogger lain yang terletak di Solaris Mont Kiara .. by the way , jika korang tetiba rasa nak makan sesuatu yang santai-santai , relax , dah jemu makan nasi dan makanan berat .. Cafe Pretz n Beanz adalah pilihan yang terbaik , kerana kebanyakan makanan kat sini walaupun ringkas tapi sangat mengenyangkan dan berasaskan roti sebagaimana nama nya Pretz yang bermaksud produk roti yang di bakar dari adunan doh , yang berasal dari Eropah ~

Selain dari makanan , dekorasi dalam cafe sangat memainkan peranan penting bagi aku , tu antara benda ke dua yang aku tengok , yelah kan kalau nak makan , haruslah suasananya tenang , tak panas dan yang pasti tak terlalu sarat dengan dekorasi , so far deko dalam cafe ni sangat menarik , simple but nice.. so relax ~ mau berjam jugak lepak kat sini kan .. haha 

 When you need a break, come on over to Pretz n' Beanz, and let the warm, sweet aroma of love and passion wafting out from kitchen revitalize your senses and soothe your soul. Rekindle old friendships and make new ones over a cuppa gourmet coffee and delicious pretzels. Find the inspiration you need at Pretz n' Beanz.
 meja kayu dia klasik je .. 
 Antara deko dalaman cafe Pretz n Beanz , kalau tak suka makan kat dalam , boleh juga makan di luar cafe ..
Sekarang , menu dah ada di depan mata so apa lagi tunggu ~ kita tengok apa menu utama dan special nya kat sini .. dan yang bestnya ada promosi hebat untuk korang semua .. baca lagi tau ~ konfirm menggiurkan punyalah heheh

Menu Utama 


  •  Anything Pretzel - Pretzel Tower (Mini / Regular Tower)
So nah ! Menu utama kat sini haruslah Pretzel , a lot of pretzel here sampaikan korang akan pening nak makan mana satu , dalam banyak-banyak pilihan yang mana terdiri dari Original , Plain , Cinnamon Sugar , Sesame Sugar , Seawed , Poppy seeds , Basil Cheese , Parmesan Cheese ,Choc Cookie Crunch dalam tiga size iaitu  Mini Pretzel , Pretzel Tower and Giant Pretzel .. banyak kan pilihan yang ada kat sini , dan hari tu kami memilih Pretzel Tower

Pretzel Tower ni ada dua pilihan sama ada korang nak MINI TOWER ataupun REGULAR TOWER, apa pulak perbezaan nya ? Ok kalau korang pilih mini , korang akan dapat 6 mini plain pretzel bersama 4 dipping sos(RM19)  dan untuk regular tower terdapat 12 mini plain pretzel bersama 9 dipping sos(RM35).. aku rasa satu tu pun dah cukup mengenyangkan weh dengan sos-sos yang di sediakan memang sedap ! lagi-lagi cheese sos .. uihh memang lazat dan berkrim gitu haa


 


 9 sos ni terdiri dari kuah kacang , Coklat , Caramel , Cheddar Cheese , Cream Cheese , Passion Jam , Tomato Salsa , Nutella dan Sour Cream Onion.

  • Filled Pretzel - Cheesy Chili Chicken
Menu kedua yang kitorang rasa adalah Cheesy Chili Chicken , kat dalam ni ada ayam dan rasa la pedas-pedas gitu , not bad .. dan harganya hanya RM11.50 , selain dari tu terdapat pilihan lain iaitu BBQ Frankfuter , Sweet Potato , Pepperoni Beef , Apple Cinnamon ,Jumbo Chicken Hot Dog dan Jumbo Cheesy Chicken Hot Dog.



  • Pretzel Pizza - Smoked Salmon
Menu ketiga kami adalah PIZZA , yuhuuu kat sini pun ada pizza tau korang , dan lagi banyak pilihan pizza yang ada kat sini , tak tahu nak pilih apa akhirnya kami pilih Smoked Salmon Pizza (RM16.50) , fuhh merecik dia punya kesedapan tu .. selain tu antara yang sedap kat sini adalah Tomyam Seafood Pizza .. next time aku nak try sebab ada kawan cakap pizza tomyam kat sini lagi sedap .. size pula terdapat dua pilihan iaitu personal size , 7 inchi , dan regular size 10 inchi .. nanti jangan lupa ketiga-tiga menu yang ada kat sini tau ,, pilihan di tangan anda .. hihi


 
Warghhhhh tak tahu nak makan yang mana satu weh , semua sedap - sedap .. nanti jangan lupa order Christmas Turkey Set kerana ia adalah promosi hebat !! 

Promosi Hebat Sempena Christmas - Christmas Turkey Set

Yang di tunggu-tunggu telah pun tiba , acewah so ini dia promosi hebat sempena Krismas yang bakal tiba .. berbaloi-baloi .. so dalam promosi ni ada 3 main course yang korang boleh pilih iaitu Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty , Turkey Slice Pizza dan Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce ..Nama kemain panjang kan ~ kat bawah ni aku dah letak setiap gambar yang ada dalam Christmas Turkey Set ni .. 


Promosi sempena Christmas - Christmas Turkey Set at RM46 per person (24 NOV-30 DIS 2016)
  • Mushroom Soup with Christmas Stollen 
  • Caesar Salad with Turkey Slice 
  • One Main Course from Christmas ala carte items
  • Christmas GingerBread
  • Coffee / Tea 
Ala Carte Items (Main Course)
  • Aglio Olio Turkey Slice Spaghetti at  RM15
  • Turkey Slice Pizza at RM27
  • Chicken Breast stuffed with Turkey Slice, Spinach and Cheese with Brown Sauce at RM27
Pastry Items
  • Christmas Gingerbread Christmas Tree / Angel / Gingerbread Man at RM6.50
  • Christmas Almond Stollen (350gm) at RM12.50
  • Christmas Caramel Dundee Fruit Cake (500gm) at RM48
  • Christmas Black Forest Yule Log (500gm) at RM65
  • Christmas Gingerbread House 8 inchi at RM98

Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty

Turkey Slice Pizza

 Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce 

 Mushroom Soup with Christmas Almond Stollen 

 Caesar Salad with Fried Turkey Slice 

 Christmas GingerBread 

Christmas Gingerbread 

 Christmas Gingerbread House 8 inchi 

 So amacam korang takkan terliur je kot  , takkan tengok je ? hehe nanti jangan lupa singgah Cafe Pretz n Beanz okay .. oh ye untuk pastry tu semua , korang kena preorder dulu .. selewat-lewatnya 5 hari ..



Info lanjut :

Alamat: Cawangan Solaris Mont Kiara No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 50480 Kuala Lumpur
No. tel : +603 6204 97 33
E-mail : ipc@pretznbeanz.com
Facebook: Pretz n’ Beanz
Instagram: @pretznbeanz



6 ulasan:

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com