Colmar Tropicale , Bukit Tinggi | Tempat Menarik di Pahang

10 ulasan:
Assalamualaikum , 

Colmar Tropicana Berjaya Hill Bukit Tinggi | Apa yang menarik ?Holla semua ! sebenarnya lama dah aku datang jalan-jalan di Colmar Tropicana , tq kat kak Sue Izza yang sudi bawak , kalau tak mungkin tak merasa lagi datang kat sini , btw Colmar ni salah satu tempat menarik di Pahang , bagi aku tempat ni memang cantik , bangunan-bangunan kat sini cantik macam berada kat oversea gitu ala-ala perkampungan Perancis .. banyak la tempat yang korang boleh lawat kat sini , cuma aku tak sempat pun nak tawaf semua sebab pergi pun ada urusan .. dan bagi yang suka berphotoshoot memang tempat terbaik untuk korang berposing bagai.. outdoor wedding pun awesome !

moh layan gambar dulu ~

terpegun bila pertama kali jejak kaki kat sini , memang seperti perkampungan Perancis (macam pernah pergi perancis kan ? haha google kan hadoo ) cantik kan , besar dan tinggi-tinggi bangunan kat sini 

Harus lah bergambar kenangan di pintu masuk , berlatarkan bangunan unik ni haaa

antara hiasan dan keunikan yang cuba di tonjolkan di sini 

time aku pergi ni weekdays dan bukannya hari cuti , jadi agak sunyi sikit .. tak berapa ramai orang so takdela serabut sangat nak berphotoshoot kan , cuaca kat sini sejuk je .. almaklumlah di kelilingi hutan-hutan .. 

bangunan kat sini di cat dengan warna-warna pastel .. cantik je , nampak kemas 

salah satu cafe/restaurant yang ada kat sini , tapi aku tak makan kat sini pun .. mesti agak mahal kan makanan kat sini hihihi so tumpang bergambar je la , ala-ala oversea sangat kaksue kite ! 

terjumpa permainan berwarna .. 

kat sini banyak la kedai-kedai cenderahati , bolehla beli souvenir untuk kenang-kenanga di hari tua 

kuda - kuda ku gagah berani ~



ni pun restoran jugak , tapi tutup so tumpang bergambar je lah 


telaga air yang terdapat di Colmar Tropicale

yang ni gambar dari sudut atas, lawa kan !

Yang paling cantik kat sini , aku suka tengok tasik ni .. ada swan lepastu aku teringat ada satu cerita kartun tu , haha fantasy sangat , yang dia fikir dia itik yang hodoh tapi tiba-tiba dia bertukar jadi swan yang sangat cantik ! pergh boleh tahan layan kartun hikhik

bidadari swan kat sini .. haha

memang cantik sangat shoot wedding kat sini , aku suka konsep-konsep garden .. so wajib ambil gambar kat sini haa













hati berbicara :
layan gambar je lah ye , sebab kat sini memang tempat bergambar , makan n shopping souvenir je ..btw sesuai untuk yang inginkan ketenangan dan berhoneymoon gitu ~ sebab kat sini sejukkk hihi .. 

10 ulasan:

  1. Ingat lagi dulu dtg Colmar inh ya ampun org ramai giler. Nak bergambar pon susah.huhu

    BalasPadam
  2. Saya dok pahang tak pernah lagi sampai . huwwaaaa cantiknyaaa

    BalasPadam
  3. Wah! Memang cantik! Nanti nak ajak syuben gi bercuti kat sinilah! ^_^

    BalasPadam
  4. lawa pic. x sampai lagi sini huhuu

    BalasPadam
  5. waaa cantiknya bukit tinggi ni. mesti best kalau bawak family ke sini

    BalasPadam
  6. Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. Done follow (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    BalasPadam
  7. best nyaaa :D
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    BalasPadam
  8. tak pernah jejak lagi..haishh entah bila tah

    BalasPadam
  9. Antara bukit tinggi dengan cameron ni mane best sis ? 😃😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cameron sbb byk tempat boleh jalan2

      Padam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com