Black Sugar Mask

Assalamualaikum ~

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Whitehead di Muka | Hai korang ~ hari ni aku nak kongsi salah satu sebab stress bila sentuh - sentuh muka kononnya nak rasa kulit muka lembut gebu dan flawless , tapi bila belai-belai muka rasa macam berpasir dan tajam-tajam ! adakah kulit muka aku ditumbuhi duri-duri durian sebab makan durian banyak ? ataupun nak bertukar jadi landak huwaaaa  itulah sebenarnya di namakan whitehead .. spesies apapun tak tahu , tapi cukup membuatkan mood gigirl macam aku ni down seminit dua 

Sebenarnya banyak je petua-petua untuk menghilangkan whitehead ni , cuma ermmm bagi aku yang memang rajin sangat nak cari bahan-bahan nya maka kita cari je jalan pintas lagi mudah dengan whitehead removal , semua benda sekarang boleh beli cuma bezanya ada duit ke takdok duit nak beli haha bak kata pepatah di facebook ''kita sebenarnya bukan tak cantik tapi tak mampu'' , jadi hari ni aku nak share seketol mask muka yang memang lepas guna , tangan tu asyik belai-belai muka je .. licin dah tak rasa bertar lagi ok ! 

SKIN FOOD - BLACK SUGAR MASK WASH OFF
tadaaa ! here we go , ni lah cara aku hilangkan whitehead .. by the way this is Korea Skincare Products , orang kata produk dari Korea ni bagus , so let me try first .. bila dah guna sekali memang nak guna lagi dan lagi tapi sayang pulak kalau guna hari-hari nanti cepat pulak habisnya oiii , nampak tak kedekut kat situ haha .. so seminggu sekali rasanya dah cukup untuk aku .. oh ye kaler dia takde lah hitam legam , sebenarnya warna macam gula perang gitu ,, dan memang wangi macam gula perang .. ok apa rasa bila dah apply kat muka , lepas cuci memang buatkan muka aku rasa lembut , hilang rasa berpasir kat muka tadi dan ia melembabkan kulit ... fuhh segar gila .. memang tangan automatik duk belai-belai muka je wa cakap lu ! 

 HOW TO USE 
Nak guna masker ni senang banget , basahkan muka korang dengan air , lepastu calit sikit mask tadi .. air bagi banyak sikit tau , lepas tu sapu-sapu kat muka dengan urutan yang lembut-lembut je tau ..blend sama rata dengan air bagi adil .. nanti dengki pulak haha  kalau korang tonyoh kasar-kasar mau rabak kulit muka nanti , bukan setakat whitehead hilang nanti haa iols tak bertanggungjawab ok .. sebabnya tekstur dia gula .. so lembut2 je tonyoh muka tu taw.. biar seketika and then cuci bersih , segala whitehead tadi dah menggelupas hilang .. (jangan seram tengok muka daku tu k ) 


Hati Berbicara :
Mana nak dapatkan Black Sugar Mask ni , korang boleh dapatkan di Althea , kat situ memang semua produk dari Korea dan harga tak mahal pun .. even pepatah fb tadi ''kita bukan tak cantik tapi tak mampu'' yang ni memang mampu milik sebab harga dia Rm20 something mcm tu je hikhik .. nak tunjuk jarak dekat muka lepas cuci  pun tak nampak .. so tepek gambar ni je la tapi memang tak tipu serious muka jadi licin and hilang whitehead daku, satu keje pulak nak kena pakai mikroskop semata tunjuk whitehead ... ahaks ok adios ! 


4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Nak beli juga la yang ni. Muka ena memang ada blackhead. Thanks share kak

    BalasPadam
  2. macam best je,gram tgk muka abg eddy black head whitehead suma ada,sokmo dok picit buang heeeheeee

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama