Aidilfitri 2016 | Raya Lebih Bermakna Dengan Kehadiran Rayyan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah , syukur di panjangkan usia untuk menghabiskan Ramadhan tahun ni dan beraya bersama dengan keluarga , tahun ni giliran raya di kampung suami , Felda Chini Pahang .. pengalaman raya tahun ni ada berbeza sikit , perbezaan yang bermakna buat aku dan suami , sebab ? sebabnya kalau tahun lepas , raya berdua je dengan suami .. masa tu tengah mengandungkan anak syurga Rayyan .. tahun ni beraya bertiga dengan budak kecik penghibur hati aku dan suami , alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan ni .. yang paling excited cari baju raya haruslah sedondon .. tema raya kitorang tahun ni Merah Maroon uolss ~ 

baju kitorang aku beli online je , sederhana je lah sebab penat sangat nak cari yang sedondon .. Rm150 je uols untuk jubah dan kurta suami .. baju Rayyan pulak aku ada beli online tapi hampa ! kecik na mati ! arghhhh stresss dah la kaler tak sama ngan baju kitorang .. tapi alhamdulillah last minit cari dekat Aeonn Mall Kota Bharu , mata aku tertancap dekat satu kios baju ni , phewwww jumpa jugak tu pun lepas sakit kaki bagai meround satu bangunan ! huh.

Bila dah ada anak ni pengalaman apa yang best ? Haruslah pengalaman dpt duit raya eh eh haha takdela , yang paling best bila anak meragam -_- haaaa tu dia , kau jangan nak OOTD sangat la bila dah ada anak ni khennn , sebab tu aku takde gambar OOTD sengsorg kali ni , haha tapi takpela , Umi redha nak ~ tapi so far Rayyan takdela seorang manusia yang kuat meragam , cuma hari raya ke dua tu la dia start meragam sikit mungkin sebab panas dan tak cukup tido .. yelah ~~~ asal tido je dah sampai rumah sedara-sedara suami , pantang bunyi sikit terus terjaga .. mana tak meragam kan ! cuma nasib baik dapat duit raya ... kihkihkih 

tq Rayyan hadir dalam hidup Umi , jadi anak yang soleh , dengar cakap , patuh agama , berguna di dunia dan juga akhirat .. tak tahu selama mana Umi mampu jaga Rayyan tapi inshaaAllah selagi umur Umi panjang dan di berikan nikmat kesihatan berpanjangan , Umi jadi ibu yang terbaik buat Rayyan k .. dedi juga (nanti bila Rayyan besar sila baca dan rasa terharu sekupang dua) haha

Amacam raya korang ? dah blog ke belum..haruslah blog k untuk memori di masa tua nanti .. meriah jugak raya di rumah mentua walaupun aku tak kenal sangat rumah sape aku pergi tapi ikut je la kan , bab berjalan umi no 1 .. inshaaAllah raya haji beraya kat Ganu pulak ... mesti Rayyan rindu ngan nenek ngan tokki kan , mana tak nya sejak lahir lagi Rayyan duk ngan nenek ngan tokki kat ganu ... hehe tak tahu dah nak cakap apa .. blur sangat otak bila lama tak menaip ni kan .. apa-apa pun selamat hari raya buat korang semua , maaf andai banyak salah silap sengaja atau pun tak sengaja.. harap dapat lagi berjumpa Aidilfitri tahun depan , mana tahu berempat pulak .. eh ! gurau je hehehe ... 

12 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. selamat hari raya maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Rayyannnnn...eee geram la Cik Sue nak gomol hehhehe...

    BalasPadam
  3. hai rayyan.
    i just came for rayyan.

    kbai.

    hihihi

    BalasPadam
  4. selamat hari raya!
    amboi comelnye rayyan.. geram nk picit2 pipi tu.. haha

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya.. comeynya la rayyan ni.. geram tengok.. aunty deeba follow sini :)

    BalasPadam
  6. Onomnomnomnom... Comelnye rayyan. Rase nk gigit pipi sebelah. Hehehe.. Selamat hari raya kak qaseh and family.. 😘

    BalasPadam
  7. bkenan betul ngan baju rayyan tu.
    smart.

    BalasPadam
  8. alahai geram nye tengok rayyan. sado haha

    BalasPadam
  9. Pejam celik pejam celik dah nak puasa balik dah kan. Ibu tersampai kat sini sebab cari ilham baju raya budak budak untuk tahun ni. Lawa la pulak baju melayu merah rayyan tu. Hihi. Tahun ni rayyan raya mesti dah tinggi, dah hari hari minum susu bayi perisa sedap kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama