D.I.Y : Mencantikkan dan Memperbaharui Peti Ais

Assalamualaikum 

Hai semua , kali ni aku merajinkan diri buat entry D.I.Y , btw kalau kat rumah korang ada peti ais lama dan warna pun dah nampak kuning-kuning atau kusam je , senang je nak nampakkan peti ais korang nampak baru dan cantik , btw bukan peti ais je , apa-apa yang korang rasa nampak tak berapa elok di pandangan mata tu boleh lah try D.I.Y cenggini , mudah nak mampuih .. cuma perlukan dua bahan je .. 

btw ini lah bahan-bahannya 
-Wallpaper D.I.Y , atau pun nak panggil sticker pun boleh ,( aku beli walpaper ni di MR DIY kat di Tesco Bukit Beruntung )
-Gunting / Pisau 


Cara-caranya sangat mudah sebab hanya tampal dan lekat , btw orang guna ni untuk tampal dinding rumah ,bagi rumah tu lagi menarik .. tak payah susah-susah nak cat atau pun lukis corak kat dinding .. lagi pun wallpaper cenggini walaupun tarik dia takde kesan getah melekat kat dinding tapi gamnya kuat bila di lekatkan haaa .. so korang potong la ikut benda yang korang nak tampalkan tu .. so daku tengok peti ais pun kusam jekk , daku pun tampal lah kat situ .. jangan buat gopoh gapah nanti hasil tak cantik , buat slow2 ok bagi cun ! 

Tadddaaaaa ni lah hasilnya selepas aku tampal wallpaper tadi , hurm btw wallpaper yang ada dah tak banyak corak , so yang ni je la kot yang paling cantik .. segar sikit bijik mata tengok peti yang dah berubah rupa .. lalalala ~ ala - alaa

Dah peti cantik boleh lah letak fridge magnet dan pape je la yang korang suka ..

ada lebih-lebih tu aku tampal kat bekas-bekas kosong boleh lah letak barang2 kecik dalam tuh , sekian terima kasih ! 










10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama