Perkhidmatan Sewa Lori Murah

Assalamualaikum , 

Sementara daku menunggu bahan-bahan beku sejuk untuk di masak , moh la kita buat entry express jap , ni nak cerita 2 3 hari lepas , urgent sangat nak cari lori sewa , memang urgent sebab pagi-pagi esoknya nak guna , abis tanya dekat group whatsapp dan jugak facebook , semua takde huh ... arghhh stress amat , tapi xpe setiap masalah tu pasti punya jalan penyelesaiannya kan ..

Alkisahnya nya nak angkut 4 barang je , 1x katil queen size , 2x tilam queen size , peti ais dan jugak mesin basuh .. memang tak muat la kalau nak sumbat dalam kereta kan .. so aku dah takde cara lain , banyak la jugak google tentang lori sewa ni , banyak jugak jumpa .. tapi nak jugak survey harga .. btw nak angkut barang semua dari Batu Cave ke Bukit Beruntung .. first survey harga dalam rm300 , lepastu upah angkut barang oleh pekerja nya rm80 .. makk oiiii semalaman je boleh botak .. haha so survey lain 

Survey kedua , alhamdulillah dapat la murah sikit sebab dah terdesak sangat kan , lagipun aku dah penat nak survey , lagi pun nak transport je .. tak perlu servis angkut barang sekali coz suami dan membe dia dah cukup sado untuk mengankut barang , ekeke akhirnya dapat la harga dalam RM160 untuk  1x katil queen size , 2x tilam queen size , peti ais dan jugak mesin basuh dari Batu Cave ke Bukit Beruntung , bagi aku dah ok sangat kot .. so alhamdulillah akhirnya masalah selesai .. haaa sape2 tercari-cari perkhidmatan lori sewa .. boleh la contact Yahaya Lori Sewa .. 

aku whasapp je senang , cepat je dia respon , so segala pertanyaan or nak runding harga boleh la bincang lelok ~ hehe papepun tq memudahkan urusan ..

2 comments

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..