Kacang Pistachio | Kacang Cerdik Kegemaran Qaseh

Assalamualaikum ~ 

Selamat pagi malaysia , korang dah breakfast ke , ermm ermm qaseh breakfast dengan ubat je , eh takdelah dengan kacang Pistachio ni je haaa ..antara kacang kegemaran aku , rasa dia lemak2 gitu .. sekali hadap memang tak sedar dah habis lebih2 lagi tengah tengok tv ke , buat entry blog ke ,,jap je ngap ngup ngap masuk mulut last2 tinggal kulit , haha btw ramai orang panggil kacang Pistachio ni sebagai kacang cerdik , nape ke ? lepas makan terus jadi cerdik ke apa .. haha sebenarnya kacang ni banyak khasiat nya ..

Tapi harga dia mahal betoi , kalau hari2 beli kacang ni , bankrup rasanya .. orang kata masa pregnant elok jugak makan kekacang , so aku makan je dengan senang hati .. tapi apa khasiat kacang Pistachio atau kacang cerdik ni .. jom baca sat , moga2 lepas ni kalau yang tak suka kacang tu akan suka kacang hingga lupakan kulit , eh ! 

Khasiat Kacang Pistachio:
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. 
  • mengandung kalori yang rendah
  • Hampir 90 persen kandungan lemaknya adalah lemak tak jenuh (lemak sehat)
  • kaya akan vitamin B6 dan thiamin
  • sumber terbesar antioksidan diantara semua jenis kacang serta dapat membantu mengurangi kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

Haaa tu lah sedikit sebanyak khasiat kacang cerdik ni , sape suka jugak kita geng ! tapi jangan makan sorang plak , bagi jugak kat anak2 k .. btw boleh jugak jadikan kacang ni sebagai bahan untuk buat kueh-kueh kacang , confirm daku kutip kacang je .. 


entry pendek di pagi hari ~ ok adios nak pergi masak pulak , apa ye nak masak hari ni ermmm~ hari2 fikir nak masak apa , haha di lema seorang surirumah .. 








5 comments

  1. Makan almond jugak qaseh masa preggy, baik utk pertumbuhan minda baby. Makan yg roasted kosong takdak gula tu

    ReplyDelete
  2. kacang ni memang best..sedap sangat.saya pun suka

    ReplyDelete
  3. banyak2 kacang, kacang ni paling sedap.. tapi harga dia pon memang sedap da booommm..

    ReplyDelete
  4. Sedap akk pun suka. Apa kata beli yg jenis jual kilo tu lbh murah dan ada jenis yg kurang garam. Ada mcm2 warna yg ada garam, ada gula, ada masam2 sket letak cuka kot? Ntah la dik su.

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..