Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Havoc di Hulu Langat

2 ulasan:
Assalamualaikum ,

11,12 dan 13 September tarikh yang di nanti-nanti oleh family KelabBloggerBenAshaari sebenarnya kan , haha sebelum sampai tarikh ni ramai la yg tereksited sampai packing awal2 termasuk daku , excited terlebih tapi aku packing last minute sebab memang hobi tak tahu nak packing apa , so suami pun dah mintak cuti awal-awal .. akhirnya masa tu pun tiba ~ meh ikuti kebahagiaan kami selama 3 hari dua malam di sebuah resort di Hulu Langat yg ''hangat''.. menaip sambil peyot di tendang-tendang .. adui dui ~ 

Sebelum bercerita panjang , nak berterima kasih sangat-sangat kepada penaja-penaja yang terlibat terutamanya mestilah penaja rasmi KelabBloggerBenAshaari iaitu Cosmoderm yang bertungkus lumus menaja percutian havoc kami , dan juga penaja-penaja lain , ajk dan semua family .. ohsem sangat !

bertempat di sebuah resort yang bagi qaseh banyak perlu di ubah .. peace !

11.09.2015
Hari pertama , hari untuk check in .. aku gerak lepas jumaat almaklumlah jatuh pada hari jumaat .. dan semua hanya boleh check in pukul 2 ke atas .. sampai-sampai je di sana , haruslah daftar dengan Kaksue yang comel lotey selaku ajk untuk pembahagian bilik , barangan cosmoderm yang sememangnya di taja khas buat kami , dan juga baju kumpulan masing-masing , yeah aku dalam kumpulan biru yang hebat sangat haha .. hebat sangat tu kena rahsia , lepas daftar dan check ini ada sesi minum petang sat ~ dan bersambung pada malam hari .. Sebelah malam pula ada dinner  pertandingan karaoke beb .. tak sangka dalam family KBBA ramai artis .. bakat terpendam semua ni haaa .. trmasuk laki den yg sememangnya gila karoke .. hadui 

budak jepun ni pun ade , eeee gewamnyeee ''kata kak ida'' dlm bhasa jepun

kak mas muka terpegun amat dgr sape tah nyanyi haha , ada lyssa , iena , mera sewel dan juga mimin


dalam pukul 12 semua dah keletihan , masing pulang ke bilik ..sebab keesokan harinya banyak lagi aktiviti menarik yg kena join ,, aku sebagai pemegang status makyung hanya boleh lihat dr tepi jee grrr ~ krohhhh tidur bertemankan kipas siling muahaha !!! 

12.09.2015

Kok krok kok kok ~ pagi yang gelap kini sudah terang .. malas gilos nak bangun kalau dah dapat tido , nasib baik tempat ni dalam hutan so bebas la sekejap dari jerebu yg teruk , terima kasih ramai2 dekat hutan belantara ok .. so dengan muka tak mandi nye haha keluar untuk breakfast jap , lepas breakfast ada aktiviti poco-poco dan juga flying fox ! wooooo best gilak sambil nangis dalam hati tak dpt main haha tapi tengok family2 semua pun dah cukup gumbira .. 

Poco-poco


ean , putera abe que achmad 
kembar abg zaini , kembar 3 okeyh , tapi sorg lagi tak seiring dan sejalan waktu ni

Flying Fox 
panjang jugak jarak flying fox kat sini , patut ramai yg terkucil 





 sabar menunggu giliran ~ 
 muka semua banyak hepy lah boleh berflying fox , mana taknya sampai ke tengahari masih belum setel lagi ~ haha dan kami pun berehat seketika untuk makan tengahari .. perut masing2 pun dah berkeroncong amat lebih2 lagi perut aku .. pdhl goyang kaki je hihi .. dan aktiviti seterusnya di bahagikan dalam kumpulan masing2 .. kumpulan biru , merah , purple dan juga hijau .. masing2 di berikan baju mengikut warna kumpulan ~ tq AJCETAK  


Lunch Time ~ 



Sukan Rakyat

Then aktiviti kami sebelah petang adalah sukan rakyat , masing2 di bahagikan kepada 4 kumpulan ..walaupun kumpulan biru sentiasa menang , kami tak rasa riak dan bangga jauh sekali nak mendabik dada kahkah ! antara sukan yang di aturkan spt main terompah , boling kelapa , kepit belon di celah ketiak dan peha , gusti dalam air , tarik  tali dalam air , haaaa gituh ~ meriah gila dengan sorakan dan gelak ketawa masing2 ! walaupun ade terseliuh bagai tetap puas hati kan ? kan ? kan ? 

Btw yuk layan gambar je la dan biar gambar berbicara ~


foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari

pancing ape tu bang ~


foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari

Tarikan Baru di WaterPark Legoland | Jom Bina Bot Sendiri !

6 ulasan:
Assalamualaikum , harapnya bila baca entry ni terus teruja dan melompat kegumbiraan untuk pergi ke legoland dengan kadar segera , haa tips bila baca sila baca depan anak-anak kih3x , anak2 mesti suka bila ada permainan dan tarikan macam ni , btw bukan kanak-kanak je berminat tapi orang dewasa yang suka kan game mesti teruja punya lah , aku lah tu hihi .. Selain dari tarikan terbaru Ninjago Live Show yang qaseh cerita sebelum ni , kali ni qaseh nak cerita satu lagi tarikan terbaru di WaterPark Legoland Malaysia iaitu Build Your Boat ! Macam susah je kan nak bina bot bagai tapi sebenarnya mudah amat siap boleh berlumba-lumba lagi dengan kawan2 yang lain ~ 


WaterPark Legoland sumpah memang terbaik , rasanya sehari tak cukup bagi aku yang sememangnya gilakan air ni haa , dan banyak gila aktiviti yang korang boleh main kat sini , tapi yang tu nanti qaseh citer okeh ?

Naik je kat port Build Your Boat ni bukan saja di penuhi dengan kanak-kanak , haa kan dah kata bukan kanak-kanak je yang teruja dengan tarikan sebegini , tapi kasi can je la kan kat budak2 nanti nangis pulak kalau kena konker dengan orang dewasa kih2 .. gambar-gambar kat bawah ni la tempat untuk bina boat korang !

Kat bawah ni port nye ~ tarikan terbaru di waterpark legoland .. agak besar jugak tempatnya kan .. ingatkan kolam kosong tapi di penuhi dengan lego2.. jom tengok !

dari jauh ~ alamak tersnap montot plak haha ampun 



dah nama nya Legoland mestilah kena bina bot tu dengan menggunakan lego-lego yang di sediakan , tapi jangan risau bagi yang tak reti nak buat tu sebabnya bot sudah di berikan cuma korang kena deco ikut kreativiti korang sendiri je .. nak buat kapal titanic ke ape ke , depends tu pun kalau kreatif amat haha

ni la bot yang di sediakan ~ dan lego2 juga terdapat di situ dengan banyaknyaaa .. haa mai pilih2 nak warna biru ke kuning ke merah ke semua adaaaaa ~


Build Yor Boat ! Kalau korang tengok gambar kat bawah ni , haaa dari sudut atas sekali bot canggih korang akan di lepaskan .. so bina lah dengan sekukuhnya agar ia tak karam di lautan ombak gituhhh .. kat situ ada 4 laluan , so boleh letakkan 4 bot dan di lepaskan secara serentak ... dan apa lagi lets rock ! jom la kitee berlumba .. sape kalah boleh campak ke dalam kolam sana haha 





Kat sini lah tempat berlumba nya .. letak bot masing2 dan tekan gear tu , gear 5 terus !


agak besar jugak kat port Build Your Boat so sangat-sangat berpuas hati ~

qaseh memang kagum dengan Waterpark Legoland ni sebab di setiap tempat pasti akan ada lifeguard yang menjaga , even tempat tu bahaya or tak .. kat sini pun ade life guard yang bertugas so kalau ada masalah boleh refer beliau yang memakai baju merah tu .. qaseh tengok mcm dia lagi seronok dr budak2 tu ops ! haha tapi ok lah life guard yg peramah amat membantu emosi kanak2 .. acewah 

lego - lego ~

Lastly ~ boleh jugak bertemu jodoh kat sini , eh ! haha gurau je .. boleh la tambah kenalan baru sambil berseronok .. ~

Akhir kata terima kasih buat pihak legoland yang memperkenalkan tarikan terbaru di waterpark legoland ni , selain tu kalau korang rasa sejuk dan kecut moh ler lepak kat port Build Your Boat ni , konfirm baju pun boleh kering bila dah terlalu syok sangat berlumba .. hehe so jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri lebih-lebih lagi untuk menggembirakan anak-anak ~ kasi senyum sikit kat mereka kan , bawak bercuti dan santai gini memang best lebih2 lagi yang selalu sibuk bekerja ... 

INFO LANJUT 
KLIK LINK ATAS UNTUK SEGALA PROMOSI DAN HARGA TIKET ~ Selamat meng "enjoy" kan diri dan family anda .. ~ 


Diantara Berjuta-Juta Bintang

7 ulasan:
Assalamualaikum cinta ~ 

Bila kita sayang kan seseorang padahal dia selalu menyakitkan hati kita .. terlalu banyak luka di toreh tapi bila dengan satu jenaka atau dengan satu  ubat yang dia titikkan hati yang tertoreh terus sembuh seperti tak pernah ada luka di situ .. kenapa ? kerana sayang ~ bodohkah kita apabila terlalu menyayangi seseorang sedangkan kita sendiri tahu yang akhirnya ia mungkin bukan milik kita .. bukan milik sesiapa .. 

Ada yang menjelikkan 'cinta' bila dia tak pernah merasa apa itu sebenarnya cinta , ada yang membutakan mata , memekakkan telinga bila ada kawan nya yang meminta pertolongan untuk memberi satu cebis nasihat mahupun untuk mendengar hanya sekejap luahan hati .. ya ~ mungkin kawannya di anggap bodoh kerana terjebak dengan cinta .. tapi adakala ia fitrah seorang manusia yang ingin terbuai dengan rasa di cintai , di kasihi , di jaga lebih2 lagi bila hati seakan sunyi .. 

 berjuta-juta bintang tapi mungkin hanya ada satu yang paling terang .. antara berjuta-juta orang pasti ada seorang yang kita paling sayang 

Kawan .. andai cinta itu mampu merubah ke arah kebaikan , pegang lah ia .. niatkan dalam hati yang cinta itu akan kau jadikan halal .. jangan persia-sia kan .. tapi andai cinta itu merusakkan hidup kau , lagi terasa kosong dan jauh dari yang maha kuasa , tinggallah ia .. jangan biar kan rasa itu bercambah menjadi titik hitam ~ titik hitam yang akan menghantui hidup kau selamanya .. yang bila di hari tua kelak kau rasa sangat menyesal hingga bersedih tiada guna .. pengalaman mendewasakan kita kan ~ 

Andai ada yangs edang terluka .. bangunlah dari kekecewaan .. mungkin hari ni masih lagi air mata melimpah ruah , mungkin esok air mata hanya bergenang , dan seterusnya mata pun sudah penat untuk sentiasa menumpahkan air mata kekecewaan .. dan yang sedang bergembira dan bahagia ... kadang kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang , termasuk aku , cuma doa yang mampu .. berpada-pada kerana setiap nyawa milik Allah .. :) pesan aku kita teruskan dengan apa yang kita sedang kecapi sekarang .. kerna bukan aku yang memberi kan kebahagiaan tapi hanya DIA :)

hati berbicara :

Sekadar coretan kosong entah termasuk dengan perasaan atau pun tidak , tapi hidup siapa yang tak pernah terluka , mungkin pada suatu masa dulu ... hehe zaman berhingus yang cuba berlagak dewasa tapi bila dan menganjak usia dewasa teringin kembali pada zaman remaja .. 
apapun semoga ALLAH redha 

LEGO® Ninjago LIVE show: The Realm of Shadows | Pertama kali di Legoland Malaysia

5 ulasan:
Assalamualaikum , 

25 Ogos baru-baru ini qaseh berpeluang menyaksikan LEGO NINJAGO LIVESHOW DI LEGOLAND MALAYSIA , majlis telah di rasmikan oleh Dato Mirza di Lego City Stage dan di hadiri sendiri oleh Mark Germyn , Pengurus Resort Legoland Malaysia .. apa yang menarik tentang NinjaGo Liveshow ni ? haaa tu kena datang sendiri dan merasai peluang menonton NinjaGo secara live ! btw jom qaseh cerita serba sedikit tentang NinjaGo ni..













LEGO ® Ninjago & Alam SHADOWS
Mengisahkan tentang dunia ninja dan keberanian mereka iaitu Kai , Nya , Zane , Cole , Jay dan Llold yang mempunyai misi untuk melindungi Bandit iaitu seekor Yin Yang Dragon yang di ramal akan membesar dan menjadi naga yang sangat kuat .. jadi untuk meindungi Yin Yang Dragon dari di curi oleh Evil Clouse dan Shadow Minions , para penonton perlu memberi kerjasama dengan ninjas .. adakah mereka semua akan berjaya ? haaa jangan lepaskan peluang untuk saksikan Ninjago di Lego City Stage yg berhawa dingin ~ 

Skrip di tulis oleh penulis filem yang memenangi anugerah hollywood iaitu Kevin dan Dan Hageman ( yg juga menulis The Movie Lego dan Siri Ninjago)  , rancangan ini di cipta oleh pasukan antarabangsa dr 7 negara . 

Siri asal ditetapkan dalam dunia fiksyen Ninjago mana tanah itu dibahagikan antara Ninjago dan pulau gelap . Ia mempunyai neraka, di mana makhluk-makhluk yang jahat seperti Lord Garmadon dan Skulkins, tinggal, bersama-sama dengan tempat-tempat suci di mana banyak perkara yang tersembunyi. Apabila nasib dunia mereka dicabar oleh ancaman yang besar, ia terpulang kepada pahlawan-pahlawan Ninjago untuk mempertahankan tanah mereka. Jalan cerita ini telah ditunjukkan dalam siri 10 episod baru yang disiarkan pada tahun 2015, manakala persembahan secara langsung akan bundarkan ia di luar dengan menjadi yang 'hilang' atau episod ke-11 musim ini.



Btw persembahan ini memakan masa selama 20 minit , featuring Bunraku , a traditional Japanese Style puppet , kesemua boneka ni terdiri dari 6 boneka yang berlainan karakter dan setiap satunya berurukan 1.2 meter .. dan juga memerlukn 1pasukan dalam 12-15 tukang untuk membuat satu boneka .. perghhh patutla boneka2 ni sangat teliti sifatnya .. Selain itu boneka - boneka ni di perbuat dari Eva foam , plastics , carbon fiber dan juga fabric ...

 Bagaimana boneka ni bergerak ? haaa biasa selalu tengok dalam tv jepun bayangan ninja hitam kat belakang boneka kan , jadi boneka ni bergerak dengan di kawal oleh ninja yang berpakaian serba hitam supaya nampak hanya bayang2 ~ mereka akan  mengawal di bahagian kepala dan yang lain mengawal di bahagian badan .. dan memerlukan lebih dari seorang ninja ~ 

TARIKH DAN PROMOSI 
LEGO® Ninjago LIVE show: The Realm of Shadows bermula pada 28 ogos dan di buka kepada orang ramai di Legoland Resort iaitu di LEGO CITY STAGE yang berhawa dingin .. haaa so jangan lepaskan peluang menonton NinjaGo secara live ok ! melihat sendiri NinjaGo melawan kuasa2 jahat .. 

PROMOTIONS | Kids from 2 to 12 years of age will get 50% off, with any paying adult, if they’re decked out in a Ninja outfit from Aug 28 – Sept 30.

Annual Pass Promotions are now on – Johor residents can now apply for a special pass from now till Sept 30, while Singapore residents can buy an adult annual pass and get 50% off a child annual pass, from now till Oct 31. For those renewing their pass, save up to RM100 and upgrade your pass at RM50, from now till Sept 30.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.legoland.com.my

@2010 | www.qasehdalia.com