Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Vietnam Food

Assalamualaikum ,

Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Vietnam Food .. ke mana qaseh kali ni ? Yummy kali ni qaseh ber food review di Viet Thai Canteen , makanan vietnam gitu , haaaa nak tunggu pergi Vietnam memang berjanggut la agaknya , so sebelum berjanggut qaseh nak syorkan korang ke kedai ni , memang makanan dan masakan kat sini dari makanan yang terdapat di Vietnam , dan yang pasti HALAL , tu yang paling penting okeh ! Haa apa yang best kat sini yeee , jom tengok apa yang di hidangkan untuk kami , slurpppppp !

Jom jenguk-jenguk dulu dekorasi kedai ni , qaseh suka konsep yang simple macam ni , dan ada sentuhan ala-ala vintage gitu dan ala-ala canteen sebab tu namanya pun canteen, heh pepandai je daku .. btw Viet Thai Canteen yg terletak di Cyberjaya ni baru aje beroperasi 16 april lalu , haaa baru sangat lah kedai ni , dan juga merupakan kedai pertama di Malaysia yg berkonsepkan makanan Vietnam .. Alhamdulillah dapat jugak merasa masakan vietnam , dan kat sini NO GST ok !





 Jadi apa tunggu lagi , jom tengok apa yang menarik di sini , tempoh hari qaseh di hidangkan dengan makanan yang memang tarikan utama kedai ni , dengan aroma kopi vietnam , dan cara bancuhan dari sana memang menarik perhatian qaseh .. kiranya signature items kat Viet Thai ni ..




Iced Lemongrass Pandan Tea
Mula-mula ingatkan tea o ais hihi rupanya haaa bagus untuk kesihatan air ni , sedap !


Vietname Rise Paper Roll.
Qaseh kan jakun sikit bila jumpa makanan yang tak pernah cuba ni haaa , tapi jangan risau hencik Zahin ajar cara-cara nya , mudah sajooo rupanya , hanya sapu kan air di rice paper tu bagi ia seakan-akan lembut , kemudian letak je bahan-bahan yang di sediakan dan gulung macam popia , lepas tu boleh la di cicah dengan sos masam dan jugak pedas .. bahan-bahan tu pulak , ada ayam , udang , sayur , dan meee , walaweh memang sedap , tambah2 lagi bila di makan bersama sos tu haa 

rupa Vietname Rise Paper Roll yang daku buat , haha comel sgt ni ! 


Hatyai Fried Chicken Wing , Pandan Chicken dan Thai Fish Cake 
Eeeee macam tahu-tahu je feveret gue chicken wing tu , memang ratah sampai abis uuu sedap cicah dengan sos , chicken wing ni pun kegemaran orang-orang Thai dan juga Vietnam , 


ingatkan ketupat , rupanya isi ayam yang di perap dengan ketumbar , bawang putih dan juga lada putih lepas tu di bungkus dengan daun pandan dan di goreng , daun pandan tu lagi memberi aroma pada masakan ,, yummeh ! 


Somtam
Haaa sape tak kenal somtam ni , memang femes amosss di Thailand , qaseh suka makan Somtam ni sebab ada rasa masam manis gitu , salad masam manis campuran betik cincang dan sayur-sayuran asli yang lain , mmg rangup dan lazat , boleh di jadikan pembuka selera atau hidangan utama .. 


Vietnamese Drip Coffee
Kopi asli dari vietnam , dan alat bancuhan kopi ni pun di import dari Vietnam , memang tak jumpa kat Malaysia ni sebab hanya di Vietnam sahaja terdapat alat bancuhan kopi ni haaaa , macam penapis laa , bila dah habis tapis , boleh la masukkan susu sebanyak mana korang nak , sebab kopi Vietnam ni memang pahit dan pekat , anda peminat kopi ? meh try kopi Vietnam kat sini pula ye !

sambil menunggu kopi kita habis di tapis jom tengok next hidangan , antara banyak-banyak masakan , qaseh paling suka sup ni haaa , rasa dia lain macam laaa , makan panas-panas lagi terangkat ni ! 

Vietnam Beef Noodle Soup , Vietnam Chicken Noodle Soup dan Siamese Laksa 
Sup yang beraromakan bunga cengkih , kayu manis dan bunga lawang , lagi sedap bila makan sup ni dengan perahkan limau dan cili , memang meletop Vietnam Soup kat sini , qaseh suka sgt , hohoho rasa nak repeat lagi la .. bulan puasa maybe .. 




laksa siam ni memang berbeza dengan laksa malaysia , rasa dia memang pedas , masam manis dan rasa herba .. ikan pun rasa segar .. 

Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop & Vietnamese Grilles Lemongrass Chicken Leg 
Dua-dua masakan ni sama saja cuma bezanya kambing dan ayam , rasanya memang sedap sebab keduanya di panggang dengan rasa serai buatan sendiri , hurmm patut lah sedap kan .. dan ada rasa herba , memang sedap di makan dengan nasi yang panas2 dan juga salad .. 





Alhamdulillah , makanan semua sangat memuaskan hati dan kena dengan selera qaseh dan husband , papepun tq buat hencik Zahin sudi menjemput dan merasa sendiri masakan dari negara Thai- Vietnam ni , inshaaAllah akan datang lagi kat sini , nak makan lagi sup nyeeeee , ! yeyyy than a lot , haaa jangan lupa datang kedai ni ye uols , kat bawah ni qaseh bagi info tentang Viet-Thai Canteen di Cyberjaya ! selamat menjamu seleraa ~ 

VIET-THAI CANTEEN 

No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya,
 Cyber 12, Cyberjaya


No Fon : 03-8322 6986




















4 comments

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..