Hello 3rd Trimester ! | My Pregnancy Journey

Assalamualaikum  , 

Hello disember of 2015 , fuh sekejap je masa berlalu , hari ni dah 31 Disember , malam ni dah nak masuk tahun baru , hurmm dah siap persediaan untuk menghadapi tahun baru ? azam aku ntah lah .. sama mcm dulu2 nak jadi yang lebih baik dari sebelum2 ni .. penghujung 2015 ni kandungan dan masuk 33 weeks 4 day ! lagi sebulan lebih untuk bersalin .. walaweh ini lah yang qaseh perlu hadap pada tahun baru .. doakan yang baik2 buat qaseh dan baby ok .. :)

So dah masuk 3rd trimester ni , banyak sangat perubahan yang di rasai oleh tubuh badan ni haaa , memang sangat2 penat , kadang dalam seminggu tu ada lah separuh nya lembik , ada tu sihat je .. time sihat je lah boleh buat keje sikit2 , lain hari terpaksa baring je bagi rehat , rasa letih semacam , memang kadang tak larat nak buat apa .. kahak pun still ada , kadang jugak rasa nak pitam , tapi tak pe la ni kan ujian untuk jadi seorang ibu , yang penting ada yang sentiasa di sisi menemani dan memahami kesakitan ni ..

Rutin tidur pun sangat terganggu ,kadang satu malam tak dapat lelap kan mata .. sebab apa ? ermmm sebab peyot dah makin besau , ahaks dan kadang memang selalu senak dan mengeras je peyot , baby kan da makin besau so perut pun sangat berat , lebih2 lagi nak beralih posisi tido tuh pun kena pegang perut n then bergerak slow2 macam robot alih ke kiri dan ke kanan hihihi.. kelakar plak rasa , tapi tu lah nak cari posisi tido bukan senang , kena mengiring je , nak tido telentang memang tak boleh dah , sesak dada sebab tekanan kat perut kan ... apatah lagi meniarap sian kat baby ~ 

So far perubahan yang ketara itu je lah , bab makan alhamdulillah selera ok lagi cuma kadang2 masih ada muntah di pagi hari , bila makanan tak kena dengan tekak memang keluar balik , kaki pun takde bengkak2 , gatal2 perut pun tak ketara tapi dah de pecah lemak sobss habis perut ku yang cantik ini haha .. ni pun ngantok sangat , taip pun sambil mata dah nak tetutup .. huwarghhh nak sambung tido sat ~ oh ye hri tu checkup tetiba jantung baby berdegup laju selaju jantung umi .. nanti cerita kat next entry :) bye ~ 


Special Menu di Teh Tarik Place Selayang

                      


Assalamualaikum , 

Yeah food review again , beberapa hari lepas qaseh terima jemputan oleh FOOD INK ! Best jadi food inker member ni , hehe tq again food ink ..jadi kali ni food ink membawa qaseh di TEH TARIK PLACE yang terletak di SELAYANG , btw sebelum ni selalu je lepak di Teh Tarik Place area Putrajaya , kali ni di Selayang pulak .. apa yang best nye di Teh Tarik Place di Emerald Vanue Selayang ni ada menu tersembunyi yang sememangnya tiada di Teh Tarik Place yang lain .. haaa sebab tu kena datang jugak kat sini , menu unik dan sedap .. apa yang dihidangkan memang tidak mengecewakan , penuh perut makyong tau .. kenyang amat dan sangat berbaloi .. !  Tak percaya ? meh tengok apa yg qaseh makan .. jangan terliur sudah hehe tapi haruslah terliur dan terus terjah .. yang berdekatan tu sangatlah rugi kalau tak cuba makanan special di sini ~ 



o

First menu yang di ngap oleh qaseh haaa ini lah dia , ROTI SARDIN .. biasa makan dekat mamak ? eh tu kat mamak rasa lain macemmm .. yang ni lagi power , air tangan melayu kita .. roti nya lembut jeee , sekeping memang tak cukup ,sebab bila dah cuba sekeping memang akan nak lagi berkeping-keping .. dan kuah roti sardin ni pun sangat lah sedap , orang kata tak cicah dengan kuah memang tak terangkat la ,  kalau campur2 kuah tu lagi sodap ok ! 



Harga roti sardin  : Rm4.50 

Menu kedua pulak , KEROPOK LEKOR RAINBOW , btw apa yang menarik dengan keropok rainbow ni .. sos yang berwarna warni macam pelangi ni adalah sama dengan sos yang terdapat di subway , pernah makan subway ? haaa sos ni lah yang di gunakan .. asyik makan dengan subway je kan ? so kita makan bersama keropok lekor plak .. bosan jugak asyik makan dengan sos cili je kan .. btw kalau korang berminat untuk berniaga keropok lekor rainbow ni , korang boleh contact manager Teh Tarik Place ni .. sambil beliau berniaga , beliau pun nak menolong org lain jugak , lebih2 lagi yang minat berniaga ~
Harga Keropok Lekor Rainbow : RM6.00

Yang ni pulak ASAM LAKSA , kat sini pun ada asam laksa .. bagi yang tak mau makan nasi boleh lah cuba asam laksa ni .. pun sedap dan harga pun berpatutan .. standard harga , so kalau sesiapa rasa tak mampu nak lepak Teh Tarik Place sebab harga nya .. itu sangat tidak betul .. sebab harganya berpatutan berbaloi dengan kesedapan yang akan korang rasa .. yeahh masuk dulu , duduk dan cuba pelbagai makanan yang tidak merugikan ~ 
Harga Asam Laksa : Rm7.50


Next menu , KUEW TEAW CANTONESE , yang ni salah satu feveret qaseh kat sini , recommend sangat untuk korang .. sedap baq ang sebab kuah dia pekat .. lagi sedap makan dengan cili .. tapi hencik suami dia pegi asingkan cili sebab tak suka pedas , qaseh plak lagi pedas lagi sedap oik ! harus try ok .. korang kena gaul dengan yang warna putih tu , ntah apa nama .. keropok kot hihi .. gaul2 semua baru ngap ok ..


Harga Kuew Teaw Cantonese : Rm9.50 

Next one is KACANG POOL , menu ni pertama kali qaseh try , sebelum ni hanya dengar je orang cakap kacan pol sedap tapi tak pernah terlintas nak try , so lucky laa kat sini ada di sediakan .. orang kata kacang pool ni sangat glemer di Johor , dan manager pun sememangnya orang Johor .. so dari situ beliau ambil alternatif untuk lebih mengetengahkan masakan Johor .. haaa org2 johor mesti suka makan ni kan , first try not bad , bawah telur tu ade kuah , lagi sedap makan dengan roti .. kuah tu ade pelbagai bahan dan smestinya ada daging .. kena dtg try sendiri ok , susah nak describe rasa kacang pool ni , sebab lain dari yang lain ..

Harga Kacang Pool : Rm9.90 

Haa yang ni pun qaseh sangat recommend untuk korang semua , NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY , memang betullah semua menu yang ada di sini takde di Teh Tarik Place yang lain , btw  nasi lemak di sini menggunakan beras basmati , dan sambal strawberry hanya terdapat kat sini je , tak pernah try kan ? dah biasa sangat makan nasi lemak sambal yang selalu tu , kali ni try sambal strawberry rasa pun dah berubah .. rasa yang masam-masam manis , ada campuran ikan kering dan bahan lain , semestinya rahsia .. datang sini nanti wajib try this menu ok ! 

Harga Nasi Lemak Sambal Strawberry : Rm12.50 

Dan yang paling last sekali , NASI GORENG CAMPUR , perfect betul telur tu .. cucuk sikit je terus mengalir .. wahhh makan pulak dengan keropok keping .. hurmm memang mabeles ...

Harga Nasi Goreng Campur : Rm8.50 without egg , Rm10.50 with egg
So itulah sedikit sebanyak menu special yang terdapat di sini , wajib datang sini ye sebab kat Teh Tarik Place yang lain takde ...perghh 7 hidangan yang sangat-sangat berbaloi untuk korang cuba .. boleh bawak family datang makan ramai2 kat sini , sekali sekala harus lah hiburkan perut korang tu dengan masakan yang tak pernah korang try .. tapi jangan marah kalau lepas tu ketagih nak makan lagi .. hehe jom tengok deko kat sini plak .. ala-ala hipster gitu .. btw kat sini pun korang boleh sewa untuk buat event 

Catering for event :
Rental for event (2 hours) : RM1000 without food 
Rental for event (2 hours) : RM1500 with 20 pax food 
Add on additional pax : RM25 per  pax 



apa lagi jom ngeteh tarik dengan Qaseh , eheee dating kat sini pun lomantikkk maaaa


memang sesuai sangat nak buat event kat sini , deko pun menarik ! 

Lastly ! tq berbanyak-banyak buat Hencik Zikri sudi menjemput kami merasa makanan superb sedap di Teh Tarik Place beliau ni , makanan memang istimewa dan terima kasih sudi jugak mencurahkan ilmu niaga beliau .. so kalau korang rasa nak berniaga boleh contact beliau sebab beliau ada membuka peluang untuk korang yang berminat ok ! 

INFO :

Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
Food Ink: Food Ink [klik]

Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888



D.I.Y : Mencantikkan dan Memperbaharui Peti Ais

Assalamualaikum 

Hai semua , kali ni aku merajinkan diri buat entry D.I.Y , btw kalau kat rumah korang ada peti ais lama dan warna pun dah nampak kuning-kuning atau kusam je , senang je nak nampakkan peti ais korang nampak baru dan cantik , btw bukan peti ais je , apa-apa yang korang rasa nampak tak berapa elok di pandangan mata tu boleh lah try D.I.Y cenggini , mudah nak mampuih .. cuma perlukan dua bahan je .. 

btw ini lah bahan-bahannya 
-Wallpaper D.I.Y , atau pun nak panggil sticker pun boleh ,( aku beli walpaper ni di MR DIY kat di Tesco Bukit Beruntung )
-Gunting / Pisau 


Cara-caranya sangat mudah sebab hanya tampal dan lekat , btw orang guna ni untuk tampal dinding rumah ,bagi rumah tu lagi menarik .. tak payah susah-susah nak cat atau pun lukis corak kat dinding .. lagi pun wallpaper cenggini walaupun tarik dia takde kesan getah melekat kat dinding tapi gamnya kuat bila di lekatkan haaa .. so korang potong la ikut benda yang korang nak tampalkan tu .. so daku tengok peti ais pun kusam jekk , daku pun tampal lah kat situ .. jangan buat gopoh gapah nanti hasil tak cantik , buat slow2 ok bagi cun ! 

Tadddaaaaa ni lah hasilnya selepas aku tampal wallpaper tadi , hurm btw wallpaper yang ada dah tak banyak corak , so yang ni je la kot yang paling cantik .. segar sikit bijik mata tengok peti yang dah berubah rupa .. lalalala ~ ala - alaa

Dah peti cantik boleh lah letak fridge magnet dan pape je la yang korang suka ..

ada lebih-lebih tu aku tampal kat bekas-bekas kosong boleh lah letak barang2 kecik dalam tuh , sekian terima kasih ! 










Aku dan Suami Kembar?

Assalamualaikum and hye
hari ni aku nak cerita satu benda rahsia , sebenarnya aku dan suami kembar tapi terpisah jauh , ala-ala jejak kasih gitu .. tapi kalau kembar boleh kawen ke ? bukan ke kembar tu adik beradik ... huwaaaa drama sangat ! sila pok kepala aku haha .. 

Ok ni baru la cerita sebenar-benarnya , ermmm sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya , eh lama pulak tak tengok Dragon Ball , dulu aku minat benar cite ni hikhik , ok sebenarnya aku dan suami bukan la kembar sedarah sedaging , cuma orang cakap kami kembar muka .. tang mana? aku pun tak tahu .. kesahnya bila aku upload gambar dengan suami mesti kawan-kwan kat fb akan komen ''muka korang sama'' ''kembar ke'' dan sewaktu dengannya .. ~




komen brother potia ni rasa macam nak sekeh2 je haha , terhibur baca komen sumeorang

Tapi aku selalu jugak tilik muka suami , tilik sekejap-sekejap je , kalau tilik lama-lama kang haaa eh ermmm haaa dah puas tilik tapi tak tahu la tang mana sama muka kami berdua . tapi ye lah kadang - kadang kita sendiri tengok memang tak nampak tapi bila orang lain tengok akan nampak persamaan tu , macam aku tengok orang lain jugak , tengok suami isteri muka dah macam adik beradik tapi depa tak perasan pun tang mana yang sama kann .. selama ni aku ingat muka aku sama macam Siti Nurhaliza je rupanya dengan laki sendiri uhukk hukk hukk

Hati Berbicara :
Orang tua-tua kata , bukan aku yang kata sebab aku muda lagi , depa kata kalau muka seiras dengan pasangan .. jodoh nya panjang .. kalau tak seiras tak panjang ke ? hihi tu pepatah orang-orang lama kan , apa-apa pun semoga jodoh kita semua berkekalan hingga ke syurga nanti ..




My Pregnancy Journey | Trimester Kedua

Assalamualaikum ~

Hari tu dah cerita liku-liku perjalanan di trimester pertama , liku-liku yang orang kata memang sangat perlu di jaga , dan banyakkan rehat , haa tak usah la nak merajinkan diri buat kerja banyak2 that time lagipun 1st trimester memang pemalas yang amat , haha .. lega rasa bila dah melalui 3 bulan pertama , so hari ni nak cerita liku-liku trimester ke dua pulak .. bismillahirahmanirahim .............

Trimester kedua (4-6bulan) , orang kata zon ke dua ni zon selesa sikit dari pertama , segala alahan , loya , muntah dan sakit-sakit dan makin beransur hilang lebih-lebih lagi bila dah masuk bulan ke enam , alhamdulillah nak kata alahan tu takde langsung so far ada jugak tapi tak teruk sangat dah , muntah pun jarang sangat , biasanya lepas gosok gigi qaseh memang nak muntah , sekejap je la .. dan kadang tengah malam sekali dua macam tu je .. kerja pun dah boleh buat sikit-sikit dan boleh sambung masak untuk suami .. bulan terdahulu memang sangat tak larat nak masuk dapur , haaa Allah bagi rehat secukupnya .. dan masa wife pregnant la si suami memainkan peranan yang sangat penting ,, love u muahciked hihi


Cuma ujian qaseh dari dulu sampai sekarang , kahak dan hidung tersumbat je yang susah nak buang , yang memang tak hilang2 lagi .. adohaaa stress ciked tapi ok lah daripada tak larat nak bangun kan , asik tido dan baring pun kadang menyakitkan badan grrr , walaupun best je melepak kan ... hihihihi 

Kandungan pulak  of course la banyak perubahan , perut pun dah makin besar waktu ni , memang nampak perut , kalau tengok kat cermin memang banyak urat2 hijau timbul di dada dan perut , tapi so far alhamdulillah qaseh takde rasa gatal2 sangat kat perut , sebab biasa tengok org preggy perut dia calar-calar dek kerana keghairahan menggaru .. OMG jatuh saham eh ! 

Tapi 2nd trimester ni qaseh kadang HB low je sampai dua minggu sekali kena buat checkup , bukan nak mengeluh tapi penat sangat nak menunggu di KK , belum part cucuk2 lengan lagi .. sakit tapi hadap je , sakit sikit je pun kan , sebab tu la ibu2 ni memang ada kekuatan tersendiri , bila ada baby dalam kandungan automatik kita jadi kuat , sebab nak tengok baby sihat dan membesar dengan sempurna je ... 

Bab tidur pulak memang tak cukup tidur sangat , trimester ke dua ni lagi lah kerap kencing , tido pun tak selesa , selalu terjaga 2 3 pagi , ada tu pening kepala yang tak dapat di bendung tapi takdelah kerap sangat , masa preggy ni memang tak mampu berseorangan , maksudnya suami tak boleh buat wife sedih sebab emosi masa ni sangat lah sensitif even benda kecik pun boleh jadi isu besar , nangis boleh banjir padahal benda takde apa pun .. haha , so far makin membesar baby dalam kandungan makin banyak perubahan yang di rasa ..

Berat badan pulak alhamdulillah bertambah lah jugak , tapi takdelah gemok sangat , kilo je bertambah tapi badan maintain kuwusss kering je , gemok part perut je lah .. hehe dan takde bengkak kaki or sembab , Allah masih mudahkan lagi urusan , bagi bahagian yang qaseh masih lagi boleh pikul .. yeahh mom to be kena kuat , tapi bab emosi kadang tak boleh nak kuat sangat , nak bertepek je dengan suami , nak selalu di beri perhatian dan di manja je selalu , ahaks mengado kan tapi tu lah hakikatnya .. mana lagi tempat utk bermanja kalau tak suami sndiri yang sentiasa dekat dengan kita kan .... :)

So setakat tu je lah perubahan qaseh di 2nd trimester ni ,, now dah masuk 3rd trimester dah .. hurmm perut makin berat weh .. nanti update untuk 3rd trimester pulak ye .. tu pun kalau rajin kalau tak masa pantang nanti laaa update .. tu pun kalau rajin hehe .. tq sudi luangkan masa utk membaca , bagi yang dah merasai mungkin sedang merindui saat2 itu kan , bagi yg belum inshaaAllah bila tiba saat nya u can feel what i feel .. daaa ~  

SCAN 2D , 3D & 4D di KLINIK DR NURUL CHERAS | REVIEW SCAN BABY

Assalamualaikum semua , 

Alhamdulillah tercapai jugak hati nak scan 4d baby , walaupun selalu checkup di KK dan doc selalu gtau baby sihat walafiat , semua ok tapi hati ummi ni nak jugak tengok muka baby , perkembangan dia , kedudukan dia dalam peyot sana haaa , hehe kadang time baby menendang tu nak je tengok kaki dia yg comel sangat tu .. dan sesungguhnya hati ibu mana tak teruja lebih-lebih lagi anak first kan .. lagipun kat KK tak detail sangat scan , gambar pun tak bagi sobss saje je nak buat kenangan kan .. 



so hari ni qaseh n hubby dah buat appointment di KLINIK DR NURUL kat CHERAS , jauh kan dari Rawang semata ke sana , alkisahnya tengok review dan feedback org ramai kat facebook tentang KLINIK DR NURUL ni sangatla positif , dan ada promosi hanya RM70 .. tapi kena cepat dan pantas la hehe .. 


bab jantina ni memang dah tahu masa checkup kat KK lagi , doc dah bgtau awal2 dan sama la dengan naluri ummi n dedi gitu .. kalau nak tahu jantina baby kitorang haaa gambar kat atas tu menunjukkan jantina baby haha , cinonet je 


gambar ni pulak tulang belakang , punggung dan peha baby , alhamdulillah semua ok 




ni pulak graf semua tentang baby , even tak berapa paham sangat apa la maksudnya ni tapi doc kata graf baby ok .. so lega la kan , sekarang berat baby dah 1.9 kg , pertumbuhan dia , berat semua memang seiring dengan umur baby .. 



this one kedudukan baby dalam peyot , kepala dah mula berada di bawah , Alhamdulillah , nampak baby kite seakan tengah sujud gitu 

yang ni pulak perut baby , yang bulat hitam tu perutnya dah mula minum dan makan melalui air ketuban , doc cakap air ketuban pun ok .. tali pusat semua ok .. alhamdulillah senang hati sangat dengan kesihatan baby ..


tapi baby takmo tunjuk muka sangat , doc siap suruh g makan aiskrim , pusing2 dulu bagi baby bangun n tunjuk muka .. haha tapi hasilnya tetap sama , baby ensem sangat ni sampai tak nak tunjuk lagi muka kan 


last result memang baby pemalu , tutup muka dengan tangan comel dia haaa , redha je lah yang penting baby sihat , dah tahu secara detail semua pasal baby pun dah cukup Buat ummi n dedi heppyyyy !! 

So bagi korang yang berada di area CHERAS boleh lah try buat scan 4d kat sini , servis memang tiptop , tq staff klinik DR NURUL dan jugak doc yang sangat lemah lembut dan jawab je persoalan yang bermain kat benak fikiran ni haaa .. qaseh tak sure pulak harga scan bila takde promosi berapa , yang pasti kalau nak yang promosi kena selalu tengok di facebook KLINIK DR NURUL , dan booking cepat2 tau ! 

INFO



KLINIK DR NURUL,NO.27,JALAN DAMAI NIAGA SATU,ALAM DAMAI,56000 CHERAS KUALA LUMPUR (No Telefon Klinik : 03-91081189/No Hp Klinik : 60175100016 (Call Sahaja) secepat mungkin..
PENERANGAN : (*Bagi kandungan dibawah usia 24minggu dan ingin membuat 3D/4D..Kami masih boleh terima dan kami cuba ikut kehendak pelanggan..Ia terpulang kepada individu itu sendiri..Akan tetapi kebarangkalian tinggi image yg terhasil tidak secantik dan sejelas usia kandungan 24minggu-32minggu..Begitu juga pd usia kandungan 32minggu keatas.


Image 3D/4D ULTRASOUND adalah 100% bergantung kepada kedudukan dan posisi baby serta kandungan air ketuban di dlm rahim*)
*3D/4D SCAN BUKAN DETAIL SCAN DAN IANYA HANYA DILAKUKAN PADA HARI PROMOSI SAHAJA DENGAN HARGA TETAP RM70..TIADA HARGA BIASA/HARGA LAIN...SISTEM BOOKING ADALAH DIWAJIPKAN UNTUK SEMUA PELANGGAN*

Hanya Spray Untuk Kekal Remaja | MAGIC POTION



Assalamualaikum 

Qaseh ada produk best untuk korang-korang yang kadang lemau sangat nak mekap atau nak hias diri depan cermin lama-lama .. haa daku ni bukan suka sangat mekap lama-lama depan cermin , kalau boleh nak je product yang sangat menyenangkan diri sendiri tapi tetap kekal remaja , awet muda gitu .. so hari ni Qaseh nak kongsikan tentang satu produk yang bernama MAGIC POTION , yang memang hangat di pasaran sekarang , btw MAGIC POTION ni memang bahannya berasaskan air iaitu BEAUTY WATER , dan tidak ada bahan lain seperti chemical dan sebagainya .. sekarang kan byk produk2 yang tumbuh bak cendawan , so pastikan korang kena tengok apa kandungan bahan tersebut utk elakkan kejadian yg tak di ingini berlaku ok !





senang nak bawak kemana-mana ~ 


Yang paling bestnya , penggunaan MAGIC POTION ni senang sangat , just SPRAY ! SPRAY dan SPRAY  je .. haa lantak korang nak spray bila-bila masa pun , tambah-tambah bila rasa ngantok ke lemau ke , rasa tak segar je terus spray .. bagai terkena kejutan elektrik gituh .. terus segar bugar di samping kekal remaja ..lagi satu korang bole spray lepas bangun tido , lepas berbedak dan waktu kita mulakan aktiviti harian kita di waktu pagi ..tapi spray tanpa tahu kelebihan MAGIC POTION ni tak best jugak kan , so kat bawah ni kelebihan yang ada pada MAGIC POTION .

MAGIC POTION dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya. 
MAGIC POTION mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.  
MAGIC POTION bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah. 
MAGIC POTION dapat mencerah dan  mengengencangkan kulit.
dan paling paling BEST ialah ANTI AGING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi. 
MAGIC POTION juga dapat membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya.

kat   bawah ni testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan MAGIC POTION , qaseh pun rasa segar je dapat MAGIC POTION ni ... yeyyyy ! murah je uolss ~ 



INFO
Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524


Cafe Cerita Kambing | Menu Kambing Sedap Area Shah Alam

Assalamualaikum..

Ada tempat best qaseh nak share buat penggemar kambing terutamanya yang berdekatan dan tinggal di Shah Alam , rugi woi kalau dah duduk dekat tapi tak datang sini .. tak payah nak pergi jauh-jauh semata untuk mencari kambing sedap sedangkan di kawasan area anda memang tersembunyi sebuah Cafe Cerita Kambing , haaa gituh .. jangan risau korang datang makan je takdela nak kena dengar cerita pasal kambing hihi.. btw unik jugak nama cafe ni , kenapa ek nama cafe cerita kambing ? sebabnyaaaa menu utama yang glemer kat sini of coz la berasaskan daging kambing dan kambing pun salah satu makanan sunnah nabi..

So qaseh berpeluang merasa sendiri masakan oleh Chef Zakaria , iaitu pemilik Cafe Cerita Kambing ni , btw bukan calang-calang orang ok .. tuan rumah ni sangat lah rendah diri dan beliau pernah jadi chef di sebuah hotel suatu ketika dan telah lama memasuki arena masakan ni ..bangga iols dapat merasa air tangan chef , dan korang yang berminat untuk menempah makanan , Chef Zakaria juga berkecimpung dalam dunia katering .. so korang bolehlah menempah pelbagai hidangan untuk majlis2 kahwin , tunang , akikah dan lain-lain .. harga kena runding dengan Chef Zakaria ok .. kot-kot dapat diskaun lebih ehehehe :p

Cafe Cerita Kambing ni terletak dalam Anggerik Mall , Shah Alam .. mudah benor nak cari .. waze je anggerik mall , Cafe ni terletak kat area food court .. 

Jadi tunggu apa lagi , meh tengok hidangan yang di hidangkan buat kami semua , oh ye qaseh datang bersama-sama dengan  geng KelabbloggerBenAshaari .. terima kasih kerana menjemput .. antara hidangan yang ada di Cafe Cerita Kambing ni seperti Nasi Beriyani , Laksa Johor , Mee Jawa , Kambing Bakar  , Kambing Massala, Ayam Masak Merah , Acar timun , Ubi Kayu Rebus , Pengat Pisang dan banyak lagi .. Jom tengok gambar plak .. jangan terliur sudah la yummyyy ! 



First menu , qaseh try LAKSA JOHOR , sebenarnya tak pernah makan laksa johor sebelum ni , orang ganu katakan suka sangat makan laksam .. btw lebih kurang je cuma bezanya kuah dan juga mee .. laksa johor ni memang menggunakan mee spageti .. first time rasa pun sedap .. kuah dia mmg pekat , lagi sedap bila tambah sambal lebih .. pehh terangkat 


menu kedua , MEE JAWA , haa yang ni memang feveret org2 jawa lah ye .. lebih kurang sama je dengan laksa johor cuma haruslah ada tempe ! org jowo suko sangat makan tempe yoo .. haha harus cuba jugak jika datang di sini .. 


Pencuci mulut yang terdapat kat sini , KUIH KOCI LABU , ada jugak UBI REBUS cicah NYOR , ingat senang ke nak cari kuih2 tradisi ni ? susah jugak ok so untungla bolehdapat di Cafe Cerita Kambing ni .. 

Yang ni AYAM MASAK MERAH , sedap gila masakan ni , yaAllah memang sedap betul , mintak resipi boleh dak Chef Zakaria ahaks , makan plak dengan nasi beriyani panas2 , fuhhh mak mentua lalu tak nampak haha .. so makanan wajib jangan lupa untuk makan di sini ok 

Buah pun di sediakan , Vitamin E untuk pelanggan2 tercinta .. ~

Acar timun + nenas , eh makyong termakan semalam .. sedap sangat lupa termakan nenas haha .. yang ni penambah kesedapan bila makan nasi + ayam masak merah + acar timun .. memang rasa macam kat kenduri pun ade .. 

dan ini lah Menu Special di sini , Kambing Massala .. tak payah cerita dah kesedapannya .. kena rasa sendiri .. 

Lastly KAMBING BAKAR , sebenarnya banyak lagi makanan yang terdapat kat sini ,, dan ini sebahagian yang di hidangkan buat kami .. sangat berbaloi-baloi datang makan kat sini , harga pun berpatutan ..



hencik suami kata tak cukup la , nak lagi nak lagi ! hihi tak sangka pulak dapat tapau dari Chef Zakaria untuk semua blogger yang hadir , perghhh macam tahu2 je .. nak makan semua sekali perut penuh .. siap bagi tapau makan kat rumah plak .. memang thorbaik dan semoga di perluaskan lagi rezeki Chef Zakaria ni .. 

ni salah satu feveret qaseh kat sini , lama sangat tak makan pengat pisang ni .. perghh tq hidangkan pengat pisang kat sini ..



Apa-apapun terima kasih buat Chef Zakaria yang sangat peramah dan rendah diri , semoga maju jaya dalam dunia perniagaan katering dan juga masakan .. 


dan buat kaki makan , ada pesta makanan di sini minggu depan , haaaa jangan lupa datang beramai2 ok !
 




Chef Zakaria : 011 31760227
Puan Azizah : 019 2816308 (tel) 019 3531320 (whatsapp)

facebook page