Sarapan di Warung Bunian | KelabBloggerBenAshaari

Asslamualaikum ,

Yaaa i know , sekarang bukan masa untuk , hello gud morning ! Time to breakfast yeyyyy , hehe tapi baru dapat meluangkan masa dengan blog kesayangan , apapun semalam qaseh balik dari tengok wayang dan tumpang tidur rumah www.yanty.my , menemani orang-orang sakit , yaAllah jagakan kawan-kawanku , kurangkan beban mereka , sesungguhnya sakit itu pencuci dosa , moga terhapus dosa2 mereka hihi

Bangun pagi-pagi mak tiri kelabbloggerbenashaari ajak pergi Warung Bunian lagi , ooooeemmmmgeee qaseh suka makan kat sana , makanan di Warung Bunian sedap-sedap belaka , haritu dah lunch kat situ , hari ni kita breakfast pula .. so bergeraklah kami kaksue , kakfiza , abe eddy , yanty dan jeeb.

Jadinya qaseh makan nasi lemak pattaya berbungkus dengan telur , bersambalkan ikan bilis dan juga ikan kering , sambal dia agak pedas tapi sedap , jangan risau boleh oder air masak banyak kalau pedas ok.

Sedap sangat kuah roti canai ni , tak puas makan sekeping je 

Lepas tu pekena pulak Nasi Lemak Pattaya ni , sambal sedap . Lagi pedas lagi HOT !

Kat mana Warung Bunian ni ? Apa yang special kat Warung Bunian ? Kelainan yang terdapat di Warung Bunian , yang pasti menu lunch berbeza setiap hari , dan kena tempah dulu sebelum nak pergi lunch kat sana .. 


alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA , SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR 

NO FON : 017-3812246 (meseg / call dia utk booking)

Hati berbicara : sejak dua menjak ramai lak butthurt dengan Kelabbloggerbenashaari , hidup ni payah kalau asyik nak dengki , rezeki masing-masing sayang ...... kitorang bukan Along kita tak kacau orang punya laa haha .. *garukepala*









STEAMBOT BUFFET DINNER DI PICC | KELABBLOGGERBENASHAARI

Assalamualaikum
STEAMBOT BUFFET DINNER | PICC PUTRAJAYA | KELABBLOGERBENASHAARI .. semalam qaseh di pelancaran Makan Makan Bufet Stimbot di Picc Putrajaya , wahhh qaseh dahla sememangnya peminat stimbot , memang tak lepaskan peluang untuk datang dan merasai sendiri stimbot di PICC ni , tq buat Chef Anuar dan Kumari yang sudi menjemput kelabbloggerbenashaari untuk datang mencuba sendiri , apa yang best kat sini ? Teruskan mmbaca ok

Sebenarnya promosi ini telah bermula sejak OGOS 2014 bermula jam 6.00 PETANG - 10.30 MALAM dgn harga

DEWASA : RM35.00
KANAK2 : RM18.00 [5 tahun ke atas]

Bersempena perlancaran ini pihak PICC PUTRAJAYA membuat promosi hebat sebanyak 20% , harga promosi dari 25 SEPTEMBER - 31 DISEMBER 2014 

DEWASA : RM28.00KANAK2 : RM14.00 (5 tahun ke atas)

 Barisan Chef-Chef Profesional yang bertungkus lumus dalam menyediakan hidangan buffet di PICC PUTRAJAYA , semuanya hensem-hensem , dahla hensem pandai masak pulak tu , opsss sory semua dah berpunya .

Untuk hidangan bufet steambot  yang di adakan di CAFE @ PICC ini , pengunjung boleh memilih SUP AYAM dan HALIA ataupun TOMYAM untuk hidangan stimbot mereka , qaseh peminat tomyam ! So qaseh memilih tomyam , semalam pun asyik duk hirup kuah tomyam je sampai kembung , sedappp oihh

Stesen-stesen hidangan yang ada , stesen ni diasingkan untuk memudahkan para pengunjung memilih hidangan mereka , idea yang sangat menarik dan teratur kan , sangat sistematik orang kata haaa gitu !

Stesen Makanan Laut yang sangat segar , ada ayam , daging , kupang , lala , ikan , udang dan banyak lagi , nak tau apa yg best lagi tu kena datang sendiri lah ok !


Stimbot tidak ketinggalan dengan stesen hidangan sayur-sayuran , macam2 sayur ada , jadi tak perlu risau bagi pengunjung yang vegetarian atau yang tak boleh hidup tanpa sayur hihi semua ada disini .

 tetiba rasa lapar balik tengok makanan-makanan ni semua , nanti nak datang lagi bawak family , kena bawak rasa sendiri , sekali cuba mesti nak lagi !




Terdapat juga Stesen Pasta yang merangkumi Spagethi , Penne dan Fettucini dengan pilihan sos Bolognese , Carbonara dan Napolitano , wahhh nama pun havoc2 gitu



 Gelojojnya katanajeeb.blogspot.com ni , Ben Ashaari pengasas kelab blogger ben ashaari juga turut tergamam haha .


Sekarang kita berada di stesen buah - buahan dan juga Desert ! Perghhh bahagian desert ni la paling seronok , sebab suka tengok hiasan dan sudah tentu la nikmatnyaaaaaa merasa desert - desert di sini



Stesen sos , kalau nak tahu sos-sos ini sos buatan sendiri ye , bukan sos cili dalam botol tu , memang sedap , mestilah sedap kan chef - chef yang ada di sini sangat profesional , haaa jangan pandang sebelah mata


 Selain dari hidangan Stimbot yang ada , pihak PICC PUTRAJAYA juga menampilakn hidangan ala-carte , ada masakan melayu barat dan juga hidangan Fusion

Tak lupa jugak terdapat Stesen Ais Kacang dan jugak bubur , ais kacang ni pengunjung boleh layan diri nak seberapa banyak kacang , cendol dan bahan-bahan yang lain , terbaik la !





CAFE @ PICC ini dibuka kepada orang ramai untuk sarapan pagi hingga malam dan boleh memuatkan 800 pengunjung dalam satu2 masa , pihak PICC PUTRAJAYA merancang untuk menambah 'TEH TARIK CORNER' ..

Bagi qaseh , dengan harga yang sangat berpatutan di tempat sebegini yang sangat eklusif , di tambah dengan hidangan dari chef-chef yang sangat profesional dan high class , sangat berbaloi untuk korang datang merasai dan menikmati sendiri segala hidangan yang ada di CAFE @ PICC PUTRAJAYA ni , sangat berpuas hati dan berbaloi2 .. rugi kalau tak datang ditambah pula dengan promosi yang masih berlangsung ni .

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.picc.com.my , untuk tempahan boleh hubungi 0388876162 , boleh juga layari facebook , instagram dan twitter rasmi PICC di www.facebook.com/piccmalaysia dan @piccmalaysia

Untuk maklumat korporat sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03 88876000 atau emel di kumari.nahu@picc.com.my



Hari kedua di AgroFarmStay Melaka | KelabBloggerBenAshaari

Assalamualaikum ,

Hari ke dua kami berada di AgroFarmStay , banyak aktiviti yang perlu di lakukan , dah baca hari pertama belum ? Sila klik older entry ok nanti tertinggal pulak cerita best kami , rugi tuuu .. hee , pagi-pagi lagi dah kena bangun pergi sarapan dulu , kenyangkan perut karang asyik lapar je , qaseh ni dahla membela cacing yang selalu lapar , lepas tu bergerak ke dewan untuk senaman 'GOYANG-GOYANG' haaa amek kauu , goyang-goyanggggg saya pecah lemakkk ... goyang-goyangg saya pecah lemak , cenggitu la lagu senaman kitorg .. sabo je la haha



Aktiviti pagi

Bergerak ke tempat aktiviti untuk bermain sukaneka , warm up dulu geng , antara sukaneka yang kitorang main , tengok gambar2 kat bawah ye

Permainan kepit buah kelapa di celah paha opss , ni Faizal Fredley , tengok sekilas sebijik macam orang atasan yang selalu makan pisang kat atas pokok tu , hihihi qaseh gagal buat benda alah ni , asal kepit je jatuh ,  asal jatuh je kepit , karang ade fasi yang kena kepit ni karang

Geng qaseh yang semuanya hebat dari segi gaya je haha , bolehla diorang ni , matila kena cepuk nanti , aina roseberry , yanty lee , yaya natsumi , kak sueizza dan si budak kecik uzu atau dikenali sbgai emas putih yg tak brapa nak putih . Gulp

Permainan ke dua tiup belon sampai pecah , abang zaini sekali hembus je dah pecah , haa masa ni lah perut-perut comel menunjukkan kelebihan masing-masing , opsss jangan marah

Permainan ke tiga , sambut belon air.. nasib baik qaseh duk belakang , dah tahu dah konfirm akan pecah sebelum tiba masanyaaa , so selamatlah dari ditangkap basah , tapi uzu ni baling sampai ke kerajaan langit agaknya , tak turun2 belon tu , mak tiri kat belakang dah bujet2 jd penyambut profesional , acah2 je padahal haha

Permainan ke empat , cari gula2 dalam tepung , wahhh berkissing dengan tepung ke tengah tido dalam tepung ni , patut la lamaa boleh bantai tido pulak ,

Lastly ajeeb buat show karam sign walia ... akhirnya semua aktiviti tamat dengan seronok nya , qaseh rasa mcm berada dalam lingkungan keluarga yg sgt rapat , syg depa2 ni .


Penat - penat segala , terus terjun kolam yg trdapat kat AgroFarmStay Melaka ni , sama naik dengan budak2 .. untungla yg pandai berenang tu haaa ! Jahat betul selalu tinggal qaseh kat belakang sobssss , taula kita jalan je d
lm air , alaa saje je xnak tunjuk kebolehan .

Aktiviti petang


Melawat sekitar AgroFarmStay yang berkeluasan 30 hektar , tuu diaaa yang mengambil masa 2 jam , longgar jap kepala lutut tapi best , dapat juga ilmu-ilmu pengetahuan yang selama ni tak pernah nak ambil tahu .

Pusat ternakan yang terdapat kat sini , comel gila arnab tu , arnab kacukan bulu lembut dan sangat lebat , pertama kali tengok sekilas ingatkan anjing rupa-rupanya arnab , nak je mintak bawak balik tapi konfitm tak dapat , ada kuda yg bernama BUJANG , burung merak , ayam kampung , dua jenis landak yang comel dan juga terdapat tumbuhan misai kucing di sini.

Aktiviti berkayak di Tasik Kacang , dan naik bot laju .. Qhaliff yang comel pun turut serta naik bot , qaseh tengok jee sambil layan pisang goreng kat kiosk tepi tasik .. asyik lapar je

Aktiviti Malam
Berbabeque  di malam hari , ayam bakar , ikan bakar dan sotong , ada makanan2 lain  , tiba2 rasa lapar balik ..
 Aktiviti berkaraoke , dan surprise birthday buat uzu yang menyambut hari lahir malam tu dan buat faizal dan ajeeb , happy belated birthday , yang mengejutkan kitorang malam tu abg Ben Ashaari berkaroke perghhhh first time dengar aben nyanyi dan joget sekali .. haha memang gelak sampai nak terkucil , apa-apapun tq semua yang sgt menghiburkan




Hati berbicara  : Alhamdulillah , tq so much buat Ben Ashaari yang mengaturkan semua ni dan terima kasih buat pihak AgroFarmStay Melaka , kerana sudi menerima kami semua di sini , dan layanan terbaik buat kami semua , inshaaAllah ada masa datang lagi.




Kelab Blogger Ben Ashaari di AgroFarm Melaka hari pertama.


Assalamualaikum ,

19-21 September , Kelab Blogger Ben Ashaari di jemput ke AgroFarm Melaka untuk blogger day , sebenarnya dah lama KBBA rancang untuk buat family day tapi asyik tak berkesempatan , alhamdulillah akhirnya dapat juga berkumpul dan bercuti sama-sama dan berbanyak terima kasih kepada Agro Farm Melaka yang terletak di Durian Tunggal , Melaka ini yang sudi menaja tempat penginapan , makanan dan segala kemudahan di sini .







Qaseh pergi dengan Yanty , dan angah Judin dan geng2 lain dengan kereta masing2 bersama keluarga masing2 . Semuanya seramai dalam 21 orang .. Akhirnya kami sampai !!! Yahooooo seronok


Perghh kat belakang tu lah Villa Idaman tempat keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari menginap , terbaikla Villa ni , nanti qaseh cerita lanjut tentang keseluruhan AgroFarm Stay di Melaka ni , tapi kalau bagi yg nak bercuti tanpa gangguan , ingin bersendiri .. qaseh memang cadangkan di sini .. temanya ala-ala kampung.




Malam pertama , briefing tentang Agro Farm Stay , apa yang ada di sini , apa yang bagus di sini , dan segalanya tentang kemudahan yang ada di AgroFarm Stay Melaka. Nak tahu apa yang ada di sini ?? Tunggu cerita seterusnya ok ... :)