Baju Raya Tahun 2014 | Jubah by Rayyan Haya

5 ulasan:
Assalamualaikum , salam sayang ~

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri , sumpah aku rasa tahun ni puasa paling sekejap , rasanya baru je masuk bulan ramadhan tapi dah nak meninggalkan kita , hurmm masa oh masa sekejap sangat , kadang - kadang sampai perut tak sempat rasa lapar , dah azan maghrib , kalau dulu-dulu jenuh tunggu jam tu bergerak tapi sekarang yaAllah hai awat la cepat sangat .. korang mesti rasa sama macam qaseh kan .. makin lama makin tua , makin lama makin cepat .. fikir2 takut pulak hurm 

Persiapan raya ? mood raya  agak kelaut dalam pasific , ntahla dah makin tua ni qaseh pun tak terasa nak raya sangat cuma qaseh rasa seronok sebab nak balik kg je , dah lama jugak  tak balik kg , tapi balik time raya agak tak best sebab mesti orang datang , baru je nak feeling2 tido dengan menghirup udara segar kat kg , tiba-tiba ''tok tok tok assalamualaikum ! haaa apa tunggu lagi tak sedar2 lagi nak kena buat air kat dapur , krohhhhh ~ zzzz haha nampak tak pemalas anak dara sorang ni , tapi tu lah in shaa Allah tahun ni last raya sebagai bujang .. andai di izinkan Allah , semoga Allah permudahkan urusan aku .

Tapi mood raya ke laut dalam pun tetap beli baju raya , kuwang-kuwang sebabnya ada orang tu hadiahkan  baju raya sempena besday qaseh bulan 6 hari tu , so ai is on aje , kedua belah tapak tangan den tadahkan so terima kasih sangat2 .. muahh sikit , erkkk ! so tema raya aku kali ini adalah jeng jeng jeng ~ 




tema warna nya adalah rahsia nanti tak surpriseee laaa ~ kena tunggu hari raya dulu , jubah ni beli dekat SBU BANGI , jubah by Rayyan Haya , qaseh memang suka tengok jubah2 kat situ , cantik .. boleh usha intagram depa @by_rh kalau jumpa insta ni , mesti akan tahu jubah qaseh ni warna apa , haaa teka2 , nnt qaseh bagi duit raya 10 sen tunai ! papepun selamat hari raya maaf zahir batin , maafkan semua kesilapan qaseh ye .. 

UJI BAKAT DRAMA SIRI SELUDUP | BERLAKON BERSAMA TIZ ZAQYAH DAN MENANGI RM15000 !

2 ulasan:
Assalamualaikum , hai hai hai korang , qaseh tahu ramai yang berbakat di luar sana , haaa peluang paling mudah untuk korang semua untuk jadi pelakon , peluang baik jangan sia-siakan , hanya hantar video ringkas saja ! wahhhhh teruja kan , dan bakal memenangi RM15000 , tapi pelakon dalam cerita apa ? jeng jeng jeng , meh qaseh seludup minda korang sebentar..

‘Seludup’ merupakan sebuah drama yang berniat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala barang seludup khususnya pada rokok seludup dari peringkat penyeludupan sehingga peringkat jualan serta kesan negatifnya terhadap individu dan masyarakat. ‘Seludup’ mencerita kisah sebuah keluarga dan komuniti yang rosak akibat gejala menyokong carang seludup serta tindakan yang diambil oleh watak-wataknya untuk menjadi pedoman masyarakat yang menonton untuk sama-sama memerangi gejala ini.  
 Produksi ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak-watak yang mencabar tersebut. Pelakon-pelakon lain termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.

Mastermind Production turut mengumumkan pelancaran peraduan #masukdramaseludup untuk memberikan peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita untuk tampil di dalam sebuah drama, di samping beberapa hadiah menarik lain bernilai hingga RM6,000 setiap satu. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dari 18 hingga 35 tahun. 

Peraduan ini sangat mudah – peserta hanya perlu menekan ‘like’ pada laman  www.facebook.com/seludup, muat naik video terbaik dengan membaca skrip pendek, kongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka untuk mengumpul ‘like’. Lebih banyak ‘like’ yang mereka dapatkan, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi pengalaman ini.. So apa tunggu lagi , qaseh dah menjoinkan diri , haaa 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup, sila layari dan daftar penyertaan di laman FB Seludup: www.facebook.com/seludup


salah seorang bakal pelakon yang ingin merebut 15000 ! korang apa tunggu lagi cepat2 submit video mudah je tuuuu ~ qaseh pun dah join ok .. 

untuk maklumat lanjut boleh layari :

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup


REVIEW FILEM TEMBUS BERSAMA AARON AZIZ

4 ulasan:

Berkesempatan menjoinkan diri di Pra Tonton Filem Tembus tempoh hari yang bakap di tayang kan di pawagam Aidifitri nanti , ooeemmgeee teruja dengan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air , tapi yang uniknya filem Tembus menggabungkan pelakon- pelakon 3 buah negara , Malaysia , Indonesia dan Singapura , filem ini berkisahkan konflik kekeluargaan , ego yang tinggi dalam diri masing-masing hingga menjadikan anak mangsa keadaan.

Sinopsis TEMBUS

Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.
Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar.

pelakon utama dalalam filem Tembus , Aaron Aziz , Fazura dan Luna Maya 
TEMBUS merupakan filem terbaru arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, lakonan Aaron Aziz, Khir Rahman, Luna Maya, Fazura, Mia Sara Nasuha, Siti Eliza, Eja, Eizlan Yusuf, Abby Nadzri dan ramai lagi, terbitan Excellent Pictures dan akan ditayangkan di 56 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 28 Julai ini.
Qaseh bagi 4/5 , filem ni memang penuh dengan konflik , dan bila menonton filem ni , tengah-tengah jalan cerita buatkan kita tertanya-tanya .. penuh persoalan , dengan ego seorang isteri , dengan sifat mengalah seorang suami dan juga bayang2 gelap tersembunyi dari suami yang selama ni kian terbongkar , dan banyak aksi2 suspen hingga nak keluar jantung den ni ha , syabas buat Ahmad Idham dan juga Excellent Pictures , dan terima kasih atas layanan baik kepada kami para blogger , kisah yang penuh dengan pengajaran ..

yeyyy dapat jugak jumpa aaron aziz , hensemm hoihh :p

BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA | RAIKAN ANAK2 YATIM BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH | KELABBLOGGERBENASHAARI

6 ulasan:
Assalamualaikum , 17 Julai temph hari qaseh beriftar di PICC PUTRAJAYA bersama dengan geng kelab blogger ben ashaari, pertama kali nak berterima kasih sgt kat PR Cik Kumaru Nahu yang sumpah peramah gila ,kalau layanan PR macam ni memang kalau dia nak suruh review hari2 pun qaseh pergi , haaa sesuatu event tu memang PR kena byk memainkan peranan , dan tahniah buat Cik Kumari , kerana punya sikap yang sangat bagus .. sebelum puasa hari tu KBBA juga menjoinkan diri di  review buffet ramadhan picc putrajaya , jemput baca ..

Istimewanya kali ni PICC menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 40 kanak2 dari Baitul barokah Wal Mahabbah Sepang , alhamdulillah dalam kita bergembira jangan di lupa pada yang sangat memerlukan , senyuman yg terukir di wjh kanak2 amat brmakna kpd kami krna itulah tujuan utama mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama mereka - Encik Badlisyah Hj ahmad (ketua pegawai eksekutif PICC)

Info Baitul Barokah Wal Mahabbah
Seramai 74 orang kanak-kanak berusia antara 7-15 tahun menjadi penghuni di sini , dan buat pengetahuan semua rumah ini memerlukan bantuan kewangan dr org ramai utk menanggung kos keprluan asas , jika korg ingin membantu boleh hubungi di talian 0122275393/0136785972
Dah sampai sana dekat2 nak maghrib apa lagi moh le kita mengenyangkan perut dengan sukahati , terbeliak biji mata sama usus - usus dalam perut tengok kan makanan di Buffet Ramadhan kali ni , hehe semuanya sedap-sedap , qaseh dah memang cop awal-awal dah satu makanan ni , teka apakah dia ? haaaa mestilah KAMBING GOLEK , haha sedap oih daging kambing ni , dulu qaseh tak bape gemar sangat tapi makin terjatuh cinta dah ..



sate daging dan ayam kat sini pun sedap , qaseh 2 kali round makan kambing golek ngan sate , nasib chef tak cam muka qaseh :p

tu diaaaa , agak-agak berapa orang makan ni heh heh , ni si yaya la makan banyak , nampak je keding ops 

Buffet ramadhan di PICC Putrajaya masih mengekalkan tradisi , kerana bertemakan Warisan Budaya Hidangan Tradisi hidangan utama di sini Gulai Tanjung , Briyani Picc , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dll yang masing2 juga mengikut tema 




tema 'KAWAH BERAPI'


 huwaaa tak sempat gue nak ngap kek red valvet , nasib baik masa review hari tu dah ngap , tak kempunan sangat hihi

tema 'DAHAGA'

tema 'KEBUN BUAH PAK RUSMIE'

Amacam ? berbaloi tak datang makan kat sini untuk berbuka puasa ? bagi qaseh sangat-sangat berbaloi , haaa ni sikit je hidangan , kat sana lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak hidangan-hidangan yang ada , macam nak bawak masuk perut semua je , tapi tak larat haha .. kalau nak rasa semua makanan kat sini , korang kena makan sikit2 je setiap juadah tu haaa , mampu ?? selain dari hidangan-hidangan yang superb ni , juga di sajikan dengan alunan muzik oleh ROSMA AF , dan juga ada cabutan bertuah , hadiah ? sangat lah lumayan ! 

Gelagat Blogger 
Pasal makanan dah citer , meh layan aksi-aksi blogger bila dah kekenyangan , havoc betul sorang-sorang , time lapar sume senyap je , dah kenyang eh eh over pulak haha apa-apapun meriah sangat sampai artis kita Rosma AF jeles , nak jugak bermonopod , ber gopro , bergambar 



kelabbloggerbenashaari dan blogger2 lain yang memeriahkan Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya 





 2 cilik KBBA , comel !! 

ketua KBBA dengan Rosma AF


TEMPAHAN BUFFET RAMADHAN 

Jadi apa tunggu lagi , cepat buat tempahan dengan kadar segera , Buffet Ramadhan di Picc Putrajaya last pada 25 Julai, bagi yang nak buat tempahan  boleh hubungi di talian 03- 8887 6162 , tentang harga boleh tengok kat SINI , dan ada hidangan moreh pada pukul 10 hingga 12 malam , dgn harga RM15 

Untuk pakej berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitiri korporat bagi syarikat2 yang berminat boleh hubungi 

talian : 03 8887 6000
twitter : @piccmalaysia
untuk maklumat korporat PICC sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian kat atas , atau emel kumari.nahu@picc.com.my

last sekali saksikan VIDEO di BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA


tq untuk gambar dan video yang sangat superb oleh WWW.KAIO.MY








Tersilap dalam Luahan Rasa

2 ulasan:
Assalamualaikum , alhamdulillah dah hilang penat , maaf la entry terdahulu entry paling pendek qaseh penah tulis haha nampak tak kepenatan kat situ ..

Bila kita terlampau gembira dengan apa yang kita rasa , sewenang-wenangnya kita bercerita satu alam , ibarat kita lah manusia yang paling gembira , erm salah kah berkongsi rasa bila kita gembira ? hingga tanpa kita sedari ia menghiris satu jiwa .. adakah hanya kesedihan yang perlu kita kongsikan ~ pasti kita membangkang sepenuhnya ! 
memaksa senyum madu di raut senyum lesu - biasan 


kadang-kadang aku sering terlupa dalam kegembiraan yang aku rasa , aku terlupa ada yang memendam rasa , ada yang sedang terluka , ada yang sedang menunggu sebuah jawapan , menunggu takdir apa yang bakal dia hadap nanti , aku lupa yang aku hanya insan biasa , dan aku lupa manusia pendamping yang sentiasa beri semangat juga punya perasaan sama .. maaf , kita memang manusia yang penuh dengan kekhilafan , adakala kita tercerita tentang anak kpd org yang masih tidak punya anak .. masih menunggu masa bila dia bakal mempunyai rasa spt itu , adakala kita sering bercerita tentang jodoh pada seseorang yang masih menanti siapakah jodohnya ,, semuanya kita lupa bukan ~ 

tak salah kita ingin meluahkan segala rasa , rasa yang sangat bahagia , tapi adakala rasa itu harus di limitkan , orang kata besederhana dalam setiap hal , kelakuan .. aku sering melebihi limit yang di tetapkan dan aku tahu bila perasaan bahagia itu muncul , kita rasa seisi alam wajib mengetahuinya .. kerana kita manusia .... tapi kita lupa di sekeliling kita juga manusia yang sama .. 

hati berbicara :
Terkadang ada yang gembira melihat derita nestapa hidup kita.
Terkadang ada yang sedih dan bermuram durja melihat bahagia yang mengulit hidup kita.
Maka.
Hati-hati dalam berkongsi apa yang kita rasa.
Sama siapa-siapa.
Kerana tak semua mereka jujur dengan apa yang mereka rasa untuk kita.
(via cengkih)
p/s : ada org rindu dgn entry meleleh gua mcm dulu2 tak :p 



Aku Penat

3 ulasan:
Sungguh penat , mental fizikal rohani jasmani ..
Sampai takde apa yg mampu aku coretkan lagi

SHOPPING RAYA 2014 ANAK-ANAK ATTAQWA | PROJEK IQRA | PUCHONG

11 ulasan:
Assalamualaikum , alhamdulillah 6 hb 7 , qaseh berkesempatan menjoinkan diri mengikuti program oleh Projek Iqra iaitu SHOPPINGRAYA , kiranya pengalaman qaseh yang pertama , serendah-rendah diri qaseh nak mintak maaf sebab dah lama tak join kelas rakyat ATTAQWA sebab hari minggu qaseh kerja , minggu ni je dapat free , so rebut peluang keemasan ni mengikuti #shoppingraya2014 oleh #projekiqra dan bertugas sebagai mediasosial  , time kaseh sgt dengan chekmie , oh ye kalau korang nak tahu apa itu Projek Iqra boleh baca kat sini TENTANG PROJEK IQRA dan juga KELAS RAKYAT ATTAQWA

#kelabbloggerbenashaari petugas mediasosial 

Program shopping raya team Projek Iqra dan Sukarelawan 2014 bermula pada 5 Julai , dan rumah anak yatim yang terlibat ialah rumah Khairiyah , Klang dan juga rumah Gemilang, Sik Kedah , dan hari kedua 6 Julai di rumah anak yatim Attaqwa , Puchong + asnaf dan keluarga miskin area puchong , alhamdulillah bersama sukarelawan2 yang lain , semoga usaha korang semua di berkati Allah , besar pengorbanan korang , qaseh tabik spring pada team Projek Iqra, ustazah dan ustaz , ummi dan semua yg trlibat yang sedaya upaya menggembirakan anak2 yatim yg sgt bertuah ni .. alhamdulillah 

 untuk para sukarelawan , mendengar taklimat dulu sebelum program shoppingraya bermula 

 ummi yang bertungkus lumus dalam menjaga hal ehwal anak2 di Attaqwa 
 sebelum program shoppingraya bermula ,setiap anak-anak akan di pakaikan tag ni , tag ni akan di tulis dengan nama sukarelawan dan nama anak2 comel trsebut 
anak comel ni nama nya Nur Habah , haha ada bibit2 kelakar tadi , bila dia tengok tag dia kat tangan , lepas tu dia ckp ''nama kita habah bukan ain , muka cuak je ,dah nak g tukar tag dah , then cakap kat dia , ain ni nama akak sukarelawan yg jaga habah nnt , nama habah ada kat belakang tag tu , pastu kemain senyummm comel balik .. hilang dah muka cuak td yee , hihihi 

anak2 ni memang mudah mesra dengan orang , kena pandai bercakap dengan diorang , pandai gaya ... lagi2 bila nampak henfon haa kemain semua duduk atas riba ye hihi 



try cari mana qaseh , haha dah bertukau dengan depa , di ribaan tu adik Nik Nur Alya , masa ni dia tengah amik video dia sendiri , ''hai nama saya alya , cita2 saya nak jadi pembuat kek '' nnt boleh lah kak qaseh rasa kek alya nnt , ameen semoga trcapai cita2mu dik alya .. asal dari kelantan :)

opss mawardi yunus dah ada anak gitu , adi dah ssuai sgt tu haha

bakal-bakal imam , bakal ketua keluarga dan pemimpin , semoga jadi anak2 yg soleh ..

mawardi yunus salah seorang abg mereka yang sgt rapat , ada sampai menangis2 , merajuk nak bermanja dengan abg adi ni , dia memang pandai layan karenah budak .. thumbs up adi ! 
anak2 kat sini teridiri dari golongan perempuan , linkungan 6 tahun - 17 tahun , seramai 45++ orang , lelaki pulak berumur dari 7 tahun- 16 tahun seramai 35++ ..

TEAM PROJEK IQRA 

mereka la orang2 kuat Projek Iqra , kagum sangat dengan mereka , yaAllah alhamdulillah masih ada lagi orang yg sanggup habiskan masa , tenaga dan duit untuk anak2 yatim yang sgt memerlukan bantuan , kak pah tak hadir tadi ada urusan di tempat lain 
Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad


 Ustazah Norhayati yang menjaga anak2 yatim di rumah Attaqwa 
 sukarelawan yang turun padang berkongsi tenaga untuk anak2 comel ini

 taklimat sebelum pembahagian anak2 bersama dengan kakak dan abg2 sukarelawan
''alamak nak shopping apa la ni '' hehe
Shopping raya 2014 untuk anak-anak di rumah Attaqwa bertempat di MYDIN USJ , terima kasih buat pihak mydin yg sudi beri kerjasama , setiap anak di beri rm150 , untuk mereka memilih apa yang mereka mahukan

Kempen TAJA SHOPPING RAYA 2014 Setakat 04/07/2014 :-

BERBAKI lagi 147 lagi anak anak yatim, miskin dan asnaf perlu DITAJA 

* 403 anak anak ini sudah ditaja, 
* jumlah keseluruhan yang mengikuti program ini adalah 550 orang 
Bantu kami untuk mengembirakan mereka  dgn melaksanakan program ini seawal Ramadhan.

Taja 1 pelajar : RM 195 sahaja 
Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di sini .

Atau , (alternatif) ke :- 
Akaun : Maybank 
No.akaun : 564810504003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
emailkan : info@projekiqra.com
Letakan nota : Shopping Raya 2014
Utk maklumat lanjut, 
Hubungi :-
1) solleh : 017 670 2033
2) sharifah : 017 274 8904
3) suhaimi : 019 217 5597

















adik shawn , dia taknak dengan orang lain , dia nak dengan abg dia ni sorg je , hihihi 











saya seorg pemalu >.<


''akak ni selalu amek gambar saya , malu la saya haha''




banyak lagi gambar dekat fb , boleh tgk kat sini ye .. klik sini , alhamdulillah semua berakhir dengan lancar , sebenarnya sangat best bila turut serta dalam program sebegini , memang best . dan buatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang di beri , sedangkan di luar sana ramai sangat yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup masing-masing .. perasaan sebak tu xyah kata la , memang ada , sebab tu qaseh tak bertanya isu2 sensitif kat anak2 di sini , qaseh takut , qaseh yang tak tahan menahan kesdihan .. yaAllah berkati lah usaha team projek iqra , semoga anak2 di sini sentiasa hidup dalam kegembiraan , berjaya dunia dan juga akhirat .. take care adik2 :)

#teamiqra yg lain #sukarelawan #kelabbloggerbenashaari




dua orang ni pun shopping jugak , haha qaseh pun ada tershopping sikit :p


last but not least , comel !!!












No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com