Ubat Sakit Kepala | Minyak Kayu Putih | EUCALYPTUS OIL

Assalamualaikum ..

Sejak kebelakangan ni aku kerap sangat sakit kepala , sakit aku ni bukan tahap parah sampai kena hentak kepala , tapi denyut kat belakang kepala tu buat kan rasa tak selesa , dah sakit ni memang mood pun ke laut , pantang orang bergurau sikit memang nak marah la jawab dia , haaa nampak tak sakit kepala ni kaitkan dengan emosi .

MIGRAIN ? haih aku pun tak tahu migrain  tu sakit dia macamana dan aku pun tak tahu aku ni sebenarnya migrain ke tak , biasa aku buat aku mandi lama-lama bawah pancuran air perghhh lega rasa tapi sekejap je la benda tu tahan kan , cara ke dua pulak aku amek langkah untuk menidurkan diri smpai lebam .. dah tidur memang tak rasa apa-apa la kan .

pantang aku bau rokok , bau busuk , kena panas matahari haaa mula la , sakit kepala datang menyerang , mak datok manja nya seorang manusia yang bernama qaseh dalia ni kan , kena panas pun tak boleh , wahh boleh jadi puteri lilin dah aku , pastu alkisahnya yana ujang ada kongsi petua untuk legakan sakit kepala . katanya cari  EUCALLYPTUS OIL dekat guardian .. so semalam baru aku cari minyak ni , harga dia rm7.20 , so cepat2 aku try .. 


 tadaaa , bau dia best , nasib baik bukan bau minyak cap kapak sebab aku tak suka sgt bau mcm tu , tapi minyak ni bau berangin jugak , sapu kat kepala rasa sejukkk jeee , bukan untuk sakit kepala je , selsema batuk pun boleh .. haaa korang try la kalau tak tahan sangat , so benda ni dah jadi satu barang wajib yang mesti ada dalam beg aku ! tq yana[klik] untuk tips kesihatan ni .

khasiat minyak kayu putih atau bahasa saintifiknya eucallyptus oil
-utk demam selsema /batuk 
palit setitik minyak pada hidung , urut  perlahan-lahan di dada dan belakang dengan minyak ni 
(utk bayi , bancuh dengan air dan minyak bayi , gosok prlhan-lahan di dada dan belakang bayi)

-untuk sesak nafas 
campur minyak secukupnya ke dalam semangkuk air panas yg masih berwap , selubung kepala dgn tuala dan sedut wap ke dlm hidung 

-kembung perut 
sapu pada perut dan urut perlahan -lahan , istimewa utk bayi yang baru lahir apabila di sapu pd pusatnya 

-mandian bayi 
campur  sedikit minyak ni dalam air mandi bayi untuk rasa yang segar , ia dapat meransangkan peredaran darah , menghangatkan badan dan mencegah kesejukan 

-badan yang sejuk 
sapu minyak pada dada dan belakang , kemudian urut perlahan-lahan , bagus untuk wanita yang baru bersalin 

-sengal terseliuh dan lebam2
urut di tempat yang lenguh2 dengan minyak ni , insya Allah kembali pulih 

hati berbicara :
jom try , in shaa Allah dengan izinnya :)

3 comments

  1. Bole cuba miracle refreshing spray. lagi best, melegakan. 1001 mcm khasiat.naz dah tak makan panadol sume dah. migrain kurang,rambut gugur kurang, kelemumur hilang. best utk wanita bertudung. nak try bole pm naz..naz one of the agent :)

    ReplyDelete
  2. K.Ma pernah kena mcm tu..sakit kepala yg teramat sgt..pegi check doktor ckp migrain..

    ReplyDelete
  3. Salam. Cuba amalkan banyak minum air masak waktu dtg migrain tu. Boleh jd darah terlalu pekat waktu tu especially bila datang period (dulu sy slalu kena waktu period). Boleh juga cuba ambil vitamin b utk bg rileks dan tenang. Setakat ni berkesan utk saya..hehehe

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..