Salam Jumaat | PAKSA HATI

Assalamualaikum

First time aku menjoinkan diri untuk aktiviti macamni , mula-mula tengok dari atas ke bawah , ketar lutut , berdebar-debar , segala kemungkinan bermain dalam benak fikiran ,
kalau tali tu putus macamana ?
kalau aku mati macamana , mesti hancur .
aku takut .. tapi aku paksa diri dan letak segala-galanya hanya pada DIA 
alhamdulillah ..

begitu jugak dengan hati kita , sebenarnya kita boleh buat tapi kita kena paksa hati , paksa diri lebih-lebih lagi ke arah kebaikan , bila dah terlalu lama kita rasa kita ni jahat , tak mampu , kita selalu fikir Allah takkan terima aku dah , padahal Allah membuka seluas-luas pintu taubat , cuma DIA nak tengok usaha kita , ada tak kita berusaha ? ada tak kita ubah sesuatu yang buruk itu kepada yang baik ? ada tak kita terfikir betapa dinginnya hati kita dengan yang Maha Pemberi , ada tak kita rasa kita ni terlalu sombong sedangkan apa yang di bagi hanya pinjaman ~

Allahu ... 

Biarlah apa org nak cakap , dia nak cakap kau hipokrit ? dia nak cakap kau munafiq ? dia nak cakap kau hanya berilusi dengan bayang-bayang sementara ~ biarlah sayang , asalkan Allah tau apa sebenarnya hati kau mahu , apa sebenarnya yang terdetik hari-hari dalam hati mu , even kau tak luahkan tapi Allah tahu apa yang kau nak , cuma kau xde keberanian . kan ? kau malu ? kau takut perubahan yang kau buat takkan sampai penghujungnya ...

Aku pun tengah berusaha , kalau kau nak tahu , hari-hari aku jatuh , hari-hari aku tersungkur , dengan apa ? dengan nafsu sendiri .. nafsu dunia , aku dah niat tahu ? hari ni aku nak buat ni ~ hari esok aku nak buat tu  ~ tapi kau tahu apa ? aku jatuh lagi , aku lari dari niat asal aku .. menangis kau tahu ! tapi alhamdulillah , sedikit demi sedikit hati aku lebih kepada positif , bila aku nak buat something , hati aku sendiri yang akan cakap , tak baik sufura , tak baik tak baik tak baik ~ sampai lah aku tak buat , cuma kadang memang kita akan tersasar .. cuma jgn biar ia tersasar lama-lama .. sekurang2 nya kau menyesali dan bangun lagi cuba untuk paksa lagi .. Allah nampak sayang ~ 

satu benda yang paling aku benci waktu sekolah , aku benci pakai stoking dan handsocks sebab aku rasa itu hanya peraturan sekolah yang entah apa-apa , dulu ~ tapi sekarang baru aku tahu , kaki pun aurat ! sukahati hang je cakap itu hanya peraturan sekolah kan .. hurmm banyak sebenarnya lubang-lubang dalam diri aku yang masih belum terjaga , kesiah ayah aku .. nanti kalau aku kahwin takkan aku nak bebankan suami aku pulak ? kesian mereka yang tak bersalah ......... terpaksa menanggung dosa kerana erti sebuah 'kasih sayang'

semoga hari-hari aku membuatkan aku semakin kuat , terima kasih kawan yang sentiasa positif .. yang banyak melihatkan aku tentang ini semua , betapa penting ada kawan-kawan yang tak lokek dengan ilmu , semoga aku juga jadi seorang kawan sebegitu ..... in shaa Allah 

hati berbicara :

       

              حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Pada Dia terletak harapan. Pada Dia adanya kekuasaan.
"Allah knows while we know not."
Dan semuanya kerana Dia; Tuhan.








2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. hati terjentik sgt hrni..stlh bce 2 entri qaseh harini..
    kta2 yg sgt mendalam dn bmkna..
    terima kasih krn mghasilkan nukilan yg sbgni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama