Jangan Takut Terbang Tinggi ~

80 ulasan:
Assalamualaikum ... pagi bloggers ~
''berkali aku jatuh ..aku tetap mahu terbang kembali .. walau parah menanti aku tak takut kerna aku tak mahu jadi pengecut ''

seringkali mendengar pepatah .. jangan terbang terlalu tinggi kerna takut jatuh nanti akan parah ataupun mati .. maybe meaning of that words is jangan terlalu mencuba atau letakkan harapan terlalu tinggi kelak nanti tak berjaya pasti akan melukakan hati ataupun tidak mampu untuk bangun lagi .. tapi sampai bila harus takut ~ atau kita seorang yang pengecut ! contoh ~ bila putus cinta kadang2 takut untuk terus mencuba lagi mencari cinta yg baru ,, kerna takut terluka lagi tapi sampai bila ~ sampai bila ! hingga kita keseorangan di hari tua kah ? heh ~ kesian .. 

semua benda dalam dunia ni pasti ada risiko ..jika kita tak mencuba bagaimana nak merasai nikmat berusaha ~ bukankah hidup kita ni ibarat roda .. sekejap kita di atas sekejap kita di bawah ~ dan bukan kah bumi ini bulat .. sentiasa berputar pada paksinya .. mengapa terus dibuai oleh emosi yang sedih mendudu kerna pernah terluka atau pun jatuh .. kalau kita ikhlas memimpin pasti kita sampai ke pulau bhgia .. adakah orang tak pernah mengalami kekcewaan di dunia ini ? tidak ada satu pun .. maybe sedikit atau teruk ! jangan fikir bila kita jatuh kita tak mampu bangun cuma kita yang tak mahu !so terbang lah setinggi mana yang kamu inginkan jangan pernah takut akan jatuh .. kerna itu lumrah .. dan kamu akan tahu betapa pentingnya orang2 sekeliling yg sentiasa menemani disaat kita mula ingin terbang tapi jatuh .. dan kita cuba lagi terbang ~ akhirnya berjaya .. tapi orang tu sentiasa adaa ..wpun kita dah terbang setinggi2nya ... siapakah ? .. setiap kehidupan pasti ada satu cahaya !

hati berbicara :
''aku tetap akan membawa cahaya walaupun kemana aku pergi ..kerna setiap org ada cahaya ..cuma orang yg hidup dalam kegelapan  dia tak pandai menyalakannya ..''
bila saya terduduk saya memerlukan seseorang untuk membantu saya supaya terus berdiri ..jika saya rebah tersungkur kekadang saya memerlukan teman membantu saya bangun .. bila saya jatuh dari terbangan saya .. saya amat memerlukan sayap utk kembali terbang di awangan ~

KELAS RAKYAT DI RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCONG | PROJEK IQRA'

Tiada ulasan:
Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

KELAS RAKYAT AT-TAQWA PUTRAPERDANA PUCHONG | PROJEK IQRA'
Kali ni qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak tentang projek iqra , sebelum ni qaseh ada tulis dah mengenai projek iqra ni kan , apa dia projek iqra ni haaaa , kalau nak tahu boleh lah tonton video yang qaseh share kat bawah ni , video animasi yang sangat cute , tak lama pun jap je untuk menonton hehe ,

video

Berbalik pada tajuk kat atas , haaaa pertama kali qaseh menjoinkan diri dalam KELAS RAKYAT kali ni oleh semestinya PROJEK IQRA' alhamdulillah , termabul jugak doa qaseh untuk menghadiri program kali ni , buat pengetahuan semua , qaseh ni tiada bakat pun nak mengajar anak-anak yang sangat istimewa ni , apatah lagi untuk menjadi seorang cikgu , mungkin ada yang nak join kan ? tapi tak pandai pulak nak mengajar anak-anak yang soleh dan solehah ni , jangan risau heheh sebab tak susah pun , hanya bantu anak-anak ni buat homework , ajar membaca dan mengikut pengetahuan korang je ,best sangat dapat bantu diorang semua , 

bila berada dalam lingkungan diorang , yaAllah betapa bersyukur nya qaseh sebab masih ada mak ayah yang sentiasa ada untuk membimbing , so anak-anak ni kita datang ikhlaskan diri ajar dorang untuk berjaya dunia dan akhirat , walaupun tiada ayah mahupun mak , anak-anak ni perlu kan sokongan , biar mereka tak terasa kosong , biar mereka rasa sentiasa bersemangat , biar mereka rasa lebih bahagia dan beruntung .. anggaplah mereka ni seperti adik-adik kita , anak-anak kita , darah daging kita sendiri ..

Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” 



 kalau rasa nak join , jom lah sesama ! in shaa Allah kita bantu anak-anak yatim , kita buat mereka gembira , hati pun rasa senang dan tenang je , tengok mereka gembira pun dah rasa bahagia .. 


untuk apa-apa pertanyaan atau berminat dengan semua aktiviti dari projek iqra' ni boleh lah follow page facebook projek iqra kat sini PROJEK IQRA' [klik]

alhamdulillah ..

Menanti dan terus menanti ..

1 ulasan:
Assalamualaikum

penantian itu satu penyiksaan 
hai im mrs poyo !

orang kata penantian tu satu penyiksaan , betul ke ? haii aku rasa aku rasa betullah tu , tapi xde lah tersiksa sangat , adakala buat2 tersiksa je .. lebih-lebih lagi menanti toilet bila rasa ... err2 tu yang paling siksa kot , mesti korang pernah rasa kan siksa yang cenggitu , aihhh rasa nak tendang je pintu toilet tu laju-laju haha tapi bila buat cenggitu apa pulak akan jadi , so biar kan la tersiksa , yang pasti sementara cuma

tapi tu dari segi fizikal , bila menanti yang melibatkan perasaan dan mental ni , hurmm agak tekanan jugak , menanti sebuah jawaban , eh mcm lagu PADI pulak .. haaaaaa penat la weh , siksa dah menanti dan terus menanti ni dan menanti , menanti terus menanti sampai pengsan , ada orang tu menanti hingga hujung nyawa , isy isy kenapa la manusia ni suka membunuh diri dia sendiri melalui harapan yang sememangnya tak pasti dan xde gunanya langsung , ni lah org kata ikut hati mati ! betullah tu hati tu dah mati .. hurmm berapa banyak 'ti' pun aku tak pasti 

sejujurnya kdg-kdg betul penantian tu satu penyiksaan , tapi andainya tiada penantian tidaklah rasa 'rare' hidup ni , tak salah pun nak menanti apa pun jua , tapi jangan sampai membunuh diri sendiri , dan juga jangan terlalu kecewa dengan apa yang kita tunggu tu tak berakhir dengan apa yang kita sangkakan .. bak kata seseorang , hidup kat dunia ni kena berpaksikan pada yang satu , yang pasti setiap sesuatu tu pasti berakhir dengan kebaikan , walaupun jalan tu penuh duri dan taik , andai kita berprasangka baik dengan Tuhan kita yang satu iaitu ALLAH , pasti akan berakhir dengan kebaikan , 

cuma masalah nya kita yang tak pernah sabar dalam menunggu .. kembali pada DIA , DIA akan berikan lebih dari apa yang kita inginkan ,,

adios ~ pergi kerja dulu bye bye 



SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014

5 ulasan:

SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014 | 31 january lepas qaseh berkesempatan mengikuti acara ini yang bertempat di Dataran Letak Kereta Kip Mart Senawang Seremban selama 3 hari dua malam . Senawang Food Festival ini di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia , KIP MART , Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan . Acara ini telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali , Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Terima kasih buat MYMEDIA atas jemputan sempena sambutan Tahun Baru Cina

Majlis Perasmian 




Penari-penari yang memeriahkan majlis perasmian dari KEMENTERIAN KESENIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA 


Karnival ini di meriahkan lagi dengan pameran jualan , minuman kesihatan , barangan kraftangan , dan banyak lagi , pameran jualan  ini di buka oleh peniaga-peniaga tempatan khususnya dari Persatuan Peniaga Makanan Halal , karnival yang di anjurkan oleh MY MEDIA MANAGEMENT ini sebenarnya bertujuan mengenalkan dan mempromosi jenama IKS dan HALAL FOOD kepada umum , haaa bagus kan , pemakanan kita lah yang mempengaruhi kesihatan kita , jom kita tengok apa yang ada di sepanjang karnival ini .



berkesempatan merasai makanan kesihatan ni , haaa kalau nak tahu ini sebenarnya roti gardenia yang di makan bersama dengan minyak zaiton dan rempah zaatar , boleh cuba ye .. mula-mula agak pelik rasanya tapi bila lama-lama sedap pulak ! hehe

losyen d'olive yang sangat wangi dan cepat meresap masuk ke kulit .. 

barangan kait , yang di usahakan secara berkumpulan , cantik dan kreatif ! 

Selain dari pameran - pameran jualan di sepanjang karnival , juga di adakan aktiviti pertandingan melukis kanak-kanak , cabaran fotografi , senawang food hunt , traditional lion dance , dan juga pertandingan memasak lauk tradisional Negeri Sembilan 





aktiviti membahagi buah limau kepada kanak - kanak , kemain lagi meriah kalau singa betul berani tak nak ambik ? hihi ... 

Karnival yang berlansung selama 3 hari ini menampilkan barisan artis JOEY BPR , AFEE UTOPIA , DUAN OLAN ,DAN JUGA NIZAM LAKSAMANA , perghh semua dari otai - otai rock kapak daripada industri tanah air kita , selain itu juga  diadakan  pertandingan karaoke dan program amal bersama anak yatim piatu dari PEYAKIN 







pandai abg ni posing , anak-anak yatim piatu dari PEYAKIN turut terhibur dengan gelagat abg sorg ni yang tiba-tiba buat aksi superman , hehe jangan mare ye bang , dari pihak MYMEDIA 

 Karnival di gamatkan dengan persembahan pakcik ni haaaa , main gitar katanya .. tapi pakcik ni memang superb sporting ! 

Kesimpulannya , berbanyak terima kasih kepada akak HARTINA ARSSID iaitu Pengurus Operasi dan Jualan MY MEDIA dan EVENT MANAGEMENT yang menganjurkan SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014 dan sudi menjemput kami dari pihak blogger untuk menyertai karnival ini , dan juga dari pihak lain yang turut terlibat , syabas atas usaha kalian ...

@2010 | www.qasehdalia.com