Railway Tourism Malaysia | Railway Tour | [melancong menggunakan keretapi]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


PAKEJ PERCUTIAN KERETAPI anjuran KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN[klik] dengan kerjasama RAILWAY TOURISM ASSOCIATION MALAYSIA[klik]  Sempena Visit malaysia 2014 , qaseh nak bercerita tentang program qaseh ke IPOH bersama sahabat blogger dan media yang lain pada 10 , 11 dan 12 januari baru2 ni , yang menariknya perjalanan qaseh kali ni bukan dengan bas mahupun flight , asyik-asyik dengan bas je kan jadi kali ni qaseh berpeluang untuk menaiki keretapi ETS , bagi yang tidak tahu apakah ETS ni ia adalah shortform bagi ELECTRIC TRAIN SERVICE ,dan ini adalah pengalaman kali pertama qaseh mengikuti program sempena tahun melawat malaysia dengan menaiki keretapi , perasaan ? memang seronok dan sangat TERUJA!! dan qaseh ingin berterima kasih atas jemputan dari RAILWAY TOURISM memberi peluang dan kesempatan untuk mengikuti pakej yang sangat menarik ni



sebenarnya program ini adalah program pertama dari KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN  iaitu pakej pelancongan yang berkonsepkan melancong dengan menggunakan keretapi (Railway Tour), 10 januari 2014 tempoh hari telah berlansungnya majlis pelancaran program ini yang bertempat di KL CENTRAL yang di hadiri oleh blogger-blogger , sahabat media , photoghrapher, pelancong dan ramai lagi yang turun padang untuk sama2 menyaksikan pelancaran RAILTOUR ini .

hah ! tak lupa pada agensi yang terlibat dalam program ini iaitu RAILWAY TOURISM ASSOSIATION MALAYSIA (RTAM) yang di pengerusikan oleh PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN  dan juga KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB). Perlancaran tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ,YAB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz dan disaksikan oleh PUAN KHADIJAH selaku pengerusi RTAM ..alhamdulillah majlis berjalan lancar dan di sambut meriah dengan pembukaan tarian vmy2014 oleh penari-penari dari istana budaya



maka majlis pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 berjalan lancar yg dirasmikan oleh Yb Dato' Mohamed Nazri B. Abdul Aziz atas kerjasama pengerusi Railway Tourism Puan Khadijah Abd Rahman (berbaju merah)

Selesai majlis pelancaran , apa mau tunggu lagi moh la kita ke IPOH ye , KL-IPOH mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit , ETS ini memiliki kelajuan maksimum sehingga 140km/j dan di lengkapi pelbagai kemudahan yang sememangnya memberi keselesaan pada para pelancong



ETS yang tak terasa dengan kelajuannya , terbaik untuk orang yang selalu mabuk bas macam Qaseh , so lepas ni antara pilihan bas dan ETS , semestinya ETS jd pilihan

yang bestnye YB MENTERI pun turut sama-sama menemani kami menaiki ETS untuk sama-sama ke IPOH , segak kan beliau dan peramah dengan kami semua , mana taknya beliau melawat semua KOC dan beramah mesra dengan kami

haaa bila lalu depan qaseh memang konfirm-konfirm kena tangkap bergambar kan , masa ni YB tanya "haa kamera mana satu ni dan senyum '' say cheeseeeeeeee ~ alhamdulillah berkesempatan juga merakam kenangan dengan MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA Yb Dato' Seri Mohamed Nazri B Abdul Aziz 


antara kemudahan lain yang terdapat dalam ETS ialah kemudahan cafe , tandas separa automatik , plug untuk charging dan ruangan tempat duduk yg selesa  .. dalam masa 2 jam lebih qaseh tak sempat nak berkhayal tup tup sampai sudah di IPOH , wah laju gila ! terbaik kan ?


haaa satu lagi kelebihan ETS ni menyediakan khidmat pramugara dan pramugari , biasanya flight aje ada perkhidmatan mereka kan ? jangan main-main , ETS pun ade .. cantik dan ganteng lagi .

 JOM QASEH CERITA  PAKEJ-PAKEJ MENARIK YANG DI LANCARKAN OLEH RAILWAY TOURISM 

Pakej yang qaseh join kali ni adalah EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL [klik] 



memang berbaloi-baloi la pakej yang Railway Tour sediakan , antara pakej lain yang ada korang boleh lah pilih mana-mana pakej je yang korang nak , memang terbaik ! 

kalau korang nak tahu lebih lanjut pakej-pakej lain yang di lancarkan oleh RAILTOUR ni , klik-klik la setiap pakej yang qaseh dah senaraikan , so hari tu qaseh telah di tempatkan di HOMESTAY KG BENG , nak tau best atau tak jom kita layan KONSERT di IPOH dan MAJLIS PERASMIAN BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI terlebih dahulu .. Majlis Perasmian Brosur dan Mini Konsert [klik sini]

\

untuk maklumat lanjut :
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. nice..best naik ets..slalu je balik perak naek ets..sebab blaja kuis naik dari ktm bangi exchange ke ets di kl sentral..xpayah tempuh jem balik kampung =)

    BalasPadam
  2. okeh..ada najwa latif lagi tu..wahh..

    BalasPadam
  3. seronoknya dpt naik ets... huhuhu...

    BalasPadam
  4. ETS memang best n laju jek sampai.. performance pon best.. najwa latuff gitu... http://yusmanorain.blogspot.com/2014/01/railway-tourism-2014-bersama-sahabat.html

    BalasPadam
  5. wow...semuanya menarik...cost pun amat2 berpatutan..thanks adik for sharing with us...

    BalasPadam
  6. bila la nok ado keretapi laju camni ke klate..mesti best boleh balik xyah susah-payah rempuh jem

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama