Name Card Blogger .. Penting ke ada name card ?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni aku sibuk berjalan sana , berjalan sini , wahh gaya macam blogger hebat padahal takdo maknonyoo laa , saje mengekor kutip pengalaman , maklum la selama ni macam katak bawah tempurung je , duk ong ong ong gitu je , bukan nak cerita pasal pegi jalan-jalan ke melancong ke ape ke , cuma nak tunjuk name card aku je .. haaa , eh selama ni aku tak pernah berminat pun nak buat name card bagai ni , sape la nak name card blog qasehdalia.com yang hidup segan pemalu ni , tapi  ...atas saranan otai yang berpengalaman suruh buat je name card , nanti jumpa ramai orang rugi la kalau tak kenalkan blog kita , dia nak masuk ke tak ke , suka hati dia la , mana tahu duk boring-boring xde keje dia trbukak hati nak tgk .. haaa 

so bertungkus lumus lah aku survey - survey mana nak tempah name card ni , sebenarnya aku dah ada dah name card , tapi yang gambar britney spears , lepas tu kat atas name card tu pulak , ada kata-kata 'INGAT SUE SELALU'' , kalau bagi yang tu , mau meroyan cik abg syg asyik duk ingat 'sue' dia selalu , haha , name card masa sekolah rendah dulu2 , mesti pernah buat kan ? so akhirnya aku buat jugak lah dengan HAFIZZY AZIZ [klik] 

2 kotak Matt Lamination Gred A (kalis air) 
harga hanya RM65 

ni lah name card aku , agak jambu jugak la dengan kombinasi pink dan hitam tapi tu yang aku mintak , korang nak macamana just bagitau beliau , nanti dia designkan , nak tengok contoh2 lain masukla kat blog beliau , klik je link kat atas tu ye 

so penting atau tak name card untuk blogger ? bagi aku kalau buat name card untuk simpanan sendiri memang tak penting langsung la kot buat name card , haha .. tapi jika korang-korang yang sangat aktif dan selalu jumpa ramai orang di luar sana , tak kisah la dari blogger ke pak menteri ke , sahabat media ke haaa masa ni lah boleh mempromote blog kita , alaahhh bagi je , kalau malu nak bagi tutup muka dengan plastik hitam , dengan cara macam ni jugak dapat bertukar-tukar kad kan , ade masa atau ada hal untuk berurusan boleh contact-contact ... 

8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. penting kot bagi sesetengah blogger... agi akk belum penting lagik...

    BalasPadam
  2. ena masih tak buat2 lagi namecard ni.. hurmmmmmm.. ena ni bukanlah blogger terkenal... T^T

    BalasPadam
  3. klu ada bisnes ok kot, klu sekadar blogger x pyh la.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Dalam perniagaan kad nama atau kad perniagaan merupakan salah satu komponen penting untuk entiti perniagaan. Ia sebagai salah satu kaedah untuk menghebahkan maklumat sesuatu organisasi atau individu.

    Kalau individu itu pula tidak secara langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan, mungkin mempunyai kad nama adalah salah satu pilihan. Namun pada masa kini, pasti seseorang itu mempunyai laman web sosial seperti blog dan facebook. Dan pasti juga telah ramai yang mempunyai "link affiliate" dan menyertai program pengiklanan seperti "8Share" dan Nuffnang. Maka dengan mempunyai kad nama yang tertera alamat blog atau laman web sosial yang lain dan memberinya kepada orang-orang tertentu, pasti akan meningkatkan lagi peratusan laman blog kita untuk dilawati. Makin banyak trafik yang masuk adalah lebih baik untuk blogger yang menyertai program affiliate dan pengiklanan.

    Namun jangan sebarangan orang kita berikan kad nama itu. Pilihlah yang betul-betul "bersih" bagi mengelakkan sebarang bentuk gangguan sama ada sedar ataupun tidak. Ini kerana pada kad nama itu selain dari tertera alamat blog dan emel, mungkin ada alamat rumah, nombor telefon dan juga gambar pemilik. Jika mempunyai gambar, wajib berhati-hati kerana kemungkinan jenayah seperti culik, ragut,pukau dan rogol akan berlaku kerana "seseorang" telah "cam" muka kita dan tahu serba sedikit maklumat peribadi. Malah kemungkinan kita diganggu ilmu hitam dan pemujaan pun ada juga... Maka sebab itulah kita kena betul-betul pilih hanya orang tertentu sahaja yang layak mendapat kad nama kita itu.

    Lagi satu kemungkinan, jika kita telah beri pada orang yang kita yakin selamat, tetapi mungkin kad itu telah hilang atau tercicir. Mungkin juga diberikan kepada orang lain kerana bukan semua orang suka simpan kad nama....

    BalasPadam
  5. macam best jee. hehe. teringin gak wat name card actually. one day.. hehe

    BalasPadam
  6. memang penting
    sebab dari sekeping kad lah, mungkin orang akan ingat kita dan mula kenal kita
    melainkan, lepas kita bagi, dia buang..
    Ada ke? Eh!

    BalasPadam
  7. cantik kad tu....ada keperluan juga utk blogger ada kad mereka sendiri...

    Recent Post from MQ~Live :
    Jawapan Jakim : Isu Halal Starbucks & Coffee Bean.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama