Perasaan itu unik..

5 ulasan:
Assalamualaikum ,
Rasa macam nak bersara pulak dari dunia blog, hehe tapi sayang pulak sebab dari blog lah banyak kenangan yang tercipta.

Hidup tak pernah lari dari kekecewaan , kecewa atas sebab yang pelbagai , kecewa kerana tidak dapat apa yang kita inginkan , mungkin .. dan atas sebab tu tidak dapat menahan tangisan , ya benar tangisan itu tidak dapat memberi apa yang kita mahu dakapi , tapi dengan tangisan sahaja yang mampu membenamkan segala rasa , sampai bila mampu menahan tangisan yang berlubuk , tidak pada harapan , tidak juga pada segala perasaan , yang pasti senyuman mampu merobek segala nya .. mungkin hanya luaran yang nampak tenang , tapi dalaman yang kusut .. di antara titik yang ingin di capai ada di tepian yang sakit antara pilihan.
rindu travel , bila berada di tempat asing , segala perasaan kita hanya tertumpu pada satu benda , iaitu kegembiraan 

Haha orang kata perasaan itu senantiasa berubah , perasaan itu unik .. perasaan itu penuh dengan cabang , andainya ia bertebaran serata alam , pasti ia akan menuju hanya pada satu titik , titik itu yang mampu mengawal segala cabang perasaan yang bertebaran ... perasaan yang berbaur dengan segala rasa .. bercampur dengan keinginan hati , kehendak diri dan juga rasa yang keliru , yang sangat keliru ... orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal perasaan , bukan untuk diri dia sendiri tapi pengorbanan untuk kebahagiaan orang-orang yg tersayang .. sadisss , pengorbanan adakala menyiksakan.

aku tahu esok bukan sama dengan hari ini , esok tidak seperti yang aku lalui sebelum ni , esok merubah segalanya .. dan esok juga bakal menentukan kebahagiaan .. bahagia atau tidak .... bukan juga di tangan aku , dan yang pasti bila kaki sudah berada dalam satu detik yang asing , segala berubah .. segala-galanya ... perasaan ? usah soal perasaan ... hanya ada satu benda yang terlalu dalam utk di fikirkan , iaitu pengorbanan .....

hati berbicara :

aku pun tak tahu apa yang aku coretkan , hanya melontar suara melalui patah kata yang adakala tersekat di sudut hati , seakan ada sesuatu yang ingin keluar , bukan emosi tapi hanya secebis luahan , luahan yang tidak akan kedengaran di sudut dunia :)
selamat malam .. 

Blogger Day Out at Klang Parade | Create New Memories

6 ulasan:
Assalamualaikum

Baru-baru ni qaseh menjoinkan diri bersama blogger-blogger lain dalam menjayakan 'Bloggers Day Out di Klang Parade , sebenanrnya ni kali pertama qaseh menjejakkan kaki di Klang Parade , tak berkesempatan jalan-jalan ke sini , biasa lepak Putrajaya je , xtahu pulak kewujudan Klang Parade ni , dan banyak yang telah di ubah suai , dan juga banyak kedai2 yang menarik perhatian ,so lepas ni ada lah port baru untuk lepak-lepak , bosan dah asyik tempat sama je kan .. so enjoy sangat dengan aktiviti yang di anjurkan pada hari tu , haa nak tahu apa aktiviti2 yang kami buat ?

first daftar dulu lah ye wahai blogger-blogger sekalian , ni namanya blogger uzu , suka pakai baju pink , se pink pipinye :p

dah selesai daftar , kami di bawa ke tingkat atas , ada kejutan persembahan buat kami , aiceh .. terasa nak joget je tengok persembahan dari Rejuvenate Dance Crew ni , power betul persembahan mereka tengok lah haa golek-golek , guling-guling semua ada .. nak je qaseh masuk sekali tapi mesti rosak tarian nanti hihi

Peanut Butter Studio akan di buka di Klang Parade nanti dalam bulan Januari 2015

khusyuk layan diorang buat persembahan hinggakan tak sedar dengan aktiviti seterusnya , kemudian kami di bawa ke tempat ehemmm , ramai suka kalau pergi tempat ni , lebih-lebih lagi yang suka melalak dalam bilik air , haha apa lagi karoks time ! Firezone KTV Family , bapak besaunya tempat karoks ni , boleh muat 20 lebih orang , memang sesuai bawak family , lebih-lebih lagi family yang ramai pulak bilangannya hehehe , layan je diorang nyanyi , suara masing-masing macam artis , eh memang kalah lah artis2 ni ha


nampak tak muka-muka lapar , orang suruh nyanyi bukan makan oiii haha 

Next! kami di bawa bermain-main , dulu qaseh selalu jugak lepak tempat game macam ni , hilangkan bosan , haha selalu main game kereta , dan tembak-tembak gituuu , perangai budak-budak memang tak boleh di basmi lagi , so kat sini pun ade tempat game , ai loikeee ~ nama nya Circus-circus , dah bagi token free memang semua game la aku nak main , sampai lenguh tangan ni haaa

nampak tak muka happy kalah kanak-kanak ribena 


hurmm dah kepenatan main game , kami di pecahkan mengikut kumpulan , kumpulan-kumpulan mengikut warna ribon yang di beri , qaseh ribbon pink , yeyyy power rangers pink lah kite , so group qaseh kena buat task-task yang di sediakan , aiceh mcm seram je bunyi task nya ... jeng jeng jeng , task nya mudah bangett , dan enjoy je .. 

Fruit Satay Task
ok kami di bawa ke kedai Fresh Fruit , untuk membuat fruit satay , alamakkk senang je haaa , cucuk-cucuk je buah nya di lidi , lepas tu makan .. macam nyesal pulak aku cucuk sikit je buahnya , kalau cucuk banyak mesti kenyang gila haha tamak di situ ye , ermm masing-masing pun kemain , dah macam buat satay ayam dan daging la pulak 


buat apa ni haa , cucuk kat lidi ke terus masuk mulut .. so kalau datang Klang Parade , jangan lupa ke sini , boleh makan rojak buah , nak buah apa ? semua buah ada ..

Tune Talk Action Task
aiceh nama tak boleh blah kan , dah kenyang makan buah kami menuju ke kedai Tune Talk , ingat nak suruh buat apa la , rupanya kena beraksi ala-ala gangster kat kedai Tune Talk ni ha ... qaseh ni kan ayu haha hentam je la labu , tapi tq untuk tune talk sebab bagi sim kad free ! 


poyo je minah ni 

Nail Spa
Last task kitorang menuju ke Nail Spa , ai loikeeee , btw tq bagi baucer 100 untuk laburkan di nail spa ni , so kitorang apa lagi , berspa la , aiceh takdela berspa sangat sebab masa tak mengizinkan so kami di beri peluang untuk mencantikkan kuku satu jari sajooo .. qaseh saja suka-suka pilih warna merah , last-last dia lukis bunga kat kuku kite , woahh cantik .. 



semua gembira je , dan enjoy tq buat kak ruby dan jugak pihak Klang Parade yang mengenalkan mall best ni dan atas aktiviti yang sangat santai dan fun ni , tq so much .. lepas ni kami datang sini lagi habiskan voucher2 yang ada ! hehe

then kitorang semua ke food junction untuk mengenyangkan perut , dan habiskan kupon makanan rm30 , qaseh tak habis guna pun kupon tu haha perut kecik je , so qaseh sedekah kan pada yang perut-perut besar ops .. sedap makanan kat sini , qaseh makan mee sup ani utara , memang thorbaik sup dia 



Akhir sekali photo group sesama di pentas bersama upin dan ipin , btw masa aktiviti-aktiviti di jalankan , sempat lah mata ni meliar , banyak sale kat sini , dan harga pun boleh tahan murah .. dan ada satu kedai ni ala-ala daiso , semua harga RM5 haha , qaseh suka sangat kedai yang jual barang-barang harga murah ni sebab boleh beli banyak-banyak hihi , apa-apapun te so much buat pihak Klang Parade yang menjayakan bloggers day out ! 

KLANG PARADE BEST KAN ?
BETUL BETUL BETUL











SET SKINCARE WINTER BY COSMODERM AT KUNMING CHINA | SKINCARE SET TERBAIK

5 ulasan:
 Assalamualaikum

Alhamdulillah , qaseh dah selamat sampai di Malaysia selepas 6 hari 5 malam berada di China , hurmm pengalaman yang sangat best , sebelum ke China , kawan-kawan pesan suruh beli sunburn sebab kat sana cuaca yang sangat-sangat dingin dan mungkin akan menyebabkan kulit kering , risau jugak produk apa yang sesuai untuk jaga kulit wajah dan juga badan ..
Aduhai muka ku yang cantik tolong jangan sunburn 

Akhirnya qaseh memilih Set Skin Care Winter by Cosmoderm , satu set untuk wajah dan juga badan 

Inilah dia produk pilihan qaseh yang di bawa ke China Vitamin E Cream 1 3000 IU , Q10 Gentle Cleansing Milk , Tea Tree Oil Magic Lotion dan Advance Moisture Theraphy Cream , haaaa apa kebaikan set skin care winter ni ? Yang pasti qaseh suka semuaaa ! Xtahu nak cakap macamana tapi gembira bila tengok dan pegang wajah sendiri .

Untuk wajah qaseh suka guna Vitamin E 3000 IU , biasanya qaseh pakai sebelum tido dan juga sebelum keluar jalan2 ,apply seluruh muka dengan Vitamin E ni , kebaikan nya untuk menyembuh dan melembabkan kulit , so bagi yang ada jerawat sangat sesuai guna vit E ni , nanti jerawat korang akan kecut dan makin hilang .. Vit ni juga mngurangkan tanda penuaan dgn kuasa anti penuaan dwi tindakan yg sangat efektif , dan kulit muka lebih anjal.

Untuk kaki dan tangan pulak , qaseh apply Advance Moisture Theraphy Cream , sangat sesuai bagi mencegah kulit daripada kering , lebih2 lagi jika ada rekahan di tumit ataupun kekerinngan pada tangan dan juga kaki , cream ni juga bagi kulit kita lembab dgn gabungan Vit E , ekstrak herba dan minyak Tea Tree , suka pakai banyak2 haha sebab tak berminyak dan cepat je meresap dalam kulit , satu lagi qaseh suka bau cream ni , wangi!!

The most favourite qaseh ialah Gentle Cleansing Milk ni haa , kenapa ? Kenaoa suka sangat cleansing milk ni ? Hehe sebab lepas qaseh cuci muka dengan pembersih muka  ni kulit muka rasa lembut sangat , dan senang cuci segala mekap yang ada tanpa tinggalkan saki baki haaa , cuci2 je muka dah bersih dan lembut bak sutera  dan ia bebas sabun dan juga larut air .. Satu lagi sebab ia berasaskan susu . i loikeee ~

Untuk badan pula , hurmm qaseh dari dulu ada jerawat badan dan kulit belakang berminyal bila terlalu banyak berjalan , so dengan apply Tea Tree Oil Magic lotion ni dpt selesaikan masalah qaseh , jerawat dah makin kurang , bila apply losyen ni badan rasa sejuk dan juga segar .. Uhhh nyaman gila , haaa satu lagi losyen ni boleh digunakan sebagai deadoran , mencerahkan ketiak dan juga menyelesaikan masalah bau badan !


kesimpulannya , jika korang nak pergi travel , perlu ada Set Skin Care Winter by Cosmoderm ni dalam beg korang , sebab kita tak tahu cuaca di lain tempat kadang2 rosakkan kulit kita , even tak pergi travel pun wajib ada skin care set ni , betul2 terbaik , dan yang pasti produk dari Cosmoderm ni semuanya halal

Untuk dapatkan produk cosmoderm boleh ke laman web rasmi cosmoderm www.cosmoderm.com.my atau boleh lawati page facebook cosmoderm di www.facebook.com/Cosmoderm

Drama Siri SELUDUP | 4 Disember 2014

2 ulasan:
Assalamualaikum

Baru-baru ni bertempat di TGV One Utama , qaseh di beri kesempatan untuk menonton Tayangan Perdana drama seludup bersama artis-artis yang bertungkus lumus dalam menjayakan drama ini , tak lupa orang kuat dalam drama seludup yang merangkap sebagai pengarah iaitu Jehan Miskin , wahh segak dan bergaya gitu

Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.

Barisan2 pelakon yang turun padang , hebat2 semua ni

Sempat berwelfie dengan artis Pekin Ibrahim  


Best drama ni , suspen pun ada , so bagi korang yang ada astro kat rumah tu jangan lupa saksikan Drama Siri SELUDUP , bermula esok !!!!!! 

Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap hari KHAMIS , pada pukul 8.30 MALAM ,di Astro Prima (Channel 105) ! Bermula 4 Disember ! Jangan lupa ok , cite ni besttttttt.




Perasaan bila di taja ke China oleh Air Asia | AABC

16 ulasan:
Assalamualaikum Dah lama sebenarnya nak buat entry ni tapi banyak betul halangan-halangan nya , alhamdulillah entry ni saja nak berkongsi berita gembira bagi blogger suam-suam kuku macam qaseh ni , haaaa ceritanya bermula begini .. Hari tu duk melepak je sambil layan group whatsapp kelab blogger , ada member ni berkongsi berita gembira , member tu si gadis blur Yaya Natsumi , katanya dia dapat email dari Air Asia yg menjemput beliau mengikuti trip ke Guilin China , wehhhhh serious ! So wish happy , bila pulak aku nak dapat jugak ni , haha ..

 Best wooooo berjalan tempat orang , aku ni kaki merayau jugak tapi nak tunggu duit aku sendiri mmg lama lagi lah , tambah2 tengah prepare pasal kahwen tahun depan ni , wupsss Nak di jadikan cerita , aku pun check lah email , aku ni biasanya seminggu sekali baru cek email di tambah pulak notification email dah tak berapa nak function , tak tahu lah kenapa .. Geram pulak den , ok cek punya cek , ada email dari Air Asia , ingatkan email macam selalu lah promosi - promosi tempat pelancongan menarik .. Tapi mak aihhhh teruja baq ang , Air Asia ajak pegi Kunming China , pergh ajak tu , hehehe bahasa pasar betul .. Pastu aku ni susah sikit nak percaya , so share lah kat group kelab blogger ben ashaari kesayangan aku tuh , nak pastikan je , kot2 saja nak troll budak noob macam aku ni , hahaha ..

 Dah di sahkan betul-betul , ini bukan cobaaaaaaannnnnnnn , tetiba banyak benda bermain di fikiran time tu jugak ! Macam mesin basuh baru di putar , macam tu lah otak aku berpusing .. Eh nak pergi ke taknak , nak pegi ke taknak ! Hal kawen banyak lagi nak uruskan , itu lah ini lah , blablabla , tapi kawan2 dalam group suruh pergi , cehhh kiranya bagi semangat lah pulak , tiba2 otak berputar macam mesin basuh tadi makin slowww pergerakannya , dan dapat 'bengong' dr ben ashaari sebab aku ada ckp something yg bengong hahaha , tapi tu aku anggap kata-kata tu sebagai semangat jugak la , hikhik , jadiiiinyaaa dah decide akan ku tinggal tapak kaki ku di sana ..

Dah siap pun passport semua , apa-apapun thanx a lot buat Air Asia yang sudi memilih qaseh untuk join trip ke KUNMING CHINA , 5 disember - 10 disember 2014 .. Thanx a lot buat kawan-kawan yang always support , inshaaAllah next time korang pulak ! Ada macam buat ucapan kat anugerah juara lagu tak ucapan aku ni , haha papepun i love u #AIRASIA #AABC , Btw , pena berkala , khai artzfar , eazy izuddin , aida sue pun turut serta dalam trip kali ni , aummmmmmmmm ~ byeeee .. Xde gambar entry kali ni , tunggu g china dulu deh tepek gambar banyak2

MZ SECRET BOTOX CREAM | CREAM MUKA BEST

2 ulasan:

Assalamualaikum ,

Nak kongsi satu rahsia dari MZ SECRET , BOTOX CREAM , haaa jangan takut ni bukan botox yang suntik-suntik tu tapi hanya lah cream muka .. First guna rasa macam sejuk je muka , dan boleh guna produk lain selepas guna cream ni , cepat je kering macam korang tak pakai apa-apa , nak tahu kelebihan dia ? Baca sampai habis k , bagi yang ada masalah jerawat , atau jeragat dan banyak lagi boleh try .. 

Dan botox ni adalah Botox yang pertama dalam malaysia , so tak perlu la nak pergi thailand semata-mata untuk membotoxkan muka anda , guna BOTOX CREAM ni sudah .. Lagipun halal dan murah , nak cantik kena pastikan halal jugak ye baru lah nampak berseri .. 

RAHSIA MZ SECRET BOTOX CREAM.

WAJAH TERASA TEGANG DAN GEBU SEAWAL 14HARI!

Botox Cream membantu mencerahkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, garis-garis halus di muka, menghilangkan cela dan lain-lain.

Botox cream ni boleh dipakai untuk siang dan juga malam. Senang dan mudah! Hanya sapu di muka setiap pagi dan malam!

Botox Cream ini sangat sesuai untuk semua masalah kulit normal atau sensitif. Juga boleh gunakan oleh semua golongan umur dari 18 tahun sehingga umur 60 tahun.




Nilah rupanya Botox Cream Mz Secret ,



Cream ni macam gel je , tu yang membuatkan muka jadi sejuk je bila pakai dan wangi , sapu kat muka macam biasa , biarkan ia kering lepas tu boleh pakai product lain yang biasa korang pakai .. Mudah dan senang je kan ..


Kelebihan Botox Cream :

MENEGANGKAN KULIT WAJAH
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN, KULIT TAMPAK AWET MUDA
MENGHILANKAN MASALAH GARIS-GARIS HALUS
KULIT NAMPAK PUTIH SECARA NATURAL
KULIT SEKATA DAN TIDAK BERMINYAK
PORI MENGECIL
MENGHILANGKAN JERAWAT SERTA PARUT-PARUT JERAWAT

Cara nak pakai BOTOX CREAM ni senang je , calit-calit sikit kat muka lepas tu sapu serata muka , haaa mcm gmbr atas ni , tak nampak sangat sebab cream ni warna jernih dan macam gel , tapi seriously cepat kering je , lepas dah kering korang boleh guna produk lain .. Pakai pada waktu pagi dan jugak malam .. Tak melekit langsung , ramai pulak artis-artis pun pakai produk ni , sape taknak cantik oiiii .. 

Keistimewaan Botox Cream :

KESAN DAPAT DILIHAT SEAWAL 14 HARI PENGUNAAN
TERDAPAT PAKEJ UNTUK PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA
JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN
BEBAS KESAN SAMPINGAN/NEGATIF
DIJAMIN HALAL
MENDAPAT KELULUSAN KKM
DIJAMIN SAMPAI KE ALAMAT ANDA DALAM TEMPOH 2-3 HARI BEKERJA

Mana nak dapatkan Botox Cream ni boleh follow instagram @mzsecretmalaysia
Ataupun laman web MZsecret MZ SECRET (KLIK)

Wordless Wednesday : Make Over Qaseh Dalia

10 ulasan:








MUA BY YANN ESKAY
FB : Yanneskay
IG : @yanneskay 

LIBRESSE THE HUNT BERSAMA ADIBAH NOOR DAN FAHRIN AHMAD | NEW LIBRESSE

1 ulasan:
Assalamualaikum

Buat wanita di luar sana , berita baik untuk yang mempunyai masalah kebocoran setiap kali datang haid , opss kadang-kadang benda tu sangat normal bagi kita perempuan ni , dah tak boleh lari dari masalah kebocoran , dan yang pastinya adalah di sebabkan pad yang tidak sesuai , haaaa berita baiknya LIBRESSE memperkenalkan dua produk baru iaitu Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit Liner.

LIBRESSE MAXI NIGHT SECURE
Kajian menunjukkan bhawa 50% mengalami kebocoran pada bahagian belakang , dengan Libresse Maxi Night ini menyediakan keselesaan muktamad melalui potongan belakang baru yang lebih luas untuk keselamatan tambahan sepanjang malam, terdapat dalam versi tanpa haruman dan mengawal bau , haruman teh hijau.

LIBRESSE LONGER AND WIDER CURVEFIT LINER
Direka mengikut bentuk semula jadi dan lekuk tubuh wanita . Bahagian tengah lembut dan mudag di bentuk , bahagian depan lebih luas dan juga kepanjangan 17.5 cm, memastikan keselesaan sepanjang hari dengan padanan yang bersesuaian serta kekal pada kedudukan setiap masa.

 kesemua tuala wanita Libresse direka khas mengikut tubuh badan berasaskan teknologu dipaten serta rekabentuk cap dagang - secure fit dan deep flow channels yg dpertingkatkan , bergabung menghasilkan konsep 'kemas selesa, serapan sempurna' . Menampilkan ciri-ciri lebar di bahagian depan supaya pad tetap pada kedudukan , menirus di bahagian tengah mengikut potongan seluar dalam serta rekabentuk berbelah di belakang bersesuaian dengan kontur tubuh badan wanita dan senang di basuh.

LIBRESSE THE HUNT YANG DI HOSKAN OLEH FAHRIN AHMAD DAN ADIBAH NOOR
Bertempat di Jaya One , Libresse telah menganjurkan satu kempen Libresse The hunt , kempen ini bertemakan perisikan , dengan acara permainan yang menyeronokkan . Antara aktiviti adlh hadirin digalakkan untuk merakam wefies terhebat melalui mobsta , mencari bilangan perkataan Libresse , kotak misteri dan latihan sasaran. dan hadiah2 yang sangat menarik .








Loreal Lipstick | Simple MakeUp

5 ulasan:
Assalamualaikum .

Tadaaaaa hari ni qaseh nak kongsikan lipstick best untuk di pakai , btw dulu qaseh tak suka pakai apa-apa mekap di muka , dan tak pandai nak mekap . Bila ada something di muka rasa macam orang tua yang sangat over , tak pernah cuba untuk pakai lipstick yang warna dia menyerlah gila , bak orang kata , belum naik bas , driver bas dah tengok merahnya makngahhhhhhhhh.

Pertama kali dalam hidup pakai lipstick merah terang , ni pun setelah diuji kaji dengan warna muka , dah survey sekeliling ok tak warna ni dengan muka kita yang tak berapa nak artis ni , akhirnya beli jugak lah .. lipstick Loreal , warna raspberry & syrup .. boleh dapatkan di watson berdekat , harga dia murah saje .m RM30 somehing.



Kadang-kadang bukan takut nak pakai tapi diri sendiri yang tak berapa yakin , takut orang gelakkan laa , bibir macam angelina jolie la , macam maknya lah apa lah , hehe tapi sebenarnya cantik juga dari warna pucat muka .. sekali sekala tak salah kan ^^ .. wink ! Asalkan niat bukan untuk menggoda sesiapa .. wupsssss...

Kawal Perasaan

6 ulasan:
Assalamualaikum..

Bila jiwa serabut orang kata kena cool , be relax .. abaikan blog sekejap , tu yang bersawang tu .. tapi minggu ni byk benda bermain di fikiran ..ada yang menyerabutkan , ada jugak yang menggembirakan. Kadang-kadang entahlah bukan kita nak sangat fikir pasal benda yang remeh temeh tapi benda tu datang sendiri , lagi taknak fikir lagi kena fikir .. eh get lost lah.

Kadang-kadang tak paham dengan orang yang tiba-tiba macam nak mengelak dengan kita, ok la mungkin kita yang 'OVERTHINKING' tapi bila dah terang-terang nampak perubahan tu , overthinking celah bedah mana ?? Opsss .. orang cakap abaikan abaikan dan abaikan .. tapi tak boleh sebab kadang perasaan sedih tu ada .. yelah , tiba2 angin takde, ribut xde ... jadi macam ni , kita sayang semua kawan2 kita tau !!! Sayang sangat , hurmm #muahciked 

Stress jugak nengok eyebag ni , product apa mmg berkesan untuk hilangkan eyebag ? Pakai sekali je terus hilang , ada meh ?? 

K lah setakat dulu coretan merapu di petang hari bersaksikan burger king , tengah lepak beger king sorang2 je ni haaa ... pinjam wifi sat . Tq beger king alamanda .. qaseh pelanggan tetap tau , mohon bagi diskaun banyak2!

Fuel Shack di Ayer@8 Putrajaya | Presint8 Putrajaya

8 ulasan:
Assalamualaikum

FUEL SHACK | AYER@8 PRESINT8 PUTRAJAYA | semalam memandangkan cuti raya belum tamat , dan kebosanan kat rumah .. qaseh keluar tengok wayang cerita DRACULA UNTOLD , qaseh bagi 4 bintang , best jugak ceritanya , last-last memang dia jadi dracula , lepas tu pergi makan di Fuel Shack.

Qaseh pertama kali cuba Fuel Shack ni , eh apa dia Fuel Shack ni , alaaa burger je tapi lebih sedap dari MC'D semestinya , sedap jugak .. masa nak oder tu kena bagi nama glemer korang , nanti dia akan panggil . Semalam qaseh bagi nama Siti Nurhaliza , depa pun panggil2 "siti nurhaliza" , bangun-bangun semua pandang je , haha glemer kejap..


Air Fruity Tea , ada buble-buble lagi , apple dan mango , RM5 satu .


 qaseh pilih Oroginal Shack , satu berharga RM11 , Daging agak tebal
Selain tu ada jugak hotdog , dan makanan-makanan ringan yang lain

Lepas dah kenyang , gerak ke dataran Putrajaya , kisahnya nak lepak-lepak je tengok budak2 main kasut roda, belon, skuter mini  , eh banyak lah permainan yang ada kat dataran ni, macam2 ada memang best bawak anak-anak datang berjalan kat sini , bagila diorang rasa seronok sikit haaaa , pastu qaseh pun tringin jugak main benda alah semua ni , mula2 main basikal lepas tu kasut roda .

Susah gila nak main menatang ni , huhu jatuh dah semalam , taknak main dah !!!!!


Selamat Hari Raya Aidiladha | KelabBloggerBenAshaari ke Keramat

3 ulasan:
Assalamualaikum !


Selamat hari raya aidiladha buat semua , tahun ni qaseh tak balik kampung hurmm sedihnyaa , tapi nasib baik lah ada kawan-kawan kelabbloggerbenashaari , so hari pertama kitorang serbu rumah Kak Salina www.kisahpondokkecil.blogspot.com kat Taman Keramat KL , haaaa so ramai jugak la tak balik kg , kitorang gerak dalam pukul 9.30 berkumpul di Masjid Putra.

Muka2 tak balik kampung .. abg ben , najeeb , yanty dan uzu 


Photoshoot OOTD raya , asyik recycle baju-baju lama je , dah xde baju hihi

Haaa sampai2 umah Kak Sal buat macam rumah sendiri je lah , moga Kak Sal tak serik ajak kitorang hehe

 dengan budak ensem yang sememangnya kena pandai gaya , hihi kalau tak menangis lah cari ibu nya , tapi ok jugak mampu bertahan walaupun tak lama hehe

Lastly , photogroup KelabBloggerBenAshaari , tq so much buat Kak Salina yang sudi terima kami semua dan masak sedap-sedap ! In shaa Allah nanti kitorang lepak rumah Kak Salina lagi ! Tq so much geng KelabBloggerBenAshaari semua .. sayang semuanya..





@2010 | www.qasehdalia.com