Bercuti di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort

Assalamualaikum u ols 

Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..

terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam 

Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan ! 

                                                                                        



 bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh 




then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh  sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih


padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye .. 




padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la


Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah .. 

 manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi .. 

yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !

qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah .. 



suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then  balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..

PANTAI MORIB 










pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa  tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG .. 

PANTAI KELANANG 



Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan .. 









Hati Berbicara :
Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~ 
jangan lupa datang sini yawwwww !!!


Pulau-Pulau Menarik di Terengganu

PULAU REDANG 


Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 

Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 

Must do :
  • Go snorkelling at the Marine Park 
  • Explore the 31 dive sites on the island 
  • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
  • Play Volleyball
  • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL


Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 

Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 

Must do :
  • Try island-hopping
  • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
  • Go on banana boat ride or try canoieng 
  • Enjoy the sun and sea breeza 


PULAU LANG TENGAH 

kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak

Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 


PULAU TENGGOL 

Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 

Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.

PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 



Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun

Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~

BR1M ONLINE - ebr1m.hasil.gov.my

Assalamualaikum

Sudah daftar dan kemaskini borang permohonan anda ? Borang online bagi BR1M 3.0 telah di buka di SINI[klik]
atau ingin mendownload borang permohonan secara manual di SINI[klik]

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
      
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
      
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 

Benci Dia !

Assalamualaikum ....

''kenapa aku benci kau haaa ?''

pernah aku rasa, pernah kamu rasa bila mana hati mu sakit hati , bila hati kamu sangat membenci seseorang , dengan sebab mahupun tanpa sebab .. pernah aku rasa aku benci seseorang dengan dua situasi .. pertama kerana dia yang membuat aku benci dia , kedua tanpa sebab alasan munasabah aku benci dia , aku benci dia melintas di hadapan aku ..aku benci lihat muka dia..kesian , tanpa alasan kau di benci mungkin juga tanpa sedar dia juga membenci aku tanpa alasan ...

hati tidak dapat meneka kenapa tiba-tiba kebencian hadir ! sangat2 benci hinggakan aku lari di satu sudut berfikir kenapa benci dia , kenapa seseorang yang aku tidak pernah kenal , seseorang yang tak pernah aku sapa .. benci hadir ,sayang menjauh .. mungkin caranya , mungkin senyumannya ..mungkin kelakuannya .. tapi setiap apa yang dia lakukan pasti mengundang kebencian ..yaAllah tanpa sedar syaitan sedang peralatkan hati .. mencucuk2 jarum hingga benci itu bertukar jadi makian .. 

busuknya hati , gelapnya hati bila ia betul2 berlaku .. andainya dalam hati kamu terselit kebencian tanpa sedar tanpa alasan .. ia mungkin mainan perasaan .. jangan biar ia hidup , jangan biar ia berkembang kelak hati kamu yang rosak .. beristighfar itu lebih baik , berzikir lah agar ia hilang .... =) dan jika benci itu hadir kerna seseorang memaksa kamu untuk membenci .. jangan ...~ jangan pernah biar ia tertanam dalam hati ,lontarkan jauh-jauh .. ingat berjuta kebaikan di antara satu keburukan... maybe benci tanpa alasan itu sebenarnya akan cambahkan satu perasaan lain .. sayang mungkin ?

hati berbicara :
sekiranya kamu tidak sukakan seseorang , kamu jangan mudah membenci dia , walaupun teruk kelakuannya , walaupun teruk rupanya ..walaupun cara dia menjelikkan.. kamu perlu mengenalinya dengan lebih baik .. mana tahu di sebalik semua ada hikmah .. perancangan Allah dalam benci pun boleh jadi sayang , dalam menyampah pun boleh bertukar rasa cinta ..siapa tahu kan ? hikhikhik so hati-hati bila membenci takut pula jadi perasaan lain .. dan tak mustahil suatu hari nanti orang yang kamu benci tanpa alasan itulah jadi imam kamu , jadi ibu kepada anak2 kamu .... peeeweettt =) 
kadang-kadang dalam lurus bendul ada kebaikan dia .. dia akan melihat sesuatu perkara dengan penuh hikmah .. tapi jgn terlalu lurus takut di pijak2 pulak !




Sumpah Aku Rindu Berblog Dulu Kala

Assalamualaikum , pembuka bicara 

Sejak dua menjak ni aku rasa macam sedih je tengok blog sendiri , update tapi macam tak kena dengan diri sendiri , aku rasa bukan aku yang update kan , mungkin hantu yang aku bela tapi tak wujud , sejak dua menjak aku tengok ada jugak blogger yang dulu-dulu dok rindu dengan cerita lama , perghh tetiba macam terkesan pulak kat diri sendiri .. rindu sangat sampai rasa macam nak menangis pun ade ni .. 

kalau dulu memang 24 jam blogwalking , kenal blog-blog lain , blog-blog personal yang memang gila blog , cerita2 lucu berbalas komen , tapi sekarang aku blogwalking , mereka pun mcm seakan sunyi dah , dan blog-blog yang ada sekarang kebanyakan nya blog seo , apa aku nak komen pun aku tak tahu .. yee mereka hebat dalam trafic yang tinggi tapi aku rasa macam aku tak tahu nak komen apa , dan blog aku pun sunyi nak mampuih dah sekarang , kalau perasan lama dah aku tak buat entry-entry yang buat orang menangis , entry2 yang muhasabah , yang berbalas pendapat di komen .. tuan blog ni pun da mcm nak mampuih .. hoii blogger2 lama boleh dak kembali zaman-zaman dulu kala .. please la please please please !! 

teringat cerita lama bila baca entry ni , buat BEN ASHAARI boleh tak kembalikan segmen-segmen macam dulu .. sobss sobss sobssss ~~~


tapi aku sedar , hari tetap akan berlalu , jika suatu masa dulu mereka yang bujang kini sudah berkahwin , jika dahulu bergelar suami ataupun isteri , hari ni jadi bapa ataupun ibu , 
sobs sobs sobss .. tapi kenangan dulu tak kan dilupakan , susah dah nak merasa ..mungkin hanya mampu untuk di kenang .... 
peace in love .. just take care ~ 

Peribadi ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR [SYAHID YG TERTANGGUH]






Sedikit perkongsian..antara ciri2 peribadi yg ada pd diri Ammar menurut ayahanda dan bondanya :
1. Ikhlas-niat pergi blajar d turki sbb nak mndalami sejarah Turki Uthmaniyyah,mahu jdi sbhagian umat yg mmbgkitkan sjarah kgemilangan Islam Turki.


2. Bersungguh2-belajar 2 bidang ilmu penting secara serentak;sejarah Uthmaniyyah d Uni sambil blajar kitab Risalah An-Nur d Madrasah,khatam kitab Risalah An-Nur dlm 8 bln


3. Suka Menolong(Proaktif)-tau bila ayahnya lapar atau dahaga,Ammar pergi belikan air tanpa dsuruh


4. Cintakan Syahid-pgolakan dlm diri Ammar sama ad mati syahid d Syria atau meneruskan pencarian ilmu yg x selesai,semasa d Syria Ammar hampir mengangkat senjata ttapi syahidnya tertangguh


5. Tidak pandai bkata "tidak"-pd stiap arahan atau kata2 ibubapanya,walaupun adakalanya tidak bersetuju sbaliknya hanya diam dan tsenyum

6. Pendiam dan kurang ketawa-kalau Ammar ktawa,akan jdi bualan d skolah shingga cikgu menelefon ibunya bgtau 'Ammar ktawa hari ini'
7. Minat membaca-umur 8/9 thn dah mghabiskan set buku mgenai cendikiawan Islam,ad 33 siri semuanya
8. Rendah diri-Ammar bgtau bonda markahnya semasa d Uni hnya dpt 50/60 lebih,bonda dpt tau kmudian rupa2nya itulah markah ttinggi dlm kalangan pelajar d situ
9. Mhafaz ayat2 Al-Quran-semasa bcuti d kwasan bendang d Sik,Kedah tiap slepas Subuh akan mhafaz
10. Jujur, x bsungut, x bdendam, sanggup dsuruh(beri khidmat kpd org)
11. Menurut bondanya, senyuman Ammar sgt menawan:)
*bonda tanya ap cita2 Ammar-jawab Ammar ingin mjadi "Sejarawan Perantau"
*dlm personal note Ammar ttulis 2 bnda;
>Merantau sbyk mungkin dan mgkaji
>Merantau sambil myebarkan ajaran kitab Risalah An-Nur
~Al-Fatihah

Permohonan BR1M 3.0 (2014) bermula 23 DISEMBER 2013




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

syarat-syarat 

Isi rumah (RM650)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3, 000
2. Warganegara Malaysia

Isi rumah (RM450)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di antara RM3, 000 hingga RM4, 000
2. Warganegara Malaysia


* Tambahan RM50 Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia Sumbangan (i-BR1M)

Individu (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2, 000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas (lahir 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar-pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Borang permohonan boleh di dapati di 
  1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
BORANG ONLINE MASIH BELUM DIBUKA .. HARAP MAKLUM 

Biodata Izzue Islam , siapakah beliau ?

Siapa Izzue Islam ni ye , handsome betul mamat ni , yang pasti qaseh mula mengenali dia sebagai seorang artis melalui drama SEBENARNYA AKU ISTERI DIA , comel dan kelakar .. rupa-rupanya ore kelate , 

Nama sebenar: Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
Tarikh lahir: 2 Jun 1990
Asal: Kota Bahru, Kelantan
Profesion: Penyanyi, Pelakon & Pemuzik
Instrumen: Vokal, Gitar, Keyboard
Status: Berkahwin. Suami kepada Awin Nurin.
Kumpulan: Forteen
Filem: Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai, 
DramaL Gemilang, Papa Nak Kahwin, Cita dan Cinta, Tudung Tweet, Sebelum Lima Perkara, Aishiteru, Aku Tak Percaya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Maskara, Bunga Merah Punya! dan Sebenarnya Saya Isteri Dia
Single: Bersama Forteen - Berdua Bersatu, Seperti Dulu (OST filem 29 Februari), & Kita (OST Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Anugerah: Pelakon Harapan Lelaki (Festival Filem Malaysia 25), Hero Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013), Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan di dalam Lagu (Forteen - Seperti Dulu


katanya , beliau pernah merempat semata-mata mengejar impiannya untuk bergelar artis .. 
-biasalah untuk mencapai kejayaan kena tempuh segala susah dahulu , apapun semoga success in your karier -