Permohonan BR1M 3.0 (2014) bermula 23 DISEMBER 2013

2 ulasan:



Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

syarat-syarat 

Isi rumah (RM650)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3, 000
2. Warganegara Malaysia

Isi rumah (RM450)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di antara RM3, 000 hingga RM4, 000
2. Warganegara Malaysia


* Tambahan RM50 Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia Sumbangan (i-BR1M)

Individu (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2, 000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas (lahir 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar-pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Borang permohonan boleh di dapati di 
  1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
BORANG ONLINE MASIH BELUM DIBUKA .. HARAP MAKLUM 

2 ulasan:

  1. thanks for ur info, Bujang tak dapat tambahan takaful ek.... Sob sob sob

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com